20 January 2009

Cubaan makan nasi...Perkenalan bersama Ita & Sarra

Saya ingin mengucapkan terima kepada Putra Mama dan Ami sebab sudi baca blog ini. Apapun saya sebenarnya bukanlah tujuan untuk membuka pekung di dada, mintak simpati pada orang tentang Nabila. Cuma ingin berkongsi pengalaman tentang kehidupan kami tentang anak seistimewa Yasmin Nabilah..

Minggu lepas saya berkenalan dengan seorang kawan baru. Namanya Ita dan anaknya serupa seperti Nabila. Kebetulan pula hari lahir Sarra hanya selang beberapa hari dengan hari lahir Nabila. Comel sungguh bila saya melihat gambar Sarra. Mungkin Allah mahu menduga hati kami. Mahu melihat kesabaran kami dalam mendapat anak istimewa.

Alhamdulillah. Dengan pertemuan ini, Saya dapat kongsi pengalaman saya dengan Ita dari segi penjagaan dan sebagainya. Sedia maklum, saya pada awalnya mengalami kesukaran menjaga Nabila. Tetapi semuanya terjawab bila saya mengenali Ita. Rupa-rupanya anak kami serupa. Kedua-duanya suka menangis.

Ita memberitahu saya mengenai cara makan Nabila. Kerana Nabila, sukar untuk diberi makan. Dan bila diberi makan pastinya Nabila menangis. Seolah-olah Nabila tidak memahami mengapa mesti makan.

Sekarang ini saya hanya memberikan Nestum sahaja kerana Nabila masih belum boleh untuk mengunyah lagi. Cuma kadang-kadang kunyah. Kadang-kadang Nabila terus telan saja makanan yang diberi. Itupun dalam keadaan menangis. Saya takut Nabila tersedak.Saya ada bertanya kepada Ita tentang cara makan Sarra. Katanya, Sarra sekarang sudah bagus jika di beri makan. Bestnya!! Alangkah baiknya andai Nabila juga sama seperti Sarra. Kerana itu saya cuba nak bagi Nabila makan apa jua jenis. Biar Nabila lekas besar.. :)

Apapun, resepi yang Ita bagi semalam,Alhamdulillah.Nabila cuba untuk makan. Cuma mungkin Nabila masih terkejut dan menangis. Saya mencuba lagi sehingga Nabila benar-benar ok. Jika tidak, sampai bila pun Nabila tidak tahu yang dia sepatutnya sudah boleh makan. Seperti yang doktor katakan tempohari, otak Nabila masih tidak tahu fungsi-fungsi anggota badan yang lain. Jadi setiap hari saya dikehendaki mengajar Nabila seiap hari supaya Nabila sentiasa ingat setiap perkara yang dia patut lakukan.. InsyaAllah..

2 comments:

Aku oku! said...

kakak annur pun selalu menangis bila makan. tapi kakak annisa dah boleh makan mcm org biasa. tak pe pelahan2 tapi jangan takut untuk mencuba...

bonda safia said...

assalamualaikum...salam perkenalan dihulur.sory, xsmpat lagi nak baca blog akak...tp yg pasti, bonda safia ni akan sntiasa jd penguat semangat akak di belakang ok!!! semoga tabah selalu. salam peluk cium buat baby yasmin. dapat jadi kawan safia damia...

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...