14 February 2009

Nabila angkat kepala?

Pagi-pagi sabtu memang tiada perkara yang ingin dibuatkan. Nabila sambung tidur kembali. Sekejap lagi pasti dia bangun. Mahu makan.

Saya membelek-belek wajah Nabila. Seperti biasa lah, ada lagi bintat merah di wajahnya.Cumanya sekejap lagi saya ceritakan. Ini saya ingin ceritakan tentang satu perkara.

Tentang Nabila lah!

Saya membelek-belek kemera ini. Dan saya review gambar-gambar yang lepas. tiba-tiba saya terlihat satu gambar yang buat saya terkejut. Saya tak perasan gambar ni.

~Mula-mula kalian lihat yek. Gambar yang kami ambil didalam kereta. Tangannya menggenggam-genggam. Geram barangkali. Sepertinya mahu melakukan sesuatu. Saya pula sibuk nak berposing. Ok, jangan fokus pada saya. Lihat saja pada Nabila.~


~Cuba lihat gambar ni. Nabila angkat kepala kan?~

Sebenarnya Nabila sering buat begitu. Jika saya sedang drive seorang diri untuk ke hospital atas urusan fisioterapi, pastinya Nabila akan buat begitu. Agaknya Nabila nak duduk , terasa lemas bila terbaring saja. Huh! Tak padan dengan budak kecik!

Saya dapat rasakan semangat Nabila memang kuat. Memang berusaha untuk lakukan sesuatu. Jika nak ikutkan, 17 Februari , Nabila sudah genap 10 bulan. Jika anak-anak normal, 10 bulan tu dah buat macam-macam..

Tak mengapala, Janji Nabila sentiasa diberi kesihatan yang baik.. Amin...

1 comment:

dahliana said...

Salam Noina,
Akak saje jek jalan2 tgk blog orang. Tahniah kat Noina dan suami...especially congrats to nabila! Air mata akak mengalir tanpa sedar...akak pun baru anak sorang, kite sayangkan anak kite...bile tgk nabila kene balut, akak menangis cam pe. Akak doakan semoga nabila cepat sembuh dan pasti suatu hari boleh berjalan mcm budak2 lain. Untuk Noni dan suami, kuatkan semangat...Nabila BOLEH!!

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...