11 February 2009

Wajah-wajah Nabila

Entry kali ini tiada apa yang mahu saya ceritakan tentang Nabila. Cuma saya sukar untuk melelapkan mata. Tadi saya dah ter'over' dose tidur. Jam 8.30 malam sudah membawa Nabila masuk kedalam bilik tidur . Nabila pun nampak letih. Terpisat-pisat mengantuk . Sudah puas bermain, cuma tadi jam 12.30 tengahmalam, Nabila terjaga. Sepertinya mahu susu namun bila dibuat tak mahu minum pula.

Saya letakkan semula di katil. Tak mahu pejam pula matanya. Dan sudahnya saya peluk. Akhirnya matanya lelap juga.

Tetapi saya masih terkebil-kebil. Langsung tak boleh nak pejam semula. Saya membelek gambar-gambar di dalam telefon bimbit saya. Melihatkan wajah Nabila satu persatu.Dan tiba-tiba saya mempunyai idea . Mahu memasukkan gambar-gambar Nabila dari mula lahir hingga sekarang didalam blog ni.

Apapun saya dapat rasakan Nabila sudah semakin membesar. Dan Alhamdulillah, Nabila belum pernah sakit yang teruk-teruk. Kalau demam tu biasa la. Cuma kadang-kadang bila saya melihat wajah Nabila sewaktu tidur membuatkan saya sayu sangat. Anak org lain sihat..tapi anak saya........?














Jika mahu dibandingkan wajah Nabila dari dahulu hingga kini memang banyak perbezaanya. Sepertinya Nabila sedang mencari identiti. Mahu ikut ibu atau ayah?

Ramai yang berkata, wajah Nabila banyaknya lebih kepada sebelah suami. Cuma bentuk saja yang ikut saya. Cuma bab mata memang tak boleh nak lawan. Serupa seperti ayahnya! Ketika saya mengandung saya sudah pasang niat mahu mata cantik seperti ayahnya. Bulu mata panjang :) Jarang anak perempuan ada bulu mata panjang. Tak payah susah-susah pakaikan mascara ngan bulu mata palsu. :)

Kulitnya sama seperti saya. Kata mak, saya sewaktu kecil dulu pun tidaklah putih sangat. Hehe. Akhirnya ada juga yang mengikut saya! Takpelah..janji sihat sudah..

4 comments:

Putra Mama said...

A'ah.. muka nabila byk pd muka ayah die.. xper sejuk..org kater muka anak pompuan kalo same ngan ayah die xderla nnt asyik nak gaduh ngan mak nyer jer.. nabila kan anak yg baikkk..

IsMa said...

Ina.. thanks sbb follow my blog. mmg lost contact la kitekan... aku follow blog ko la... psl anak, comel la dia... aku xtau sakit apa, tp mcm anak buah aku kot agaknya...

zura said...

hi ina...comel anak ina. zura respect ina, sbb hadapi dugaan ni ngan tabah. ina ada bb, tp ini dugaan nya kan. zura plak len dugaan dia. apapun kite sm2 bdoa k...moga anak ina sehat cm budak2 len..

diarybudakitam said...

hai noina...sebijik nyer muka anak ko n ko kan???apa2 pon ko la ibu mithali n tabah yang penah aku kenal...moga bahagia bersama insan tersayang...

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...