Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

17 March 2009

Nabila dah 11 bulan arinih!

Hari ini genap Nabila dah 11 bulan.Tak ke mana-mana pun. Ayah Nabila pun nak tido. Penat kerana banyak kerja. Dan saya, duduk di rumah dengan Nabila . Melayan kerenah si kecil ni.

Apapun saya mengharapkan keajaiban pada bulan ini. Sekurang-kurangnya Nabila dah boleh meniarap sendiri. Seperti bulan-bulan sudah, Nabila sudah mula mahu mengajak orang main-main , sudah pandai ketawa mengekek, tapi bab skill motor kasar masih lambat lagi. Saya semakin risau tengok Nabila. Yelah, bulan depan sudah setahun. Kalau dia masih macam ini, alamatnya perkembangan Nabila semakin lambat.

Tapi yang best nya. Nabila sudah tidak lagi menangis semasa makan. Sudah pandai makan bubur. Cuma pandai memilih, kalau bubur tu macam tak sedap, Nabila tak mahu makan. Terpaksalah saya membancuh Nestum.

Apapun sayang, Ibu ucapkan Selamat Ulang Bulan yang Ke 11..Moga Nabila lekas-lekas sembuh dan boleh cepat-cepat jalan. haha! Sayang Nabila Demukss...!

~puting dan puting dan puting...hehe~

~suka sangat buat muka tercengang!~

~rileks kat rocker..nak lelap lah tuh!~

~Lepas minum susu menangis pula~

~Owhh..rupanya nak duduk dalam rocker..hehe..saja je Nabila nih..nak test ibu..~

~Ni apsal lak nih..?~

4 comments:

Naura said...

Nabila dah becar ni..next month dah setaun ni..Semoga nabila murah rezeki k..Muaaahh!!From mama naura

Naura said...

Bahagianya dapat bersama dgn anak..tak lama g nabila niarap ler tu..mesti comel..

Ummi Alisya said...

like nabila like sarra...si demukss dan si debokss..insyaAllah, ade rezeki kite celebrate ye acik ina..planning baekkk punyaaa! samat aie jadik nabila!!

Jiey^Mien said...

Alhamdulillah.. InsyaAllah tak lama lagi Nabila bleh la jalan.. =)