Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

08 March 2009

Nabila meragam dalam kereta!

Sudah beberapa hari saya tak buat entry baru. Tak tahu nak cerita apa..!

Sebenarnya banyak perkara yang berlaku 2-3 hari lepas. Tapi tak berapa menarik sangat, cuma saya nak bercerita tentang perkara yang berlaku petang tadi.

Saya pulang ke Rawang. Kerna mahu kemas barang di rumah. Sepatutnya saya dah mula untuk packing barang-barang untuk pindah ke rumah baru, tapi saya malas sangat. Kemudian blur tak tahu nak start kemas apa dulu.

Actually saya sudahpun start packing barang-barang yang tak digunakan. Buat sikit-sikit dengan Abang..hehe. Cumanya hari ini saya perlu buat seorang diri. Kerana ayah dan abang nak ke rumah baru. Kerja-kerja mengecat tak selesai lagi.

Tapi saya bukanlah nak bercerita tentang kemas rumah. Saya nak cerita tentang si Nabila budak demukss ni..haha!

Nak jadi ceritanya, saya ingat saya malas untuk membawa Nabila bersama saya. Mengenangkan ayah Nabila ni sudah beberapa hari tak jumpa Nabila jadi saya bawa Nabila berjumpa ayahnya.

Sampai saja di rumah, saya lihat abang sudah mengeluarkan barang-barang untuk dikemas untuk dimasukkan ke dalam kotak. Kemudian Abang meninggalkan saya bersama kerja-kerja yang tak siap tadi. Saya sambung semula kerja-kerja abang tadi.

Nabila mulalah merengek. Sebab tiada orang di hadapannya. huhu..

Bila sudah selesai semuanya, saya rehat sebentar menunggu ayah dan abang menyiapkan kerja-kerja mengecat. Kemudian Nabila terbangun dari tidurnya. Kemudian menangis. Namun cara Nabila menangis nampak lain macam.

Nabila merengek tak henti-henti dan sudahnya saya bawa Nabila keluar dari rumah Hish..diam pula.. :) Agaknya Nabila suka tengok pokok depan rumah bergoyang-goyang di tiup angin.

Jam 4.45 ptg , ayah dan Abang pulang ke rumah sewa kami. . Kesian ayah Nabila, konon-kononnya nak jumpa anak , tapi sudahnya tak sempat nak pegang Nabila pun.

Dalam kereta Nabila menangis tak henti-henti sampai ke rumah mak. Sampai naik bengkak lengan kiri saya dek menahan tubuh Nabila yang suka melonjak ke belakang bila saya memeluk Nabila. Ni kes tak mahu duduk dekat car seat. Sampai ayah saya nak bawa kereta pun dah naik runsing. Sudah la jalan sesak pula tu.huhu..

Saya kata pada Nabila..

"Nanti pasni tak yah gi jenjalan lagi..ibu dah tak nak bawak Nabila.."

Tapi cakap je. Tapi tak sampai hati kalau keluar saya tak bawa si kecil ni . huhu....

Apapun habis sakit-sakit badan saya dek penangan Nabila..huhu..

~ gambar sewaktu pulang dari HSB untuk sesi fisioterapi . Seronok Nabila naik kereta. Main dekat car seat ..gelak ketawa..~

1 comment:

Putra Mama said...

e..eh.. Nabila dah ader gigi rupenyer.. selalu gambar die tutup mulut.. ni baru nampak gigi die.. :)