Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

01 March 2009

Nabila @ Pusat Rawatan Kak Raw (episod 2)

Kami tersesat ketika mencari jalan ke rumah Kak Raw. Bila kami tanya pada orang kampung barulah jumpa rumah Kak Raw . Ketika kami sampai ramai betul yang sedang menjalani rawatan. Ramai pula orang sedang menunggu giliran.

Saya, Ayah, Farid dan kawan Ita mendaftarkan anak kami. Perlu isi borang terlebih dahulu kemudian pembantu Kak Raw menyuruh kami untuk tunggu di dalam rumah. Ayah keluar untuk membeli bandage.

Sementara menunggu, sempat Nabila tidur dengan Sarra. Siap kongsi bantal lagi si kembar nih. Ramai yang datang melihat si kembar ini . Hahaha..sampai Kak Raw pun cakap yang dia ingat budak-budak berdua ni kembar.

Bila ayah pulang dari membeli bandage kami makan sekejap. Mujur ayah beli Nasi Ayam tadi, kalau tak memang kebuluran lah kami. Cuaca panas pula tu. Muka saya pun dah berminyak-minyak. Nasib baik Nabila tak menangis. Elok diam dia duduk kat dalam rumah

Selesai makan kami menunggu giliran lagi. Cuma kali ini org dah berkurangan. Dalam jam 3 petang barulah giliran kami. Mak saya salute pada Kak Raw tuh yang tak berhenti berehat mengubat org dari jam 6 pagi hinggalah jam 4 petang .

Mulanya Aisyah(anak Alia) yang buat rawatan dulu. Untuk pengetahuan kawan-kawan Aisyah sudah berusia 3 tahun dan dia mempunyai seorang adik namanya Haikal. Comel saja kedua-duanya. Selesai saja Aisyah, giliran Sarra pula, dan kemudian Nabila..

Pada awalnya Nabila kelihatan diam jer. Mengantuk mahu tidur. kemudian bila Kak Raw tu melumur krim Nivea kat badan Nabila , terus Nabila menjerit. kemudian dibalut dari kepala sampai ke kaki..Rawatan ini akan berjalan selama 5 kali dan kemudian akan buat urutan.

Tujuan Kak Raw membalut badan dengan bandage ni adalah untuk oksigen. kemudian dada anak pun tak tinggi. Jika tidak dirawat nanti, pernafasan pun tak betuls. Saya sendiri dah macam blur jer. Selepas balut kena berdirikan Nabila kat tpt khasnya.

Nanti saya tepekkan gambar kami ek.

No comments: