17 April 2009

Fisio hari ini!

Hari ini Nabila ke Fisio.Lama benar dia tak bersua dengan Pn.Suhana. Aku tak dapat membawa Nabila pada hari ini sebab aku berkursus selama 3 hari di Perpustakaan Negara.Kursus untuk Pengurusan Cuti dalam sistem Hrmis.Aku tak dpt nak tolak kursus tersebut,memandangkan aku orang baru dan banyak yang perlu aku pelajari dan peluang ini aku tak boleh persiakan.Dan Nabila terpaksa ke fisio bersama Ayahnya dan neneknya.

Menurut mak, Nabila pada mulanya tak menangis.Puan Suhana pun pelik dengan dia.Selalunya bila Puan Suhana pegang aje mesti dah menangis.Tapi kali ini Nabila baik.Tapi baiknya tak lama.Mungkin sebab boring dan Nabila 'membuang', fisio terpaksa dihentikan. Mak dan abg berkejar ke klinik paediatrik untuk 'mencuci segala khazanah'yang telah dikeluarkan oleh perut Nabila.Dan Nabila menangis lagi.Kali ni tangisan dia kuat yang amat sehingga ada nurse yang menegur.hehe..

Selesai semuanya Mak dan abg terus pulang dan dalam kereta Nabila tertidur.Penat barangkali. Dan tiba di rumah abg menelefon aku, bertanyakan dimana aku ketika itu.Aku sebenarnya hampir sampai ke rumah.Cuma menyinggah sebentar di stesen minyak untuk mengisi minyak untuk esok.Aku sempat berjumpa abg di stesen minyak.Abg ingin segera pulang kerana mlm ini dia kerja.

Dan setibanya aku di rumah aku terserampak dengan jiran aku.Dia mempunyai anak yang sama penyakitnya dengan Nabila..CP..Nama dia Karina dan kini berusia 7 tahun. Sempat kali berbual dan akak itu mengatakan tentang rawatan di Gedangsa.Akak itu mengatakan dia pernah membawa Karina ke situ namun hasilnya tidak memberangsangkan.Dan akak itu 'suggestkan aku untuk membawa Nabila ke Jalan Genting Klang.Katanya di situ ada rawatan untuk 'terapi Oksigen'.Katanya berkesan.Dan aku akan cuba mencari maklumat tentang terapi tersebut di internet nanti.

Dan malam tadi, Nabila pada mulanya tidur awal.Jam7 mlm dia mahu melelapkan mata.Dan tak lama selepas itu Nabila bangun semula jam 8.30 mlm.Nabila bermain-main dan tiba-tiba nabila 'membuang' lagi.Sebenarnya kali ini dah masuk 3 kali dia membuang.Aku khuatir kerana takut dia tak sesuai dengan susu Pediasure tu.Selesai aku menyalin pampers..aku bawak Nabila ke ruang tamu.Aku panaskan bubur siang tadi dan beri Nabila makan.Dan setelah itu aku hanya berikan dia ubat multivitamin.Tiada ubat lembutkan najis.

Kemudian setelah aku cuci muka Nabila dan tukarkan pakaiannya, Nabila main di atas katil.seolah2 tak mahu di ganggu.Mak sempat berikan mainan untuk dia pegang.Nabila ketawa sendiri bila mainan tu berbunyi bila dia goncangkan.Sama ada Nabila sedar atau tidak mainan tu ada di tangan dia tau tidak,aku tak pasti.Yang aku tau Nabila sangat sensitif dengan bunyi mainan itu.

Dan jam 11.30 tadi,Mungkin keletihan,Nabila meminta susu lagi.Dan tadi sesudah minum,mata pun mengantuk,Nabila terlena dlm pelukan aku.Letih barangkali.Selesa dalam pelukan aku.




wajah keletihan..sayu bila ku pandang wajah ini.

11 comments:

Mrs. Adz said...

memang sayu kalau tengok anak kita tidurkan.nak lagi dipelukan kita.emm memang tersentuh hari seorang ibu. suci dan bersih je..anyway semoga ibu menjadi lebih tabah..salam sayang wat nabila yang cute tu..

ibu_uwais_ameenah said...

kursus kat national library? which part? kat induk ke dekat selborn (HRM)??

Anonymous said...

Salam Noina, saya baru terjumpa blog awak ptg semalam...Saya sgt faham perasaan awak, kebetulan saya juga mempunyai seorg bby girl (10 bln)yg dilahirkan di hospital yg sama dan kebetulan pula saya juga tinggal di Bukit Sentosa. Saya sangat2 terharu dengan ketabahan & kecekalan awak dalam menghadapi dugaan ini. Saya titipkan doa untuk awak sekeluarga dan untuk Nabila yang sgt comel tu..Nabila sgt bertuah dikelilingi oleh insan2 yg amat menyayanginya. InsyaAllah, ada sinar kebahagian menunggu di hadapanmu..Amin

"Kalau bukan kita yg menyayangi kekurangan anak-anak kita, siapa lagi? "

Leen Die said...

lena betul nabila tido..nabila sayang nanti jangan nakal2 tau..auntie yakin nabila kuat..noina pun kuat kan..i know u can do it gurl..

bonda safia said...

wajah org tak berdosa....

niza said...

sayunyer tgk wajah nabila...sayang nabila...

Amalina said...

Salam,
kak amal nak share satu cerita, mungkin ia boleh memberi harapan pada ibu dan Nabila. Cerita ni bukan kak amal reka nak sedapkan hati tp mmg betul ada. Masa Afiqah lbh kurang sethn, kami selalu bawa dia fisio di HKL. satu hari ni kami jumpa seorang ibu yg bawa anak lelaki dia ke fisio, anak tu dlm 4-6 thn, kak amal ingat2 lupa. anak ibu/ kakak (lbh tua dr k amal) tu main basikal terapi kat dlm hall fisio tu riang sekali. kakak tu dan anak dia ramah. anak tu asalnya pekak, bisu dan buta. kak amal lupa kenapa dia jadi buta, tapi kakak tu kata, doktor kata saraf mata dia dah rosak teruk, takde surgery ke apa yg boleh diorang buat utk kembalikan penglihatan dia, so buta, pekak dan bisula budak tu asalnya. tapi ibu dia tak putus asa, kakak tu cerita dia bagi jugak anak dia makan tomato dan carrot byk2 (tak pasti byk mana), akhirnya anak dia boleh melihat. yg kami jumpa hari tu, anak dia dah boleh melihat. main basikal, tegur papa Afiqah, gembira je tgk budak tu. tapi dia masih pekak dan bisu.
Semoga ibu Nabila lebih yakin dgn potensi Nabila. Nabila masih kecil, biasala ibu masih ada rasa kasihan atau sedih, insyaAllah, lama2 perasaan tu akan pergi dan ibu Nabila akan jadi lebih tabah.

Noina said...

Mrs.Adz : mmg sayu tgk wajah..lagi2 wajah ahli syurga...

Ibu-Uwais-Ameenah : Kat tgkt 5,hari ni last(17/4/2009)..kitorg ada kat bilik makmal komputer..hehe..

Anonymous : Terima kasih atas doa yang diberikan..Duduk kat Bukit sentosa kat blah mana?saya masih lagi duud di Tulip.Tapi tgh on the way nak pindah.Beli umah kat Seroja(BS 6)

Leen Die:hurm..Naila sejak 2-3 arinih mmg nakal..kul 4 jer terus nangis2..sebabnya nak tido balik..agaknya terkejut kot..dna ibunya yang tak cukup tido..Emm..mgkin kuat..kadang2 boleh kuat.Tapi bak kata 'mmg berat bahu yang memikul'..

Bonda Safia :wajah yang akan tolong ibu dan ayah di akhirat kelak ..wajah ahli syurga..putih bersih..

Niza : mmg sayu..Ina kdg2 tah meleleh jer airmata nengok dia.

Kak Amalina: Mgkin sebab ina ni yang tak sabar nak tgk Nbaila berjalan mcm anak org lain..Tak patut kan?..Sekurang2 nya Nabila dah ada sosial skill dia..mcm senyum..tahlah akak..akak paham kan perasaan ina waktu ni.Terima kasih kak atas share pengalaman..emm..ina pun berharap sgt dia boleh melihat...

ibu_uwais_ameenah said...

ina, dulu hasben akak yg sll arrange kursus kt PNM tu.. skrg no more, psl dia dh tukar keje!! pasal tu le tanya!!

Noina said...

Ibu-uwais-ameenah: Ooo..ina pun baru first time gi PNM tu.Pasal baru keje kat Arkib..kebetulan kena blajo semua benda2 baru.Plak tu kementerian buat kursus kat situ.Husband akak skrg keje kat mana?

ibu_uwais_ameenah said...

oo... keje arkib ek.. skrg dia kt uitm segamat ~~ ngajar plak skrg nih.. tp still attach ngn library & information gak la =D

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...