23 April 2009

Nabila dan Ibu demam!

Assalamualaikum..arini ibu mc tau Nabila..semua ni gara-gara demam..!huhu...

Sejak hari Jumaat lepas, tekak aku terasa kering sangat..aku memang dah agak aku akan demam bila petanda2 ni datang.Dan Sabtu lepas, dengan panasnya di rumah Kak Raw..bertambah-tambah lagi sakitnya.Aku risau kalau-kalau Nabila turut berjangkit sama.Dan kerisauan aku muncul jua malam tadi.

Malam Selasa, Nabila mula terbersin2.Dah aku agak Nabila mesti dah berjangkit dengan aku.Dan malam tadi aku tak dapat melelapkan mata.Nabila merengek dan menangis kerna tidak selesa.Aduhai..mata ni mengantuk..Dan Nabila masih belum mahu tidur lagi.Jam sudah menunjukkan pukul 1.45 pg..Mak aku masuk bilik dan 'offer' diri untuk menjaga Nabila.Tak pelah.Lagipun mak baru lepas cuci darah malam tadi.Mungkin letih dan penat.Aku layankan sahaja kehendak Nabila.Dari katil turun ke 'rocker chair'..dan kembali ke katil..dukung..entah berapa kali aku buat..penatnya hanya Tuhan sahaja yang tahu..Dan akhirnya Nabila tertidur juga.Aku tak pasti waktu itu jam berapa.Tapi yang aku ingat bila aku tertidur di lantai beralaskan tangan kiri dan tangan kanan menghayun 'rocker' Nabila..Tersedar..aku terus naik ke katil.Lenguh tangan kanan sebab perjalanan darah tak mengalir lancar.

Dan tidak berhenti setakat itu sahaja.....

Jam 3.30 pagi..aku dikejutkan dengan bunyi tangisan Nabila.Mungkin haus..aku terus buat susu dan berikan pada Nabila.Tak banyak minumnya..dalam 20ml sahaja diminumnya.Dan aku sulamkan dengan air kosong.Pun tak banyak minum..Sakit tekak barangkali..Dan kali ni dia menangis lagi..Lebih kuat dari yang tadi.Aku tukar lampinnya..letakkan tuala basah di tengkuk dan lapkan badannya yang panas..dan pakaikan 'cool fever'..dan Nabila merengek lagi..Dan akhirnya..aku berkata..

"Nabila,tidurla..Ibu dah mengantuk sangat2 ni..Nabila tak mau nangis2 camni..Ibu tau Nabila sakit..Nabila kena tidur..Kalau tidur mesti hilang sakit tu..Tidur yek sayang..Ibu dah penat sangat-sangat ni.."

Air mata aku mengalir..Sedih sebab aku lah puncanya Nabila dapat demam..

Nabila pula bila dengar aku cakap tadi..terus dia diam..dan perhatikan aku..mungkin kerna kasihan kan aku terus dia lelapkan matanya..Dan aku terus ambil keputusan untuk MC arini..huhu!

*Dan ketika menulis entry ini..Nabila masih lagi tidur...Aku akan ke klinik bersama abg sebentar lagi.abg pun terpaksa ambil E.L sebab anak dan isterinya sakit..huhu..Doakan Nabila cepat2 sembuh yek kawan2..

13 comments:

zh-ena said...

salam ziarah..harap sabar hadapi dugaan

Noina said...

salam kenal...terima kasih..

niza said...

semoga nabila ngn ibu cpt2 sembuh...take care dear!!

AiYa said...

bijak kan anak2 kecil. slalu klu dh abes ikhtiar bila najwa nangis/merengek tgh mlm. AiYa pn buat camtu.

kakak Nabila moga cepat sembuh ya.

MaMaQaYPo FaMiLy said...

Semoga ibu & anak cepat sembuh!!! Amin....

ita zakaria said...

cian lah nabila..ita tau caner 'seksa' nak ngadap beby bile dorang demam. plus, beby cam sarra & nabila! even x demam pon, sarra tetap kamok-kamok..menanes tgh malam. sabar lah ibu... banyak hikmah di sebalik kesabaran kite tuh...insyaAllah!

Liana said...

Semoga Nabila cepat sembuh yer... Nanti sembuh boleh main2 lagi... :)

Azlina Aliuddin said...

Take care Noina & Nabila...send my kiss to Nabila yea

Lightnur said...

Assalamualaikum

Semoga Nabila dan ibunya cepat sembuh, Amin. Mempunyai anak istimewa memang menguji katabahan dan kesabaran, terutama bila dia sakit, tambahan pula yang menjaganya turut tidak sihat. Semoga tetap tabah dan sabar di saat2 begini.

Terima kasih kerana linkkan lightnur di link kawan-kawan Nabila.

Salam sayang
lightnur

Noina said...

salam semua..alhamdulillah Nabila makin sembuh..cuma tinggal selsema sahaja yang masih ada lagi.Dan ibu Nabila masih lagi tak sembuh..dan rasanya makin teruk..apapun terima kasih atas doa2 kalian...

amm said...

sy br bc & trs nangis =( smoga akak & family akan sihat2 slalu yer..tcare sis..

Nur Syazwani Mustafa said...

nabila dh ok ke kak???

Noina said...

amm : terima kasih..dah..tak moh nangis2..nanti banjir.. :) salam kenal..

wani : Alhamdulillah..nampak cam dah ok..akak nak masukkan entry dia dah sihat..siap ada klip video lagi..nanti akak buat..tu pun klu klip tu leh masuk la..hehe..

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...