Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

15 April 2009

Sebak menerpa aku semalam...

Entah kenapa..sejak kebelakangan ini aku dapat rasa yang aku mudah sangat tersentuh hati. Semalam aku bermain-main dengan Nabila.Entah macamana tiba-tiba saja aku jadi sebak.Dan air mata ini mengalir lagi. Aku lihat wajah Nabila yang putih bersih.Senyum dan ketawa pada aku.Mungkin seronok bila aku letakkan dia dipeha aku dan aku main-main tubuhnya.Mungkin Nabila letih..sakit sebab kerap terbaring.Bukan aku dan emak sengaja biarkan Nabila terbaring..sebab Nabila sendiri tak suka dipegang dan suka bebas bergerak..Itulah anak ibu..independent..sangat-sangat berdikari..dan tak suka menyusahkan orang lain..dan dia tahu juga yang menjaga dia juga adalah orang yang sakit..ya..mak aku buah pingang..kesian pada cucu..tidak menghiraukan sakitnya dek kasihan kan cucunya itu.

Dan pantas aku mengesat air mataku.

"Maafkan ibu ye nak.Ibu tak patut nangis depan kamu.Nabila lagi kuat dari ibu.Tgk Nabila tak nangis pun.Tak sedih pun".

Dan aku pangku Nabila..Aku peluk tubuhnya.Nabila diam sambil memandang tepat ke hadapan.Mgkin dia rasa selesa aku peluk tubuhnya..Aku rasakan tubuh Nabila yang semakin kurus dan panjang.Risau hati ini menjelma lagi. Aku takut tubuhnya akan semakin kurus dan akan jadi seperti rakan-rakan Nabila yang lain.Mungkin Nabila pikir elok klu dia kurus..senang untuk aku mendukungnya..Anak ibu mmg pandai memikirkan perasaan ibu dan ayah dia..klu tubuh dia berisi mungkin ibu tak berdaya untuk mendukung dia naik ke rumah nenek sehingga 4 tingkat.Begitu agaknya fikiran dia.

Tapi aku rasa kalau la Nabila sedar dengan keadaan diri dia sekarang..aku dapat rasa yang Nabila pasti sedih.Aku seakan terpukul dengan apa yang Jiey coretkan dlm blog dia.Tentang perkataan 'Malas'..Ya aku sering gunakan perkataa itu pada Nabila..sedangkan doktor yang merawat anak Jiey, Ian, mengatakan yang anak-anak istimewa ini sebenarnya tidak malas.Mereka hanya tak mampu melakukannya seperti kanak-kanak normal.Ya..aku sedar dengan keadaan itu juga,Nabila kerap kali cuba perkara-perkara yang dia nak lakukan..namun apakan daya dia tak mampu..sedihnya kerna aku sendiri tak mampu untuk membantu dia.Andai boleh di tukarkan tubuh aku dengan tubuh Nabila..aku rela..aku rela dia ambil semua yang ada padaku..terutama matanya..

Berkisar tentang mata..aku masih lagi tidak mengatahui status sebenar mata Nabila.Report pun tak dikeluarkan.Pagi tadi aku terpikir..andai diberi pilihan..buta,pekak dan bisu..aku lebih rela klu Nabila bisu..daripada matanya yang tidak nampak apa2 objek..bila aku terpandang orang buta..aku dapat bayangkan betapa payahnya orang buta berjalan dan meneruskan kehidupan tanpa mata.Tapi aku tak patut ckp begitu.seolah-olah aku tak bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah..

Ampunkan dosaku Ya Allah..Hamba mu ini perlu petunjuk agar hambamu ini mampu berdiri dan dapat melalui segala dugaanmu.

Nabila, ibu dapat rasakan yang Nabila mahu lakukan semuanya.meniarap,merangkak dan berjalan.Dan ibu tahu Nabila dah usaha sedaya upaya untuk lakukan semua itu.Terima kasih sayang, sebab Nabila mahu mencuba.Dan ibu akan terus beri sokongan pada Nabila walau apa jua yang melanda pada diri kita bertiga.

Abg,ibu mintak maaf sgt2.Ibu kesian pada abg sebab terpaksa berkorban duduk di Rawang keseorangan.Semua ni demi anak kita.Dan abg hidup dalam keadaan serba kekurangan.Sepatutnya bila balik kerja,ada isteri ada anak di rumah..tapi bila balik rumah..kosong..sayu rasa hati..tapi ini lah yang terpaksa kita lakukan demi Nabila.Dan mudah-mudahan berkat doa kita..Nabila akan cepat2 sembuh..Amin..

16 comments:

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

ina....sedih la zura baca kesah ina ni....mmg amat tsentuh....zura pun jd sedih ni...mybe zura pun ada kesah sedih kan, jd touching gk la..

leadleedeea said...

akak...mengalir air mata lead baca entry akak..jgn laa mcm ni kak..lead paham, kadang2 kite x mampu nak lawan perasaan..lead paham sgt2..sabar ye kak n lead pon cuba untuk pujuk diri lead sendiri..U have to be strong for Nabila..

Jiey^Mien said...

Dulu, masa Dr. kata Ian mungkin tak dpt melihat dan mendengar, tiap kali Jiey tgk org buta cuba melintas jalan, hati bagaikan disiat-siat.. Dalam hati, tertanya-tanya, nanti kalau Ian nak lintas jalan, ada tak orang tolong..

Dalam pada tu, memang hilang arah.. Kalau takde vision, boleh berkomunikasi dengan pendengaran.. Tapi kalau takde kedu-dua sekali, apa cara yang kami ada? Bila tanyakan pada doktor, dia pun terdiam..

Tapi tuhan takkan menduga kita melebihi apa yang mampu kita tanggung. Tuhan 'simpan' mata Nabila, tapi tuhan pinjamkan telinga padanya.. Tuhan pinjamkan mata untuk Ian, dan 'simpan' telinga Ian..

Apa sekalipun, kita pasti dpt laluinya.. =)

ummuabdullahsyaakir said...

wahai ibu nabila,jangan menagis lagi.Sebenarnya nabila hanya nak sangat2 perhatian ibu pada dia..syukur nabila punya ibu yang tabah dan sangat penyayang.Moga Allah merahmati hidupmu sekeluarga.Saya dan ibu2 lain sentiasa bersamamu..

m@m@yAyA said...

Ina sbr yer lau airmata ina tmph sm gak ngan zura bila bc luahan ina nie..
Inila ujian idup yg perlu kita tempuh sm ada kuat/tak..
ina ada mention psl buta/pekak/bisu..Bole zura thu apa mksd sume tue??
Perlu ke nabila hdpi slh satu tue???
Tabah yer Ina,mmgla zura xada dlm situasi Ina tp kita msg2 ada bhgian ujian yg perlu kita hadapi..

azzul said...

Noina, sy nk wish happy birthday to nabila awal sikit coz takut lupa lak esok.

Semoga nabila akan cepat sembuh dan akan sentiasa membahagiakan ibu n abah yer....salam sayang dr ibu naufal...

to noina: u're really a supermom...may Allah bless u all the time n give u strength for nabila..amin

bonda safia said...

sebak sama baca post ari ni. saya tumpang simpati.maklumlah, kita sebagai ibu je faham perasaan sesama kita. smoga nabila cepat sembuh....banyakkan bersabar.InsyaAllah, semuanya selamat ye kak.

Puteri Satu said...

mungkin noina rasa...berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul...tapi akak dapat rasakan apa yang noina rasa...tuhan saje yang tahu perasaan noina kan...tapi akak doakan...semoga nabila tak apa-apa...semoga nabila membesar dengan sihat dan bijak seperti anak-anak yang lain..insyaallah akak doakan sentiasa untuk nabila...

arine said...

Kasih ibu mmg tiada tandingan.. Semoga mama nabila sentiasa kuat mengharungi dugaan ini. saya percaya nabila pasti bangga mempunyai ibu dan ayah yang sentiasa sayang dan berada di sisinya selalu.

ami said...

salam noina..
awak sungguh tabah hadapi semua ini.
semoga awak mendapat rahmat di sebaliknya..
nabila cantik sangat.
sayang nabila

Anonymous said...

salam,

maaf kalau kata-kata saya nanti akan menyakitkan perasaan puan. puan, saya pernah buat research tentang golongan istimewa iaitu kurang upaya dari segi pertuturan dan pendengaran di sebuah sekolah pendidikan khas di shah alam. maaf sekali lagi jika saya salah tetapi setelah membuat penyelidikan itu, barulah saya tahu, golongan ini 'lebih sengsara' daripada golongan istimewa kurang upaya dari segi penglihatan.
ini kerana golongan ini sekiranya mengalami ketidakupayaan contoh dari segi pendengaran sejak lahir kemungkinan besar akan menjadi bisu. ini kerana ketidakupayaannya mengeluarkan kata-kata kerana tidak dapat mendengar sekaligus menafsirkan kata-kata yang diucapkan padanya. begitu juga sebaliknya. sukar bagi mereka untuk mendalami pelajaran berbanding golongan kurang upaya dari segi penglihatan. insyaallah anakanda puan akan sihat dan tidak mengalami mana-mana ketidakupayaan ini. sekali lagi maafkan saya. saya tidak berniat menyakitkan hati puan, sekadar menyampaikan sedikit pandangan. adik kesayangan saya juga golongan istimewa dan sekarang sedang sakit. -xiao hong-

Amalina said...

Salam,
terharu kak amal baca entri ibu Nabila ni. mmg payah tambahan kalau berjauhan dgn ayah Nabila. Mmg betul kanak2 CP ingin melakukan pelbagai perkara tapi tak 'kesampaian'. Sbb bahagian otak yg menghantarkan isyarat pada otot2nya dah rosak. tapi sebenarnya kita boleh membantu dgn terapi2, terutamanya PT dan OT. Mungkin mengambil masa seblm nampak hasilnya, tapi InsyaAllah akan ada perubahan dan perkembangan. Perkembangan kanak2 CP yg melalui terapi2 ni mcm kita tgk movie slow motion. Kita dapat nikmati satu2 perkara yg anak2 CP kita capai InsyaAllah. Mungkin Nabila ada masalah sentuhan. Cuba terapi dgn balut atau gosok2 tuala pada badan dia. Sentuhan sgt penting utk perkembangan, selalu2lah sentuh dia. Kak Afiqah pun masa kecik2 ada masalah sentuhan juga. Kalau dukung menghadap dada dan dada tu, dia menolak tak selesa. Bila dah umur 3-4 thn baru mula boleh nak dukung2 mengadap.
Wassalam.

Unknown said...

ai liena.. zai dah start kje balik..
kite dpt bb b0y.. kite kasi dia name mohd adi haiqal.. awk pe kab0?nabilah sihat? harap2 dia slalu sihat.. jgnlah awk sedih2.. igt yg el0k2 jelah.. slalu berd0a sm0ga ank awk sembuh.. saye p0n sedih bile bace entry awk.. biaselah hati 'ibu' mmg cpt sgt tsentuh bile lihat ank sakit.. saye ank demam p0n dah berjurai2 air mate.. sy p0n xrase sy 'kuat' kal0 sy ditmpt awk.cume sy d0akan awk tabah hadapinye..

Yasmin Nabilah.. said...

Terima kasih sebab semua sudi mendoakan Nabila dan beri semangat pada kami.Ina mmg tak boleh tipu bila hati ini terasa ingin menangis.Dengan tangisan sahaja yang mampu Ina lakukan untuk hilangkan rasa 'keributan' dalam diri ini.seperti yang jiey kata..mata yang 'disimpan'oleh Allah..sepatutnya ina tak patut pertikaikan.Tapi sebab emosi semalam..ina luahkan jua.Kak Amalina..thanks yek share pengalaman.Mmmg betul sentuhan penting buat dia.Dan ina akan cuba lakukan lebih baik seperti yang disarankan oleh akak.

kepada semua terima kasih sekali lagi.Ina dah ok skrg..dan esok hari ulangtahun Nabila.Harap ada sinar menanti kami nanti..

Anonymous said...

salam perkenalan...saya sering mengikuti blog anda...kerna saya juga ada anak seperti anda...juga disahkan oku dan ada masalah kekurangan saraf otak...cerita anda menguatkan saya dan tidak merasa keseorangan menemouh hari-hari bersama iman...harap kita sama-sama tabah menghadapinya...em..leh tanya tak,kat mana beli rocking chair tu, nmpak besar...nak cari untuk iman...dai dah sthn setengah..

Yasmin Nabilah.. said...

to anonymous : terima kasih sudi menyinggah blog Nabila..tentang rocker chair tu..ina beli kat jusco.jenama fisher price..dia ada dua jenis..dan leh letak bateri klunak rasa gegar2..emm..rocker tu tak le sebesar mana..tapimuat la untuk nabila yang kecik ni..dan rocker tu leh di adjust unuk duduk..mcm kerusi masal..leh gak buat duduk mcm kerusi biasa...

kem salam peluk cium saya pada iman yek..