06 May 2009

Mata oh mata....




Assalamualaikum..hari ini hari yang dinantikan..emm..lama gak nantikan detik arini sebenarnya..bukan apa..hari ini Nabila ada appointment dengan Ophtalmology..Sekian kalinya aku rasa berdebar dan banyak soalan yang ingin aku ajukan pada doktor..

Aku, Nabila dan Abg..tiba di hospital jam 9 pagi..tepat..sebelum tu kami ke opis aku dulu..Nak amik GL sebab semalam kerani kat Rehab tu kata GL aku dah tamat tempoh..kelam kabut gak pagi tad..hrmm..dah nyaris2 Nabila tak tergolek ke tepi pintu kete..dok sedap2 dok dalam car seat..ayah dia punya buat 'corner' baring..Nasib baik tangan aku sempat pegang car seat Nabila..Rupanya kerusi depan tu kedepan sgt..tak pegang betul2 car seat Nabila..Nasib baik tak apa2..fuhhh....

Dan sampai dia hospital..macam biasa la..ada aje mata yang memandang..lagi2 masuk Klinik Mata ni..yang dok kat situ kebanyakannya org2 tua yang ada masalah mata..bila tgk kitaorg..siap tolak stroller lagi..pelik la org2 tua kat situ..saper yang sakit..?ibu ker , ayah ker? atau anaknya? hrmm..dan seperti biasa mana2 yang pandang..aku senyum jelah..hehe..

Tak sampai 10 minit aku duduk..datang nurse menyapa kami..

"comelnya"..sambil usap2 pipi Nabila..

"emm..sejuk la tangan nurse ni"..Nabila mcm elak2 la muka dia bila nurse tu dok sentuh2 pipi dia..hehe..pandai pun anak ibu ni..

Ada sorang auntie India tu..dok tgk jer Nabila..berdiri dekat ngan kami..agaknya nak tanya..saje aku tak pandang..hehe..nak tanya Nabila sakit apa la tuh..Lagipun aku tgh sibuk bagi Nabila susu..nanti saje la auntie kita sembang2..

Pastu nama Nabila di panggil..mata diperiksa dan dititik ubat untuk besarkan anak mata..3 kali lak tuh..baru la nama Nabila dipanggil sekali lagi.Aku mmg berharap sgt anak mata Nabila cepat2 besar..3 kali dah cukup..pasal pedih kalau letak ubat tu.Setelah diperiksa..mata Nabila di katakan NORMAL..tiada rabun dan tiada silau...dan aku disuruh berjumpa dengan doktor..
Bila diperiksa oleh doktor..dititik ubat mata sekali lagi..aduh..masa dirasakan begitu panjang..sehinggakan Nabila,aku dan abg tertidur kat kerusi menunggu sementara nak menunggukan anak mata Nabila membesar sekali lagi..Dan setelah itu..doktor kembali, Nabila di bawa ke bilik khas.Kali ini doktor tak suruh pulak aku keluar..Dan aku menyaksikan segalanya..mmg agak mengerikan..kelopak mata Nabila dibuka dengan penyepit..dan aku rasa macam nak bedah mata Nabila jer time tuh..takut..seriau..takut tercucuk..tapi aku tak tunjukkan semua perasaan tu pada doktor..aku tahu mereka2 semua menjalankan tugas..Dan tugas aku memujuk Nabila..huhu..Bagaimana perasaan aku..hanya Tuhan jer yang tahu..Pastu doktor amik 'something' alat apa tah..dok jolok kat kelopak bawah mata Nabila..hrmm...sampai naik merah plak tuh..tahan lagi aku nih tgk benda2 tuh..Nabila dah meraung2 dah..Abg dah dok kat luar..tak leh ramai2 dlm bilik tuh..Dan selesai..keputusannya.......

"Saya tak dapat nak ckp anak awak ni tahap yang macamana..sebab ni semua berkaitan dengan otak..Mungkin juga anak awak nampak tapi ini bergantung juga pada otaknya.."

"Dan temujanji berikutnya akan berlangsung dalam tempoh 8 bulan dari sekarang"

Dan aku hanya mengangguk..

"Macamana pula dengan mata yang terkedip2 laju tu?Sawan ke itu doktor?Atau dia sedang mencari fokus".Aku bertanya.

"Saya pun tak dapat nak pastikan.Semua ini bergantung pada otaknya"

Macamana aku nak jelaskan?Susah kalau keadaan berterusan begini.Doktor sendiri tak dapat beri jawapan pada aku.Dia ada memberikan istilah tentang mata yang berkedip2 laju..Puas aku dan abg mengingat kembali apa yang dikatakan oleh doktor..sampai aku coret tentang entry hari ini..aku masih lagi lupa apa istilah yang dipanggil oleh doktor itu..Dan pasti mereka ni mcm baru lagi..masih lagi belajar dan mengkaji..Hati ini masih lagi tak puas dengan jawapan doktor..

"Ibu rasa nak bagi istilah apa yek untuk mata Nabila ni?Buta ke anak kita..Rasanya doktor tak cakap pun dia buta..Rabun pun jauh sekali..nurse yang check tadi pun kata dia tak rabun atau silau.."

"Ayah..ni semua berkaitan dengan otaknya..mungkin dia nampak cuma mesej tak sampai ke otaknya"

Dan tadi aku menitiskan airmata..abg kesat airmataku sambil berkata..

"Kita kena terima dan redha semua ni.Abg kalau boleh nak Ibu duduk dan jaga Nabila.Tapi apakan daya..gaji abg pun kecik..Nanti klu keje saje Nabila tak kenal ayahnya nanti"

"Apalah yang Nabila boleh buat nanti bila dah besar.Kalau lah ibu ni kaya..Ibu akan buat satu gimnasium untuk Nabila dan upah therapist untuk jaga Nabila..bagi exercise kat dia ..private..Nak antar PDK pun kena tgk gak tempat tu..macam kawan ibu ckp..dia gi PDK mana tah..ibu tak ingat..dia tgk anak2 CP dok terbaring kat lantai..sian la abg.."(teringat mama uwais-ameenah ckp ttg PDK)

Dan perbualan kami terhenti disitu..Tak guna menangis..!

Aku melihat wajah Nabila..teringat nurse2 yang puji Nabila cantik..hehe..dan abg cakap ada doktor kebetulan lalu sebelah kami masa on the way nak ke car park..doktor tu cakap perlahan aje..tapi abg terdengar.."comelnya".tu yang terkeluar dari mulut doktor itu..

Bukan nak bangga Nabila yang comel..tapi itu lah Nabila..biarpun ada kekurangan dlm dirinya..tetap cantik di mata sesiapa yang melihatnya..!

20 comments:

Anonymous said...

assalammualaikum?.

sabarlah banyak2. mungkin CORTICAL BLINDNESS ke?. kalau itu yg doc dignos Insyaalah semakin besar nabila otaknya makin berkembang satu hari dia mungkin dapat mentafsir apa yg dia lihat. esok kakak annur pun nak pi hospital cek power matanya.

akuoku

Noina said...

salam kak...abg ina ckp bukan cortical blindness..dia mcm confident jer.Ina ada terdengar gak doc ckp tadi..tapi tak confirm betul ke idak..kakak annur punya power tinggi x?dia ada silau tak?

MaMaQaYPo FaMiLy said...

Harap Noina & Suami sentiasa BERSABAR!! Everything will be OK!!

Yang Pasti... NABILAH mmg CANTIK!!!!

sokong 100%..

ita zakaria said...

nabila memang comel! itulah istimewanya die... ita salu ingat cakap kak sham..(mama annisa annur) - ADA YANG MANIS UTK DIKENANG!

sabar lah na..hari nih ujian kita..esok lusa, rahmat pula. siapa tahu..ita lak berdebar tggu bulan 6 nih!!! macam mana lak keputusan kembar nabila tuh! sabar ye na..sabar yer anak ku..

Noina said...

MamaQaypo : Terima kasih..dah ckp ngan Nabila dah..hehe..kembang idungnya..hahaha!

ita : aik..tak balik lagi ker..OT ker?keputusan apa ita..yang mata tu ker?

Kerikil Kehidupan said...

salam noina..akak dah hadapi semuanya tu masa iman..akak menjerit tgk tu dr tu guna pengepit nak cek mata iman sampai akak kena halau keluar...nasihat akak,byakkan rangsangan utk mata dia...cuba main rattle tinggi2 keliling kepala dia...lama-lama dia akan ikut...iman pun mcm tu juga dulu...skrang matanya lebih fokus...tapi dia ada juling...

Mrs. Adz said...

memang nabila ni comel..geram sangat..itulah keistimewaan nabila..moga ibu sekeluarga terus tabah dalam membesarkan nabila..kiss skit utk nabila.. muahh..

Jiey^Mien said...

Ina, Ian dulu pun doktor kata mata tak nmpk gak.. Ian kan, condition dia quite bad jugak before.. opthalmologist tu siap ckp, "I'll be surprised if there's nothing wrong with his eyes.."

Tapi tu la.. Tuhan punya kuasa kan.. At the end, Alhamdulillah.. He can see.. In the future, dia kena pki spec ke tak, taktau la kitorg.. Tp tak kisah pun.. Mama dia pun 10 years old dh specky.. =)

InsyaAllah, Nabila will be better.. Ada sorang ni, kes sama ngan Ian.. Doktor kata mata tak nampak, dari dia lahir.. Tiap kali check. mesti -ve.. Sekarang ni umur 1 tahun 7 bulan, last check ari tu, doktor kata dia boleh tgk.. vision ability sama ngan budak umur 3 bulan.. see, boleh get better can? yang penting, keep on stimulate brain dia.. coz mata ok.. cuma brain tak dpt interpret apa yang mata tgk..

zh-ena said...

mmg nabila comel..sbb tu la ena terpikat kat blog nie..

kesabaran akan di balas oleh Allah..mgkin balasannya manis jea nnti :D

Nur Syazwani Mustafa said...

betul..betul..betull....nabila mmg comellll sgtttttttttttttttt.............abaikan kekurgn yg ada,fokus pada kemajuan nabila saja...ye kak...nabila msti boleh buat sesuatu yg d tggu2 oleh akak ngn abg ngn sume family...nabila msti bijak jgk mcm org lain....ada hikmah nya yg akan dtg dlm kesukaran yg akak alami skrg ni....k.....cenyummmm..hee

suealeen said...

Syafiah akan jumpa doktor mata 14 Mei ni untuk buat ujian lanjut. Ujian cycloplegic refraction. Dikenali sebagai cyclo ra. Mata dia sihat cuma optic nerves tu macam tak berapa faham isyarat. Well... of course la pasal otak dia jugak. Tapi saya dah ready untuk segala kebarangkaliannya. Bebudak CP ni biasalah.. tak mata, mesti affect dia punya telinga pulak

lily azliyana @ mama zara said...

Ye..saye pon mengaku yg Nabila mmg anak yg cantik. 1st time masuk blog ni pon tak sangka die ade sakit. Die nampak sempurna di mata saye..=)

Putra Mama said...

Alhamdulillah mata Nabila ok.. Nabila mmg comel.. jgn sedih2 yer Noina..

Liana said...

Harap bersabar yer... Ini ujian. Kita tak tau...mana tau Nabila bawa tuah untuk ibu dan ayah dia... Hanya DIA yang tau segala yang tersurat dan tersirat...Apapun...Nabila memang sangat comel.

Amalina said...

Nurul Afiqah ada rabun silau, masa check up di HKL dulu doktor kata borderline n kena follow up, bila umur 6 thn baru boleh tahu forsure tahapnya. Skrg ni mmg kalau jauh sikit Afiqah tak berapa nampak sbb dia susah sikit nak respon. Teruskan therapy cahaya2 dgn Nabila. Tak salah dulu, Afiqah dok dlm bilig gelap, lepas tu ada cahaya yg attract pandangan dia.
Ttg thera/neurosuit yg kak amal email. Kak amal dah introduce Ina pada Pn Fezia di FB. dia kata hujung minggu ni ada training neurosuit tu, kalau ina ada masa boleh pergi tgk, nak consider ke tak utk Nabila.

Noina said...

Kerikil kehidupan : terima kasih kak..sudi share pengalaman dengan ina..Nabila pun ada juling jugak..tapi tak kerap julingnya..kdg2 ok..kdg2 juling..dan julingnya tak tetap.

Mrs Adz : terima kasih atas doa awak..Kiss tu dah sampai ke Nabila dah..hehe

Jiey : Ina pun berharap keajaiban Nabila berlaku..Ina mmg kagum betul dengan perkembangan Ian..dan harap2 Nabila pun boleh ikut jejak langkah Ian

Zh-ena : terima kasih ena..Sabar tu akan buahkan hasil nanti..Amin..

Wani : mmg ada hikmah wani..Sebelum ini akak hanya tgk anak2 yang senasib dengan Nabila..bila dah ada Nabila..baru kita faham dan rasa perasaan seorang anak yang 'istimewa'

suealeen : Rasanya Nabila ngan Syafiah sama la..pasal berkaitan dengan saraf jugak..Nabla mgkin boleh nampak tapi otak dia tak dpt terima isyarat..harp2 boleh rangsang lebih nak pulihkan mata dia..

Lily : ramai yang ckp mcm tu..klu ada yang tgk sekali imbas nampak Nabila ok..terima kasih lily...

Putra Mama : harap2 begitulah..kalau ok bolehla dia tgk semua org yang sayang kat dia!

Liana : Ina tak nafikan Nabila hadir mmg membawa tuah pada Ina dan abg..lebih mengharagai sesama sendiri dan anak2 senasib dengan Nabila..

Kak Amalina : Ada doc ckp suh bagi lampu2 cahaya untuk bagi attract mata dia..emm..nanti ina usahakan..pasal mainan dia banyak yang untuk kaler dan bunyi..nanti nak cari mainan yang ada lampu2 plak..hehe..tentang neurosuit tu ina belum lagi email Pn.Fezia.jap lagi ina email ke dia..thanks ye kak..!

Anonymous said...

salam, akak kawan Amalina and ada anak istimewa jugak now 8 yrs old girl. Amal bagitahu u nak tnaya abt HBOT. Kalau ada masa boleh contact saya di 013-9204100. Salam perkenalan drp Raihan.

Engku Nysa said...

Salam...Hai Noina.Nysa mmg pembaca setia blog nih.stiap hari selak blog ni,bila u dah update..lega rasa hati coz tahu perkembangan Nabila.Walaupun i x pnh jumpa Nabila,tp entah kenapa i rasa dia btol2 istimewa.rasa dekat dihati..smtime i menangis teresak2 baca blog u smpaikan ofcmate i tnya ape hubungan i dgn keluarga u..itulah kasih insan sesama insan.btol x? i doakan yg terbaik utk Nabila..dia anak yg sungguh istimewa,belailah dia seistimewa yg boleh..buat,noina n hubby...tabahkan hati dgn dugaan ini.korg insan terpilih..pasti ada hikmahnya..:: nysa 0132208090 ::

Noina said...

salam Nysa..terima kasih atas doa nysa..Ina hanya buat yang terbaik buat Nabila..dan mmg berharap sgt dia dapat jadi mcm kanak2 lain..atau klu tak mampu sekurang2 dia boleh uruskan dirinya sendiri..harapan yang tinggi untuk Nabila dan harapan itu juga yang perlu Nabila penuhi.Ina mmg tahu dia paham apa yang ina dan abg harapkan.Dia buat nysa, cuma kemampuan dia terbatas.Ina faham dan ina akan cuba sedaya upaya untuk pastikan dia dapat apa yang dia perlukan.Insyaallah..

Anonymous said...

salam..
sangat cute nabila..
terfikir, mungkinkah yg mata kelip2 tu=nystagmus. if it is, then it must be related to brain function, cerebellum to be exact. insyaAllah, banyakkan ransangan mata. mane tahu membantu..
salam syg buat nabila..

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...