24 May 2009

Nabila tak nak Ibu...!

video

"Tak nak ibu...". Agaknya tu yang Nabila cakap kat aku..bila mana aku letakkan mainan ular dan bola tu dia atas kepalanya.Sahaja aku biarkan dia menangis..Kejam tak aku..hehe..Semua ni untuk kebaikan Nabila juga..Bukan saja-saja ibu letakkan bola di atas kepala tu..tu semua untuk stimulate Nabila..Untuk pengetahuan kawan2 semua..Nabila ni mmg fobia kalau ada apa sahaja yang menutup dia bahagian kepalanya..Tak kira la saputangan yang sengaja aku letakkan atas kepalanya..menangis2 nak suruh aku buang kan sapu tangan tu dari kepala dia.Dengan muka pun begitu juga.Pantang kalau tuala mandi..aku tutup kepala dia dan tertutup mukanya..terus dia menahan nafas..seolah2 org sesak nafas..mmg bahaya Si Nabila ni..Sebab tu kitaorg kat umah ni mmg tak nak tinggalkan dia sorang2 main..yelah..mana tau terlemas ke..saja cari nahas jer..

Dan video di bawah ni pulak..seboleh2nya dia nak buang ular tu kat atas kepala dia..emmm..bagus gak buat cam ni..sekurang2 nya dia mau nak guna tangan dia untuk buang ular tu..Sebab Nabila masih lagi tak tahu gunakan tangan dia..Yang dia tahu..tangan digunakan untuk garu hidung..hehehe..Apapun ni semua untuk kebaikan dia..biarlah dia menangis..janji dia tau apa itu perasaan marah..tak selesa..atau perasaan gembira..Alhamdulillah..sekurang-kurangnya Allah masih 'memberi pinjam' perasaan-perasaan Nabila itu untuk aku..Supaya aku dapat rasakan ketiga-tiga perasaan tersebut..Alhamdulillah..

video

10 comments:

Nur Syazwani Mustafa said...

baru nmpk nabila main yek..siap cenyum2 lg...comei

MaMaQaYPo FaMiLy said...

Sonok ek main2 cam tu ngan Nabila!! At least ada RESPONS.. lain laa kalau Nabila hanya terkebil2 tak buat apa2.. itu baru patut RISAU!!

Apapun di harapkan Famili Nabila & Nabila sendiri terus SIHAT utk menempuh hari2 mendatang..

Jaga Kesihatan ya!!!

Suhaila Mohd Nasir said...

Assalamualaikum, sy br sahaja menjengah blog ini. Amat menarik perhatian saya atas ketabahan hati anda sbg seorg ibu. Saya ingin mengucapkan Happy Birthday To Nabila sayang. Semoga cepat2 besar, makin cantik dan makin aktif ye sayang....

Suhaila Mohd Nasir said...

Happy Birthday to Nabila...saya br sahaja menjengah blog ini. amat menarik perhatian dan menambah pengetahuan saya atas masalah si kecil ini. Amat berminat utk mengenali anda lebih dekat. Keep up the good work mommy Nabila...be strong and happy always...

PuteriSatu said...

ala siannya dia....

Noina said...

wani : hehe..banyak lagi wani sebenarnya..tapi akak malas nak upload..hehe..yelah Nabila pun main bukan mcm org lain..terkejar sana mari..

MamaQaypo : hehe..terima kasih..tu ah..klu takde respon tak tau la camner.. :(

Suhaila : salam perkenalan..terima kasih..hehe..setiap org pun kalau berada di tempat saya pasti akan buat perkara yang sama..itu semua naluri ibu..

Puteri Satu : nak wat camner kak..klu tak buat camni Nabila nanti tak sihat..hehe..

leadleedeea said...

alololo comeynye nabila cenyum n nanges..heheheee

Liana said...

hehehe...Nabila...nabila... Ibu suka kacau Nabila yer... Tak per yer sayang...Ibu Nabila cuma nak buat Nabila sihak kan...

oMMy fiRuz said...

mmg comeiii sesangat..gerammm..

Noina said...

lead : Nabila control ayu tuh..hehe..

Liana : hehe (ketawa jahat)..Ibu mg suka kaco Nabila..biarkan dia..hoho!

Ommy firuz : hehe..takpe..nanti klu acik jumpa Nabila..leh la cium dan peluk nabila kuat2..hehe

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...