23 May 2009

Tentang Sawan Nabila..

Assalamualaikum..Entry kali ini aku buat atas sebab untuk beri penjelasan jenis sawan yang Nabila alami dan juga menjawab soalan Kak Nanie

Sawan Nabila bukanlah seperti yang kita selalu tengok..Budak kejang..dan mulut berbuih-buih..Semasa di NICU dulu..aku tak berkesempatan untuk melihat sendiri bagaimana sawan Nabila menyerang.Begitu juga dengan abg.Cuma kami di khabarkan Nabila di serang sawan bila kami melawatnya di NICU.

Yang menjadi kemusykilan aku ialah sawan Nabila mungkin menyerang dlm keadaan senyap.Ini bermaksud Nabila bila-bila masa sahaja akan diserang sawan (dalam keadaan senyap)..Ketika bermain..Minum susu.. Makan..Mandi..atau apa sahaja aktiviti yang dilakukan..

Dengan cara :

1) Mata Nabila akan terkedip-kedip laju dan tak tentu arah..(tak pasti yang tu sawan ker idak..doctor pun tak leh nak jawab)

2) Bila main atau minum susu atau makan..tiba2 Nabila terdiam dan matanya pandang ke arah kanan sahaja tanpa berkelip..

3) Kakinya (tak kira sebelah kanan atau kiri) akan 'shaking' atau seperti menggelatar .Bila di pegang..ia akan berhenti. ( ni pun tak pasti kategori sawan atau tidak)

Rasanya tiga benda ni yang meragui aku sebenarnya..Dan tindakan aku bila Nabila berkeadaan macam tu, aku terus kejutkan2 dia..Takut ia berlarutan..

.

Dan tadi aku berjumpa dengan kawan lama aku, Fatin..Baru bersalin anak yang pertama..Mak dia seorang jururawat di wad kanak-kanak HKL. Dan mak Fatin sudah sedia maklum dengan 'condition' Nabila. Aku seolah2 berada di hospital bila mak Fatin mengeluarkan istilah2 sains kedoktoran..hehe..bercakap tentang keadaan Nabila yang lemas ketika di lahirkan..Tentang rawatan yang Nabila jalani..dan bermacam-macam lagi..Dan mak Fatin pulak bercerita tentang EEG..emm..macam dapat petunjuk..dan macam-macam aku tanyakan pada mak Fatin..Tentang ubat sawan yang perlu diambil..Mak dia kata memang perlu ambil..dan fakta tentang ubat itu melambatkan proses perkembangan dia adalah SALAH..

Dan aku berharap hasil apa yang ceritakan pada mak Fatin, dan pendapat dia..akan aku cuba praktikkan..terutama dari segi rangsangan..Aku perlu pertingkatkan lagi..Terima kasih Ya Allah..Kau permudahkan segala urusan dan segala kekusutan ku hari ini..


p/s : (pegi umah Fatin..patutnya bercerita tentang baby barunya..tapi ni dah dok cerita baby lama..si Nabila..hehe)

6 comments:

zh-ena said...

insyaAllah Allah akan permudahkan utk ina n nabila

suealeen said...

point no 3 tu betul. shaking hand/feet. tapi anak akak tak de ni cuma anak kawan yang ada hydrocephalus jadi camtu. dr sahkan itu sawan. deme ambil ubat dia tiap bulan.

aerobic oxygen tu nanti akak buat entry ye!

Kerikil Kehidupan said...

Salam ina..Thanks sudi jwb soalan akak..Berdasarkan penerangan Ina ttg sawan nabila tu..akak ada sdkt penjelasan, itupun berdasarkan pengalaman dan kes yg akak tgk..

1) Mata berkedip laju tu sbhgn simptom sawan..anak kwn akak simptom mcm tulah..mata berkedip laju..tapi dia sekali dgn mulut..

2) Mata merenung sesuatu dan diam..tu juga sbhgn tanda sawan..Akak tgk sendiri masa buat terapi Iman, bdk tu tgk seronok gelak, tiba-tiba diam..tak salah akak anak jiey, Ian pun mcm tu..Cpt2 mak dia sedarkan budak tu..Akak tanya knp..mak dia ckp anak dia diserang sawan..Yg peliknya anak dia langsung tak menangis.

3) Yg ketiga tu bukan sawan, namanya "kloness", Iman pun selalu mcm tu..Dr tak pernah citer pun..Br ni Iman msk wad akak tau..Ada 4 org bdk perubatan kena buat kajian kes ttg Iman pastu reprt kat dr pakar..Masa dia tgh observe Iman, kaki kanan Iman shaking..Masa tulah dia terangkan ttg kloness tu..Cara nak buat masa kena kloness tu, Ina lekapkan tapak kaki nabila ke lantai..serta merta kloness tu berenti..Actually benda tu ada kaitan dgn saraf otak dia..

He..he.. pjg pulak akak story..Harap ianya dpt membantu kekusutan Ina..Tp akak musykil la..kalau kat NICU, nabila ada sawan..napa dr tak request EEG terus ek...

Tak pela..Ap-apa pun, akak sentiasa doakan yg terbaik buat ina dan nabilah..

Be a strong ye..Ingat anak2 kita memerlukan kekuatan kita...

Salam syg buat nabilah....

Noina said...

zh-ena : Amin..... :)

Suealeen : terima kasih kak..leh nanti semua baca..tu ah..yang shaking tu..emm..mmg musykil..

Kak Nanie : yang kat NICU tu tak buat EEG test pasal dorang mgkin takde kuasa kot nak suruh buat..Lagipun mgkin kena paedatrik yang buat agaknya..entahlah la kak..akak ckp baru ina terperasan.Yang shaking tu..akan hilang tak akak?tu bukan sawan kan..?ina nak tanya balik doc pun dorang tak leh nak jawab..mmg nak kena jumpa pakar saraf gak ni..aduh..pening2..Apapun thanks yek kak..info2 akak mmg berguna..terima kasih banyak2..

as said...

melihat nabila ni... sayu rasa hati.. saya pun ada anak kecil, naluri keibuan ini tersentuh...yelah kita pun tak minta semua ni berlaku...melihat si comel mengharungi semua ini, saya keinsafan dalam hati...semoga nabila sekeluarga tabah dan saya doakan nabila cepat sembuh dan semoga Tuhan mempermudahkan segalanya...

Ieda said...

tersentuh rasa hati bila baca psal nabila...ieda harap ina terus kuat tuk support nabila yer..InsyaAllah pasti ada hikmahnye kan...kirim salam sayang utk nabila..

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...