28 May 2009

UlangTahun Perkahwinan Kami Yang Ke-2






Assalamualaikum..Entry ni khas bagi meraikan Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke-2 tahun..Walaupun masih 'muda' tapi bagi aku dan abg.. 2 tahun ini amat bermakna bagi kami..terutama bila tibanya kelahiran Nabila..Ini lah gambar-gambar aku dan abg sewaktu kami dinikahkan dan bersanding di halaman masing-masing. Tarikh kami disatukan adalah 26 Mei 2007 (sama ngan Ummisarra debokss!)


Aku berdoa agar ikatan perkahwinan kami berkekalan hingga ke akhir hayat.Aku dan Abg telah bersama berkenalan sejak belajar di Adtec dulu..dan kami sekelas..hehe..bercinta satu kelas..ada manis dan pahitnya..tapi banyak betul kenangan manis..dan membuatkan aku betul2 jatuh hati pada insan yang bernama Zulhilmi..Walaupun tak hensem..(hehe) tapi sifatnya yang sabar untuk dapatkan aku..(aku ni ala2 yang popular gak la kat Adtec tuh..hehe..perasan sket)..tapi kesabaran dia..buat aku kagum..hehe..Sabo jer la abg yek..

Apapun..dengan kehadiran Nabila buat kasih aku pada abg bertambah kuat dan utuh..

Buat abg..Sabarlah la abg..Ibu dan Nabila pasti balik juga ke Rawang..dan kita boleh duduk kat rumah baru kita bersama-sama..Semua ni untuk kebaikan anak kita juga..Dan Nabila..Nabila kena cepat2 sihat yek nak.Ibu dah rindu nak balik umah kita semula..teringat2 dulu kita duduk sama2 dengan ayah masa bulan puasa lepas..huhu..

18 comments:

ai said...

HEPI ENIBERSARI NOINA + ZULHILMI!!!

SEMOGA KOWANG AKAN KEKAL BAHAGIA HINGGA KE HUJUNG NYAWA DAN AKAN TERUS TABAH MENJALANI HIDUP BERUMAHTANGGA..AMIN...

:)

zh-ena said...

selamat ulang tahun perkahwinan..semoga bahagia utk selama2nyer..nabila beruntung dpt ibu n ayah yg sgt penyayang..

Jiey^Mien said...

Happy anniversary dear!! Semoga kekal ke akhir hayat dan diserikan dengan anak2 yang sihat, bijak, dan beragama.. Aminnn..

MaMaQaYPo FaMiLy said...

TAHNIAH ya!! Dah 2 tahun tu.. Semoga ikatan yg terjalin berkekalan lah hendaknya... AMIN!!!

ibu_arifa said...

nak ambik kesempatan nak ucap "slamat ulang tahun perkahwinan kak ina kali yg dah masuk tahun ke-2"semoga sentiasa berbahagia, tabah dan dilindungi Allah selalu.

LoVEaQshA said...

ina happy annivasary..
smga ina n hubby sntiasa tabah dlm menepuh dugaan n hapy dsamping nabila(buah cinta kalian b2 yg xternilai itu)..

Rinna said...

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 2, Yong dan Zul dannnnn Kirim Salam Peluk Cium Wat Nabila..Muaahsss kat pp yang comey lote tuhhh.. :)

oMMy fiRuz said...

eppy aniversari noina..semoga kekal hingga ke hujung nyawa disamping puteri yg comelll..peluk cium utk nabila cyg..

azzul said...

happy anniversary...semoga bertambah kebahagiaan dan dimurahkan lagi rezeki sekeluarga...

naurah makwa said...

selamat ulang tahun perkahwinan..semoga bahagia di samping anak yang tersayang, suami tercinta..

Leen Die said...

Happy anniversary yang ke 2..semoga berbahagia disamping suami dan nabila tercinta..semoga kehidupan ina dan keluarga beroleh kebahagian didunia dan diakhirat

Liana said...

selamat ulang tahun yang ke-2. Semoga kekal berpanjangan sehingga akhir hayat...Bahagia selalu

FRB said...

hepy 2nd annyversary

babyluv_ayang said...

happie anniversary, dik...semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...dan mencapai apa yg diimpikan....amin...insyallah...

Farid Hanif said...

Happy anniversary ina dan zul! Zul macho, bukan hensem. Haha

Gieyana said...

Heppi anniversary yer..moga kalian tabah dan berbahagia selalu...

suealeen said...

walopun dh ucap kat 'borak-borak', nak ucap gak sekali lagi kat sini. selamat hari ulangtahun ke-2. masih jauh perjalanan kalian. semoga akan terus bahagia hingga ke akhir hayat.

ina, tak hensem tak pe.. janji hati baik!!

Noina said...

salam semua..terima kasih :) .Dan harap2 kebahagian kami berkekalan..Amin...

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...