26 June 2009

EEG Test Dah Selesai..


Assalamualaikum..Banyak entry yang tertangguh..sampai 3 entry aku masukkan sekaligus hari ini..

Dan hari ini Aku,Abg dan Nabila ke hospital lagi.Punya urusan yang sangat-sangat penting hari ini.Seperti yang dijanjikan, Nabila ada appointment dengan Neurologi.Untuk Ujian EEG.Berikutan dari kes Nabila diserang sawan yang kerap masa bulan 4 lepas..Sebabnya kerap demam dan menyebabkan sawannya kembali lebih aktif..


Aku terlewat bangun.Namun segala barang-barang Nabila telah aku siapkan malam tadi.Tinggal untuk mengejutkan Nabila dan mandi. Aku menelefon Abg sebab Abg akan pulang kerja jam 8 pagi.Bila di telefon..suara Abg seolah-olah baru bangun tidur.Aku ingatkan dia di kilang lagi.Rupanya dah selamat sampai ke rumah..Mengantuk dan melelapkan mata seketika.
Jam 8, Aku terus bergerak menuju Sungai Buloh.Setibanya disitu..tepat-tepat jam 8.30 pagi.Abg pula hampir nak sampai..Katanya dia di Tol.

Kami terus bergerak menuju ke Klinik Pakar Tingkat 2. Dan terus malakukan pendaftaran.Selesai pendaftaran,kami meuju ke Bahagian Neurologi.Dan kami terkejut apabila nurse disitu memberitahu En.Jeffery tu bercuti.En.Jeffery tu la yang akan melakukan ujian itu kepada Nabila.Patut la hospital telefon aku 2 hari lepas..Aku tak angkat sebab aku sibuk dengan urusan Nabila ke sesi fisionya..

Tetapi semua itu tidak menjadi masalah pada mereka.Sebab mereka 'import' orang dari bahagian lain untuk lakukan ujian itu pada Nabila.Selesai timbang berat Nabila..mereka mengarahkan saya dan abg untuk masuk ke bilik ujian. Dan MA itu memberitahu prosedurnya..Ujian pun bermula.

Aku tidurkan Nabila di pangkuan aku pada mulanya.Sebab aku lihat Nabila sememangnya mengantuk teramat sangat ketika itu.Sehinggalah pemasangan elektrod itu di kepala pun Nabila tak sedar.Betapa mengantuknya dia..Sebab Nabila akan mudah tersedar bila sesiapa sahaja yang memegang kepalanya.Dan selesai pemasangan semua wayar-wayar itu, ujian pun bermula.

Aku mengharapkan Nabila tidur dengan nyenyaknya bila ujian bermula..Tak sampai 10 minit..Nabila sudah terjaga..Dan menangis..Sebab terdengar perbualan abg dan MA tu.Aduh..jenuh jugak aku memeujuknya..Dan mereka menyatakan jika Nabila masih lagi tak tidur,mereka akan sediakan ubat tidur. Aku kalau boleh nak Nabila tidur dengan sendirinya..apakan daya..tak dapat..!

Nabila diberi ubat tidur..Dan pada mulanya Nabila nak tidur..entah macamana tiba-tiba Nabila celik dengan segarnya dan mula berkata.."huuu..buuu...aaaa..mmmmmm..". Alamak..macamana ni..Nabila tak nak tido..tangan dan kaki makin ligat bergerak..Puas pelbagai cara..sampai wayar-wayar yang terpasang dikepalanya tercabut semula. MA tu berkata pada aku, Tak mengapa jika dah tercabut..dia kan pasang kembali..Dan aku telah gunakan pelbagai cara untuk tidurkan Nabila.Namun tak berhasil jugak.

Banyak kali juga MA tu masuk ke dalam bilik dan tengok Nabila dah tidur ke belum.Dan akhirnya dia membuat keputusan untuk menambah dos ubat tidur.Rupanya ubat tidur yang dia beri tadi..kurang dari sepatutnya.Sebab dia tak mahu ubat tu mempengaruhi keputusan ujian Nabila. Lepas beri ubat tidur..Nabila mula memerut..Aduh..mana nak cari tandas..selalu kat pediatrik senang je. Ni kat Neuro ni takde tandas untuk kanak-kanak..Aku terus cabut wayar-wayar yang masih terlekat di kepala Nabila terus ke tandas untuk mencuci segala yang keluar dari perut Nabila. Dalam tandas aku lihat Nabila seolah-olah seperti orang mabuk ubat..khayal..namun pergerakan dia cergas..seperti dia melawan ubat itu..mulutnya bising..seperti yang cakap mula2 tadi..

Siap semuanya aku terus ke bilik itu semula.Dan Nabila mula menunjukkan tanda-tanda untuk tidur..Dua kali aku pujuk dia..terus Nabila tertidur di pangkuan aku.Kali ini memang betul-betul tidur.Kasihannya Nabila. Aku terus letakkan Nabila di atas katil dan ujian bermula semula.

Seperti yang telah diberitahu oleh MA tadi, jika Nabila memakan ubat tidur kemungkinan keputusannya tidak tepat.Sebab dipengaruhi oleh ubat.Nak buat macamana..terpaksa bagi.. :(

Dan aku dapat melihat sendiri graf yang tertera pada komputer.Selesai semua..Nabila masih lagi tidur dan kami berangkat pulang.Dan mengharapkan keputusannya baik-baik sahaja..dan tidak membimbangkan aku dan abg..

p/s: Keputusannnya akan dihantar ke HKL kerana tiada pakar Neuro di Sungai Buloh.. :(

Nabila dan Sarra..





Aku suka sangat dengan gambar-gambar ni..( Ita..sori siarkan gambar Sarra without your permission)..Apapun gambar yang comel ini akan tetap dikenang sampai bila-bila..dan aku suka nak share dengan semua yang sudi follow blog aku..(jangan confuse yek antara Nabila ngan Sarra..hehe..). Mereka ni anak-anak yang istimewa..Istimewa di mata aku..Dan aku sendiri sebagai insan yang sihat dan normal pun..tak mampu untuk menjadi seperti diorang..yang punya semangat yang kuat..! IBU SAYANG SANGAT NABILA DAN SARRA..LEKAS SEMBUH YEK NAK..NANTI LEH GI SEKOLAH SAMA-SAMA..

Nabila Yang Baik..

Assalamualaikum..Alhamdulillah..Nabila dengan baiknya kelmarin telah berjaya melengkap sessi fisioterapinya..Kenapa aku cakap macam tuh? Pasalnya sebelum-sebelum nih..kalau time fisio dia tak penah diam..mesti nangis-nangis..macam dah tau Puan Suhana dok pegang-pegang dia nak exercise..huhu..Yang jadi mangsa nya ialah aku..Puas memujuk si kecik ni suruh diam dan buat apa yang disuruh oleh Puan Suhana..tapi malangnya..tangisan sahaja yang diberikan pada aku.

Namun Rabu lepas..Nabila kelihatan baik..sebab aku dah tidokan dia sebelum ke sesi fisionya..Dan dia bangun dalam keadaan 'segar bugar'..Dan paling baik sekali..dia berdiri atas apa tah nama dia..aku pun tak sure..dan DIIKAT..dia diam sahaja..mulanya dia merengek la juga..lepas aku dan abg gerakkan benda alah tu..dan keluar dari bilik gym kanak-kanak dan menuju ke ruang gym dewasa..Nabila mula diam..dan ayahnya bawa ke tempat pemandangan yang agak menyejukkan mata..kat ruang gym dewasa tu ada tingkap yang agak besar sehingga menampakkan pokok-pokok di kawasan hospital..Nabila memang suka tengok pokok dan keadaan di luar..agaknya dia bosan..dan Nabila diam sahaja..cuma merengek nak susu..tu pun sekejap je..untuk hilangkan haus barangkali..

Dan ni ada gambar Nabila ke Fisio..

*harap-harap ia berterusan..(kitaorg kasi lama sket dia berdiri kat situ..pasal nak cover yang 2 kali dia nangis-nangis tu..huhu..)

24 June 2009

Serangan Nyamuk!




Assalamualaikum..entry ni mmg sadis..lepas kejadian potong rambut Ahad lepas..Nabila diserang dengan hebatnya..Aduh..sian aku tgk anak aku nih..mulanya tak perasan..mmg tak rasa langsung nyamuk tuh..dah menghirup darah Nabila dengan sekenyang-kenyangnya..pepagi bangun nak gi mandi..aku on lampu putih..(pasal aku pakai lampu tido)..terkezut aku..tgk muka Nabila dah berbintat-bintat merah..mak ai..Nabila pulak..masa kena gigit tuh..nyenyak la tidonyer..tak sedar apa..pasal dah tido meniarap..nyamuk tu menyerang sebelah pipi je..yang sebelah lagi..tak dapat nak gigit..huhu..Mak dah bising2 kat aku..kata semut la..apa la..cadar tak kibas la sebelum tido..padahal semua aku dah buat..Tapi silap sket je pasal tak pasang ubat nyamuk..Dah lama tak pasang pasal tgk nyamuk cam dah takde..tgk ada balik..siang semalam..mak aku selak2 langsir..terjumpa la nyamuk tuh..apa lagi lumat mak aku kerjakan..kahkahkah..

23 June 2009

Nabila Ke Cheeky Monkey..

Assalamualaikum..emm..dari smlm lagi aku cba nak buat entry ni..Tapi apsal tah..tak leh nak upload gambar..huhu..ni baru berjaya..hehe...

Ahad lepas aku dan abg ke Great Eastern Mall..Cadangnya nak ke Cheeky Monkey..gunting sket rambut Nabila yang dah sedia panjang..ni hah gambar rambut dia sebelum digunting..


Berpusing-pusing gak la kami kat dlm shopping complex tuh..Hampir-hampir sahaja kami nak balik sebab tak jumpa kedai tuh..Yelah kitaorg mmg tak penah menjejakkan kaki ke situ..tah camner nak gi makan kat Chicken Rice..terus abg menjerit.Terkejut aku..Rupanya dia nampak kedai tuh..aduh..Nasib baik tak lemah semangat. Apa lagi..kitaorg turun balik dan terus ke kedai tuh..potong punya potong..hasilnya..nilah..


Nabila masih lagi belum pandai nak duduk kat kerusi tuh..Rasa cam tak selamat lak..Nak tak nak..aku terpaksa la duduk dengan Nabila sekali..Nabila mula2 diam jer..Dah lama sket baru dia cam paham la org nak gunting rambut dia..apa lagi..terpekik la..huhu..Nasib baik Cina tu pro..hehe..kalau tak..abis Nabila..


Comel tak saya auntie?Nampak pendek dan kemas..hehe..

22 June 2009

Gedangsa lagi...



Assalamualaikum..lama sudah aku tak masukkan apa-apa entry tentang Nabila..Bukan kering idea..tapi masa tidak mengizinkan.Waktu siang di pejabat aku memang langsung tidak boleh membuka sebarang laman web sebab telah di'block' dan pada malamnya..aku banyak menghabiskan masa bersama Nabila.

Minggu lepas..Sabtu..aku ke Gedangsa lagi. Tapi bukan bersama abg..tetapi bersama kembar Nabila..Sarra serta Ita dan Farid. Pada mulanya aku tak terpikir untuk pergi sebab minggu lepas giliran Abg bekerja siang pada hari Sabtu.Dan sukar jugak bagi aku untuk 'handle' Nabila sorang-sorang bila ke Gedangsa.

Pada mulanya aku sms Ita..dan bertanya sama ada dia ke Gedangsa atau tidak.Dan ita masih belum confirm lagi..sebab dia masih lagi di kampung.Dan pada hari Jumaat..aku sms sekali lagi dan menyatakan untuk tidak pergi bersamanya ke Gedangsa.Namun Ita memujuk dan aku mula berfikir semula.Sebab Nabila dah 3 minggu tak pergi berurut.Risau aku dibuatnya.Dan aku minta kebenaran dengan Abg untuk ikut Ita dan Farid ke Gedangsa.Dan Abg beri kebenaran sambil menyatakan maafnya sebab tidak dapat ikut serta.Aku yang sememangnya faham dengan tugas abg dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk mengikut Ita.

Hari Jumaat..waktu rehat yang panjang (bagi kami org perempuan)..aku tak sia-siakan masa itu.Aku terus menelefon Abg sebab untuk pulang ke Rawang dan mengambil 'bandage' yang aku tinggalkan di sana.Penatnya hanya Allah sahaja yang tahu..Namun demi Nabila aku sanggup ulang-alik dengan masa rehat hanya 2 jam 45 minit untuk ke Rawang.

Dan esoknya kami bergerak dalam pukul 11 pagi.Dan tiba di Gedangsa hampir jam 12 lebih.Ramai juga yang masih menunggu giliran..dan kami menunggu dengan penuh sabar.

Mulanya giliran Sarra..dan kemudiannya giliran Nabila. Alhamdulillah.. disebabkan ayah Nabila tak ada..Nabila sangat-sangat baik.Mungkin dia tahu adab menumpang kereta orang..Nabila sangat kurang menangis berbanding jika ayahnya ikut bersama.Dan setibanya di rumah..Nabila sempat tidur lagi selama 1/2 jam..Kalau selalunya..Nabila akan menangis tak henti-henti sehingga aku sendiri 'angkat bendera putih'.Cuma sejam yang terakhir tak dapat dihabiskan sebab Nabila mula merengek..dan bising..Sarra pula pada mulanya menangis bila tiba di rumah aku..(ohh lupa..Ita dan Farid singgah ke rumah kami untuk berehat)..Dan setelah dipujuk oleh Abinya..Sarra terus tidur..

Jam 8 malam kami mula bergerak untuk mencari kedai makan..Masing-masing dah lapar..Dan sesudah itu kami terus bergerak menuju ke KL..Penat namun aku puas..Dapat melaksanakan tugas aku untuk Nabila dan dapat berjumpa dengan Sarra..Selalunya aku mmg tak berkesempatan untuk berbual panjang dengan Ita dan bermain dengan Sarra..tapi kali ini aku dapat melihat sendiri kebolehan Sarra dalam skill meniarap..Ya..Sarra dah berjaya mengangkat punggung dan kakinya mula nak mengesot ke hadapan..seronok bila aku dapat lihat perubahan yang Sarra lakukan..

Dan pasti aku rasa kami semua nakkan yang terbaik buat Nabila dan Sarra..Bila mengenangkan setiap perubahan yang mereka berdua lakukan..Aku rasa bersyukur sangat..Sekurang-kurangnya..penat lelah kami berulang alik ke Gedangsa membuahkan hasil juga..Alhamdulillah...

Award dari Mama Syafiah..




Emm..dapat award ni dari blog Suealeen @ mama Syafiah..Thanks yek..lama nak buat entry nih..tertangguh je pasal klu kat opis takde internet..malam lak..dah sibuk layan Nabila..apapun terima kasih yek Mama Syafiah

The Rules :

1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.

2) Pass the award to 15 other blogs that you've newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.
- nak bagi sapa yek ..alamak cam tak reti plak..Semua blog yang aku link nih..semua best2 belaka..emm..aku nak bagi kat semua la..tapi list ni panjang sgt..sapa2 nak buat silakan yek..


15 June 2009

Rambut yang semakin panjang..dan kisah semalam..

Assalamualaikum..aku mulakan entry arini dengan kisah semalam..

Kelmarin Nabila demam..dan semalam Nabila sudah kembali pulih seperti sedia kala..Alhamdulillah..Demamnya kebah pada jam 3 pagi..huhu..Sebab apa aku perasan jam 3 pagi? Pasal Nabila dah terbangun masa tu dah tersenyum sengih kat aku..hehe..Amboi anak dara nih..masa malam sabtu tu..abis aku dan abg dah takde idea nak pujuk dia camner..merengek tak ingat..Dah ok..dia senyum-senyum sengih..Ayah Nabila pulak dah tido tak 'hengat' dunia..huhu..dan aku pula..terpaksa berjaga sebab Nabila pun berjaga pasal nak main-main dengan aku..Puas aku pujuk dia tido balik tapi malangnya..mata dia tak ngantuk-ngantuk. Aku sampai dah terlentok dok buai Nabila dalam 'rocker' dia..dan akhirnya Nabila melelapkan matanya pada jam 5 pagi..huuuuhhh...alangkah sedapnya badan bila dapat berbaring di atas katil bila Nabila dah tido..

Dan semalam (Ahad)..aku bersiap untuk balik ke Gombak semula..Malasnya..betul..sebab seronok lagi duduk rumah sendiri banding umah mak sendiri..walaupun itu umah mak kita..tapi bila dah kawin ni..rasa dah tak seronok nak duduk umah mak..yelah kalau dipikirkan dah kawin-kawin dok umah mak lagi..apa ke halnye..huhu..Nak wat camner..Harap-harap dapat 'direalisasikan' secepat yang mungkin..Nabila kena la cepat-cepat pandai..Nanti leh kita balik umah kita balik..

Sebelum balik ke Gombak..Abg ajak aku ke KFC kat Rawang..hehe..Nabila kalau jalan memang suka..lagi-lagi dok dalam kete..hehe..ni ada sket gambar dia..



Tgk la Nabila yang tersengih..muka pun ceria jer kalau gi jenjalan..hehe..Ayah dia cakap..sapa yang ajar anak gi jalan-jalan..hehe..teringat masa mula-mula kuar ngan Nabila dan Ayah dia.Masa tu Nabila genap 2 bulan..Tempat pertama Nabila 'merayap' adalah di OU..One Utama..hehe..Bukan Nabila yang nak jalan sgt..Tapi ibu dia yang dah tahap bosan yang amat dok kat umah..hehe..merengek-rengek kat ayah Nabila suh bawak kitaorg gi jenjalan..


Dan kisah hari ini..aku nak cerita tentang kisah rambut Nabila.. perghhh.. rambut yang sangat-sangat-sangat-sangat.. (brapa banyak sangat la).. LEBAT..huhu..kalau orang lain nak sangat rambut anak dia lebat..tapi aku dah mula rimas dengan rambut Nabila..Tadi aku ada mesej kat Jiey (mama Ian), tanya kat mana Cheeky Monkey tuh..hehe..Rupanya kat Great Eastern Mall (mokcik tak ingat..)

Ayah Nabila ada cakap suh potong sendiri..Mana la aku pandai..lagi-lagi pulak si Nabila nih tak suka orang pegang-pegang kepala dia..Pegang gunting pun 'terkial-kial'..mana la nak potong rambut anak..Pastu abis 'bertobek-tobek' aku kerjakan rambut Nabila..hehe..Tu pun kalau ayah Nabila nak bawak la kita orang gi kedai tu..

Nenek Nabila pulak suh potong guna 'mesin ketam'..ahhhh...tak nak mokcik..tak nomel la anak aku..kang jadik cam baby boy lak..huhu..Kalau ada sesapa nak bagitau cara nak gunting rambut anak..boleh la komen..mokcik dah blur dah ni..geram jer tengok rambut Nabila yang dah mula kusut masai nih...!



*sangat-sangat lebat..geram mokcik tengok..tapi mengenangkan ramai yang puji rambut Nabila yang lebat nih..termasuk doktor yang rawat Nabila masa sabtu lepas..emm..sayang gak nak potong rambut dia yang cantik ni..Dulu aku masa kecik-kecik dulu..takde rambut pun..ikut ayah Nabila agaknya rambut si Nabila tumbuh dengan lebatnya..(macam ujan lak)

13 June 2009

Kolam bola dan Demam lagi..

Assalamualaikum..Arini buat pertama kalinya aku buat entry aku ni kat umah Rawang..Sebab umah ni dah pasang streaymx dah..hehe..syoknyer..!
Dan entry kali ini aku mulakan dengan 'kolam bola Nabila dulu. Aku buat something kat kolam pemberian Jiey..apa dia tuh..ok..Taraaa.....



Hehe..dipenuhi dengan bola..semalam..aku jalan sorang-sorang kat Tesco Extra kat Selayang..waktu rehat hari Jumaat..kononnya nak beli ikan dan sayur untuk di bawa ke Rawang..Tapi aku terjumpa bola-bola ni..Apa lagi..memang dah lama mokcik teringin nak buat ala-ala taman kanak-kanak kat umah ni..nak bagi Nabila biasa pasal kat Rehab Sg.Buloh..mmg ada benda alah nih..Tapi Nabila tak suka masuk..huhu..takut kot banyak sgt bolanya..Tapi kalau kawan-kawan tengok pun kat gambar atas..Nabila tengah nangis..apa sebabnya..nanti aku bagitau..
Apapun..sebelum aku beli ni..terpikir gak..mana nak letak..umah Rawang ke umah Gombak..?tapi memandangkan umah Gombak yang sesempit alam tuh..cancel..terus letak umah Rawang..lagipun takde sape kat sana..hujung minggu leh la Nabila main..Siap minta permission ayah Nabila lagi nak beli ke idak..hehe..tapi hati yang keras ni nak beli gak..huhu..Dan sewaktu aku membayar di kaunter pembayaran..ada guard kat Teso tu tanya kat aku..ingat aku beli bola banyak-banyak tu untuk Taska..kahkahkah..Ada rupa cikgu ke aku nih..?aku jawab la tak..untuk sendiri punya..mesti org tu pelik ngan aku..ahhh..lantak la..duit aku..hehehe..Lupa nak cerita..aku borong sampai 5 beg..setiap beg tu ada 100 bijik..hehe..banyak tuh..
Dan Nabila mulanya nangis bila aku masukkan ke dalam kolam tuh..terkejut kot..takpe..skali tgk..


Sronok pulak Nabila ni..hehe..tapi sekejap jer..Pasalnya Nabila tengah DEMAM...

.
Dan hari ini jugak..Nabila demam lagi..huhu..semalam tak nak minum susu..pelik gak..aku tak syak apa2 la..tapi malam tadi (jumaat) Nabila dah bersin-bersin masa aku on the way nak balik Rawang..Dah sah nak demam..sebab slalu dia akan bersin2 dulu..Dan tadi cadangnya nak ke Gedangsa..Lastnya tak jadi sebab Nabila dah demam..Sebelum nak gi Gedangsa tu aku singgah klinik..Pastu cadang terus nak gerak ke Gedangsa..Dah doktor cakap Nabila demam..suhu pun dah 37.5 darjah..Aku tak nak amik risiko..Kang apa-apa jadi kang..aku gak yang menyesal tak sudah..Dan terus kitaorg pulang semula ke rumah..Bagi Nabila ubat..Dan dia tido..Dan tadi (malam) Nabila nangis tak henti-henti..masa aku tulis entry ni..nabila tengah tido..baru pas ngamuk..huhu..sian dia..baru je demam..dah demam lagi..Harapnya Nabila sembuh esok..

p/s : jerebu ni memang bahaya..dengan panasnya..tak baik untuk kesihatan..tadi kawan aku baru call..anak dia masuk wad..sebab demam panas..hampir2 nak tarik (sawan)..Bahaya tul..Nasib baik kawan aku cepat..!


11 June 2009

Keputusan tentang sawan Nabila...

Assalamualaikum..hari ini..Nabila,aku dan abg ada appointment lagi..minggu ni sahaja 3 kali apppointment Nabila berlaku serentak..Fisio,OCC dan Pediatrik. Dan hari ini di Pediatrik..

Tujuannya satu..tentang kes Nabila yang berlaku 2 minggu lepas..masuk ke Emergency sebab sawan yang kerap..Perjumpaan kami dengan Dr.Karmini kali ini agak singkat.Aku menunjukkan video yang aku rakam dan kebetulan dalam video tu Nabila diserang sawan.Dan dia terus membawa handphone aku untuk ditunjukkan kepada yang lebih pakar tentang hal ini..Aku dan abg menunggu di bilik doktor dan Nabila pulak baru bangun tido..Tadi masa menunggu giliran tadi..merengek-rengek gak nak tido..agaknya sejuk pasal aircond kat Sg.Buloh ni mmg 'terlampau-lampau' sejuk..Org dewasa pun tak tahan..

Dan keputusannya..matanya yang berkedip-kedip itu memang sawan..Aku dan Abg memang dah bersedia dengan berita ini..Pada endapat doktor..jika Nabila diserang mata kedip-kedip itu dengan diiringi ketawa dan senyum..mungkin itu bukan sawan. Tapi Nabila seolah-olah 'lost' bila diserang..dan pastinya doktor menjangkakan yang itu sawan..Maafkan ibu Nabila..sebab ibu pun tak pasti apakah itu sawan atau tidak..dan ibu lambat bertindak..

Setelah dengar segala penjelasan doktor tadi..aku dan abg diberi satu surat..surat untuk melakukan EEG test..yang sememangnya aku ingin lakukan pada Nabila..dan ujian itu dilakukan pada Jumaat nanti (26 Jun 2009).Aku dan abg terus membawa surat itu ke bahagian klinik pakar di tingkat 2 iaitu klinik neurologi..first time aku ke situ..Dan kelihatan tidak ramai disitu..Kami melangkah masuk ke klinik neurologi dan ada gak mata-mata yang memandang kami..pelik kot..tengok Nabila masuk ke klinik tu..

Dan kami berjumpa dengan juruteknik yang menjaga alatan untuk ujian EEG itu..Dan dia memberi tarikh yang sesuai untuk datang..Tapi keputusannya mungkin lambat.Sebab dekat Sg.Buloh tak ada pakar yang boleh membaca result test itu..Result itu akan dihantar ke HKL untuk di refer ke bahagian neuro disana..aduhai..mesti lama lagi nak tau keputusan dia..Abg bertanya kalau-kalau nak buat terus kat HKL macamana? Budak tu cakap..sama aje kalau nak buat sana..takut lagi lambat lagi sebab kat HKL lagi ramai..emm..nak wat camner..tunggu ajelah..

Apapun..ada berita baik dan buruk yang berlaku pada kami hari ini..Aku berdoa dan berharap agar segalanya berjalan baik dan lancar..Amin...

10 June 2009

Tag dari Ummisarra dan QQ

Tag dari QQ @ Aja yang dah lama patut dibuat sepatutnya..Tapi di tag sekali lagi oleh Ummisarra @ Ita..hehe..himpun skali la yek..

Peraturan untuk menerima award ini ialah :
1. Copy badge "2009 Cute's Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.


ok dah buat dah...

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda
Award ni diberi oleh Mama Sara iaitu QQ @ Aja..dan satu lagi Ummi Sarra..(nama sama..hehe..) iaitu Ita.

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya(anda di-tag) :

a- Suka main dengan Nabila.
b- Suka kaco ayah Nabila.
c- Suka beli barang-barang mainan untuk Nabila.
d- Suka beli baju Nabila
e- Suka bercerita tentang Nabila
f- Suka jalan-jalan ngan Nabila dan Ayah Nabila
g- Suka golek-golek ngan Nabila dan Ayah Nabila kat atas katil
h- Suka nak cantikkan Nabila..nak pakaikan dia dengan baju yang cantik.
i- Suka nak cuba benda baru dengan Nabila.
j- Suka bagi Nabila nangis..hahaha!

4. Anda perlu memilih 6-7 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

Ala macam dah ramai je yang dah buat..sape2 nak buat..silakan lah yek..dialu2 kan..hehe..!

Nabila di hujung minggu..dan ragam masa fisioterapi..

Assalamualaikum..dah masuk hari Khamis.baru terhegeh nak cerita tentang Ahad lepas..huhu.Sebenarnya internet umah mak ni 'mengong' sket 2-3 ari ni..Kat opis lak mmg sah kena block punya..tensen aku..! Makanya terpaksa la update lambat sket..

Sebenarnya takde menda pun nak cerita untuk Ahad lepas..cuma Aku, Abg dan Nabila gi jenjalan kat Midvalley..Mulanya memang tak rancang nak ke mana.Pasal aritu keluarga bakal suami Maksu datang umah Wan aku..so semua dikehendaki datang ke sana la..Ingatkan dorang datang tengahari..rupanya datang petang..Jadik aku pun mengambil keputusan untuk membuang masa kat Midvalley..

Mula-mula tak nak beli apa-apa..(ceh konon)..Lastnya aku ajak abg gi Robinson kat The Garden..haha..eleh..tak nak shopping konon..Lastnya..hehe..amik gak barang-barang untuk Nabila..Beli botol susu baru,mainan,buku,dan tak tahan sekali..aku leh nak beli lagi Bumbo..huhu..Sampai dok termenung nak beli ke tidak..mmg membazir tul ibu Nabila ni..Dan yang ada kat umah tu..aku nak letak kat Rawang..Takde la aku dok berangkut benda alah tu kesana kemari..Tapi terpaksa bayar balik kat ayah Nabila..sebagai denda..huhu..siannya ibu..Takpelah..janji hati aku puas..!(degil tul ibu Nabila nih).

Sempat gak sambar baju..hehe..banyaknyer shopping..baju Nabila..selai je..hehe..Abis kopak duit ayah Nabila..hehe..

Pastu dok makan kat Mc D. Nabila mulanya tido..tah camner leh terbangun lak..Dan ibu terus angkat dia letak kat kerusi sebelah ibu..ceh..diam je Nabila..konon-konon cam dah dewasa la tuh..hehe..ni ha gambar di budak nomel ni kat Mc D..Layann....


* ayah Nabila cakap kena tunjuk bekas french fries tu..nak tunjuk bukti kononnya kat Mc D..hehe..apa daa...! Nabila kena sandarkan badan dengan bantal pasal tak tegak lagi..huhu..

*acik ita..Nabila pakai sepit yang acik ita bagi tu..comel tak Nabila?hehe..



.



Ok..ni cerita tentang Nabila ke sesi fisioterapinya..huh..sangat mencabar keimanan aku..mana taknya..aku suh dia tido mulanya kat umah..sebelum nak gi tuh..Tah camner..mata Nabila ni mmg segar bugar lak time tu..Makanya..nak sampai kat hospital..tgk mata dia dah nak layu..Aduh..ni mesti nak tido nih.Ayah Nabila pulak sampai lambat..Kad appointment lak kat dia..lama gak aku menunggu..dan akhirnya ayah Nabila muncul..

Masuk ke gym..Puan Suhana tengah buat apa tah kat ruang gym dewasa..Aku lak..terus masuk ke bahagian kanak-kanak..Tiba-tiba dia masuk..terkejut tengok aku dah ada..Pastu bising la Puan Suhana..Aku lambat datang..hehe..tu ah ayah Nabila ni..Kalau ibu yang pegang kad tu mesti dah cepat dah..

Dan sesi terapi bermula..Kebetulan ada 2 orang kanak-kanak yang hampir sebaya dengan Nabila pun datang untuk terapi jugak..hehe..meriah pulak..slalu klu aku datang.mesti sorang-sorang je..Pasal dorang tak nak ramai-ramai kalau sekali sesi..Pasal takut Puan Suhana tak terlayan lak.Dan Nabila mula merengek-rengek..

Dah mula lah tuh..dapat buat sikit jer..yang selebihnya tak dapat nak buat sangat pasal nangis je nak tido..huhu..Dan akhirnya..Puan Suhana 'ikat' Nabila kat sini..



Marah betul Nabila..ni dah kira tahap maksimum la 'temper' dia..huhu..Ibu ngan Ayah gak yang kena..cian anak ibu..Nabila nak baik ke idak nih..kenalah buat sayang..kalau tak camner nak baik..

Selesai semua..(tu pun masih nangis lagi tu..marahkan aku)..Aku dan abg pun gerak balik umah..Tapi cam biasalah..takde makna nak diam punya..Kalau dah start nangis..mampus nak pujuk balik..merajuk dia..tak ingat2..Sepanjang jalan dari Sg.Buloh ke rumah mak..Nabila bantai menangis sekuat-kuat hati dia..mana nak berenti ni..alamak..bukan senang nak berenti2 ni..tau la jalan kat Sg.Buloh ni..Dan lastnya..Nabila diam bila dah sampai umah..aduh..sian anak aku..sori la Nabila..tak leh nak berenti la..terpaksa ibu pujuk 'ala-ala kadar' je..kang terbabas kete kang..susah lak..

Apapun.mmg mencabar gak keimanan nih..maunya tgh drive si Nabila bantai menangis..huhu..tragis..tragis..!

* arini (Rabu) aku ke OCC therapy pulak..hehe..bangga nya aku..Therapist Nabila (Puan Sally) puji Nabila suka minum air kosong..Pasal tu kulit dia halus..bibir merah tak kering dan kulit sentiasa lembap..hehe..kembang mokcik..!

07 June 2009

Nabila dan Ibu di kolam renang..

Assalamualaikum...wah..kolam renang..Tak tahan betul tajuk entry kali ni.(macam la ibu pandai berenang!).

Sebenarnya aktiviti aku semalam kat rumah takde benda pun..Tak keluar gi mana-mana sebab ayah Nabila keje.Dan tak tau nak plan gi mana-mana..maka timbul la idea ni..dan 'mangsa' nya adalah Nabila..huahhaahaahaa...(ketawa jahat).

Kolam ni atas pemberian Mama Ian..iaitu Jiey..sempena besday Nabila..Dan pada mulanya, bila dipikirkan susah gak nak main kolam ni klu kat umah Mak. Tapi semalam sebab memikirkan bila lagi nak test main kolam tu ngan Nabila..Aku ngan adik aku yang no.4 tu (Yazid)..cuba la mengisi air kat kolam tu..dan tempatnya di ruang tangga tengah kat umah aku.hehe..memang pelik..tapi tu jelah tempat yang sesuai pun..Kalau kat Rawang boleh la main kat depan umah..

Apapun..aku dan Yazid mula mengisi air dalam baldi..dan kitaorg masukkan kat dalam kolam..hehe..banyak keje sket la..pasal pas mandi kena masukkan balik dlm baldi dan buang..Takpe..ni semua untuk Nabila gak..

Mulanya aku risau gak..mana lah tau..dah isi-isi air kat kolam tu..Nabila pulak tak moh main-main..Pasal Nabila ni takut air..sebab tu aku beria nak bagi dia mandi kat kolam ni..biar dia biasa ngan air.Lagipun takut Nabila nangis terpekik-pekik.Almaklumlah..umah flat ni..klu menjerit satu flat dengar..Kang orang kata aku dera anak pulak..huhu..!

Dan bermula la operasi 'merendam' Nabila..Mulanya aku duduk je kat luar kolam tu..biar Nabila berendam sorang..Nabila nangis merengek..huh..tak leh jadik ni..! Aku dengan rasa 'senang hati' masuk mandi dengan Nabila sekali..Barulah Nabila diam..huhu..pandai la anak ibu ni..dia takut agaknya mandi sorang-sorang.

Hehe..Nasib baik muat..besar gak kolam yang Jiey bagi ni..hehe..Lepas tu Nabila ada la merengek-rengek..Tak pulak menangis terpekik-pekik..hehe..kira bagus ni..Aku pun kocak-kocakkan air dengan kaki dia..wah..suka pulak tu..hehe..rasa semangat lak nak main-main ngan Nabila..

Pastu tiba-tiba..jiran aku datang..Dia pelik tengok aku ngan Nabila dok dalam kolam.hehe..Dia tanya aku buat apa..? Aku jawab la..saje nak main-main ngan Nabila..! Ahh..pedulik la apa orang nak kata..Aku nak main-main ngan Nabila..kira ni stimulate gak la kan..huhu...!

Ada lah dalam 15-20 minit aku main-main ngan Nabila dalam air..pastu Nabila bersin..Terus aku angkat dia naik..Yelah..tak leh lama-lama sangat..baru nak belajar..Nanti sok klu Nabila suka..Ibu buat lagi yek..hehe..

Apapun..Aku sangat teruja tengok Nabila..Sebab dulu dia mmg tak suka dengan air..Kalau mandi mesti menangis terpekik-pekik..Sampai jiran sebelah tanya aku buat apa sampai Nabila nangis..huhu..! Ni aku ada amik sket gambar Nabila ngan aku kat kolam..



*Yang Nabila nyer mmg comel la dok kat kolam ni..Tapi ibu dia ..huhu.tak comel langsung..haha!

06 June 2009

Nabila dan Ibu jatuh tangga..

Assalamualaikum..kisah ni berlaku hujung bulan lepas (Mei)..tiba-tiba teringat nak cerita kat semua..

Alkisahnya..aku masa tu baru je selesai mandikan Nabila kat bilik atas.Opss lupa..tempat kejadiannya di rumah Rawang..huhu..Masa tu lak..baru pindah..masih tak biasa lagi dengan tangga kat umah tu..Lepas selesai mandikan Nabila..Nabila nangis-nangis nak mintak dukung..nak turun bawah..Aku pun bawak la turun.Abg pulak kat dalam bilik..tgh kemas barang-barang mandi Nabila..Aku pijak la anak tangga yang ke 3..

tiba-tiba..

Aaaarrgghh...aku tergelincir.Terduduk aku kat tangga tu. Kaki kiri mcm mencangkung..kaki kanan dan melunjur..Aduh..sakitnya..Tangan kiri aku sempat berpaut pada pemegang tangga tuh..Dan Nabila di tangan kanan aku..Aku peluk Nabila kuat-kuat. Abg yang ada kat dalam bilik, terkejut dengar aku menjerit,terkocoh2 keluar..Nasib baik sempat aku sempat capai pemegang tangga tu..kalau tak..mau aku ngan Nabila dah bergolek-golek kat tangga tuh.Nasib baik jugak la Nabila tak nangis..terpinga-pinga tengok aku menjerit.

Pastu abg tolong bangunkan aku..dan aku mula rasa lutut aku sakit.Abg tanya camner leh jatuh..entahlah..aku pun kelam kabut jer..pergh..menggigil lutut ni bila aku letakkkan Nabila kat bawah..Emm..pasni memang 'jeran' aku naik tangga klu tengah bawak Nabila.tangga kayu..pastu licin lak permukaannya.. maunya tak seriau..huhu..Pasni kena hati2..Bahaya tul..

*ni yang malas klu umah bertangga-tangga ni..bukan bahaya pada aku sorang..org dlm umah pun bahaya gak..huhu..nak buat camner..umah double storey je yang besar kat area Rawang nih..kawasan luas..nak perbesar rumah pun ada ruang lagi..huhu!

04 June 2009

Nabila dan Makan..

Assalamualaikum..Tadi jam 8 mlm tadi..seperti biasa aku berikan Nabila makan nasi..menu hari ini..bubur nasi dan sup ayam..emm..ada kentang skali..sedap..

Alhamdulillah..sejak Nabila buat rawatan kat Gedangsa..Nabila dah mahu makan bubur.Dulu Nabila langsung tak boleh menelan.Hatta Nestum yang lembut pun susah dia nak makan.Aku terpaksa masukkan ke dalam botol dan buat secair yang boleh..Kasihan Nabila.Pernah aku bertanya pada Ita,tentang keadaan Sarra ketika makan.Sungguh..aku cemburu bila Sarra boleh makan bubur pada waktu itu.Atas tunjuk ajar Ita, aku buatkan juga bubur untuk Nabila.Mulanya Nabila menolak..dan akhirnya dia makan juga.Itu pun dalam kuantiti yang sedikit.

Nabila mempunyai masalah untuk menelan.Doktor kata kanak-kanak Cerebral Palsy memang susah untuk menelan kerana otot menelannya lemah.Sedih aku mendengar kata-kata Doktor..dan aku mula risau dengan berat badan Nabila yang semakin susut dan tak naik sejak umur dia 6 bulan.Kebetulan dia semakin lasak..Dan bermacam susu aku cuba..dan kebetulan gak..Nabila sembelit..Aduh..kasihan Nabila..dah la susah nak makan..lepas tu sembelit pulak..Dan perkara ini berterusan sehingga Nabila berusia 11 bulan.

Bila aku dah mula lakukan rawatan dengan Kak Raw..kesannya aku dah nampak.Nabila dah boleh menelan bubur tanpa di blender.Bagi aku itu satu perkembangan yang baik untuk Nabila.Dan sehingga kini..Bubur Nabila tak perlu di blender lagi..Dan Nabila dah 'demand' tentang makan.Jika buburnya tak sedap..dia akan menangis..dan Nabila juga suka benda yang manis..hehe..tak leh slalu ye nak..nanti rosak gigi!

Cuma Nabila masih lagi tak pandai membuka mulut ketika makan.Adakah dia tidak nampak dengan makanannya?Atau dia tak suka makan sebenarnya..Menurut mak aku dulu..aku pun jenis susah nak makan.Tak suka makan..suka susu aje..Abg pun sama..mak mertua aku cerita..abg pun kurang makan..emm..susah gak mcm ni..Nabila memamg tak buka mulut..dan dia rapatkan giginya..huhu..pastu pandai paling muka tu ke arah lain bila aku letakkan sudu di bibirnya..kadang-kadang terpaksa menunggu masa yang lama untuk dia membuka mulut..kena main2 dulu..dia gelak2 dan buka mulut.cepat2 aku suapkan buburnya..huhu..sangat mencabar Nabila ni..Mungkin dia tak suka sebab dia fikir aku nak lemaskan dia..Deria Nabila sangat tajam bila dia tahu ada orang di sekelilingnya lakukan sesuatu pada dia..terutama dibahagian kepala..

Kadang-kadang bila aku bawa Nabila makan di luar..Aku hanya mampu memandang sahaja bila ada pasangan yang membawa anak mereka dan anak mereka duduk di kerusi makan kanak-kanak sambil mengetuk2 meja..Sedangkan Nabila hanya terbaring di stroller..Agaknya..bilalah Nabila akan bertindak demikian? Tak sabar rasanya untuk aku melayan kerenah Nabila nanti..

Apapun..aku gembira sangat..walaupun Nabila tidak makan seperti anak2 yang lain (dalam kuantiti yang banyak, mudah di beri makan)..tapi aku gembira sebab Nabila dah peroleh satu lagi perkara yang penting dalam hidup dia.Iaitu makan. Mak aku selalu berpesan.."Kita kena ajar dia juga..walaupun dia tak mampu untuk lakukan.Kita tak boleh biarkan.Kasihan Nabila.Dia perlu makan seperti kanak-kanak yang lain".

Benar..Kanak-kanak CP ini perlu harus dilatih selalu dan kerap..Aku beryukur kerna mempunyai mak yang selalu membantu aku dalam menjaga Nabila.Terima kasih mak..!

Maafkan Daku..!

Assalamualaikum..Entry malam tadi sememangnya panas.Aku ingin meminta maaf atas apa yang aku luahkan pada semua pembaca dan yang mengikuti perkembangan Nabila.Mungkin juga aku terlalu mengikutkan perasaan.Syaitan seolah-olah berbisik pada aku untuk menyakiti hati orang.Maafkan aku ,wahai empunya diri yang 'mengomen' Aku sedar aku adalah insan yang lemah..Aku sendiri tidak kuat sebenarnya dlm menempuh segala dugaan yang telah diberikan oleh-Nya.Namun demi anak,suami dan keluarga, serta dorongan kawan-kawan lah..aku bangun. Cuba untuk menjadi kuat seperti orang yang punya anak istimewa.

Pada kawan-kawan semua yang mengikuti kisah Nabila, aku ucapkan terima kasih..Atas dorongan kalian dan pendapat kawan-kawanlah..aku boleh berdiri semula dan cuba berusaha ntuk memulihkan Nabila.Dan pada 'sahabat' baru aku..kenalkanlah diri anda.Dan mungkin kita boleh berkongsi rasa..kerna kita di landasan yang sama.

Maafkan aku sekali lagi atas keterlanjuran kata.Aku menyesal kerna mengeluarkan entry itu malam tadi.Hati ku terdetik untuk tidak menyiarkan entry itu..dan malangnya..ahhh..entahlah..Aku minta maaf sekali lagi pada semua!

03 June 2009

Napa masih ada lagi org yang kurang prihatin...?

Kenapa masih ada lagi yang kurang prihatin tentang perasaan kami ibu-ibu yang punya anak istimewa?Kenapa masih ada lagi yang pertikai betapa tulusnya kasih kami untuk menjaga dan mendidik anak kami?Adakah sebab anak kami kurang sempurna di mata kamu menyebabkan kamu berkata demikian?Atau kamu fikir kami menyalahkan kekuasaan Allah sebagai penyebab anak kami begini..Masya-Allah..Jangan disingkatkan fikiran itu..Buka seluas-luasnya dan kenali lah kami dengan lebih rapat lagi..

Kami tidak pernah bersungut apatah lagi kesal dengan apa yang Allah kurniakan pada kami.Bahkan kami amat-amat bersyukur kerana Allah masih menyayangi kami dan memberikan kami 'ahli syurga' untuk dijaga dan dibelai..Kamu pernah ada perasaan itu? Menjaga seorang 'ahli syurga'? Jika pernah,kami ucapkan tahniah..Anda dah tergolong bersama kami..Jika tidak pernah, tak perlulah anda berceramah tentang agama atau 'tatasusila' dlm hidup kami.Kerana Allah lebih tahu segalanya..yang tersurat dan tersirat dalam hati kami yang punya anak-anak istimewa.Allah tahu..mana hambanya yang mampu menghadapi dugaan dan cabarannya..Dan kami adalah insan-insan yang terpilih..Kami BERBANGGA dan SANGAT-SANGAT BERSYUKUR.

Maaf jika kata-kata ini kasar..tetapi jika ia terkena pada diri kamu sendiri dan orang lain yang mengatakan pada kamu sebegitu..pasti kamu juga akan terluka..Kami yang punya anak-anak istimewa ini juga mahu melakukan seperti mana org-org lain yang punya anak yang sihat..Jangan lah membunuh segala apa yang ingin kami sampaikan dengan kata kata kamu..Kami semua ini kuat jika digabungkan bersama..kerana kami mempunyai hati yang sama..punya anak yang sama..dan semua anak- anak itu adalah anak kami walaupun bukan dari rahim yang sama.Terasa seorang..pasti yang lain terasa juga..

Maaf sekali lagi..Kami juga punya perasaan.Apakah perasaan anak-anak kami jika mendapat tahu..ibu dan ayah di kata sebegitu rupa..Sedih mereka..hiba mereka..Kenali lah kami semua jika anda ingin tahu apa yang kami lakukan untuk anak kami..SEGALANYA UNTUK ANAK KAMI..!

p/s: rasa mcm nak private je blog ni..tapi kasihan pada mereka yang nak tahu mcm2 tentang CP..Niatku hanya satu..untuk memberi dan dapatkan maklumat untuk anak aku juga..Salahkan niat aku ini?

Bola berduri..

Assalamualaikum..Bola berduri? Pebendanya tuh..Aku saje jer panggil bola berduri..hehe..kasi takut sket sama ini bola..haha! Namanya Massage Ball..dan bola ni bagus klu golek2kan kat badan Nabila..hehe..kira kasi stimulate la nih..ni la gambo nyer..


Dah lama sebenarnya aku cari bola nih..akhirnya ketemu juga..hehe..Dan aku juga telah belikan untuk anak aku yang sorang lagi..sapa lagi klu bukan Sarra..hehe..saje..Sebab apa yang aku dapat untuk Nabila, pasti aku belikan untuk Sarra jugak..Kata kembar..!

Dan selebihnya aku berikan pada Kak Raw..untuk digunakan untu anak-anak yang lain..emm..rasa mcm nak tambah lagi..kalau ada rezeki lebih, pasti aku belikan untuk semua..Insyaallah..






01 June 2009

Nabila di Emergency Sg.Buloh..

Assalamualaikum..lama rasanya ingin aku masukkan entry ini..tapi kekangan masa dan masalah yang menyebabkan aku terpaksa masukkan entry ini lambat dari yang sepatutnya..

Minggu lepas..aku dan abg telah pun mengalami satu perkara yang aku rasa sangat sukar bagi kami membuat keputusan..Mungkin bagi pada yang membaca atau mengikuti blog Nabila..pasti rasakan perkara ini biasa..tapi tidak bagi kami..Seolah-olah aku menyerahkan nyawa Nabila ke tangan hospital..

Pernah pada entry yang lepas..aku nyatakan aku ingin sekali melakukan EEG test pada Nabila..Dan Rabu lepas..atas cadangan therapist Nabila, Puan Suhana..Aku dan Abg telahpun menelefon Pediatrik..Untuk memaklumkan keadaan sawan Nabila yang semakin kerap..Dan seperti entry lepas juga aku dah sebutkan keadaan sawannya..

Petang Rabu..Abg mengambil keputusan untuk menelefon Pediatrik..dengan tujuan untuk melakukan proses EEG Test.Doktor yang menyambut panggilan Abg..telah pun memberi cadangan agar kami membawa segera Nabila ke Emergency Sg.Buloh..di khuatiri makin teruk dan takut effect pada otaknya nanti.Dan doktor pada mulanya tidak dapat mempercepatkan tarikh temujanji dengan Pediatrik sebab semuanya dah penuh..Kalau diikutkan appointment Nabila sepatutnya bulan 8.Dan sebagai pilihan aku dan abg terpaksa membawa Nabila ke emergency dahalu jika ingin mempercepatkan tarikh temujanji itu.

Dan kemudian doktor menelefon sekali lagi..dan menyatakan tarikh appointment telahpun bertukar..ke 11 Jun 2009.Dan doktor menyarankan kepada Abg sekali lagi untuk membawa Nabila ke Emergency.

Dan selesai itu,abg terus menelefon aku..Dan ketika itu aku masih lagi di pejabat..Luruh air mataku bila mengetahui yang kami tidak dapat memilih apa-apa pilihan melainkan menghantar Nabila ke emergency..Walaupun mudah bagi orang lain..tapi tidak bagi aku..Kerna aku mengetahui prosedurnya nanti..Nabila dicucuk..dan sebagainya..Aargghhh..sekali lagi air mata ku tumpah sehinggakan officemate aku yang nampak..terpinga-pinga dan bertanya sesama sendiri..Dan petang itu juga aku terus bergegas pulang unuk menyiapkan segala keperluan Nabila andai dia terpaksa di tahan di wad untuk pemeriksaan lanjut..

Dan selepas Maghrib, sesudah Abg tiba di rumah mak..terus kami ke Hospital Sg.Buloh.Perasaan ini bercampur-campur..Takut,sedih,bimbang..semuanya bercampur baur..Tapi bila aku merenung wajah Nabila..hatiku sayu..Kasihan anakku..terpaksa melalui semua ini..Nabila pula riang ketika kami dalam perjalanan..Lagi bertambah kesedihan aku..Kalau la dia tahu..mungkin dia juga menangis ketakutan..

Setelah selesai urusan saringan..kami menunggu dengan penuh debar..untuk panggilan giliran Nabila yang bila-bila masa sahaja akan dipanggil..Dalam hati aku..betulkah tindakan aku ini?Aku bertanya berulang kali pada abg..Betulkah doktor menyuruh abg membawa Nabila ke emergency?Puas abg menerangkan kepada aku sehinggakan abg berkata.."Nak anak sihat ke idak?" Adus..pening memikirkan semua ini.

Tak sampai 5 minit pun..Giliran Nabila tiba..dan setelah beri penjelasan pada doktor..aku dan abg disuruh membawa Nabila masuk ke bahagian wad emergency..Dan kami pernah masuk ke situ dulu.Sewaktu membawa Nabila kerana muntah-muntah yang teruk akibat proses MRI yang aku rasakan..suatu yang menakutkan..

Dan perkara yang aku takutkan akan berlaku sebentar lagi..nurse tiba dan berkata ingin mengambil sampel darah Nabila..Untuk pemeriksaan lanjut..Aku dan abg terpaksa menunggu dia balik tirai..dan seperti biasa..Nabila memang tidak suka jika ada orang memaksanya..Sehinggakan Nabila menangis sambil menahan geram pada nurse tersebut.Sakit barangkali. Sebab aku tahu..Nabila mmg susah untuk di cucuk..memandangkan urat-uratnya yang sukar kelihatan sebab..'tembam'..Dan akirnya dapat juga..bila mana aku lihat nurse terkocoh-kocoh keluar dan tangan yang berdarah..kenapa berdarah banyak ni..?

Aku dipanggil masuk..dan kulihat kaki Nabila merah akibat dicengkam kuat oleh nurse tadi..dan ada kesan darah di katil..aduhai..sakitnya ..Dan aku terus menenangkan Nabila..Tangisannya reda bila dalam pelukan aku..

Ramai yang melawat sedara-mara di katil yang bersebelahan dengan Nabila bertanya pada aku tentang Nabila..mereka fikirkan Nabila demam..Dan semua memuji 'kecomelan' Nabila..dan bertanya keadaan Nabila..ada juga yang tak menyangka yang Nabila ni CP..alahai..

Dan tiba-tiba..doktor tadi datang semula..dan menyatakan pada aku untuk mengambil darah Nabila sekali lagi..Hah..! Alamak..aku terpaksa menahan hati lagi...Kenapa mesti dua kali..?Dan aku dan abg terpaksa keluar sekali lagi..Dan hati aku begai meronta-ronta untuk masuk bila aku mendengar tangisan Nabila yang kuat menahan kesakitan..Dan kali ni lama sungguh..Kenapa lama sangat ni..? tak jumpa urat ke? Aduhai doktor..sakitnya hati ini..sebab tu aku tak rela Nabila di bawa ke sini..

Dan sesudah itu..selesai mententeramkan Nabila..aku dipanggil sekali lagi..kali ini aku dikehendaki membawa Nabila untuk X-ray..ermmm..X-ray la pulak..macam-macam..

Selesai prosedur X-ray..aku kembali ke katil semula..menunggu lagi..Dan tak lama selepas itu, doktor dari Pediatrik pula datang..dan mahu aku menceritakan semula sawan Nabila..Menurutnya..setelah mendengar penjelasan aku..dia kata yang Nabila kemungkinan mengalami sawan..bila dilihat keadaannya yang sihat dan cergas selepas sawan..maka, dia memberi kesimpulan yang semua ini sebahagian dari kerosakan otak Nabila..Dan doktor itu perlukan masa untuk mengkaji dan berharap aku dapat tunjukkan dalam bentuk video tentang sawan yang di alamai oleh Nabila bila berada di rumah nanti.Bagaimana aku nak tunjukkan..sedangkan sawan Nabila hanya menyerang sekitar 5 saat..sekejap sgt..Dan aku telah katakan perkara itu kepada doktor dan daktor menyarankan aku supaya mengira kekerapan perkara itu berlaku pada Nabila..

Dan setelah semuanya selesai..doktor memeriksa keputusan ujian darah tadi dan menyatakan semuanya ok..Dan doktor memberi pilihan pada aku sama ada ingin memasukkan Nabila ke wad atau tidak..Sebab keadaan Nabila stabil dan masih dalam kawalan lagi..Dan aku mengambil keputusan untuk TIDAK ke wad..bimbang perkara yang lagi teruk terjadi..Dan malam itu juga abg mengambil time slip..sebagai bukti yang dia cuti emergency..Dan aku yang keletihan kerna selesai semua proses pun dalam tengah malam..juga mengambil keputusan untuk emergency leave esok..Nabila masih lagi mahu tidur bila kami sampai ke rumah..aduh..penatnya..

Dan pastinya..11 jun nanti kami akan ke pediatrik sekali lagi..untuk kes Nabila ini..Sesungguhnya aku rasakan hari itu sangat tidak menggembirakan aku..walaupun aku lihat wajah Nabila yang riang sewaktu di dalam kereta dan ketika di katil pesakit..Wahai Sawan..Pergilah kau.Jangan dekati anakku..Aku sungguh takut sekali dengan benda yang satu ini.Sebab dia boleh 'merampas' Nabila bila-bila masa sahaja dari tangan aku..


Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...