04 June 2009

Nabila dan Makan..

Assalamualaikum..Tadi jam 8 mlm tadi..seperti biasa aku berikan Nabila makan nasi..menu hari ini..bubur nasi dan sup ayam..emm..ada kentang skali..sedap..

Alhamdulillah..sejak Nabila buat rawatan kat Gedangsa..Nabila dah mahu makan bubur.Dulu Nabila langsung tak boleh menelan.Hatta Nestum yang lembut pun susah dia nak makan.Aku terpaksa masukkan ke dalam botol dan buat secair yang boleh..Kasihan Nabila.Pernah aku bertanya pada Ita,tentang keadaan Sarra ketika makan.Sungguh..aku cemburu bila Sarra boleh makan bubur pada waktu itu.Atas tunjuk ajar Ita, aku buatkan juga bubur untuk Nabila.Mulanya Nabila menolak..dan akhirnya dia makan juga.Itu pun dalam kuantiti yang sedikit.

Nabila mempunyai masalah untuk menelan.Doktor kata kanak-kanak Cerebral Palsy memang susah untuk menelan kerana otot menelannya lemah.Sedih aku mendengar kata-kata Doktor..dan aku mula risau dengan berat badan Nabila yang semakin susut dan tak naik sejak umur dia 6 bulan.Kebetulan dia semakin lasak..Dan bermacam susu aku cuba..dan kebetulan gak..Nabila sembelit..Aduh..kasihan Nabila..dah la susah nak makan..lepas tu sembelit pulak..Dan perkara ini berterusan sehingga Nabila berusia 11 bulan.

Bila aku dah mula lakukan rawatan dengan Kak Raw..kesannya aku dah nampak.Nabila dah boleh menelan bubur tanpa di blender.Bagi aku itu satu perkembangan yang baik untuk Nabila.Dan sehingga kini..Bubur Nabila tak perlu di blender lagi..Dan Nabila dah 'demand' tentang makan.Jika buburnya tak sedap..dia akan menangis..dan Nabila juga suka benda yang manis..hehe..tak leh slalu ye nak..nanti rosak gigi!

Cuma Nabila masih lagi tak pandai membuka mulut ketika makan.Adakah dia tidak nampak dengan makanannya?Atau dia tak suka makan sebenarnya..Menurut mak aku dulu..aku pun jenis susah nak makan.Tak suka makan..suka susu aje..Abg pun sama..mak mertua aku cerita..abg pun kurang makan..emm..susah gak mcm ni..Nabila memamg tak buka mulut..dan dia rapatkan giginya..huhu..pastu pandai paling muka tu ke arah lain bila aku letakkan sudu di bibirnya..kadang-kadang terpaksa menunggu masa yang lama untuk dia membuka mulut..kena main2 dulu..dia gelak2 dan buka mulut.cepat2 aku suapkan buburnya..huhu..sangat mencabar Nabila ni..Mungkin dia tak suka sebab dia fikir aku nak lemaskan dia..Deria Nabila sangat tajam bila dia tahu ada orang di sekelilingnya lakukan sesuatu pada dia..terutama dibahagian kepala..

Kadang-kadang bila aku bawa Nabila makan di luar..Aku hanya mampu memandang sahaja bila ada pasangan yang membawa anak mereka dan anak mereka duduk di kerusi makan kanak-kanak sambil mengetuk2 meja..Sedangkan Nabila hanya terbaring di stroller..Agaknya..bilalah Nabila akan bertindak demikian? Tak sabar rasanya untuk aku melayan kerenah Nabila nanti..

Apapun..aku gembira sangat..walaupun Nabila tidak makan seperti anak2 yang lain (dalam kuantiti yang banyak, mudah di beri makan)..tapi aku gembira sebab Nabila dah peroleh satu lagi perkara yang penting dalam hidup dia.Iaitu makan. Mak aku selalu berpesan.."Kita kena ajar dia juga..walaupun dia tak mampu untuk lakukan.Kita tak boleh biarkan.Kasihan Nabila.Dia perlu makan seperti kanak-kanak yang lain".

Benar..Kanak-kanak CP ini perlu harus dilatih selalu dan kerap..Aku beryukur kerna mempunyai mak yang selalu membantu aku dalam menjaga Nabila.Terima kasih mak..!

9 comments:

Jiey^Mien said...

Dearest Ina, jiey sama jugak macam Ina, pernah tertanya-tanya, bila agaknya Ian mampu duduk di high chair.. menanti-nantikan saat itu.. Dan Alhamdulillah, berkat usaha semua, waktunya tiba jua..

Kalau Ian boleh, pasti Nabila pun boleh kan? Kadang2 kita rasakan sesuatu itu terlampau jauh untuk digapai, tapi apabila ia di dalam genggaman kita, tak terasa sekejapnya waktu yang berlalu.. =)

P/s - Ian mkn mmg banyak, satu mangkuk penuh, tapi tak naik jugak beratnya.. Diorg mmg tanak berat sgt kot.. Nnt susah nak wat fisio.. :P

ai said...

Ok la tu. At least dia makan jugak..dari takmo langsung kan? :)

Lightnur said...

Asalamualaikum Ina

Masha ALlah satu perkembangan yang baik buat Nabilah. Sangat gembira dengan perkembangan ini. Semoga Allah membalas susah payah ibu dan nenek Nabilah dengan kebaikan. Teruskan usahamu dibahagian yang lain. Selamat berjaya dengan Nabilah.

Salam sayang
lightnur

~Puteri-Nuur~ said...

Ina,
Bila lagi nak pergi gedangsa? rasa macam mau ikut. nak tengok macam mana dia buat treatment.

Pasal duduk dalam kerusi, masa Idris at ur Nabila's age pun takleh duduk dengan btol lagi (even skrg pun balancing so-so la).

Insya allah, nanti bolehlah tu. :D

SyahNur said...

mmg awak kene kuat smgt n penuh kesabaran utk impliment sesuatu yg baru pada nabilla.. insyaallah, atas usaha n kesungguhan awak, nabila pasti akan membesar menjadik kanak2 yg sihat! insyaallah...

Noina said...

jiey : tu lah..klu gemuk sgt kan tak leh nak wat fisio..tapi klu bleh nak Nabila dapat berat yang ideal la..huhu..geram aje bila tgk gambar2 dia masa kecik2 dulu..

Ai : tu ah..alhamdulillah..susah gak klu tak makan nasi..kata org melayu..mcmana pun mesti kena makan nasi gak :)

Lightnur : terima kasih lightnur..Ina juga doakan Muja pun sentiasa mendapat apa yang diinginkan..Amin..

Puteri Nuur : Insyaallah minggu depan.Klu Put nak ikut..leh la join..

Syahnur : terima kasih..semua ni atas doa semua gak termasuk Syahnur..Nabila dah boleh lakukan sikit.. :)

MaMaQaYPo FaMiLy said...

Nabila nak juga makan kan? Ok lah tu...

zh-ena said...

alhamdulillah satu perkembnagan yg sihat..lama2 nnti pasti blh duk kat hight chair kan..pasti blh

doakan yg terbaik utk ank2 kita..

Noina said...

MamaQaypo : tu ah..nasib baik la makan walaupun kuantitinya sedikit..dari tak makan kan?

Zh-ena : Amin..mmg tnggu sgt2 bila dia dpt duduk dgn betul nanti.. :)

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...