01 June 2009

Nabila di Emergency Sg.Buloh..

Assalamualaikum..lama rasanya ingin aku masukkan entry ini..tapi kekangan masa dan masalah yang menyebabkan aku terpaksa masukkan entry ini lambat dari yang sepatutnya..

Minggu lepas..aku dan abg telah pun mengalami satu perkara yang aku rasa sangat sukar bagi kami membuat keputusan..Mungkin bagi pada yang membaca atau mengikuti blog Nabila..pasti rasakan perkara ini biasa..tapi tidak bagi kami..Seolah-olah aku menyerahkan nyawa Nabila ke tangan hospital..

Pernah pada entry yang lepas..aku nyatakan aku ingin sekali melakukan EEG test pada Nabila..Dan Rabu lepas..atas cadangan therapist Nabila, Puan Suhana..Aku dan Abg telahpun menelefon Pediatrik..Untuk memaklumkan keadaan sawan Nabila yang semakin kerap..Dan seperti entry lepas juga aku dah sebutkan keadaan sawannya..

Petang Rabu..Abg mengambil keputusan untuk menelefon Pediatrik..dengan tujuan untuk melakukan proses EEG Test.Doktor yang menyambut panggilan Abg..telah pun memberi cadangan agar kami membawa segera Nabila ke Emergency Sg.Buloh..di khuatiri makin teruk dan takut effect pada otaknya nanti.Dan doktor pada mulanya tidak dapat mempercepatkan tarikh temujanji dengan Pediatrik sebab semuanya dah penuh..Kalau diikutkan appointment Nabila sepatutnya bulan 8.Dan sebagai pilihan aku dan abg terpaksa membawa Nabila ke emergency dahalu jika ingin mempercepatkan tarikh temujanji itu.

Dan kemudian doktor menelefon sekali lagi..dan menyatakan tarikh appointment telahpun bertukar..ke 11 Jun 2009.Dan doktor menyarankan kepada Abg sekali lagi untuk membawa Nabila ke Emergency.

Dan selesai itu,abg terus menelefon aku..Dan ketika itu aku masih lagi di pejabat..Luruh air mataku bila mengetahui yang kami tidak dapat memilih apa-apa pilihan melainkan menghantar Nabila ke emergency..Walaupun mudah bagi orang lain..tapi tidak bagi aku..Kerna aku mengetahui prosedurnya nanti..Nabila dicucuk..dan sebagainya..Aargghhh..sekali lagi air mata ku tumpah sehinggakan officemate aku yang nampak..terpinga-pinga dan bertanya sesama sendiri..Dan petang itu juga aku terus bergegas pulang unuk menyiapkan segala keperluan Nabila andai dia terpaksa di tahan di wad untuk pemeriksaan lanjut..

Dan selepas Maghrib, sesudah Abg tiba di rumah mak..terus kami ke Hospital Sg.Buloh.Perasaan ini bercampur-campur..Takut,sedih,bimbang..semuanya bercampur baur..Tapi bila aku merenung wajah Nabila..hatiku sayu..Kasihan anakku..terpaksa melalui semua ini..Nabila pula riang ketika kami dalam perjalanan..Lagi bertambah kesedihan aku..Kalau la dia tahu..mungkin dia juga menangis ketakutan..

Setelah selesai urusan saringan..kami menunggu dengan penuh debar..untuk panggilan giliran Nabila yang bila-bila masa sahaja akan dipanggil..Dalam hati aku..betulkah tindakan aku ini?Aku bertanya berulang kali pada abg..Betulkah doktor menyuruh abg membawa Nabila ke emergency?Puas abg menerangkan kepada aku sehinggakan abg berkata.."Nak anak sihat ke idak?" Adus..pening memikirkan semua ini.

Tak sampai 5 minit pun..Giliran Nabila tiba..dan setelah beri penjelasan pada doktor..aku dan abg disuruh membawa Nabila masuk ke bahagian wad emergency..Dan kami pernah masuk ke situ dulu.Sewaktu membawa Nabila kerana muntah-muntah yang teruk akibat proses MRI yang aku rasakan..suatu yang menakutkan..

Dan perkara yang aku takutkan akan berlaku sebentar lagi..nurse tiba dan berkata ingin mengambil sampel darah Nabila..Untuk pemeriksaan lanjut..Aku dan abg terpaksa menunggu dia balik tirai..dan seperti biasa..Nabila memang tidak suka jika ada orang memaksanya..Sehinggakan Nabila menangis sambil menahan geram pada nurse tersebut.Sakit barangkali. Sebab aku tahu..Nabila mmg susah untuk di cucuk..memandangkan urat-uratnya yang sukar kelihatan sebab..'tembam'..Dan akirnya dapat juga..bila mana aku lihat nurse terkocoh-kocoh keluar dan tangan yang berdarah..kenapa berdarah banyak ni..?

Aku dipanggil masuk..dan kulihat kaki Nabila merah akibat dicengkam kuat oleh nurse tadi..dan ada kesan darah di katil..aduhai..sakitnya ..Dan aku terus menenangkan Nabila..Tangisannya reda bila dalam pelukan aku..

Ramai yang melawat sedara-mara di katil yang bersebelahan dengan Nabila bertanya pada aku tentang Nabila..mereka fikirkan Nabila demam..Dan semua memuji 'kecomelan' Nabila..dan bertanya keadaan Nabila..ada juga yang tak menyangka yang Nabila ni CP..alahai..

Dan tiba-tiba..doktor tadi datang semula..dan menyatakan pada aku untuk mengambil darah Nabila sekali lagi..Hah..! Alamak..aku terpaksa menahan hati lagi...Kenapa mesti dua kali..?Dan aku dan abg terpaksa keluar sekali lagi..Dan hati aku begai meronta-ronta untuk masuk bila aku mendengar tangisan Nabila yang kuat menahan kesakitan..Dan kali ni lama sungguh..Kenapa lama sangat ni..? tak jumpa urat ke? Aduhai doktor..sakitnya hati ini..sebab tu aku tak rela Nabila di bawa ke sini..

Dan sesudah itu..selesai mententeramkan Nabila..aku dipanggil sekali lagi..kali ini aku dikehendaki membawa Nabila untuk X-ray..ermmm..X-ray la pulak..macam-macam..

Selesai prosedur X-ray..aku kembali ke katil semula..menunggu lagi..Dan tak lama selepas itu, doktor dari Pediatrik pula datang..dan mahu aku menceritakan semula sawan Nabila..Menurutnya..setelah mendengar penjelasan aku..dia kata yang Nabila kemungkinan mengalami sawan..bila dilihat keadaannya yang sihat dan cergas selepas sawan..maka, dia memberi kesimpulan yang semua ini sebahagian dari kerosakan otak Nabila..Dan doktor itu perlukan masa untuk mengkaji dan berharap aku dapat tunjukkan dalam bentuk video tentang sawan yang di alamai oleh Nabila bila berada di rumah nanti.Bagaimana aku nak tunjukkan..sedangkan sawan Nabila hanya menyerang sekitar 5 saat..sekejap sgt..Dan aku telah katakan perkara itu kepada doktor dan daktor menyarankan aku supaya mengira kekerapan perkara itu berlaku pada Nabila..

Dan setelah semuanya selesai..doktor memeriksa keputusan ujian darah tadi dan menyatakan semuanya ok..Dan doktor memberi pilihan pada aku sama ada ingin memasukkan Nabila ke wad atau tidak..Sebab keadaan Nabila stabil dan masih dalam kawalan lagi..Dan aku mengambil keputusan untuk TIDAK ke wad..bimbang perkara yang lagi teruk terjadi..Dan malam itu juga abg mengambil time slip..sebagai bukti yang dia cuti emergency..Dan aku yang keletihan kerna selesai semua proses pun dalam tengah malam..juga mengambil keputusan untuk emergency leave esok..Nabila masih lagi mahu tidur bila kami sampai ke rumah..aduh..penatnya..

Dan pastinya..11 jun nanti kami akan ke pediatrik sekali lagi..untuk kes Nabila ini..Sesungguhnya aku rasakan hari itu sangat tidak menggembirakan aku..walaupun aku lihat wajah Nabila yang riang sewaktu di dalam kereta dan ketika di katil pesakit..Wahai Sawan..Pergilah kau.Jangan dekati anakku..Aku sungguh takut sekali dengan benda yang satu ini.Sebab dia boleh 'merampas' Nabila bila-bila masa sahaja dari tangan aku..


26 comments:

azzul said...

tabahkan hati ye ina..saya doakan agar tuhan permudahkan urusan pd 11 jun tu nnt..insyaallah

Jiey^Mien said...

Bad seizures!! Go away bad seizures!! Don't you ever come back again!! Dont disturb Nabila!! DOnt disturb Ian and dont disturb Sarra.. Pls. Pls. Pls. Just go away!!

iNa said...

Noina..
klau wat EEG dkt hospital swasta mudah skit,x yah tggu lama...tp kene byr la mahal skit..dlm 3ratus lebey,tu lom cmpur ubat lg......

Nti b4 EEG..doc bg ubat dulu,tuk bg Nabilah tido.....test tue dlm 1/2 jam... :)

Nur Syazwani Mustafa said...

alahaii kak......x t'gmbr prasaan waktu ni....insyaAllah nabila blh idup lama lg....n dia akan sihat mcm anak2 lain....berkat kesabaran akak kan...nabila mampu jalani sume ni...insayaAllah...amin....syg nabila sgt2...

~Puteri-Nuur~ said...

Ina,

Walau apapun keputusan nanti, tabahkan hati. Put dah melalui saat-saat waktu itu. Insya Allah, semuanya akan OK.

ai said...

Alahaiii...sian la wei! aku paling tak suka 'org'2 kat emergency tu. sbb aku sendiri dah banyak kali terkena ngan 'dowang' ni! huh!

lily azliyana @ mama zara said...

Semoga nabila n family kuat menghadapi sume ujian n cabaran. kami sume mendoakan kesihatan nabila..dr raut wajah nabila mmg nmpak keceriaan n kekuatannya. nabila boleh..!!

YuYuNz said...

noina saba byk² oke. cian sgt dgn nabila. die pn xtau pape lagik kn. sesame la kite doa yg terbaik buat nabila.. :(

Mrs. Adz said...

kesiannye nabila.faham sangat la macam mane nabila sakit tu sebab dulu eisya masa masuk ward pun macam tu jugak.memang melalak waktu kena ambik darah tu.sebagai ibu memang kita tak sanggup melihatnya. tapi kalau itu demi kebaikan untuk nabila,rasanya baik ina bersabar la sedikit. ummi doakan agar sawan nabila tak akan datang lagi ye..macam nak menangis je tgk gambar ina cium nabila tu.

naurah makwa said...

sabar jer la kak..hope nabila cepat sembuh yer..

niza said...

noina...sabar ye...sian tgk nabila...sy x tau nak ckp ape...sedih rasa...

Mama-Danish & Sarah said...

salam ziarah... semoga terus tabah dan kuat menempuh ujian Allah. saya doakan yang terbaik untuk kalian sekeluarga...semoga nabilah sihat2 selalu hendaknya.

ita zakaria said...

ina..tersentuh ita bace entry nih, sebab ape yg berlaku kat nabila, same jer yg berlaku kat sarra. SAWAN! sesuatu yg sangat jahat! ita pun sangat takut dgn mende nih. kak raw cakap, die leh buat mandi sireh tuh utk buang sawan. memanglah makan mase sikit..tapi ita teruja nak cube. InsyaAllah...leh baik. pegi lah jauh2 SAWAN yg sangat jahat!!!

Anonymous said...

jGN SEBUT SAWAN JAHAT ATAU MERAMPAS NABILA ATAU SESIAPA KERANA SEMUA ITU MILIK ALLAH. MENGAPA KITA MAHU MENGAMBIL KEGEMBIRAAN SAHAJA TAPI MAHU MENOLAK SEGALA UJIAN SUSAH YANG ALLAH BERI. BERHATI2LAH APABILA KITA MENGELUARKAN SESUATU PERKATAAN KERANA TAKUT ALLAH MURKA KEPADA KITA DAN AKIDAH TERGELINCIR.

MaMaQaYPo FaMiLy said...

Salam Noina!!

SABAR jer yg MaMa mampu katakan.. Kami x ada dlm "KASUT" NoiNa.. mmg tak mampu dibayangkan semua ni..

Semoga 11hb nanti, segalanya berjalan lancar...

SAYANG SELALU utk Nabilah Tomey!!

SyahNur said...

semoga nabila cepat sembuh... semoga pergi la sawan tu jauh2.... aminnnn...

Ibu Aqil-Aqilah said...

Salam sayang untuk Yasmin Nabilah... Ibuani sekeluarga doakan Yasmin Nabilah sihat2 walafiat hendaknya.. untung Nabilah dpt Ibu Bapa yg Tabah..

Liana said...

Ibu mana yang tak nak anaknya sihat kembali kan? Apapun apa yg noina buat tu...itu adalah yang terbaik untuk dia.

kakcikseroja said...

semoga nabila akan sembuh juga nanti biarpun memakan masa...

teringat anak kakcik yg baru keluar dari hospital hari ini... meraung2 bila nak dicucuk utk pasang drip - sampai sudah tak dapat buat... sebelum tu dah pasang di tangan kanan, sebab tangan tu dah bengkak, hendak dipasang pulak di sblh kiri - tapi x berjaya...

Noina said...

azzul : terima kasih Azzul atas doa anda..Amin..

Jiey : betul..harap semuanya akan baik nanti..

Ina : Ina mmg cadang nak bawak Nabila gi swasta.Tapi payah sket la..bukan apa..nak kena buka 'buku' semula..nak ceita dari mula sampai abis..mahal tu blakang kira..Tapi elok lagi stay aje kat hospital lama..Tapi klu lambat sgt..ina try tgk yang swasta plak.thanks yek..

Wani : terima kasih dik atas doa..akak dah naik bingung dah..tapi apapun tunggu 11 jun nanti.

Put : terima kasih Put..Benar..kita berada di 'kasut' yang sama..

Ai : betul kak..serba tak kena masa dok kat balik tirai tuh..rasa nak tgk je apa dorang buat..

Lily : terima kasih lily..Nabila mmg anak yang kuat..ibu nyer aje mcm nak rebah..huhu

Yuyunz : betul..sian dia tak tau apa2 lagi..yang tau nangis tak selesa..huhu..

Mrs.Adz : tu ah..kita maknyer..mau tak sedih..tu pun tahan..klu tak tahan..mmg tak gi emergency tu..huhu

Naurah : terima kasih naurah..harap2nya...

niza : terima kasih niza..mmg ina pun tak tau nak ckp apa bila abg dah suh bawak Nabila gi emergency..bila cerita kat blog pun amik masa nak buat..


Mama Danish : Terima kasih mama Danish..

Ita : tu lah..nak cuba ..tapi susah abg keje..tak de chance nak gi..

MamaQaypo : Terima kasih kak..sekurang-kurang akak masih memahami..jika dibanding kan ada org pandai ckp je tapi tak paham apa yang kita alami..harap2 semua berjalan lancar..terima kasih kak

Syahnur : Amin..Terima kasih syahnur..

Ibu Aqil Aqilah : Amin..Terima kasih ibu Aqil Aqilah

Liana : Betul..sanggup buat apa sahaja untuk anak..

Kerikil Kehidupan said...

Maaf...lama tak jengah blog ina ..akak kena g kursus..tak sangka nabila kena msk emergency..akak doakan ina kuatkan hati..Muga ina mampu menempuh dugaan ini..Ada tak nabila dibekalkan epilim? Biasanya budak sawan ni dr bagi ubat tu...Apa-apa pun akak doakan nabila sentiasa sihat..Amiin..Iman pun baru je baik demam..

zh-ena said...

harap semuanyer berjalan ngan lancar n nabila semakin sihat

Noraini said...

Akak nk balik Ipoh mnggu depan..cuti 10-14 June...Insya-Allah nk ambik air utk Irdina...Ina ada nk blk kampung ker....boleh jumpa...

mamamiera said...

sm0ge nabila cepat sembuh,agar hati si ibunya xmenangis lg.. aminn

Lightnur said...

Assalamualaikum Ina

Sedih dan terharu dengar Nabilah dan ibunya menghadapi segala kepayahan ini. Insha Allah setiap yang susah pasti akan berakhir dengan yang senang. Ina mesti terus tabah. Semoga Allah memberikan tingkat syurga yang tertinggi buat ketabahan dan kesabaran Ina menghadapi semua ini.Ameen.

Pelukan rindu buat Nabilah
lightnur

Noina said...

kerikil Kehdupan : kak nanie,Nabila tak diberi ubat pun masa masuk emergency tuh..pasal doc mcm tak fikir tu sawan..tah la kak..nanti kena jumpa doc balik 11 jun ni..minggu depan..harap semuanya okla kak..

zh-ena : terima kasih ena..Amin..

Noraini : alamak kak..tak tau la balik keidak..pasal minggu tu nak bawak Nabila gi urut..tu ah..tah bila la nak amik air tu..ayah nabila pun keje je..pasal cuti tahun dah abis..huhu..nanti klu ina balik..ina inform kat akak yek..lama tak email akak..irdina sihat kak?

mamamiera : Amin..terima kasih mamamiera..

Lightnur : Ina juga kagum dengan ketabahan akak..anak kita senasib..dan pasti akak lebih memahaminya kan?terima kasih atas doa akak..dan ina juga doakan agar Muja dilimpahi rahmat dan kesihatan yang baik..Amin..

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...