Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

09 July 2009

Bila yek Nabila suka nak buat terapi?

Assalamualaikum..hurmmm...cam tak hepi jerk aku punya tajuk kat atas.Memang tak seronok sangat..Ni bukan sebab tak sabar-sabar atau nak 'kondem' Nabila..tapi sebagai ibu..aku punya harapan yang tinggi untuk Nabila.Mahukan segalanya terbaik buat dia.Dan mahukan segala rawatan yang dia perlukan cukup untuk buat dia boleh berdikari sebelum aku pejam mata..

Mmg itu niat aku..Aku terima jika apa yang aku impikan tak mencapai 'target' yang aku idamkan.Aku bukanlah seorang yang suka memaksa dan terpaksa melakukan suatu perkara yang aku rasa aku tak mampu nak lakukan.Cuma aku terkilan bila Nabila tak dapat melakukan terapinya dengan baik. Sebab Nabila memang seorang kanak-kanak yang SANGAT-SANGAT CEREWET.Segala
kehendaknya perlu dituruti, dan hasilnya Nabila akan berikan suatu 'pulangan' untuk aku. Contohnya, jika aku berikan dia rehat dan tidur secukupnya sebelum sesi terapi bermula, pasti Nabila akan berikan kerjasama yang baik dalam sesi terapinya..Hurmmmmm..camner kalau mood dia tak baik? Aku taknak bazirkan masa terapi dia dengan melayan tangisannya sepanjang masa..dan bila keluar dari bilik terapi atau gym..Nabila akan tersenyum tersengih memandang aku dan abg..Sabar jelah..

Aku tak pasti ada luar sana yang sama nasib dengan aku..Membawa anak yang punya banyak ragamnya dan tidak mahu bekerjasama dalam sesi terapinya.Tetapi setiap kali aku ke OCC atau Fisio, aku akan jumpa anak-anak yang senasib dengan Nabila dan mereka begitu gembira bila sesi terapi dilakukan.Dan aku seperti 'kejelesan '(ada ker perkataan nih?) bila tengok anak orang lain 'enjoy' dengan sesi terapi mereka.Kalau rawatan dengan Kak Raw tuh memangla..aku tak kisah sangat sebab stail Kak Raw memang 'ganaz' giler..hehe..

Apapun aku masih mengharap kalau-kalau Nabila akan cepat-cepat 'tersedar' yang ibu dan ayah dia mahukan dia lakukan terapi itu dengan bersungguh-sungguh..Ibu rasa Nabila mesti tahu kan..Buat yek nak..Tak moh nangis-nangis lagi.. :(

7 comments:

Eta LaZiM said...

Dia "MANJA" tu... tapi kdg2 kita kena "KEJAM" sikit supaya anak2 boleh berdikari.. MaMa pun kdg2 buat DONNO jer ngan Achu Fizie kalau dia buat HAL..

Tapi tah lah yer.. Nabilah ni special case..

Maaf kalau tersilap tulis..

Yasmin Nabilah.. said...

Mamaqaypo: apa akak kata tu mmg betul..ina sokong..Sebab klu akak kenal ina betul2..ina ni garang tau orgnya.Dan Nabila slalu 'kena' gak ngan ina..kdg2 ina treat dia mcm budak normal.Tak kasi muka..klu nakal..ina cepuk sket..hehe..sebab ngada2 sgt.Manja yang amat.Dlm kamus ina takde special kak..dia ttp sama cam budak normal..punya hati dan perasaan..tapi tak terdaya je nak buat apa yang org normal buat..

ummuabdullahsyaakir said...

Salam Ina,harp ina sht selalu.Akk rsa kena ada 2cara,1 tegas 1lagi cara lmbut tapi guna psikologi.
Cuba Ina adakn sesuatu/apa2 je yg boleh buat dia suka..cth mainan.Gunakn mainan tu msa bawk dia pegi terapi atau ina bgtau dia awl2 sblm mula terapi yg ina syg dai n mtk dia jdi budak baik-nnt ina makin syg dia...eem mgkn ni blh ina cuba.

insya Allah jgn puts asa yea..

zh-ena said...

insyaAllah nabila faham aper yg ina n hubby buat..taklama nnti insyaallah akan dpt la tindakbalas dr nabila comey tu

ibuayu said...

Nabila tak nak terapi ye..nanti ibuayu cubit pipi yang tembab tu..Sayang Nabila..
Mesti ada apa-apa yang Nabila nak tu ina tak bagi..sabar ye nilah kerenah anak-anak.

Wanie said...

Ina kena byk bersabar...Bebudak memang gitu la ragam nya.Tak kira la cam mana sekali pun dia.Kuat kan semangat k...Akak sentiasa mendoakan yg terbaik utk ina n family.
Buat Nabila sayang...akai byk na...mai sini aunty wani nak pukui bontot tuh..hehhehe

Yasmin Nabilah.. said...

Ummuabdullahsyaakir : huhu..masalah la kak..Nabila tak pandai main menan..huhu..Tapi ina cuba yek..pasal dia Nabila sebenarnya ada masalah fokus..tu pasal bila main dia buat tak reti jer..huhu..therapist dia pun suh dia main lampu2..ajar fokus mata dulu..thanks yek kak..nanti ina cuba..kita tak leh putus asa kan?

zh-ena : harap2nya kan..thanks yek ena.. :) Amin..

Ibuayu : cubit jer ibuayu..nabila nih nakal sgt..huhu..nak kata tak dapat apa tuh..rasanya dah dapat semua dah..aje akalnya..huhu

Wani : babap jer bontot Nabila nih aunty wanie..nakal sgt Nabila nih..hehe..