21 August 2009

Kenangan Puasa Tahun Lepas

Tadi..aku ke Sogo.Membeli belah untuk Nabila..Baju raya la..apa lagi..huhu..rambang mata..cuma..tak banyak yang berkenan (tapi sebat 6-7 helai gak baju..hehe)

Dan bila teringatkan tentang puasa yang akan menjelang esok..teringat ketika aku dan abg berpuasa bersama Nabila tahun lepas. Tragisnya..kerana ketika itu, Nabila masih belum mengerti apa2..Yelah memang la Nabila time tu baru je berumur 4 bulan..Tapi Nabila sangat-sangat berbeza dengan anak-anak yang lain.

Apa yang bezanya? Nabila menangis sepanjang masa maghrib hinggalah ke jam 10-11 malam. Sedihnya aku ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu. Pada ketika itu, aku sudahpun pulang semula ke Rawang..kerana mula menghantar Nabila ke Taska. Dan hidup kami bertiga ketika itu..aku rasakan agak kelam kabut. Orang lain sedang menikmati juadah berbuka puasa..Aku pula sedang memujuk Nabila untuk tidur..Dan aku terpaksa bergilir-gilir berbuka puasa dengan Abg.

Aku sehingga kini masih tak dapat jawapan mengapa Nabila menangis sedemikian rupa. Adakah dia nampak 'benda-benda halus' di waktu maghrib? Atau sakitkan dia? Dan yang pastinya..tangisan itu akan datang tepat pada waktunya dan berlaku setiap hari sehinggalah Nabila berusia 5 bulan.

Sehinggakan, satu ketika, aku menangis bila melihat Nabila yang tak henti-henti menangis di hadapan aku. Dugaan yang telah berlaku buat aku sabar dan berkat kesabaran inilah..akhirnya Nabila berhenti juga menangis.

Dan pada tahun ini, Aku besyukur kerana aku masih lagi berpeluang untuk berpuasa lagi. Dan kali ini, Nabila semakin baik.Tidak lagi meragam seperti dahulu.. :)

p/s : Beberapa hari ini aku sangat teruja dengan Nabila.Ada perkara yang dia lakukan buat aku sangat-sangat kagum dengannya.. :)

8 comments:

Gieyana said...

Hmm..mmg sedeyyy kan..moga awak tabah menghadapi dugaan Allah yer...

Nabila mmg comeyy!

zh-ena said...

selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak utk ina sekeluarga

Lynda said...

Yong...Allah sentiasa menguji hidup hambanya..dan redhalah apa yang diberi Mungkin ada hikmah sebalik setiap kejadian...

Rofaizal Jaafar said...

Pe yg Nabila buat tu.. Citer ar.. Nak tau gak perkembangan siNabila kiut tuh..

Intan@mama Hadif-Brunei said...

Salam ramadan buat ina dan keluarga.Seronok kn puasa dgn anak ni.Ehe.Intan lak tahun ni bru pertama kali berpuasa sbg sorg ibu.Tak tau camne la agaknye esok.Harap2 ok je.

Noina said...

Gieyana : Memang sedih time tuh..tapi nak wat camner kan..huhu.. Selamat Berpuasa :)

zh-ena : salam Ramadhan dan selamat berpuasa.. :)

Lynda ; terima kasih..Ya..mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.. Selamat Berpuasa.. :)

Rofaizal : hurm..nak citer ker..? ala, Nabila dah mula angkat2 bontot dah..hehe..tapi tangan tak tegak lagi..bila angkat bontot je dia mcm nak bergerak..mengesot ke depan.. :) Salam Ramadhan buat faizal dan isteri sekeluarga.. :)

Inta : salam ramdhan Intan :)..first time yek..ala Hadif baik..tak cam Nabila..hehehe..mesti ok punya :)

ummuabdullahsyaakir said...

Salm ina..moga sht n ceria selalu bersama family tersyg

Emm biasanya mmg budak blh nmpk bnda2 yg kita tak nmpk sbb mreka msih kcik n senang dignggu.Apapun ina jgn sedih2 yea.

Selamt mnymbut Ramdahn dari akk disni.

Take care sis..muahh utk Nabila^_^

Noina said...

ummuabdullahsyaakir : salam ramadhan..tu ah..mungkin jugak kot..nampak benda2 halus ke..huhu..

kiss tu dah sampai ke Nabila.. :)

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...