Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

06 September 2009

Abg Demam dan Gedangsa..


Khamis lepas, Abg diserang demam panas. Aku pada mulanya bercadang berbuka bersama kawan-kawan opis, terpaksa membatalkan hasrat, kerana kata abg dia betul-betul tak larat. Aku suruh buka sahaja puasanya, tapi abg berdegil. Katanya sayang puasa sebab dan hampir waktu berbuka. Ke klinik pun tadi, dia meminta tolong kawan hantarkan. Tak larat membawa kereta katanya. Risau aku dibuatnya, lantas aku ambil keputusan untuk pulang ke Rawang selepas kerja.

Aku tak sempat masak apa-apa memandangkan aku sampai dirumah sahaja sudah pukul 6, Dan terus aku membeli makanan 'ready made' sahaja :) . Makan pun hanya berdua, so tak perlulah cerewet sangat.

Setibanya di rumah, aku periksa badan abg. Terasa hangat kepala abg. Kata abg, tangannya semua kebas. Dan doktor kata abg kena kencing manis. Check gula tadi pun dah 8. hurm..macam-macam penyakit abg nih...

Aku berikan abg ubat dan suruh dia berehat. Di suruh makan, katanya tak selera. Tekak sakit akibat tonsil yang membengkak. Kata abg dah 2 hari dia sakit tekak, dan Khamis itu, keluarlah segala sakit demamnya. Aku pada mulanya ingin pulang pada malam itu jugak, kerana kasihankan Nabila yang pasti akan mencari aku diwaktu malam. namun..bila melihatkan abg yang masih lagi belum kurang susut demamnya, aku membatalkan hasrat untuk pulang malam itu. Aku pulang ke Gombak pada esok paginya. Mulanya nak masuk office lewat sikit sebab nak bawa abg ke klinik sekali lagi, tapi kata abg, dia dah nampak ok pagi itu.Alhamdulillah..

Bila difikir-fikirkan, kesian kat abg, sejak dok sorang-sorangt ni ada je penyakitnya. Dan semalam aku suarakan lagi hasrat untuk balik ke Rawang. Namun kata Abg, tunggulah dulu. Kesiankan anak, yang pagi-pagi terpaksa ulang alik dari Rawang ke Gombak. bagi aku tak kisah kerana sudah bisa berulang alik setiap hari. Nantilah..akan difikirkan lagi.. :(

Semalam ke Gedangsa lagi. Kami bermalas-malasan sebab pasti nombor giliran kami agak belakang, kerana kebanyakannya semua orang akan berpusu-pusu ke rumah Kak Raw sebelum subuh. Dan kami mendapat no. 33..huhu..Itu pun Ita tolong ambilkan nombor kami. Sejak-sejak Kak Raw menggunakan sistem bernombor ni, ramai yang tidak menunggu seperti biasa. Dapat sahaja nombor, semua keluar berjalan-jalan atau pulang ke rumah dahulu. Dan kemudian datang kembali. Bagi aku, terasa rugi benar jika balik semula ke rumah atau keluar berjalan-jalan. Adalah baik, aku menunggu sahaja giliran aku. Sabar itu kan separuh dari iman.. Nak Nabila baik..perlulah banyak bersabar.. :)

p/s : hari ini berbuka puasa bersama Ita dan Put. Dan seorang kawan baru Nabila, Irfan namanya.Jiey pula baru beritahu pada Ita yang dia tak dapat nak join bersama berbuka nanti. Takpe nanti kita berbuka lain kali yek Jiey :)

9 comments:

miemiey said...

kasihan tul ina byk sungguh dugaan..mudanya abg ada kencing manis..pasni kene kurangkan laa mknan mnis kan..mujur abg demam takde simptom h1n1..kl tak parah takut tul...

Puteri Nuur At-Terawis said...

:) best idris jumpa awek, insya allah lepas raya, korang datang berjalan ke putrajaya plak. put buat makan-makan for us. ok?

ieyza said...

ina,saya nak tanya siktla...naper nabilah dibalut cam gitu?biler saya tgk gambar nabilah dlm keadaan cam tu, saya akan menangis, saya rasa mcm x sanggup tgk nabilah dibalut sebegitu rupa.....

Yasmin Nabilah.. said...

miemiey : tu ah..takut gak klu2 H1N1 nih. doc ckp takde plak..hurm..entah lah..bulan2 pose ni,patutnya elok rehatkan perut, jauh penyakit..ni tak,lagi penyakit dtg ada lah..huhu..

Put : yeke.. Insyaallah..buat open house ke..hehe..Nabila pun syok gak jumpe abg idris yang hensem tuh..hehe..phia pun sama..comey ngan mata beso..geram tul tgk dia..rasa nak gigit2 je pipi tuh..heheh..

ieyza : Balut2 tu salah satu rawatan alternatif selain buat fisioterapi. Ina saja cuba. Manalah tau kan boleh sembuh ke. Ina sebenarnya pun mg tak sanggup tgk Nabila camtu. Tapi nak wat camner..mula2 berderai gak airmata ni. Tapi skrg ni dah keras dah hati ni. Kata nak sihat kan. Nak tak nak kena lah kuatkan hati :)

LYaFRINA said...

askum... dh agak lame lya x jenguk blog... baru2 ni lya admit ward dr 25-31/8/09....
Hrp akak trus tabah mharunginya.... Anggapla ini smua dgaan di bulan mulia.. Mtk abg cpt2 smbuh... bhya jgak kncing mnis 2.. ok..nabila mcmane???? sht k dia??? tlg kiss nabila utk lya... Nabila comel la... putih melepak... ok... slamat berbuka puasa.

ieda said...

bangga tengok ibu2 muda yang tabah dan sabar spt ina.moga Allah mudahkan segalanya untuk ina sekeluarga.moga satu hari nanti nabila ina mampu berlari spt nabila akak..amin.

Wanie said...

byk2 bersabar yer ina..Dugaan semua nih..Hope hubby awk cepat2 sembuh...n nabila jugak..:)

ieyza said...

nabilah seorang budak yg kuat semangat, ina jangan risau k...dia pasti sembuh, saya sentiasa mendoakan semoga nabilah akan menjadi seorang insan yang berguna suatu hari nanti...AMIN

Yasmin Nabilah.. said...

LyaFrina : lama gak yek admit kat hospital..Tabahkan hati yek..Kita sama2 haraung dugaan di bulan posa ni. Ina rasa Lya lagi banyak dugaan2 yang dtg di bulan pose nih..Banyak2 bersabar yek..tu ah..kencing manis ni mmg bahaya..Tah camner dia leh dapat pun ina tak sure..huhu..Nabila sihat..alhamdulillah..hehe..muka jer putih..badan itam..hahaha!

ieda : Amin..ala kak, biasa saja saya ni..Takde apa yang nak di banggakan.. Klu sesapa pun berada di tempat saya, mesti buat perkara yang sama gak :)

Wanie : alhamdulillah..abg dah sihat dah..cuma kena terus makan ubat..takut kuman2 tak mati lagi.

Ieyza : Amin.. :) hurm..betul..sejak lahir lagi dia mmg kuat semangat..Kita je yang slalu tumpang semangat dia ..huhu..