08 September 2009

Berbuka puasa bersama Ita, Put dan Faizal..


Ahad lepas, kami semua berjanji temu di Orkid Thai. Dua minggu lepas, hanya aku dan Ita sekeluarga ke sana. Dan di situ, Ita memberi cadangan agar keluar bersama-sama dengan member-member bloggers pula.

Aku dan Abg menunggu Faizal yang dari Tapah, untuk gerak sama-sama ke Shah Alam. Jam 5.30 petang, kami semua bergerak ke tempat yang di tuju. Dan setiba di Shah Alam, jalan agak sesak kerana ramai yang keluar membeli juadah berbuka di sekitar Stadium Shah Alam. Ita dan Farid katanya baru sampai. Dan mereka terus naik dahulu untuk pesan makanan.

Agak-agak nak dekat pukul 7 jugak la kami semua sampai ke Orkid Thai.Put juga masih belum kelihatan. Nabila yang pada mulanya diam, mula resah. Sejuk..siap pakai baju 3 lapis lagi..huhu..

Tak lama lepas tu, Put sampai bersama suami dan Atuk Idris..Dan tak lama selepas itu, pekerja kedai itu memberitahu sudah masuk waktu berbuka. Ada juga beberapa pesanan kami yang masih belum sampai. Dan kami dahulukan apa yang ada..

Makan beramai-ramai memang seronok. Cuma Nabila ni, masih lagi seperti haritu, taknak duduk dalam stroller dia.. Mahu berpegang aje. Adui..napa ni sayang..saja la tuh..nak tgk orang makan yek..Pasal kat umah, aku letakkan aje kat dlm rocker, ngadapkan dia pada orang-orang yang tengah berbuka..diamlah dia..ni dok dalam stroller..mana nak nampak..pastu mulalah merengek..huhu..terpaksa lah sekali lagi, bergilir-gilir dengan Abg untuk makan. Sarra dan Idris tidur, manakala Irfan agak 'kamuk-kamuk' skit.. mengantuk barangkali. Kesian dia..serba tak kena jugak lah Faizal dan dan Kak Noni di buatnya..huhu..

Selesai makan, kami menuju ke kereta masing-masing. Dan-dan tu, Faizal mengeluarkan ole-ole dari Tapah kami semua. Dan kami sembang-sembang kosong di parking. Banyak benda yang kami berkongsi rasa dengan keluarga Faizal.. Al maklumlah..dia tak cerita habis tentang Irfan dalam blog dia..

Apapun..harap ada lagi pertemuan seperti ini sekali lagi..dan rasa2 cam nak cadang gi Hot Spring kat Sungkai plak..hehe..Amacam..ada berani?..leh la buat terapi untuk anak-anak kita nih :)

8 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Xpe... sabar jer kann... anak kita .

Sronok gak jumpa mmber blog niy kann ?

Hot Spring tu memang bezz.. Dah pegi sekali awal tawun niy...

Rofaizal Jaafar said...

Yes.. Cadangan yg sngt bagus.. Kita wat lepas raya ar.. Biar kamik sekeluarga jadik host pulak.. Kat sana ada sauna.. Tmpt penginapan pun ada.. Pastu kita kelah2.. Huih.. Best.. Harap rakan2 blogger yg lain boleh joint sekali..

Jiey^Mien said...

Ohh.. Sangat jeles sbb terlepas gath ni!!
huhuhu.. ita, arrange la lagi!!!

ita zakaria said...

best kan? harap2 dapat buat lagik...
macam biaselah, ummi sarra memang lambat sket nak hapdet ye...i'm sorry...

Noina said...

azrina : haah..best..lagi ramai lagi syok.. :)dah gi yek..best tak tempat dia..nampak dlm website dia cam best jer..hehe..

Faizal : tu ah..klu bleh pas raya la..hurmm..ina dah tgk website dia.nampak cam best..huhu..tak sabar nak gi nih..

Jiey : hehe..next time gi mandi air panas.nak join tak?aituh semua kata mcm ok..tapi kena tgk tarikh dulu.. :)

ita : best sgt..tu ah..pas ni gi madi lak ita..mesti syok..hehe..

Rofaizal Jaafar said...

Kami cadangkan pada Sabtu 10/10/09.. Buat persiapan dari sekarang la.. Ok tak?.. Sape berani mari taruk nama.. Hehe..

mrs_zura said...

mcm best jer hot spring tu hehe...

ummu Masyitah said...

Tahniah kawan-kawan, dapat buke sama-sama..

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...