Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

01 September 2009

Nabila yang meragam!

Tiga hari lepas, aku pulang ke Rawang. Sempena cuti hari Merdeka selama 3 hari..dan ingin memberikan peluang pada mak aku untuk berehat dari menjaga Nabila .

Namun, Nabila punya kisah tersendiri bila pulang ke Rawang. Entah mengapa..sepanjang 3 hari itu, Nabila menangis. Aku fikirkan yang Nabila lapar, aku berikan makan. Tak lupa juga susu, aku andaikan dia haus. Tidak juga di minumnya.

Aku dan abg buntu memikirkan keadaannya yang sentiasa merengek minta di buai..Dan mahu kita sentiasa berada di sampingnya. Faham sahajalah bila pulang ke rumah sendiri. Manakan hendak mengemas, membasuh dan menyediakan juadah berbuka. Sudahnya abg yang memasak juadah berbuka puasa semalam. Katanya teringin masak ayam masak merah. Sudah 2 hari makan lauk yang dibeli..akhirnya merasa juga masakan yang di masak oleh abg :) . Dan tugas aku pula, melihat-lihatkan Nabila, dan melipatkan kain yang sedia bertimbun di atas sofa :( Kata abg, dia memang failed bab melipat kain nih...

Dan aku masih lagi melihatkan giginya yang mahu menonjolkan diri. Adui, sakitnya aku rasakan tatkala melihat semua gusinya bengkak akibat cik gigi yang mahu keluar. Mungkin sukar bagi Nabila untuk makan dan minum susu dek kerana semua gusinya membengkak.. :(

Dan selesai berbuka, kami berdua pulang ke Gombak semula. Penatnya usah cakaplah. Walaupun pulang hanya di hujung minggu, penatnya terasa 2-3 hari. Kerana mengangkut barang-barang Nabila yang sedia banyak.Bak kata mak..macam nak balik kampung Ipoh.. :)

Sesudah tiba di rumah.. Nabila bermain seketika, dan penat, terus berhenti main dan tidur. Dan pagi tadi emak berkata yang Nabila masih juga meragam. Dan emak memberikan gripe water kepada Nabila untuk hilangkan rasa sakit di gusi itu. Dan tadi emak memberitahu aku, yang Nabila hanya makan sahaja, kurang minum susu. Kasihan Nabila...

Dan tadi, selesai makan malam Nabila, aku mulakan aktiviti seperti biasa bersama Nabila iaitu bermain. Dan Nabila nampak ceria. Mungkin juga dia seronok berada di rumah neneknya berbanding di Rawang, kerana aku jarang mengajak dia bermain..kerna sibuk mengejarkan kerja-kerja rumah yang tak putus-putus. Nabila mungkin kebosanan di Rawang. Kasihan dia.. :(
Yelah di rumah mak ada sahaja yang rajin melayan dia, tetapi di Rawang hanya aku dan abg. Itupun bergilir-gilir.. Mungkin Nabila sunyi..Dan menangis itu sahaja senjata untuk menarik perhatian ibu :)

Dan tadi salah seorang rakan di office bertanyakan 'jadikah hasrat aku untuk pulang ke Rawang lepas raya' ? Insyaallah, harapnya segala urusan dipermudahkan. Aku masih lagi berfikir-fikir lagi sebenarnya...

13 comments:

Unknown said...

Salam ina...

Nampaknya Nabila pun sama dgn abg iman...dia pun tgh meragam..cik gigi nak keluar, bukan sebatang tapi 3 batang...geraham atas dgn gigi taring atas 2 batang....

Susu pun tak berapa nak minum...makan pun sikit...Malam pulak tak lena nak tidur...kalau dulu, masa anis dgn mira nak tumbuh gigi akak bagi teethier tu...tapi masalahnya iman ni tak kuat pegang...apatah lagi nak menggigit...siyan dia...

Acik pun doakan nabila cepat sembuh ek...

Rofaizal Jaafar said...

Sama cam Irfan tau.. Sejak balik dr spital ni bnyk sungguh ragam nyer.. Cam tu la anak2.. Biasa la kan..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kebiasaannya budak menangis bila rasa tak selesa. Mungkin juga nakkan perhatian ibu bapa....

Azrine Razak said...

Wah, Nabila dh nk tumbuh gigi yek! Memang sakit nk tumbuh gigi. Aqim pon dulu meragam!

ibuayu said...

budak-budak ni memang suka bermain je....asyik nak berkepit...nasib baik suami ina pandai masak ye...

Sayang nabila..

Yasmin Nabilah.. said...

Kak Nanie : salam kak, tu ah..Nabila nih masalahnya bukan sebatang gak kak tumbuh..3-4 batang sekaligus..tu yang badan tak tahan tu.Asyik meragam je..hurm..abg Iman pun sama, nak kuar gigi gak yek..hehe..leh lawan ngan Nabila yek..sapa punya gigi kuar dulu.hehehe.!

Faizal : tu ah..nak perhatian lebih kat kita..huhu..

azrina : betul..mmg nk perhatian kita..kita plak bz semendang je ngan keje2 umah..huhu..

Mama Aqim : haah..sakit agaknya..Kalau pandai gigit2 ngan pegan..leh la bagi teether..ni tak pandai pegang..dok tahan sakit jelah..huhu

Ibuayu : hehehe..pandai? bolehlah..abg tengah rajin sebenarnya..hehe.. :)

Jiey^Mien said...

Adoii la.. Jiey paham sgt bab2 taknak org tggl nih.. camtu la ian.. penat mama dia nih nk layan kerenah dia seharian.. keje offc tak sepenat jadik surirumah..
bezanya, takde tension je la.. =)

Yasmin Nabilah.. said...

Jiey : tua h..nak wat camner..dorang pun bukan paham lagi..layankan aje kehendak mika-mika nih..huhu..

ieyza said...

wahhh...nabila dah tumbuh gigi, cian kat dier..sure rasa x selesa...sakit tu

miemiey said...

agaknay tempat baru kot meragam..idak pun windu kat nenek kot..ataupun nabila ingin perhatian ina kot.....

Yasmin Nabilah.. said...

ieyza : tu ah..asyik nangis je..huhu..cian plak tgk dia..merah gak la gusi2 dia tuh..

miemiey : hurm..rindu kat nenek agaknya..huwaaaa!

Sue.Aleen said...

Syafiah dok menjerit saja sekang ni. gigi punya pasal jugak kot. geraham atas 2 batang, 1 batang gigi kat bawah. banyak betul gigi dia. tapi sayang, dia takut nak guna...

Suhaila Mohd Nasir said...

assalamualaikum,
kesian baca kisah nabila nak dpt gigi...sabar ye nabila..nanti gigi tu dah kuar dah tak sakit da..mesti gigi nanti cantik tersusun je kan..mesti Nabila makin cumil.