26 October 2009

Gedangsa lagi..dan balik Ipoh..

Ahad, aku ke Gedangsa lagi..kali ini bersama Faizal, Ita dan Zali..Zali teman baru kami..dan Aiman..juga punya masalah yang sama seperti Nabila.

Alhamdulillah..hajat Zali dan Ida untuk bawa Aiman ke Gedangsa tercapai jugak. Seronok sangat dapat tolong kawan-kawan yang senasib dengan kita..Mudah-mudahan semuanya lekas-lekas sembuh..Amin..

Kebetulan..Sabtu lepas..Rumah Kak Raw meriah..semua ibu bapa berpakat untuk buat majlis sambutan hari raya. Walaupun raya dah lepas..hehe..Seronok betul..Hasil usaha Kak Ida..Alhamdulillah..majlis berjalan lancar. Aku tak dapat membantu malam jumaat itu, kerna abg bekerja malam itu. Rasa 'ralik' pula..

Apapun.. Nabila sangat-sangat bertuah..ada cabutan bertuah..dan nombor Nabila naik..Alhamdulillah..rezeki.. :)

Apsal muka masam pulak ni..dah dapat hadiah..kenalah senyum Nabila.. :)

Agak lewat juga habis..sebab hari tu ramai sangat orang..hurm..penat juga menunggu..Tapi nak buat camner..Kata nak Nabila baik kan! hehe..Selesai semua lebih kurang pukul 3.15 petang.. Nabila..mulanya menangis bila berdiri di sini..

Nabila mesti nangis punya berdiri kat sini..tak pernah tak nangis..huhu..hurm..ibu wat tak tau je Nabila..klu kesian-kesian..sudahnya Nabila pun lambat baik..hurmm..kan susah..



Kami terus pulang ke Ipoh selepas itu. Abg agak keletihan petang itu. Sudahnya tukar driver..Aku pula yang bawak kereta sehingga ke Ipoh. Kesian abg..

Sesudah sampai sahaj..hujan lebat di Ipoh..dan mak mertua aku tiada dirumah ketika itu. Sibuk menolong untuk persiapan majlis perkahwinan jiran a.k.a kawan abg..hehe..

Malam, kami ke rumah pengantin..Ada buat majlis Tahlil..Pengantin pula masih lagi di rumah pengantin perempuan..Dan kami sebelum keluar sempat bergambar.. Nabila sangat ceria malam tadi..Ada juga yang bertanya tentang Nabila..Almaklumlah..mukanya yang sentiasa tersenyum..buat semua sibuk bertanya tentang dia..hehe..

terkekek-kekek ketawa..hurm..tah apa lah yang Nabila seronokkan yek..rasa tenang hati bila dengar dia ketawa..

Esoknya ke majlis kahwin. Cuasa mendung-mundung dan berangin buat Nabila seronok sangat berada di majlis perkahwinan orang. Selalunya ..agak susah sikit untuk aku bawa dia. Maklum sahaja klu cuaca panas..kesian pada Nabila..Risau aku..

Dan kami pulang semula ke KL sekitar jam 5.45 petang..Itupun sesudah kami melawat sebentar adik ipar aku yang bersekolah di Sekolah Sultan Yusoff di Batu Gajah..Mak Su Nabila teringin benar nak jumpa Nabila..Pulak tu sekarang ni Adah tengah exam..Mudah-mudahan Adah boleh jawab semuanya dengan baik..Amin..

7 comments:

ratna said...

yeayyy.. nabila dpt cabutan bertuah. murah rezeki nabila ni..

~Puteri-Nuur~ said...

Lama dah tak pegi ke Gedangsa, ada-ada saja halangan. Minggu depan macam mana? Rasanya nak pergi jugaks. With or without Abah Idris.

Noina said...

Ratna : tu ah..rezeki murah budak kecik nih..hehe.. :)

Put : hehe..ina pun dah 2 minggu tak gi..huhu..minggu depan mcm tak dapat la kot Put. cik abe keje..huhu

zali azali said...

thanks ina tunjukkan kami tempat kak raw...aiman tak nangis masa kena balut ngan kena ikat, tapi lepas masuk dalam keter nak balik, dia menangis...pastu demam sikit..terkejut agaknya...huhuhu

Noina said...

zali : hurm..biasalah tu..Nabila dulu pun cam gitu gak..terkejut..huhu..takpe..lepas ni mesti baik punya..Insyaallah..

Nur Syazwani Mustafa said...

MISS U NABILA YG COMELLLLLLLLLLL

Noina said...

Wani : Nabila pun rindu kat aunty wani gak :)

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...