Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

01 October 2009

Terapi mata.

Setiap perkara yang aku kongsikan dalam blog ini adalah keinginan aku untuk lihat Nabila pulih. Dan aku harap setiap apa yang aku lakukan akan dapat mengubah nasib Nabila.

Aku sangat-sangat khuatir dengan mata Nabila. Kadang-kadang hampir buntu memikirkan cara untuk pastikan Nabila sentiasa fokus bila memandang keadaan sekelilingnya. Namun aku tiba-tiba mendapat idea ini. Itupun aku terkenangkan apa yang Ita pernah katakan pada aku dahulu.

Di hospital Serdang, satu bilik khas untuk terapi mata ada disediakan. Malangnya di Sungai Buloh pula tiada. Pernah aku suarakan perkara ini kepada Puan Sally supaya kemudahan ini dapat di nikmati oleh semua anak yang senasib Nabila. Sayangnya Puan Sally kata equipment untuk menyiapkan bilik itu agak mahal kosnya. Sedih..apakan daya..aku perlu lakukan sesuatu.

Dan Ahad lepas, semasa berjalan di OU, kami melintas di hadapan Jusco bahagian household.. Dan ternampak lampu kelip-kelip di 'display' untuk hari raya. Dan tiba-tiba terngiang-ngiang apa yang Ita kata pada aku. Kata Ita, di Serdang, satu bilik khas dipasang pelbagai lampu dan bilik itu di gelapi dengan langsir hitam. Sangat-sangat gelap..dan hanya lampu-lampu sahaja yang menyala. Lampu-lampu itu bertujuan untuk mengajar fokus mata. Dan aku terus menyuarakan hasrat untuk buat bilik seperti itu di rumah. Namun kata abg..tiada bilik yang sesuai digunakan. Lagipun seeloknya buat ketika Nabila sedang berehat atau bermain. Bilik di rumah pula semuanya penuh. Satu dijadikan guest room dan satu lagi bilik solat. Almaklumlah rumah kecil..bilik pun tak banyak.

Nak dijadikan cerita, abg mencadangkan agar lampu itu diletakkan sahaja di dalam bilik tidur kami. Mulanya aku tak bersetuju, namun setelah di fikirkan, apa salahnya kami menggunakan bilik tidur kami. Agak berselirat dan berserabut, namun demi Nabila, aku pejamkan sahajalah mata ini. Dan semalam abg dah memulakan operasinya. dan hasilnya..

gantung macam biasa je..hurmm..nampak serabut..tapi untuk Nabila aku buat apa sahaja.biarlah..buruk pun buruk lah bilik ni..hehehe..terang jugak lampu-lampunya..lupa nak cakap..aku beli lampu yang jenis bentuk bola punya..bola tu mcm kristal..nampak cantik bila cahaya dia kena kat dinding putih..hehe..


Alhamdulillah..Allah telah beri aku satu jalan untuk Nabila..Dan thanks to Ita, sudi share tentang kaedah tu pada Ina..Mungkin nampak pelik..tapi itu untuk kebaikan juga kan..?takpe..kita cuba mana yang terbaik..

Tu sahaja yang aku nak cerita tentang terapi mata Nabila.. :)

13 comments:

Rofaizal Jaafar said...

Wah.. Idea yg sungguh mantap.. Rasa nyer nak wat cam tuh gak la untuk Irfan.. Memang kreatif!

Kakcik Seroja said...

Salam Ina...

Ada apa-apa respon tak dari Nabila?
Mudah2an usaha Ina dan suami membuahkan hasil yang positif, insyaAllah.

Unknown said...

xpe noina.. biar serabut xpe.. jnji ia baik utk nabila.. kag0m dgn nina c0z tiap saat berusaha mcm2 demi nabila tercinta.. teruskan semangat tu sm0ge nabile sembuh.. syg nabila mmuahh..

deelira@deeliraz said...

wah kreatif..
cubaan yg sgt baik
semoga berjaya :)

Intan@mama Hadif & Hanif-Brunei said...

Cantik la lampu tu.. Hope nabila dapat fokus mata dia kat lampu lip lap tu.Syabas dgn usaha ina :)

afdni said...

saya doakan moga mata nabila akan pulih sepenuhnyer..amiinnnn..

akuoku.blogspot.com said...

akak dah jumpa lampu laser yg ada kat hospital kajang tu harga dlm rm400.00 kalau nak beli boleh datang sini.. kini gelapkan bilik lepas tu pasang lampu tu...

Yasmin Nabilah.. said...

faizal : hehe..buat..buat..jgn tak buat..semua utk irfan gak :)

kakcikseroja : so far ni..dia ada gakpandang lampu2 tu..tapi smeua depands on her brain..klu otak dia dapat signal untuk cahaya lampu2 tu..mungkin ada harapan.. :)

Yasmin Nabilah.. said...

zai: hehe..alah..semua untuk nabila kan..nak sembuh kena la buat..klu tak sampai bila pun dia tak ok..thanks zai.. :)

Deelira : huhu..harap2nya ada function untuk nabila..:)

Intan : harap2nya kan intan..Amin.. :)

afdni : Amin.. terima kasih :)

Kak Sham : yeke..nanti apa2 leh la contact akak :)..nak tanya..akak bei kat hospital ke?

LYaFRINA said...

mudah2han.. terapi ni mjadi.. bkn untuk nabila jer tau,, siap bg pluang kat mak n abah dia g... dgn suasana romantik.. ok ah tu.. tp mmg bgus pun kalu byk bg permainan y colourful @ kaler y begitu myerlah..cz ni dpt meransang pkembangan otak baby.. lya ade tbaca artikel,, kalau tlalu byk terdedah pada suasana kaler pink x elok utk bby (mlambatkn pkmbangan otak baby..kalu cam baju tu xpe).. kalu nk cat bilik baby cat bilik kaler cam hijau pucuk pisang or colourful tu bgus..cz itu sgt bgus utk pkmbangan baby..

Anonymous said...

gud jobs,ina...buatlah yg terbaik tuk nabila k..mesti nabila proud ngan mak ayah dia nie...

~PakKaramu~ said...

Men ikuti blog Pak Karamu

AKUOKU said...

sori bukan hospital kajang tapi hospital serdang... tapi la,pu tu jual kat kedai di kajang... datanglah rumah.. nanti kita pi sama2