Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

19 November 2009

Kisah di Pediatrik Sg. Buloh..

Hari ini..aku ke Klinik Pediatrik. Bersama Nabila dan Ayahnya..Tiba di Hospital Sg. Buloh jam 9.10 pagi. Terlewat 10 minit..sebab aku yang leka tidak menyiapkan barang-barang keperluan Nabila semalam.

Menunggu giliran untuk pendaftaran tak lama. Mungkin tak ramai lagi barangkali. Selesai urusan pendaftaran, kami terus menuju ke klinik. Dan kelihatan 5-6 orang bersama anak-anak mereka menanti giliran. Cuaca yang agak sejuk di luar ditambah pula dengan aircond yang agak kuat..membuatkan Nabila tak selesa. Mujur abg pesan bawa sweater Nabila. Dan lantas aku sarungkan ke badan Nabila.

Dan aku lihat keadaan sekeliling. Ramai juga yang bawa baby kecil..tak silap mcm baru lahir. Sian anak-anak itu..Ada yang merengek..huhu..sejuk barangkali. Nabila pula aku dah tak letakkan dia di stroller..Nangis minta di peluk..huhu..Dan kemudian Nabila terlena dalam pelukan aku.

Lama juga menanti giliran kami. Dan jam 11 barulah giliran kami di panggil. Dan agak terkejut juga lah..Ingatkan bilik no.2 atau 3..sebab kebanyakan orang -orang sebelum kami ke bilik-bilik itu. Tapi Nabila di suruh ke bilik 8. Dan kaki kami terus melangkah masuk ke bilik itu. Dan rupanya yang sedang menanti kami bukanlah doktor biasa.Salah seorangnya adalah doktor pakar. Yang sorang lagi aku tak pernah nampak sebelum ini.Dan rasanya doktor yang pertama tadi adalah bos kepada sorang lagi tu barangkali.

Dan seperti biasa..mereka meneliti report-report lepas..dan bertanya tentang keadaan Nabila sekarang. Bagi aku dan Abg..takde apa yang penting untuk dibincangkan mengenai perkembangan Nabila..cuma kami mahu lihat keputusan EEG nya yang lalu. Lama betul kami menanti keputusan itu. Sejak dari bulan 7 lagi..Kerna result yang diambil akan di hantar ke HKL dahulu. Sebab apa? Hospital Sg. Buloh tiada pakar dalam bab test EEG ni.

Dan apa keputusannya? Apa yang dilihat sememangnya sawan..dan doktor telah memberi kata putus untuk tidak membekalkan ubat sawan padanya. Kerana masih dalam ketegori ok dan tidak memerlukan Nabila untuk makan ubat sawan setiap hari. Cuma doktor ada mencadangkan beri ubat untuk muscle Nabila.

Nabila di kategorikan sebagai Spastic Quadriplegia yang mana keadaaan tangan dan kaki yang tegang. Tapi ini tak bermakna Nabila sentiasa menegangkan kaki dan tangannya..ada kalanya muscle Nabila nampak rileks..Namun ubat untuk 'muscle relaxing' itu hanyalah cadangan. Belum diputuskan akan digunakan atau tidak.

Dan Doktor itu memasihatkan aku..agar lebih menumpukan perhatian pada Nabila. Biarpun Nabila ada adik lagi satu hari nanti..namun..perhatian pada Nabila tetap menjadi utama dalam segala hal. Ya, aku akui semua itu. Sebab itu..dalam masa 3 tahun ini..aku perlu tumpu pada Nabila dahulu. Untuk adiknya..mungkin kemudian saja..Doktor itu terus menerus memberi sokongan pada aku dan abg dalam menempuh apa yang telah berlaku dalam hidup Nabila.. Aku hargai apa yang doktor itu katakan pada kami.. :)

Dan dia menasihatkan aku agar sentiasa mencari maklumat tentang Cerebral Palsy..Done..sememangnya itulah yang aku lakukan tatkala aku musykil tentang apa yang berkaitan dengan Cerebral Palsy.

Dan selesai di Pediatrik..kami mengambil ubat di Farmasi. Dibekalkan ubat lactul dan multivitamin..beserta ubat demam dan batuk Nabila. Ada tadi doktor memeriksa peparu Nabila. Alhamdulillah..ok.. :)

Dan sesudah itu, kami pulang. di sepanjang jalan menuju ke tempat letak kereta, masih ada juga mata-mata yang memandang Nabila..Pulak tu anak dara aku tengah tersenyum tersengih di dalam stroller..ada yang siap berpaling kepala sambil menjenguk melihat Nabila . hurm..tahlah..Tak paham aku..! Mungkin mereka-mereka ni pelik barangkali.. (ahh..biarlah..pedulik hapa aku!)

Apapun aku agak lega sekarang. Sememangnya aku tahu yang Nabila punya sawan..dan tahapnya alhamdulillah..masih dalam kawalan. Dan ini tidak bermakna aku boleh goyang kaki dan biarkan Nabila sahaja. Aku perlu mengawal dari setiap sudut..untuk mengelakkan Nabila diserang sawan yang lebih teruk lagi..

1- Nabila tengah tidur..sejuk tuh.. :)
2- keadaan di klinik Pediatrik ketika itu..makin ramai yang datang..
3- Ayah Nabila yang mengantuk akibat bekerja syif malam tadi..katanya tak tidur malam tadi..sibuk menyiapkan mesin yang dah rosak selama 3 hari.. :(
4-Sambil menunggu tu..baca ni..Bagus sangat..Ada info tentang bersalin c-searan dan tentang cara pemakanan anak.. :)

p/s : tadi kami ke klinik ENT (ear,nose & throat). Set temujanji semula. Sepatutnya dah 2 kali Nabila ke swollowing therapy tapi sebab ada hal yang tak leh di elakkan..tak dapat nak gi yang 2nd appointment haritu.. :(

No comments: