26 November 2009

Sisa yang lama..

Hehe..suspen jer tajuk..Ingat sisa apa erk..huwaaa! Aku merana sepanjang minggu ni. Perut Nabila buat hal lagi..Tak moh 'MEMBUANG'.. (eeeeee...eerrrrrrkkkkk....)

Entah apa yang tak kena pada Nabila. Sejak Sabtu lepas tak 'membuang'. Huh! kita yang tua nih..klu tak 'membuang' pun sakit perut, inikan pulak budak tecik tenot nih!

Hurmm..tunggu punya tunggu punya tunggu..'ia' masih tak berkunjung tiba. Nabila pula..kalau perangai 'elok'nya dah datang..abislah umah aku..Puting beliung jadiknya..Abis semua di haruknya!

Isnin, sebelum ke tempat kerja..aku berpesan pada mak, supaya di beri Lactul pada Nabila. Hurm..masih lagi tak moh keluar gak..Dan dah kelihatan perutnya yang makin mengeras sebab dah 'penuh'..

Ambil sahaja Nabila dari rumah mak, malam itu, aku beri Lactul lagi. Hurm..nampak mcm dah over dos..tapi aku terpaksa. Kalau tak, sampai bila pun susah nak keluar. Kami ke Mc D malam itu, teringin pulak pekena Prosperity..hurm..yummmy..yummy. Sampai je di situ, baru nak melabuhkan punggung..tiba-tiba aku tercium something..Ummmmm bucuknyer..!

Dah agak dah..! aku check..Sahih!..hurm..apasal la Nabila 'membuang' kat sini. Kat umah tadi tak nak pulak..Nabila pun diam je..Agaknya dah lega la kot keluar..Adui..dah la tandas kat Mc D kat Rawang ni problem sket. Nak tak nak kena ajak abg gak masuk skali. mana leh nak handle sorang-sorang..

Mulalah sesi pembersihan di mulakan. Selesai sahaja, cari tempat duduk..dan abg order makanan. Hurm..Aku kata kat abg.."Lega Nabila dah buang". Yelah..susah ati woooo!

Klu nak di ikutkan..anak-anak CP mmg susah nak membuang. Nak wat camner..layankan aje..Tapi sian kat budak2 nih. yelah..terseksa rase! cian Nabila ..

............
........
.....
...
..
.

Hurm..rasanya ramai dah start cuti hari ini..balik ke kampung sempena Hari Raya AidilAdha. Kami sekeluarga beraya di Gombak esok. Turn umah mak aku pulak. Tapi tu ah..agak membosankan sebenarnya. Mungkin kami tak kemana sebab entahlah..tak tau nak gi mana sebenarnya. Mak pulak kena cuci darah petang esok. hurm..bosan..bosan..

Ahad abang kena keje. Bising kata OT dah makin kurang..Huhu..nak wat camner..banyak masalah yang melanda kami sejak sebulan ni. Dengan kesihatan Nabila yang kurang memberangsangkan..dan banyak hal-hal yang tak dapat di elakkan, buat abg jarang-jarang OT dah sekarang ni. Takpelah..sok2 nak wat OT sampai pengsan pun boleh abg!

Apapun..kami sekeluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua kawan-kawan yang mengenali kami. Pada yang nak berjalan jauh tu..hati-hati yek..kereta banyak..jalan pun sibuk.. Kami sekeluarga mendoakan perjalanan kawan-kawan kami baik dan lancar..! SELAMAT HARI RAYA!

8 comments:

LiAnA said...

huhu anak kalau poo poo memang risau.. pandai nabila time ibu tengah bernafsu nak mkn dia buat kek hihi..

selamat hari raya buat noina & family :D

zali azali said...

ciannya cayang kami ni....sekarang dah ok ker..macam aiman 'pembuangan' dia setakat ni ok la..cuma agak 'keras' la keluarnya...tapi nabila kira banyak minum air di bandingkan ngan aiman...paperpun...mudah mudahhan anak kita semakin baik dari masa ke semasa..amin..

Suhaila Mohd Nasir said...

salam, selamat hari raya aidiladha. Ok lah nabila dah berjaya membuang segala isi perut. Anak sulung pun ade masalah nak buang air besa...siap tunggu berhari2 gak..pastu najis nyer keras sampai darah kuar sikit. Lepas tukar susu..Friso Gold baru ok..skrg kena bagi mkn buah2..nasib baik dia nk makan tak tolak pun...

ibuayu said...

Tak pelah ina..itu namanya berkorban...raya kat mana pun sama..Utk nabila lega...........pandai ye..pilih tempat special utk membuang.

Anonymous said...

Cube try tukar susu.My fren anak die selalu sembelit. Pastu die diadvice tukar susu coz kadang2 susu tu leh penyebab. (If, die byk kali kena sembelit)

Noina said...

zali : hurm..selagi tak pandai jalan..selagi tu lah susah nak berak..huhu..

Suhaila : huhu..Ingatkan anak2 CP je ada masalah membuang..rupanya anak normal pun sama yek..hurm..tu ah..kdg2 faktor pemakanan jugak kan?sian budak2 nih!

Noina said...

IBUAYU: TU AH..KELAM KABUT GAK LA IBU NGAN AYAH DIA..HEHE..

LIANA : HEHE..TU AH..TERBANTUT SELERA..HUHU.. :)

Noina said...

Anonymous : hurm..dah banyak kali gak ina tukar susu..Doktor cakap anak2 CP mmg ada masalah dlm segi 'membuang'..huhu..sebab dorang tak banyak gerak..hurm..tiap2 ari kena bagi ubat lembut najis..apapun thanks yek atas cadangan.. :)

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...