Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

18 December 2009

Tiada tajuk..

Hurm..updates! Huhu..tiada updates sebenarnya..Bosan sejak kebelakangan ini. AKU MAHU BERCUTI..!! Semua orang bercuti sakan bersama family masing-masing..huhu.. Nasib orang macam aku ni yang kena simpan cuti lebih sket, membuatkan aku bila nak cuti je mesti kena berfikir dua tiga kali.

Kenapa?

Sebab Nabila lebih perlukan aku..terutama ketika ke hospital. Walaupun telah diberi kemudahan 'time slip' namun..kadangkala apabila ada appointment yang memerlukan aku lebih lama di hospital, aku fikir lebih baik aku cuti sahaja. Yelah..nanti bila sampai opis..keje 2-3 jam..pastu balik. Rasa tak berbaloi saja!

Tuntutan kerja sejak kebelakangan ni melebihi had aku sebenarnya. Manakan cukup kaki dan tangan..berlari ke sana ke mari..menyelesaikan kerja-kerja yang 'urgent' bagi seksyen aku. Bukan merungut..tapi inilah aku. Tak suka menangguh kerja..! Dah nasib makan gaji..

.......................................................................................................................................................................

Sudah 2 hari sebenarnya aku tak jumpa Abg. Pagi tadi baru bersua wajah. Rindu! Minggu ini abg kerja syif malam. Balik keje saja.. dapat lihat wajah abg walau sekejap. Dan kemudian abg akan bersiap-siap ke tempat kerja. Rabu lepas, aku terpaksa pulang lewat kerna menyiapkan kerja. Dan semalam pula..pulang lewat sebab SHOPPING!.. Kata dah gaji kan..! Cadangnya nak beli baju untuk Nabila, Abg dan juga aku. Namun yang dapat hanya Nabila dan Abg. Aku pula? Hurm..orang berbadan ala-ala 'bam..bam' ni , terpaksa memilih sket dari segi pakaiannya. Kang tertonjol lemak-lemak yang berlebihan.. Ahaks!

Penat tapi puas. Berjalan bertiga pada mulanya. Namun berpisah..Masing-masing mencari apa yang perlu dibeli. Dan rasanya aku paling lama di bahagian bayi. Membelek satu persatu baju yang sesuai untuk Nabila.Sudahnya..tidak mahu membazir..hanya 3 helai saja dapat ku sambar. Dan untuk Abg, aku hanya belikan T-shirt sahaja. Ciuman terima kasih diberikan oleh Abg pagi tadi. Gembira dia..Abg memang jarang membeli untuk dirinya. Lebih kisahkan anak dan isteri berbanding dirinya. Kesian abg. Nasib baiklah Abg bukan jenis cerewet. Pakai sahaja apa yang aku belikan untuknya. Yelah..kami bukan orang berada. Bukannya kerja sebagai Pegawai atau Manager.. Hanya kuli sahaja. Takpelah..semuanya rezeki Nabila.. Alhamdulillah.. :)


p/s : Bila lah agaknya abg nak sambung belajar yek? Nak paksa-paksa pun susah gak..Sian kat abg..Nak belajar kena rela ati. Tak leh nak paksa-paksa..huhu.. Dah nasib budak NITP macam kami ni..susah betul nak dapat kerja yang diidamkan..

3 comments:

iNa said...

Shopping2 ya??
heheh..

Ina..
sabar ya..
nti Nabila dh besar skit boleh la g bercuti....
skrg ni kene tumpukan lebih pada Nabila..

Liana Manjaku said...

Noina...tak per kita cuba lagi. Ummi sendiri pun sukar mancari kerja yang sesuai! Dapat kerja sekarang ni pun dah syukur walaupun ummi banyak ditindas di sini! Utk perubatan pun kena klinik2 yg termurah. gaji pun tak naik2!

Yasmin Nabilah.. said...

Ina : hehe..shopping la..perabih duit gaji..huhu..Pastu dah takde duit sok gigit jari..haha!

huhu..klu dah besar sok harap2 la boleh gi jenjalan. Cuma risau klu Nabila masih belum leh jalan lagi time tuh..huhu..cedey!

Ummi : tu ah kak..tahlah..Belum rezeki kami kot..Penat amik diploma..tapi tak dapat gak keje yang sesuai..sedih tul!