31 March 2009

Masihkah ada ruang untukku?

Aku anak kecil
Yang tidak mengerti apa2
Mengapa?
Apa yang terjadi padaku?
Mengapa aku tidak seperti yang lain?
Bermain…
Berlari..
Girangnya..!

Ada mata yang memandang ku
Aku tak mengerti pandangan itu
Jelek kah?
Simpatikah?
Namun aku masih punya hati..
Usahlah memandang aku begitu
Sedihkah hati ini?
Ya! Aku sedih..
Aku bukan mahu dilahirkan sebegini
Tapi inilah perjanjian ku dengan Ilahi

Ku pandang ayah
Ku pandang ibu
Walau kabur pandanganku..
Aku tahu ibu dan ayah menyayangi aku
Menyokong aku..membantu aku..
Akanku cuba ceriakan hati mereka
Dengan tawaku..
Ya! dengan tawaku yang tidak seindah mana ini..

Di luar sana..
Masihkah ada ruang
Buat insan seperti aku di hati mereka?

28 March 2009

Nabila di Gedangsa arini dan berita baik buatnya!

Assalamualaikum..arini aku bawak Nabila ke Gedangsa lagi..dan seperti biasa aku bersama ita..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kali ni kami dapat giliran yang cepat sket berbanding kali pertama dan kedua dulu..

Aktiviti kali ni..Kak Raw naikkan Nabila atas 'ball' dan golek2 kan dia..dan mcm biasa gak Nabila nangis2 sebab ngantuk..hehe..tak cukup tido..almaklumlah..masa nak pegi aku terpaksa kejutkan dia utk mandi..on the way tadi dah nak sampai Gedangsa baru nak tido..emm..apa lagi..menangis meraung la..!

Dan Kak Raw sempat cakap ngan aku dan abg..yang Nabila dah nampak semakin ok..Alhamdulillah..tu satu petanda yang baik..aku sempat bertanya tentang Nabila yang aku slalu buat exercise melangkah..saje nak tanya pendapat dia..Kak Raw kata dia tak galakkan aku buat camtuh pada Nabila..dia lebih prefer klu aku buat 'golek balak'..emm..mmg ramai yang cakap golek balak tu ok..aku dulu slalu buat..cuma kebelakangan nih..mcm dah tak buat..huhu..sori yek sayang..nanti ibu balik..!

Apapun..berita yang Kak Raw bagitau aku tadi buat aku semakin bersemangat..dan aku akan teruskan apa yang terbaik buat anakku..dan pada kawan2 aku yang ada anak senasib ngan Nabila..jgn putus asa yek..jadikan kisah Nabila arinih sebagai semangat! Aku doakan setiap kawan2 aku yang ada anak seperti Nabila akan cepat2 sembuh..dan boleh hidup seperti kanak2 yang normal..Amin!

26 March 2009

Apa yang Nabila buat arini?

Aku pun tak tau apa yang Nabila buat arinih sebenarnya..mak aku yang dok crita ttg Nabila..emm..masuk arinih dah 3 ari tak 'iyakkkk' emm..dan solutionnya..aku bagi ubat yang doc bagi tuh..ubat untuk lembutkan najis..dan kuar gak khazanah2 yang tersimpan dlm perut tuh..hehe..

Dan mak aku masih bercerita..Mak aku meniarapkan Nabila dan angkat punggung dia..mcm org sujud..dan reaksi Nabila..hehe..tersenyum..suka kot pasal mungkin penat asyik baring jer..ada la rasa bergerak2 badan tuh..dan bila punggung dia jatuh lagi..dia mcm nak buat..tapi apakan daya..anak ibu nih tak mampu..makanya..mak aku buat lagi..dia serongkan muka dia dan senyum pandang mak aku..hehe..dah pandai dah..!

Kebelakangan nih nampak kaki nabila bengkok2 bila meniarapkan..mcm org nak mengesot..satu perubahan..walaupun tak besar mana perubahannya..tapi bagi aku tuh sangat besar..dan yakin dia leh buat lagi..cuma tangan jer masih malas nak gunakan untuk tegakkan badan..bila agaknya aku dapat nak lihat semua tuh?

Dan petang..aku try ajar dia melangkah..walaupun lembik lagi pingang..terhuyung hayang..tapi dia mau gak nak melangkah..takpe..aku buat pelan2..mcm yang kawan aku cadangkan..nama dia Gee..dia pun ada anak CP gak..tapi separuh badan jer..Nama bb dia Balqis..dan anak dia dah nak berjalan..alhamdulillah..berkat usaha dia..aku akan ikut apa yang dia ajar kat aku..Thanks Gee..

Apapun aku harap masih ada sinar dlm hidup kami bertiga!

Nabila tumbuh gigi lagi..

Hehe..tumbuh gigi? tu lah dia si Nabila..tumbuh gigi sampai 2 batang sekaligus..tu pasal dia demam kot minggu nih..nampak cam sakit jer...aku tgk kat mulut dia semua dah nampak bengkak2 gusi dia..yang tumbuh kali ni kat sebelah gigi kapak dan sebelah gigi bawah yang 2 batang tuh..kira gigi bawah nak masuk 3 btg la..dua2 belah kanan..dia mmg slalu camtuh..tumbuh blah kanan dulu pastuh blah kiri..tapi kali nih tumbuh sekali banyak..emm.mau tak sakit..tapi aku mmg tak leh lupa masa dia tumbuh gigi kapak dulu..sampai tak leh nak minum susu..sakit kot nak gigit puting..sampai perut masuk angin..aku terpaksa bagi Nabila minum susu dengan syringe..huhu..seksa rasanya!

Harap semua berjalan lancar!

Assalamualaikum..arinih aku dah 3 ari dok kat opis baru..tapi tak posting ke mana2 lagi..masih lagi dok kat Kementerian..(kementerian apa..tak yah la tau)..dan aku dapat ramai kawan baru..sebenarnya aku bukan nak cerita pasal kawan2 baru or suasana kat tempat baru..nak cerita ttg kisah Nabila..


Mulanya aku mmg berat nak cerita tentang Nabila pada kawan2 baru..yelah..kenal pun baru 3 ari..takkan nak bukak kisah2 duka lak kan..!kang orang kata aku ni apa lak.tapi tah lah..kawan2 baru aku ni kebanyakannya dah kawin..dan ada anak..bila cerita bab anak ni..mcm2 la..dan mereka2 ni bertanya tentang Nabila..dan aku pun dah malas nak sorok2..aku ceritakan pada mereka..ada yang simpati, ada yang buat biasa jer..biasalah..tak kena batang idung sendiri..mana yang tanya jer aku cerita..aku tak cerita kat semua org..


Ramai yang tgk gambar Nabila dlm handphone aku..semua kata Nabila nampak normal dan ok..emm..mgkin la skrg tak nampak lagi..tapi akan datang...?dah..dah..tak moh pikir bukan2..!


Dan tadi pegawai aku panggil aku dan beberapa kawan aku..tujuan dia untuk bertanya penempatan untuk keje nanti..mampu atau tak mampu untuk buat keje lebih masa dan komitmen yang lebih..bagi aku komitmen tu tak menjadi masalah..cuma bab lebih masa tu aku mcm tak dpt nak beri..dengan keadaan Nabila mcm ni aku terpaksa pikir ttg dia lebih dari kerja aku..mmg keje tu penting..tapi aku rasa Nabila LAGI PENTING dari semua tu..Nabila perlukan aku..dan aku terpaksa berkorban..aku terpaksa bercerita kepada pegawai tu tentang keadaan Nabila..dia faham..dan aku harap dia dapat berikan aku penempatan yang mudah untuk aku uruskan Nabila..maksud aku dar segi cuti dan bawa Nabila ke Hospital..


Dan...bila aku kuar dari bilik dia..aku berdoa moga Allah permudahkan aku dalam menguruskan Nabila dan pegawai tu dapat beri apa yang aku mahu....

25 March 2009

Tag dari Ummisarra

Assalamualaikum..eemm.dapat tag ni dari ummisarra..sori lambat sket buat..hehe...

1.Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
- Buat Anakku Yasmin Nabilah Zulhilmi..panjangnya..hehe..

2.Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
- http://yongnoina.blogspot.com.. timbul idea sebab saje..nak abadikan kenangan bersama Nabila demuks..emm.dan nak share pengalaman ngan ibu-ibu yang punya anak seperti aku..

3.Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
- Dah tentu semuanya tentang Nabila..

4.Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
- buat setakat nih..takde la lagi..baru jer berjinak2..hehe..baru 3 bulan..dan akan meneruskan selagi termampu..semua nih pun untuk Nabila gak..leh la dia baca2 dan tau apa yang jadi kat dia masa kecek2 dulu!

5...Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
- Emm..aku syukur sgt dapat jumpa ita..yelah kitorg kenal pun dlm blog gak..dan nasib kami serupa..sekurang2nya ita jadi penguat untuk aku harungi semua ini..dan pasti anak kami akan membesar bersama2..dan mereka juga akan berkawan seperti mana kami berkawan! thanks ita!

6...Senaraikan 5 orang yang akan anda tag
- Rasanya tak yah la kot..tgk ramai dah buat dah..hehe!

Kena tangguh gi Rehab mggu depan!

Alkisahnya..tadi aku call abg..dia kata dia tak dapat nak temankan aku bawak Nabila gi Hospital mggu depan..pasal dia kena gi Thailand..2-3 ari gak la..Nabila sebenarnya ada appointment ngan Rehab lagi.ari Isnin 30/3/2009.kali nih 2 sekaligus..OCC dan Fisio..tapi aku lak..mcm tak dapat nak gi gak..pasal aku mgkin akan dapat surat penempatan tpt keje baru pada hari yang sama!..takut kena gi lapor lak kat Jabatan..susah lak..
Abg kena gi Thailand pasal kursus..dah lama dah benda nih..tapi tertangguh sebab apa tah..ni tiba2 kena gi lak mggu depan..dan aku lak masalah keje lak..yelah dulu kat KEMAS ok la..leh kuar..ni kat tpt baru kena la tgk2 dulu..tak leh main cuti jer..
Abg kata dia nak tepon hospital esok..nak buat appointment baru..emm..lama nih dah tak buat fisio..ada dlm 3 mggu..harapnya tak moh ada yang tertangguh lagi..pasal patutnya fisio arinih..tapi aku mintak tangguh lagi pasal nak lapor diri.Ni mggu depan tangguh lagi..emm..payahnyer!
Ya Allah, permudahkan urusan kami bertiga..Amin....

Aksi Nabila hampir Demam @ Dedau!


Dedau?tu bahasa mak aku..ala-ala mcm nak demam..tapi tak demam pun..bdn mcm nak panas jer..dan nilah aksinya..emm..tak pakai baju..seksi anak ibu nih!

emm..pakai cool fever nih..ada sket la kurangnya..tapi asyik tertanggal jer..tangan tak dok diam..dok garu hidung pastu tertarik skali ngan cool fever nih..memang lasak!



tah hapa yang Si Nabila ni dok senyum2 sengih tah..?




Aksi half naked..hehe..tapi ibu pandai amik gambar..sensored tau..pasal malu la Nabila..hehe

Sambung kisah semalam!

Minggu yang sibuk sebenarnya. Banyak perkara yang nak saya coretkan di sini tapi masa tidak mengizinkan. Adik saya pula bawa laptop ke tempat kerja. So tak dapat la nak online. YM pun dah lama tak on.

Entry semalam saya ingat nak bercerita tentang Nabila di rumah Rawang. Tapi terbantut dek kerana Nabila terbangun semalam. Selalunya waktu malam, Nabila memang mudah nak tidur. Dan akan bangun pada keesokan harinya.

Nabila ni jenis tidur sekejap kalau waktu siang. Dia tidur ada la dalam 15 minit. Kemudian dah bangun. Tapi tidurnya kerap. Sekejap tidur..sekejap bangun. Saya memang seronok sangat bila Nabila dapat tidur nyenyak. Saya pun join sekaki la..hehe..boleh tidur sampai tak sedar diri..!

Di Rawang seperti biasa cuma waktu malam, Nabila agak susah sikit nak tidur. Entahlah, mungkin dia tak selesa. Mahu tidur dalam rocker saja. Tak mahu tidur di atas katil. Dah macam-macam posisi saya buat. Meniarap..menelentang..mengiring..huh..mampus tak layan Si Nabila. Merenge-rengek. Agaknya bilik tidur rumah kami panas. Mataharinya menyinar di bilik kami sepanjang hari. Panas tak terkata. Dah buka tingkap pun panas juga

Nabila malam-malam sudah biasa tidur di rumah mak dengan aircond. Memanglah tak elok, tapi saya takut kalau badan Nabila panas. Takut demam dan kemudian sawan. So far memanglah tiada . Saya akan sejukkan bilik sebelum bawa Nabila masuk ke bilik. Rumah mak memang panas!. Kalau siang rasa macam sauna..hehe..

Di rumah sewa ni saya memang tak pasang aircond. Alternatifnya saya pasang kipas sampai 2. Konon-konon nak bagi bilik tidur sejuk sikit. Tapi tak boleh juga. Macam haba berkumpul dalam bilik. Kesian juga Nabila rasa tak selesa nak tidur. Saya yang tua ni pun panas. Ini kan pula Nabila. Dan akibatnya balik saja dari Rawang, terus macam nak demam si Nabila ni. Sampai ke hari ni rasa macam nak demam. Saya beri ubat demam. Supaya demam itu tidak berlarutan.. :(

Saya ada ambil gambar Nabila tengah demam ni. Tapi next entry la saya masukkan. Ok la..sambung lagi...!

Mom Award?



Sorry Ibu Arifa. Makan masa sikit saya buat kerana busy seminggu ni. Apapun terima kasih atas award ini..

Nak kata saya ibu yang terbaik pun tak boleh juga. Kerana saya rasa macam banyak sangat kekurangan dalam diri ini.

Saya sebenarnya rasa bersalah pada Nabila. Andai semua ini tidak terjadi sudah pasti Nabila adalah salah seorang anak yang sihat. Saya akan gunakan setiap detik untuk bersama Nabila dan sentiasa beri semangat pada dia. Dan pastikan Nabila mendapat rawatan yang sepatutnya. Sekurang-kurangnya hilang rasa bersalah ini..

Apapun semua ibu pasti mahu menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak mereka. Jadi kita seharusnya menghargai mereka dan selami hati mereka. Jangan dianggap anak sebagai beban. Walaupun berbeza namun saya bangga dengan Nabila. Tidak semua boleh jadi kuat semangat seperti Nabila!

Rasanya semua ibu patut mendapat award ini. Kerana kita saja yang mengandungkan mereka, melahirkan dan membesarkan mereka..!

24 March 2009

Nabila balik Rawang!

Lama tak letak entry dalam blog. Ada la dalam seminggu.

Kenapa?

Saya dan Nabila pulang ke Rawang. Time cuti-cuti ni asyik dok rumah mak jer kesian juga pada abang. Asyik dia saja yang balik ke Gombak . Lagipun abang kerja malam. Jadi siang dia ada di rumah.

Hari Rabu saya pulang ke Rawang sehingga Sabtu. Hari sabtu ayah dan mak saya pula datang ke Rawang Mahu menyiapkan rumah baru. Nak pasang cangkuk kipas dengan mengecat kemudian nak kasi kemas betul-betul rumah itu.

Ok, saya mahu tidur dulu. Nabila tak nak tidur pula . Esok saya dikehendaki melapor diri di JPM. Ermmm..tak tahu lagi macamana . Nanti sambung lagi..daaa...!

17 March 2009

Rambut Nabila dah kontot!

Memang tiada aktiviti di waktu petang jadi saya bersama Nabila duduk-duduk ambil angin di hadapan rumah. Saya membelek-belek rambut yang sudah semakin panjang.

Pada awalnya saya memang ingin menyimpan rambut di bahagian depan. Tapi bila saya tengok ianya sudah mencucuk mata, makanya saya mengambil keputusan untuk memotong rambutnya itu.

Dan saya pun memulakan operasi (ceh..macam nak benteras apa je!) memotong rambut Nabila. Saya tak sempat untuk mengambil gambar. Mana nak pegang kamera, mana lagi nak pegang gunting. Dan hasilnya...Taraaaa....

~Nabila ni menganga-nganga..kang masuk lalat!~

Tengoklah. Budak lasak kaki dah terjuntai. Sudah mahu jatuh dah ni..bahaya betul Nabila nih.! Tengoklah rambut saya, bertobek-tobek ibu kerjakan saya..hehe..sori yek nak..kamu tuh yang tak reti dok diam..kan dah senget benget..hehe..nanti ibu repair la yek..~

~Takut jatuh, ibu letak Nabila kat tilam. Baru nampak Nabila senyum-senyum. Nak main golek-golek rupanya! Huh, terkangkang..apa la anak dara ibu nih...!~

Nabila dah 11 bulan arinih!

Hari ini genap Nabila dah 11 bulan.Tak ke mana-mana pun. Ayah Nabila pun nak tido. Penat kerana banyak kerja. Dan saya, duduk di rumah dengan Nabila . Melayan kerenah si kecil ni.

Apapun saya mengharapkan keajaiban pada bulan ini. Sekurang-kurangnya Nabila dah boleh meniarap sendiri. Seperti bulan-bulan sudah, Nabila sudah mula mahu mengajak orang main-main , sudah pandai ketawa mengekek, tapi bab skill motor kasar masih lambat lagi. Saya semakin risau tengok Nabila. Yelah, bulan depan sudah setahun. Kalau dia masih macam ini, alamatnya perkembangan Nabila semakin lambat.

Tapi yang best nya. Nabila sudah tidak lagi menangis semasa makan. Sudah pandai makan bubur. Cuma pandai memilih, kalau bubur tu macam tak sedap, Nabila tak mahu makan. Terpaksalah saya membancuh Nestum.

Apapun sayang, Ibu ucapkan Selamat Ulang Bulan yang Ke 11..Moga Nabila lekas-lekas sembuh dan boleh cepat-cepat jalan. haha! Sayang Nabila Demukss...!

~puting dan puting dan puting...hehe~

~suka sangat buat muka tercengang!~

~rileks kat rocker..nak lelap lah tuh!~

~Lepas minum susu menangis pula~

~Owhh..rupanya nak duduk dalam rocker..hehe..saja je Nabila nih..nak test ibu..~

~Ni apsal lak nih..?~

16 March 2009

Tag lagi?

1. What were you doing five years ago?

5 tahun dulu?emmm..baru pas abis blajar kat ADTEC Shah Alam..pastu keje..pastu bertunang..dan kawin ngan ENCIK ZULHILMI..pastu dapat si Nabila Demuks..hehe..Rasanya tahun 2008 paling mencabar..tapi rasanya akan mencabar lagi kot akan dtg..



2. What were the 5 things on your to do list today?

list ke hapa nya..dh mlm..benda dah jadik..hehe..
-Mandikan Nabila
-Bawak Nabila gi ex-opis
-Bagi Nabila mkn
-Tgk TV ngan Nabila
-Tido ngan Nabila..semuanya Nabila..



3. What are 5 snacks that you enjoy?

Entah..aku nih mkn jer..bdn pun makin naik nih..emm..tah bila nak kurus tah..?



4. What are 5 jobs you've had?

-cikgu sek (cikgu ganti jer)
-Promoter(zaman kegelapan..susah nak dpt keje)
-Counter Clerk kat KTM (emm..darah tinggi naik lo!)
-Pembantu Pembangunan Masyarakat
-Pembantu Tadbir
lebih leh tak? doakan dapat job baru..J29..amin...



5. Tag 5 person and who are they?

tak yah sesapa la..semua dah buat kot..haha!

Nabila ke Rumah Kak Raw lagi..

Minggu lepas , Nabila ke Gedangsa lagi Untuk kesekian laginya rawatan bersama Kak Raw.

Agak ramai juga yang mendapatkan rawatan dan kami menunggu di tepi jalan sambil menghirup udara pagi. Bila dah clear baru kami masuk ke dalam rumah Kak Raw.

Lama juga kami menunggu giliran. Dan akhirnya lebih kurang jam 2 petang, barulah sampai giliran kami. Punyalah ramai orang jadi nak tak nak kenalah bersabar.

Nabila macam biasalah. Kalau badan kena usik sikit mulalah meraung! Nak baik punya pasal tahan jelah ye dik

Selesai semua dalm jam 3 petang, kami terus gerak untuk pulang ke rumah. Mula-mula menangis Nabila , bila emosi pun dah stabil Nabila bercakap-cakap dalam bahasa dia. Nak mengadu la tu pasal kena balut-balut tadi..

~Nabila dengan pose mata julingnya..hehe..tetap comel gak!~

~Nabila makan nestum jap..jangan kasi perut tu kosong. Letak dalam botol. Pasal nak suap leceh pula dalam kereta..~

~Sarra Deboks & Nabila Demuks dengan aksi memakai pempers jer..santai-santai sambil bergolek..hurmm..kata si Kembar!~

~hurmm..tutup muka..huhu..baru lepas menangis..entah mana belajar stail tutup muka tu pun tak tau!~

13 March 2009

Muka anak patung...?

Nabila muka cam anak patung? Ada ke patut? Mak sayalah..hehe..

Hari tu mak ke Jusco Wangsa Maju dengan adik saya, Ain. Entah macamana mak ternampak patung di dalam cermin (ala patung display tuh). Mak saya kata muka macam Nabila. haha... Kesian Nabila, ada ke patut nenek cakap begitu kat Nabila.

Kemudian bila balik heboh cerita pasal anak patung tu pada saya. Cuma anak patung tu botak, tiada rambut. hehe....

Sekarang ini sudah lekat nama panggilan Nabila yang baru..

"Anak patung Chet Chet"..hehe..

Kalau tengok betul-betul memang macam anak patung. Badannya kenit . Muka nampak comel je. Matanya besar, bulu mata melentik..hehe. Agaknya masa mengandung dulu saya suka tengok anak patung.hahaha!....

~Main-main dengan nenek...anak patung chet chet...~

~Mengantuk pasal baru lepas makan...burppp...alhamdulillah..~

Tag?

Rules:Here’s a chance to see how well you really know your husband/boyfriend/lover.Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do. The real challenge is to send it to your husband/boyfriend/lover to see how right you really are.

1. He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
Suka sangat dengan AXN Channel. Tengok House

2. You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
Rasanya abang makan apa sahaja . Tak banyak komen!

3. What’s one food he doesn’t like?
Kalau makan abang bukan jenis memilih.Semua dia makan..:)

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
Carrot Susu.

5. Where did he go to high school?
Sek. Men St. Micheal, Ipoh

6. What size shoes does he wear?
Saiz 8

7. If he was to collect anything, what would it be?
Benda ini lah. Komik..Memang suka sangat.!!

8. What is his favorite type of sandwich?
Sandwich Sardin dan Sandwich telur...

9. What would this person eat every day if he could?
Daging masak kicap.

10. What is his favorite cereal?
Tiada favourite cereal..

11. What would he never wear?
Sure lah blouse ngan skirt..haha.

12. What is his favorite sports team?
Liverpool..

13. Who did he vote for?
Steve G dengan Torres!

14. Who is his best friend?
Eawan bin Razali..belajar sama-sama di Shah Alam dulu. Sekarang pun kerja sama-sama. Pernah duduk serumah. Nasib baik tak tidur sama-sama..hahaha!

15. What is something you do that he wishes you wouldn’t do?
Cuci kereta sebab tak nak bagi saya penat kot..

16. What is his heritage?
Mestilah Melayu

17. What is his favourite colour?
Tak sure pula sebab Abang rabum warna..hehe..

18. What is his habit?
tidur..

19. What is he proud of?
Mestilah pada aku. pasal susah tau nak lahirkan Nabila..

20. Lastly, do you think he will read this?
Agaknya kot,,hehe..


Emm..rasanya nak tag. Ummisarra. Seorang je yek. Bolehkan..?

Perkara yang dibuat sepanjang semalam...

Sebenarnya tiada perkara untuk saya ceritakan pun di sini. Cuma semalam, banyak aktiviti yang saya buat sepanjang cuti ini.

1) Saya dan abang ke KLCC. Settle bil telefon Abang di Maxis Centre. Bil dah lama tertunggak. Kemudian abang nak tutup line itu. Nak pakai nombor lain pula..

2) Gi HSB. Ada appointment dengan OCCT. First visit. Semalam tak sempat nak ambil gambar kerana therapist Nabila sibuk tanya tentang history Nabila sewaktu dilahirkan dahulu. Nak kena cerita lagi ke? Aduhai...

Saya sebenarnya tak suka untuk mengingati lagi hal itu. Kalau ingat mesti mengalir air mata ni.huhu..

Macam biasa Nabila akan menangis bila therapist sedang meneliti Nabila ? Kenapa ? Masa di KLCC tadi tak nak tidur. Dalam kereta main-main. Ini sudah sampai hospital baru nak tidur. Pening ibu memujuk Nabila ni. Last pukul 3 dapat la dalam sejam therapist buat sesuatu untuk Nabila.

3) Balik Rawang siapkan rumah baru. Untuk Nabila juga. hehe. Tak tahu lagi bila nak pindah.

09 March 2009

Nabila belajar makan bubur semalam!

Nabila masih lagi dalm pembelajaran untuk makan bubur dengan cara yang betul. Eh apa ni!. Selama ini Nabila makan tak betul ke caranya?

Nak kata tak betul tu mungkin ya. Mana taknya Nabila makan terus telan, tak kunyah. Hanya kadangkala sahaja Nabila mengunyah.

Semalam saya terasa seperti mahu buat bubur untuk Nabila.Mahu dia belajar untuk merasai tekstur makanan lain.

~Yang paling kanan puri carrot..yang tengah puri kentang dan yang hujung puri pisang..hehe..byk la pulak..~

~bubur nasi..saya masak ditambah kismis sikit. Tapi kismis saya dah keluarkan. (saya ikut dari resepi salah sorang blogger..tak ingat la siapa..tapi thanks ye..tak terpikir idea ni)~

~masa ni belum makan lagi tau..menangis pula..lapar kot..hehe..ibu ni lambat betul!~

~Bersedia untuk makan! Saya beri Nabila makan di rocker chair kerana Nabila tak boleh nak duduk tegak lagi. Kalau duduk mesti senget badan dia. Tak mengapalah dik, janji selesa, tak tercekik~

Saya campurkan semua benda-benda tadi.

~Menangis kerana saya baru lepas tukarkan baju dia~


~Emm..tak habis pun!~


~berposing selepas makan! (huh..gemuknya ibu..)

p/s: lupa nak cerita..Nabila selama ini saya beri makan Nestle Gandum dan Ikan Bilis (stage 3). Makanan lain dia belum pandai lagi untuk kunyah.. :(

08 March 2009

Rezeki Nabila....

Sebenarnya saya sudahpun berhenti kerja di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) semalam.Alhamdulillah, saya dapat job baru. Dalam government juga. Tapi saya tak tahu lagi dapat jabatan mana.

Saya akan melapor diri pada 24/3/2009 nanti . Saya tak pasti situasi kerja di tempat baru . Apapun, semua ini rezeki Nabila. Kerana Nabila saya berusaha untuk mendapatkan jawatan tetap. Alhamdulillah.

Dapat beli rumah pun atas rezeki Nabila juga. Murah betul rezeki Nabila . Sungguh!! . Seingat saya kalau diikutkan gaji saya dan abang memang tak cukup untuk kami 3 beranak. Namun, Allah sentiasa melapangkan jalan kami untuk membesarkan Nabila.

Apapun saya bersyukur kerana Allah telah menganugerahkan anak seistimewa Nabila..Terima kasih Allah...

Peace!

Nabila meragam dalam kereta!

Sudah beberapa hari saya tak buat entry baru. Tak tahu nak cerita apa..!

Sebenarnya banyak perkara yang berlaku 2-3 hari lepas. Tapi tak berapa menarik sangat, cuma saya nak bercerita tentang perkara yang berlaku petang tadi.

Saya pulang ke Rawang. Kerna mahu kemas barang di rumah. Sepatutnya saya dah mula untuk packing barang-barang untuk pindah ke rumah baru, tapi saya malas sangat. Kemudian blur tak tahu nak start kemas apa dulu.

Actually saya sudahpun start packing barang-barang yang tak digunakan. Buat sikit-sikit dengan Abang..hehe. Cumanya hari ini saya perlu buat seorang diri. Kerana ayah dan abang nak ke rumah baru. Kerja-kerja mengecat tak selesai lagi.

Tapi saya bukanlah nak bercerita tentang kemas rumah. Saya nak cerita tentang si Nabila budak demukss ni..haha!

Nak jadi ceritanya, saya ingat saya malas untuk membawa Nabila bersama saya. Mengenangkan ayah Nabila ni sudah beberapa hari tak jumpa Nabila jadi saya bawa Nabila berjumpa ayahnya.

Sampai saja di rumah, saya lihat abang sudah mengeluarkan barang-barang untuk dikemas untuk dimasukkan ke dalam kotak. Kemudian Abang meninggalkan saya bersama kerja-kerja yang tak siap tadi. Saya sambung semula kerja-kerja abang tadi.

Nabila mulalah merengek. Sebab tiada orang di hadapannya. huhu..

Bila sudah selesai semuanya, saya rehat sebentar menunggu ayah dan abang menyiapkan kerja-kerja mengecat. Kemudian Nabila terbangun dari tidurnya. Kemudian menangis. Namun cara Nabila menangis nampak lain macam.

Nabila merengek tak henti-henti dan sudahnya saya bawa Nabila keluar dari rumah Hish..diam pula.. :) Agaknya Nabila suka tengok pokok depan rumah bergoyang-goyang di tiup angin.

Jam 4.45 ptg , ayah dan Abang pulang ke rumah sewa kami. . Kesian ayah Nabila, konon-kononnya nak jumpa anak , tapi sudahnya tak sempat nak pegang Nabila pun.

Dalam kereta Nabila menangis tak henti-henti sampai ke rumah mak. Sampai naik bengkak lengan kiri saya dek menahan tubuh Nabila yang suka melonjak ke belakang bila saya memeluk Nabila. Ni kes tak mahu duduk dekat car seat. Sampai ayah saya nak bawa kereta pun dah naik runsing. Sudah la jalan sesak pula tu.huhu..

Saya kata pada Nabila..

"Nanti pasni tak yah gi jenjalan lagi..ibu dah tak nak bawak Nabila.."

Tapi cakap je. Tapi tak sampai hati kalau keluar saya tak bawa si kecil ni . huhu....

Apapun habis sakit-sakit badan saya dek penangan Nabila..huhu..

~ gambar sewaktu pulang dari HSB untuk sesi fisioterapi . Seronok Nabila naik kereta. Main dekat car seat ..gelak ketawa..~

03 March 2009

Nabila kena balut lagi!

Hari ini saya tidak bekerja. Buat balut-balut lagi. Hari ini juga Nabila ada appointment fisioterapi. Kak Raw pesan jangan pergi fisioterapi hospital. Saya rasa serba salah pula. Hari ini saya nak tanya Puan Suhana. Mahu bertanya pendapat dia.




Hadiah dari Ummisarra..

Pulang sahaja dari Pusat Rawatan Kak Raw, UmmiSarra bagi something untuk Nabila. Saya tak sempat nak ucapkan terima kasih pada Ita. Ermm. Ita dah macam-macam barang bagi pada Nabila. Saya saja yang tak sempat nak beli apa-apa untuk Sarra. Ita, thanks ye. Cantik tau legging ni. Ita pesan kalau jumpa lagi mesti pakai sama dengan Sarra. Mesti ada lagi yang kata anak kita kembar kan Ita...!

~Ummi, Nabila dah pakai dah legging ni hari Ahad lepas..hehe..Kawan ibu cakap legging ni comel...~

Special untuk Nabila!!

Ahad lepas, Atuk dan Ayah Nabila bertukang. Emm...buat apa? Buat standing frame macam rumah Kak Raw. Entah mana ayah dapat idea untuk buat standing frame itu pun saya tak pasti.

Dulu asalnya meja komputer masa saya belajar di Shah Alam dulu. Ayah buatkan special untuk saya kerana saya tiada meja komputer ketika saya menyewa di luar dulu. Dan sekarang ini meja itu dijadikan tempat untuk Nabila berdiri pula.

~Standing frame kat umah Kak Raw yang dijadikan tempat anak-anak senasib Nabila berdiri untuk tegakkan badan...~

~Atuk dan Ayah Nabila tengah dalam proses menyiapkan "Projek Mega' dengan harapan yang tinggi agar Nabila lekas-lekas sembuh...~

huhu...Ayah Nabila jarang bertukang sampai terketuk jari sendiri masa dalam proses menyiapkan 'Projek Mega'..aduh..sakitnya!

~Test test...123...haha~

02 March 2009

Nabila & Adik Aisyah..

Ahad semalam, saya ke rumah kawan , Midah di Bukit Sentosa. Memang dekat dengan rumah saya. Midah baru saja melahirkan anak perempuan hujung bulan lepas . Nama baby Nur Aisyah Daniella.

Kebetulan saya free semalam. Maka saya mengajak abang melawat Midah.

Comel betul Aisyah. Seiras ayahnya. Nabila pula mujur tak banyak ragam di rumah orang. Kebetulan kawan saya, Su datang sekali menjenguk Midah.

Pulang dari rumah Midah, saya keluar bersama Abang dan Nabila. Cadangnya mahu membeli Nestum, susu dan pampers, jadi kami ke Tesco Extra Selayang.

Saya sempat membeli sepit rambut untuk Nabila. Rambut Nabila sudah panjang rupanya. Habis semua saya borong sepit. Sampai satu kedai saya beli sekali banyak. Rambang mata!! Nanti Ibu beli jewellery box ye sayang.


~Nur Aisyah Daniella..berat dia sudah 3.6 kg..haha..mak dia kata minum susu kuat..~


~Kawan saya Midah. Katanya mahu Aisyah memanggilnya Bonda...Wah..klasik bukan?

Comel tak saya?

~Ibu beli sepit untuk Nabila..entah cantik ke tidak..haha..main bedal je beli nih..~

~prezzie from Aunty Sue~

Nabila @ Pusat Rawatan Kak Raw (episod 3)

Saya letak gambar-gambar yang saya ambil semasa di Gedangsa....

Sarra dan Nabila seronok-seronok lagi..siap kongsi bantal..

Aisyah sedang dalam rawatan...

Nabila yang sedang menunggu giliran...

Giliran Sarra...

Wajah Sarra selepas dibalut dengan bandage..

Nabila pula...menangis pula..huhu..sedihnya..


Selesai balut..kena berdiri di sini pula..lepas menangis..nak tidur..mengantuk..kesian anak ibu..

Kesian Nabila...buat 5 minit je..saya yang nak menitik air mata..huaaaaaa!!!!!!

Dalam kereta..tidur..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...