30 April 2009

Musim tag..dari Putra Mama

Salam..Putra Mama..maaf yek lambat buat..bz memanjang..kat opis takde PC lagi..lagipun mesti kena block punya..buat kat umah..kena tgk Nabila pulak..hehe..anyway..thanks yek!

thanks Putra Mama!




Dan yang ini satu lagi...



Yang ni syaratnyer:

1. Pastikan Jantina anda adalah perempuan...

Rasanya mmg dah pastilah aku ni perempuan ...

2. Copy badge sebagai award anda

dah copy dah!

3. Nyatakan 7 sebab mengapa anda bangga menjadi perempuan :

1. Bangga pasal aku dapat melahirkan Nabila..org lelaki tak merasa camner jadik ibu..

2. Pasal tak yah buat keje2 berat(hehe..ni pasal kes pindah umah aritu)

3. Sebab perempuan ni mmg unik..

4. boleh sampai 3 jer tak..takde idea la.hahaha!

*rasanya semua mcm dah buat..makanya..klu sesapa nak amik..silalakan lah yek..

27 April 2009

Impian aku pada Nabila tahun ini!

Rasanya kalau berkisah tentang impian..sudah tentu semuanya yang indah belaka..terutama buat anakku..Nabila..besar harapan aku bila umurnya sudah menginjak 1 tahun ini..



Bagi mereka yang mempunyai anak yang sihat dan normal..pasti ada hajat yang sudah tercapai..seperti melihat anak sendiri meniarap..merangkak..dan yang paling jelas adalah berjalan..Dapatkah aku nanti melihat semua itu pada suatu hari?atau sekadar hanya angan-angan aku yang masih kabur..





Tenangnya wajah ini..Tak sanggup rasanya untuk memaksa insan ini untuk penuhi impian aku..Baginya terhad segala pergerakan..segala perilaku..Tidak seperti insan biasa..Dia dah mencuba..Namun apakan daya..ini sahaja yang termampu..

Pada kawan-kawan Nabila yang senasib dengannya..besar juga harapan ibu dan bapa..sama seperti harapan dan impian aku juga..Kami akan cuba berikhtiar sedaya upaya dan berikan kasih sayang secukupnya pada kalian..

Tadi aku lihat Nabila cuba mengangkat kepala saat dia berbaring di 'rocker'.Lama sungguh perkara itu tidak dibuatnya..Aku ingatkan dia sudah lupa..Nabila sedaya upaya untuk tidak baring..apakan daya tenaga dan kekuatannya hanya terhad..Ibu rasanya ingin berlari ke kedai Robinson kat The Garden..nak beli kerusi Nabila (acik ita cakap kat situ ada jual kerusi tu kat situ)..Nak suruh Nabila duduk di kerusi tu..kerusi apa?mcm kerusi Ian..anak Jiey..anak aku juga..

Nabila..kalau Nabila dapat baca semua ini..setiap bulan..ibu mengharapkan sesuatu yang ajaib akan berlaku..Ibu tak kira apa pun..yang pasti semuanya yang baik-baik belaka..Namun bulan ini..Ibu tak akan lagi buat perkara yang sama..Ibu terima sahaja apa yang mampu Nabila lakukan dan ibu yakin dalam hati kecil ibu..tiada insan yang sehebat dan sekuat Nabila..Dan ibu yakin Nabila boleh buat lebih dari apa yang ibu jangkakan.Nenek Nabila juga berkata begitu..Yakin yang Nabila takkan jadi 'sayur' atau apa sahaja gelaran yang LEMBIK!..

* Ibu bukanlah seorang yang kuat atau tabah..mungkin ibu menumpang kekuatan dan ketabahan Nabila untuk hidup di dunia ini..yang sememangnya penuh dengan dugaan..Air mata yang mengalir mungkin tidak boleh mengembalikan Nabila yang dulunya kuat dan sihat dalam kandungan ibu..Namun..air mata ini tetap akan mengalir kerna di situ timbulnya NALURI SEORANG IBU!Tangisan sahaja yang boleh membunuh segala kekusutan dalam diri ini..Maaf kerana entry yang aku rasakan syahdu..Hidup tidak selalunya indah!

Ibu Nabila masih sakit!

Assalamualaikum..Ibu Nabila kurang sihat lagi..batuk masih ada..dan yang pasti pagi tadi suara dah hilang.Payah nya nak bercakap tanpa suara.Lama sikit..mungkin nak jugak bercakap..suara ni kuar jugak..peritnya hanya Tuhan yang tahu.Suara ala2 jantan nih..ramai yang menegur di office..emmm..nak buat camner..takkan nak MC lagi..tak sedap lak..baru2 keje dah banyak kali MC..

Sebenarnya demam, batuk dan selsema ni dah hilang Sabtu lepas..tapi ibu buat 'kerja-kerja perpindahan' ...Pindah umah..Dah lama dah hasrat nak pindah tu nak ditunaikan..apakan daya..masa tak mengizinkan..Dengan terpaksa menolak untuk ke Gedangsa dan hampir-hampir tak pergi kenduri kawin kawan aku..aku tunaikan gak hasrat untuk mengangkut semua barang2 dari umah sewa ke umah baru..Umah nyer tak jauh dari umah sewa dulu..kecik ajer.Jadilah untuk kami sekeluarga berteduh..janji dah dapat umah sendiri..

emm..ni dah melalut dah nih..apapun..doakan ibu cepat2 sembuh..dah tak larat takde suara nih..sakit..perit..Nak cakap dengan Nabila pun susah..tah Nabila cam ke idak suara ibu..dah la 2 ari ibu tinggalkan Nabila..huhu..rindunya..selalu ibu tidur mesti peluk Nabila..ni peluk diri sendiri..huhu..camner nak gi induksi nanti..alamatnya tak leh nak tido lah aku..teringatkan Nabila sajer!

25 April 2009

oxygen therapy?

Entry kali ini..Ina ingin sekali minta pendapat kawan-kawan..Ada tak sesiapa yang pernah mendengar tentang oxygen therapy? Menurut jiran ina..bagus untuk kanak-kanak CP..jika sesapa ada maklumat mengenainya..boleh komen nanti..sebab jika rawatannya bagus..ina akan cuba..ina tak dapat la maklumat berkenaan terapi tersebut.Yang dapat cuma rawatan untuk dewasa..untuk kanak-kanak ada..ina pernah dengar sebelum ni..cuma tak amik berat pasal dulu berpegang kuat sangat dengan fisio..tapi fisio sahaja tak menjamin kesihatan Nabila akan pulih..kena ikhtiar lain..

Kalau ada sesiapa ada pendapat atau apa sahaja rawatan..bantu ina yek..Mungkin dengan ini ada kawan-kawan yang senasib dengan Nabila boleh dapat info juga..Terima kasih..!

Alhamdulillah Nabila semakin pulih...

Assalamualaikum.enty lepas aku ada mengatakan Nabila demam..dan semalam..demamnya sudah kebah..dan alhamdulillah..Nabila kembali ceria seperti biasa..

Pagi semalam ketika aku siap-siap ke offce..aku lihat Nabila masih lagi tidur..Dan jam 9 pagi aku menelefon rumah untuk mengingatkan mak aku untuk beri ubat pada Nabila..kata atuknya..nenek baru sahaja nak beri Nabila minum ubat..sebab Nabila baru selesai 'breakfast'..

Dan petang bila pulang dari 'office'..adik lelaki aku yang ketiga..sedang menjaga Nabila..Nabila baring di dalam rocker dan adik aku mainkan lagu dengan gitarnya..hehe..pandai gak..Nabila diam sahaja dalam roker nyer..

Dan aku mandikan Nabila..selesai semuanya..beri susu..dan tak disangka2..habis susu yang diminum..emm..Sebenarnya..sebelum aku tukar susu Pediasure ni , Nabila sangat-sangat kurang minum susu..dan tak suka minum sampai habis..padahal aku bancuh pun tak banyak mana..sepatutnya baby sebaya dengan dia kena minum lebih dari 180ml..tapi tidak pada Nabila..120ml pun agak susah nak dia habiskan..dan setelah minum susu ni..alhamdulillah..selera makan Nabila makin bertambah..kerap minta susu dan sentiasa lapar..

Mungkin juga kerna multivitamin yang diberikan oleh doktor..untuk menambah selera makan dan menambah zat2 yang ada..Nabila sangat-sangat tidak suka untuk makan..tapi itu dulu..sekarang ni alhamdulillah..'tiada tangisan sewaktu makan'..mungkin ada sikit..tapi tidak seperti dulu..jika dulu..pantang sahaja aku letakkan sesuatu dalam mulutnya pasti dia akan menangis..Mungkin teringat 'birth history' yang dia lemas suatu ketika dulu..pernah aku suarakan pada hal ini pada P.Suhana..therapist Nabila..Dan katanya..Nabila trauma dengan kelahirannnya dulu..takut lemas..kasihan Nabila..




video

* klu kawan2 perasan..kepala Nabila sepatutnya di bantal sebelah dia..tapi tah camner lasak sgt..sampai jatuh kepala tu..dah kaki tu dah sampai ke hujung katil..bahaya tul Nabila ni.Ibu saje aje senyap..tak mau kata apa2 sebab tgk 'ralik' sgt Nabila ni main sorang2..ni kira video yang semalam ibu amik masa dia tgh main2..kira dah sihat la nih..pastu asyik ketawa jer mlm tadi..tah hapa yang menggelikan hati..ibu pun tak pasti.

24 April 2009

Hadiah dari Acik Shima @ cmba...







Assalamualaikum..seperti tajuk di atas..petang tadi lepas balik kerja..tergerak hati aku untuk melihat peti pos..Dan tak di sangka2 ada satu envelope berlipat dalam peti surat..dan di lihat nama pengirim dan penerima..tertulis nama mama mia @ Acik shima @ cmba yang beri...Thanks shima..comel tul baju nih..geram lak..nasib baik ibu yang tak muat..klu tak ibu yang pakai...ahaks! (muat ker..badan dah gedabak nih..haha!)


Apapun hadiah ni sempena besday Nabila yang PERTAMA...Comel tul..tak sabar nak suruh Nabila pakai nanti.. :)

23 April 2009

Nabila dan Ibu demam!

Assalamualaikum..arini ibu mc tau Nabila..semua ni gara-gara demam..!huhu...

Sejak hari Jumaat lepas, tekak aku terasa kering sangat..aku memang dah agak aku akan demam bila petanda2 ni datang.Dan Sabtu lepas, dengan panasnya di rumah Kak Raw..bertambah-tambah lagi sakitnya.Aku risau kalau-kalau Nabila turut berjangkit sama.Dan kerisauan aku muncul jua malam tadi.

Malam Selasa, Nabila mula terbersin2.Dah aku agak Nabila mesti dah berjangkit dengan aku.Dan malam tadi aku tak dapat melelapkan mata.Nabila merengek dan menangis kerna tidak selesa.Aduhai..mata ni mengantuk..Dan Nabila masih belum mahu tidur lagi.Jam sudah menunjukkan pukul 1.45 pg..Mak aku masuk bilik dan 'offer' diri untuk menjaga Nabila.Tak pelah.Lagipun mak baru lepas cuci darah malam tadi.Mungkin letih dan penat.Aku layankan sahaja kehendak Nabila.Dari katil turun ke 'rocker chair'..dan kembali ke katil..dukung..entah berapa kali aku buat..penatnya hanya Tuhan sahaja yang tahu..Dan akhirnya Nabila tertidur juga.Aku tak pasti waktu itu jam berapa.Tapi yang aku ingat bila aku tertidur di lantai beralaskan tangan kiri dan tangan kanan menghayun 'rocker' Nabila..Tersedar..aku terus naik ke katil.Lenguh tangan kanan sebab perjalanan darah tak mengalir lancar.

Dan tidak berhenti setakat itu sahaja.....

Jam 3.30 pagi..aku dikejutkan dengan bunyi tangisan Nabila.Mungkin haus..aku terus buat susu dan berikan pada Nabila.Tak banyak minumnya..dalam 20ml sahaja diminumnya.Dan aku sulamkan dengan air kosong.Pun tak banyak minum..Sakit tekak barangkali..Dan kali ni dia menangis lagi..Lebih kuat dari yang tadi.Aku tukar lampinnya..letakkan tuala basah di tengkuk dan lapkan badannya yang panas..dan pakaikan 'cool fever'..dan Nabila merengek lagi..Dan akhirnya..aku berkata..

"Nabila,tidurla..Ibu dah mengantuk sangat2 ni..Nabila tak mau nangis2 camni..Ibu tau Nabila sakit..Nabila kena tidur..Kalau tidur mesti hilang sakit tu..Tidur yek sayang..Ibu dah penat sangat-sangat ni.."

Air mata aku mengalir..Sedih sebab aku lah puncanya Nabila dapat demam..

Nabila pula bila dengar aku cakap tadi..terus dia diam..dan perhatikan aku..mungkin kerna kasihan kan aku terus dia lelapkan matanya..Dan aku terus ambil keputusan untuk MC arini..huhu!

*Dan ketika menulis entry ini..Nabila masih lagi tidur...Aku akan ke klinik bersama abg sebentar lagi.abg pun terpaksa ambil E.L sebab anak dan isterinya sakit..huhu..Doakan Nabila cepat2 sembuh yek kawan2..

21 April 2009

Si Cantik...



Si cantik ibu..Yasmin Nabila..dengan aksi nya yang manja..ala2 mengada.hehe..



p/s : dah lama dah ibu nak upload gambar2 nih..takde kesempatan..yelah.. nak update blog pun cam kelam kabut jer..tu pun buat waktu mlm..apapun..nilah dia Nabila klu ada kat umah..suka senyum sorang2..main sorang..kdg2 jer nak ajak kita main2..suka buat sendiri..!

20 April 2009

Kenduri Doa Selamat Sempena Kelahiran yang Pertama!

Assalamualaikum..Maaf kerana entry kali ini agak lewat sedikit.Semalam baru tiba dari Ipoh,masih terasa lagi penatnya.Pagi sabtu pula aku bawa Nabila ke rumah Kak Raw.Dan ngamuknya hanya tuhan sahaja yang tahu.Nabila menangis sepanjang jalan dari Behrang hingga ke Tol Jelapang.Aku terpaksa kuatkan hati, demi anakku.

Tentang kakinya yang biru selepas Kak Raw balut 2 minggu lepas,ada kami suarakan pada kak Raw.Rupanya itu mmg perkara normal.Dan Nabila menangis di sebabkan kebas.Marah pada aku bila aku menyentuh ibu jari kakinya.Seperti kita juga,Nabila mempunyai deria rasa yang kuat.Dan derianya lebih kuat dari kita yang normal.Itulah keistimewaan Nabila!

Berbalik pada kisah majlis kenduri doa selamat..pada mulanya aku hanya bercadang untuk makan sekeluarga.Kerana ibu mertuaku kini tidak lagi duduk di Ipoh.Hanya balik bila hujung minggu sahaja.Aku tak mahu menyusahkannya.Namun mak mertuaku bersetuju.Dan akhirnya majlis dilakukan juga.

Dan Nabila pada waktu itu,sangat-sangat baik apabila doa dibacakan.Selalunya anakku tidak mahu duduk diam.Tapi duduk dengan ayahnya dan doa dibacakan,Nabila seolah-olah mahu 'Amin'kan.Ya! Anak ibu dah pandai sekarang ni.

Dan sewaktu tetamu makan,Nabila langsung tidak menangis.Alhamdulillah.Dia tau yang orang semua datang ke rumah Opahnya semata-mata untuk mendoakan kesejahteraannya.Nabila seakan pandai membawa diri ketika di majlis.Dan aku sempat mengambil beberapa keping gambar bersama Nabila memotong kek.Aku tak sempat menempah kek,jadi aku dan abg beli kek'ready made' sahaja. Cukuplah sebagai syarat untuk Nabila merasa memotong kek pada hari lahirnya yang pertama.Comel sekali gambar itu...!

Dan pada kawan-kawan yang telah mengucapkan selamat pada Nabila,kami sekeluarga mengucapkan terima kasih banyak-banyak.Kerana doa-doa dan semangat yang kalian berikan, kami terasa kami bukan keseorangan.Dan ia menjadi pembakar semangat kami berdua untuk mencari ikhtiar untuk memulihkan Nabila.Terima kasih kerana memberi dorongan dan petunjuk dan aku rasa semakin ramai sahabat-sahabat istimewa aku walaupun kita semua berada di alam siber.Terima kasih sekali lagi atas doa kalian dan hanya Allah sahaja yang membalas segala kebaikan yang telah kawan-kawan berikan kepada kami.

*layan lah yek gambar-gambar semasa majlis itu diadakan... :)





Baru pas mandi.Lega pasal balik dari umah Kak Raw tak mandi-mandi.Asyik sgt dengan tidonyer!









Jiran tetangga yang sudi menjayakan majlis Doa Selamat Nabila

Makcik Zul a.k.a Mak Yang a.k.a kakak mak mertua aku yang bertungkus lumus memasak ayam masak merah

"Saper punya besday nih angkat tangan?"..Ayat tu mmg aku ckp betul2 tau..bila aku suh Nabila angkat tangan, dia angkat..haha! bijak betul!

Antara kawan-kawan abg yang dtg.Yang baju belang-belang merah tu abg ckp siap dtg dari Rawang lagi..huhu..jauh tuh..semata2 dtg untuk besday Nabila..terima kasih Pakcik..(tak tau nama dia sapa)

Muka besday girl yang ceria

Nilah kek nya.Simple jer pasal tak tempah pun.Beli ready made jer..apapun kek ni mmg sedap.aku mmg suka kek nih!Sori yek Nabila..Nabila tak leh makan lagi..nanti dah leh makan baru ibu bagi!

Kuikui..Eksyen lagi nak potong kek..tapi nampak cam real jer dia potong.tak tau aku dok pegang badan ngan control tangan Nabila..Silap2 leh tersembam muka ke kek tuh..haha!

Ni lak kek lagi satu..napa beli? pasal takut tak cukup.dan satu lagi sebab pasal besday aku nak dekat..haha!pow ayah Bila! yang ni pun sedap gak..perisa coffee..mcm ala2 secret recipe!

Aksi memanjat badan ayah yang sedang tido..Abaikan gambar ayah Nabila tak pakai baju tuh.comel tul Nabila..!Gambar ni diambil ari ahad pagi..ayah Nabila ngantuk..ibu suruh bangun,tapi liat nak bangun!Almaklumlah semalam sehari tak dapat tido!

Aksi bermanja-manjaan dengan ibu..lentok la konon!

Warkah buat Nabila...(4)

Assalamualaikum wahai anakku sayang..inilah warkah terakhir buatmu..Dan nanti jika ada lagi perkara yang ibu ingin sampaikan buatmu akan ibu coretkan nanti..

Dan warkah kali ini agak lewat ibu coretkan kerna ibu, ayah dan Nabila baru sahaja pulang dari kampung atuk dan opah Nabila di Ipoh.Sebab apa?Ibu dan ayah telah berhajat untuk mengadakan kenduri kesyukuran dan doa selamat buat Nabila.Dan berkat semua yang membantu terutama opah Nabila yang tak henti-henti melakukan persiapan, amat ibu hargai.Tanpa opah Nabila, tentu hajat ibu dan ayah tak kesampaian.

Warkah yang ibu titipkan buatmu kali ini adalah untuk menceritakan keadaan mu sewaktu di NICU.Selepas Nabila dilahirkan..Ibu tidak mempunyai kesempatan langsung untuk menyentuhmu sayang.Bayangkan betapa sayunya hati ibu tatkala melihat orang dihadapan dan disebelah ibu memegang anak mereka masing-masing.Menitis air mata ini bila mengenagkan semua itu.Tapi apakan daya..keadaan telah memisahkan kita sayang.Ibu sayu kerna sepatutnya Nabila sudah mula menyusu dan berada dalam dakapan ibu.Tapi yang ada hanyalah pakaian Nabila yang menemani ibu.Dan ibu masih lagi tidak dapat mengeluarkan susu dan Nabila pula masih lagi berpuasa.Terasa sakitnya dada ibu bila dada semakin keras dan ibu semakin lemah kerana tidak dapat mengepam susu dengan baik.Mujurlah ada nurse yang baik hati menyuruh ibu mengepam susu dengan pam yan disediakan hospital.

Bila ibu berjaya mengeluarkan susu,air mata ibu mula menitis.Lajunya air mata ibu selaju itulah air susu yang ibu perahkan untukmu sayang.Sayang sekali ibu tak dapat memerah dengan banyak kerana tiada rangsangan darimu.Setiap titik yang tumpah akan ibu manfaatkan dan setiap titik itu ibu berdoa agar dikau cepat-cepat sembuh.

Hari ketiga Nabila di NICU, barulah doktor membenarkan Nabila minum.Nabila terpaksa berpuasa selama 2 hari untuk pemeriksaan lanjut.Ibu tak dapat menyaksikan aksi Nabila minum susu buat kali pertama..Tapi naluri ibu tahu yang Nabila sememangnya dahagakan susu ibu.

Hari yang ke 4..Ibu dibenarkan keluar dari hospital.Tapi ibu seolah-olah mahu duduk lagi di katil itu.Mudah untuk ibu melihat Nabila.Mujurlah Doktor Sarah(yang menyambut Nabila dulu) menyarankan ibu supaya duduk dia ward NICU.Mudah untuk ibu melihat Nabila.Mendengar perkara tersebut ibu seakan tak sabar pula untuk di pindahkan ke NICU.Menjelang tengahari segala proses untuk keluar ward telah dilakukan oleh ayah, ibu dibawa keluar dengan harapan akan dapat dekat denganmu.Namun harapan ibu tak kesampaian.

Ibu diletakkan di katil bahagian belakang.Disitu terdapat 2 orang kawan ibu dan kedua-duanya masih lagi mengendong anak mereka.Menurut salah seorang kawan ibu,dia sudah berada di situ selama 1 minggu.Tentang penyakit anaknya..ibu kurang pasti.Dan ibu seakan tidak percaya yang dia kerap membawa anaknya pulang ke NICU.Mungkin sakit anaknya kronik.Dan terus ibu berdoa minta dijauhkan perkara-perkara yang sama menimpa Nabila.

Petang.Hujan turun dengan lebatnya.Dan ibu mahukan ayah Nabila ada di sisi ibu.Badan ibu terasa sejuk.Dan dada ibu terasa sakit.Ibu menelefon ayah dan menyuruhnya datang malam nanti dengan membawa baju sejuk dan selimut tebal buat ibu.Ibu cuba makan tapi nasi yang sejuk buat ibu semakin tidak berselera.Ibu cuba mengepam susu menggunakan pam hospital namun tidak berjaya kerna pamnya sudah rosak.Ibu menggunakan pam bateri dan hasilnya juga tidak memberangsangkan.Dan ibu semakin sakit.Menitis air mata ibu tidak tahan menanggung kesakitan.Lantas ibu menelefon ayah supaya cepat-cepat datang dan membantui ibu menyapukan minyak panas di belakang ibu.

Ayah Nabila tiba di hospital hampir jam 8 mlm.Nampak sahaja kelibat ayah,air mata ibu terus berguguran..Ibu sedih sebab tidak dapat melihat Nabila walaupun Nabila berada dekat dengan ibu.Dan ibu menangis sebab tidak tahan menanggung sakit.Lantas ayah menyapu minyak panas di belakang badan ibu.Namun ia masih lagi belum mengurangkan sakitnya.Ibu rasakan dada ibu semakin sempit.Dan ibu rasa sukar untuk bernafas.Ayah terus menyarankan ibu menelefon nenek di rumah.Nenek terus menyuruh ibu pulang ke rumah dahulu.Kata nenek,ibu terpaksa tinggalkan Nabila kerana tubuh ibu sudah dimasuki angin.Ibu menangis tidak mahu pulang.Ayah terus memujuk ibu dan akhirnya ibu pulang.

Sebelum pulang ibu sempat berjumpa denganmu sayang.Bukan niat ibu untuk meninggalkanmu.Ibu akan kembali setelah ibu pulih.Ayah terus memberitahu nurse yang ibu akan pulang.Dan nurse itu membenarkan.Ibu di pimpin oleh ayah ke kereta.Dan bila ibu masuk ke dalam kereta,Ibu terus menangis sambil memandang ke pintu hospital.Dan ibu berkata pada ayah yang ibu sedih dan ibu nak bersama dengan Nabila.Ayah melarang kerana ibu sedang sakit dan ibu perlu berehat dulu.Doktor akan menjaga Nabila nanti.Dan jika ibu masih lagi disitu, sudah tentu ibu akan semakin sakit dan kesudahannya ibu takkan dapat jumpa Nabila nanti.

Ibu pergi dengan linangan airmata.Sepanjang jalan ibu menangis mengenangkanmu nak.Ibu tak dapat pulang membawamu bersama.Tiada ketawa riang di bibir ibu.Tiada apa yang nak dikendong di tangan ini sewaktu ibu pulang ke rumah.Dan setibanya di rumah nenek ibu diberi nasi panas dan ikan bilis digoreng bersama lada hitam.Lega rasanya bila dapat makanan panas.

Malam itu ibu menangis bersama ayah mengenangkan Nabila yang berada di hospital keseorangan.Ibu tidak boleh melelapkan mata..tapi entah kenapa mungkin kerana letih akhirnya ibu tertidur juga.

Selama 3 hari ibu berurut dan ibu semakin pulih.Setiap hari ibu memerah susu dan ayah membeli bekas khas untuk mengisi susu yang dibekalkan untuk di bawa ke hospital.Setiap hari ayah datang menjenguk Nabila dan bertanya khabar.Pada hari yang ketujuh Nabiladi NICU, Doktor yang merawat Nabila, berkata pada ayah, "Mengapa tidak bawa mama baby?Kalau selalu bawak, mesti baby akan bersemangat lihat mama dia datang".Dan ayah terus memberitahu hal itu pada ibu.Doktor itu juga memberi kebenaran pada ayah mengambil gambar Nabila.Selama ini kami hanya mengambil gambar-gambar Nabila dalam NICU secara senyap-senyap.Ibu pernah menyuarakan hasrat pada ayah supaya mengambil gambar Nabila secara sembunyi.Kerana ibu terlalu rindukan wajahmu sayang.Ayah terus mengambil beberapa keping gambar Nabila dengan niat untuk menunjukkan semuanya pada ibu.

Esoknya ibu terus di bawa ke hospital.Nenek Nabila tidak melarang asalkan ibu berhati-hati kerana ibu masih lagi dalam keadaan berpantang.Ibu dapat juga berjumpa dengan Nabila dan air mata ibu berguguran.Ibu membelai Nabila dan ibu masih ingat lagi bau badan Nabila ketika itu.Wajah Nabila nampak lain jika dibandingkan dengan wajah ketika ibu tinggalkan Nabila dahulu. Apapun perasaaan ibu hanya tuhan sahaja yang mengetahui bahawa ibu terlalu ingin sekali memelukmu.Dan sehari sebelum Ulangtahun kelahiran ibu yang ke -25,ibu telah mendapat sebuah hadiah ang teramat istimewa.Ini semua adalah belas ihsan seorang nurse cina.Dia melihat faham akan perasaan ibu.Dan atas pertolongan dia, ibu dapat juga memegang Nabila buat kali pertama, walaupun wayar berselirat, ibu tetap tersenyum memandangmu.Dan Nabila pula seolah-olah lena dalam pelukan ibu.Beberapa kali ibu mencium dahimu.Ada juga mata-mata nurse yang menjeling tapi ibu tidak ambil peduli itu semua.Mereka tak paham perasaan seorang ibu!

Dan hari itu ibu rasa berat hatinya untuk pergi meninggalkanmu.Ayah memujuk kerana esok masih lagi ada.Esoknya ibu melawat lagi Nabila,Nabila telah dipindahkan ke bahagian yang tidak kritikal.Alhamdulillah..Aku bersyukur padamu.Dan itu satu petanda yang baik buat Nabila.Dan ibu pergi lagi keesokannya dan mendapati katil Nabila tiada.Sudah diletakkan bayi lain.Ibu terus berjumpa dengan nurse dan bertanyakan padanya,dimanakah Nabila.Dan ibu sangat-sangat teruja bahawa Nabila telahpun dikeluarkan dari katil khasnya dan diletakkan dalam katil bayi.Nurse menyarankan ibu supaya tinggal bersama Nabila malam ini untuk mengajarnya Nabila menyusu badan.Ibu sangat-sangat teruja mendengar hal itu dan terus bergegas pulang ke rumah mengemas barang-barang yang diperluakan untukmu sayang.

Dan setibanya di hospital,nurse telah menyediakan satu katil untuk ibu.Berdekatan dengan tingkap.Alhamdulillah..Akhirnya ibu dapat juga bersama-sama denganmu sayang.Ibu memelukmu sepanjang masa sehingga tidak sampai hati ibu meletakkanmu di dalam katil bayi .Ayah Nabila juga telah bernazar akan menyiapkan pulut kuning dan membotakkan kepala jika Nabila keluar hospital nanti.

Ibu bersama dengan Nabila selama 5 hari di hospital.Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, cuma saiz kepala Nabila semakin mengecil.Tak mengapa.Nabila akhirnya pandai menghisap susu dan ibu sudah dibenarkan membawa Nabila pulang ke rumah.Hampir 2 minggu Nabila di hospital dan doktor memberi kad temujanji untuk pemeriksaan selanjutnya.Ibu sudah tidak pandang semua itu.Yang ibu tahu hanyalah ibu akan membawa Nabila pulnag ke rumah.Itu sahaja yang terlintas di fikiran ibu ketika itu.

Dan setelah pulang kerumah, ramai yang menjengah dan melihat sendiri Nabila.dan ibu bersyukur Nabila akhirnya menjejakkan kaki ke rumah dan ibu takkan benarkan kaki Nabila jejak ke NICU lagi.Itu azam ibu.

Dan kini Nabila sudahpun berusia setahun.Segala kenangan ibu bersama Nabila terpahat kukuh dalam ingatan ibu.Segala perkara yang terjadi menjadi sejarah dalam hidup ibu,ayah dan Nabila.Dan ibu redha dengan apa yang telah tersurat dan apa yang telah terjadi dalam hidup kita.Dan ibu pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku dan pasti ada sinar yang menanti dalam hidup kita nanti.

Ibu mendoakan semoga anak ibu sentiasa sihat dan cepat-cepat pulih.Kalau tak dapat pulih sepenuhnya, sekurang-kurangnya ada sedikit yang boleh buat ibu bangga dengan menjadi ibumu sayang.Dan Ibu berharap Nabila akan menjadi insan yang berguna nanti.

Sekian.Salam sayang dari ibumu.

Yang benar

(Noina binti Ali)

17 April 2009

Warkah buat Nabila...(3)

Assalamualaikum Yasmin Nabilah sayang,

Selamat Ulang Tahun yang Pertama.Ibu sangat-sangat bersyukur Nabila diberi kesihatan yang baik sepanjang setahun yang lalu.Alhamdulillah.Dan doa ibu tak akan putus mendoakan kesejahteraan kamu sayang.

Ibu telah melahirkan Nabila pada jam 4.45 petang setelah ibu tewas dalam melahirkan Nabila secara normal.Ibu mula meneran untuk melahirkan kamu sejak dari jam 2 petang lagi.Sejam berlalu,dari seorang sahaja nurse yang menjaga ibu sehingga ramai yang memenuhi bilik ibu, Nabila masih lagi belum menjengah keluar.Ya Allah, tak dapat ibu bayangkan keadaan ibu pada waktu itu.Dan kesemua nurse dan doktor memberi sokongan pada ibu untuk melahirkan kamu.Pelbagai cara digunakan.Dan setelah sejam berlalu, Doktor Sarah mengambil keputusan untuk mengeluarkan Nabila dengan kaedah 'Vakum'. Namun setelah 2 kali kepala Nabila 'divakum',Doktor Sarra terus mengambil keputusan untuk membedah ibu.Ibu yang ketakutan pada waktu itu dan Doktor memberitahu yang dia terpaksa menolak kepala Nabila ke dalam semula untuk memudahkannya untuk proses pembedahan.Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya pabila doktor menolak kepala kamu kedalam semula.Dan ibu menjerit sekuat hati ibu!

Nurse dan pembantunya beramai-ramai mengalihkan ibu dari katil ke katil yang beroda.Disitu ibu ternampak darah penuh membasahi tilam yang ibu baring tadi.Sangat mengerikan dan ibu terus mengerang kesakitan kerana kontraksi.Ibu terus di tolak ke bilik bedah.Dan ibu marah pada nurse yang menolak ibu kerana lambat.Kasihan mereka.Namun apakan daya ibu yang menanggung sakitnya.

Di bilik bedah, Pakar bius mengambil masa hampir setengah jam untuk memberi ibu ubat tahan sakit.Dan doktor itu sempat berpesan supaya menguruskan badan apabila mengandung untuk kali yang kedua.Ibu sebenarnya dah tak larat mendengar apa yang dikatakan oleh doktor itu.Setelah selesai semuanya ibu tertidur kerana keletihan.Ibu cuba membuka mata dan ibu ternampak bayang-bayang peralatan-peralatan besi yang bakal menusuk ke perut ibu nanti.Dan akhirnya ibu tertidur juga.

Selepas selesainya ibu tersedar.Ibu cuba memegang perut ibu tapi tak berdaya.Dan terdengar bahawa doktor sarah ingin menolak kaki ibu untuk menjahit bahagian 'bawah' yang telah digunting sewaktu vakum tadi.Anak ibu dah keluarkah?Ibu bertanya namun tiada seorang nurse pun menjawab soalan ibu.Selesai semuanya,Ibu ditolak ke ward.Ibu sempat mengucapkan terima kasih pada nurse yang bertungkus lumus menyelamatkan ibu dan Nabila.

Kemudian setelah ibu dialihkan ke katil,Ayah Nabila tiba dan memberikan beg pakaian pada ibu.Dan ayah berkata yang nenek akan masuk sebentar lagi untuk berjumpa dengan ibu.

Pada waktu itu, ibu seperti berada di kayangan.Mungkin kerna ubat pelali yang diberikan dan ibu tak merasa apa2 pada tubuh ibu.Ayah menceritakan keadaan kamu lepas dilahirkan.Ibu tak menyangka yang kamu telah lemas akibat tertelan air dan najis sewaktu dalam proses kelahiran.Hati ibu bagai tersayat pabila mendengar Ayah berkata yang kamu berada di NICU.Dan ibu terus berdoa agar kamu tidak apa-apa di sana.

Dan nenek datang menjengah ibu walaupun pada waktu itu adalah bukan waktu pelawat.Pengawal keselamatan telah memberi kebenaran untuk masuk namun itu hanyalah sekejap sahaja.Dan apabila nenek dan ayah Nabila pulang, ibu terus tidur dalam keletihan.

Esoknya pabila ibu bangun, Ibu rasakan kepala ibu pening sangat-sangat.Dan apabila ibu bangun, ibu muntah.Nurse mengejutkan ibu supaya bangun dan membersihkan diri.Pada mulanya ibu memang tak berdaya.Mungkin kesan ubat yang terlalu kuat.Dan Ibu terpaksa gagahkan diri juga apabila nurse mengatakan doktor akan datang memeriksa nanti.Nurse itu memegang ibu untuk ke tandas.Mujurlah tandas hanya bersebelahan dengan katil.

Kawan ibu yang berada dikatil sebelah ibu juga baru bangun.Dia juga seperti tidak berdaya.Dan rupanya dia juga menjalani pembedahan kerana anaknya songsang.Nurse terus membantu ibu membersihkan diri dan menukar baju ibu.Ibu sangat berhati-hati kerana takut luka pembedahan terbuka atau berdarah lagi.Dan Tidak lama selepas itu, Doktor datang membuat pemeriksaan.

Doktor memberitahu yang Nabila telah dimasukkan ke NICU kerana lemas ketika dilahirkan.Dan tangisan Nabila pada ketika itu tidak kedengaran dan seperti orang lemas.Dan tidak lama selepas itu, Nabila diserang sawan.Ibu ketakutan mendengar penerangan doktor.Dan Doktor memberi kebenaran pada ibu untuk melihat Nabila jika ibu benar-benar pulih dari pening dan beg kencing ibu di keluarkan.Ibu menjadi bersemangat semula dan terus mengajak ayah menjenguk Nabila ke NICU.

Kisah selanjutnya akan ibu ceritakan keadaan Nabila di hospital pada warkah selanjutnya.Salam sayang dan rindu ibu buat anakku Yasmin Nabilah.

Yang benar,

(Noina binti Ali)

Fisio hari ini!

Hari ini Nabila ke Fisio.Lama benar dia tak bersua dengan Pn.Suhana. Aku tak dapat membawa Nabila pada hari ini sebab aku berkursus selama 3 hari di Perpustakaan Negara.Kursus untuk Pengurusan Cuti dalam sistem Hrmis.Aku tak dpt nak tolak kursus tersebut,memandangkan aku orang baru dan banyak yang perlu aku pelajari dan peluang ini aku tak boleh persiakan.Dan Nabila terpaksa ke fisio bersama Ayahnya dan neneknya.

Menurut mak, Nabila pada mulanya tak menangis.Puan Suhana pun pelik dengan dia.Selalunya bila Puan Suhana pegang aje mesti dah menangis.Tapi kali ini Nabila baik.Tapi baiknya tak lama.Mungkin sebab boring dan Nabila 'membuang', fisio terpaksa dihentikan. Mak dan abg berkejar ke klinik paediatrik untuk 'mencuci segala khazanah'yang telah dikeluarkan oleh perut Nabila.Dan Nabila menangis lagi.Kali ni tangisan dia kuat yang amat sehingga ada nurse yang menegur.hehe..

Selesai semuanya Mak dan abg terus pulang dan dalam kereta Nabila tertidur.Penat barangkali. Dan tiba di rumah abg menelefon aku, bertanyakan dimana aku ketika itu.Aku sebenarnya hampir sampai ke rumah.Cuma menyinggah sebentar di stesen minyak untuk mengisi minyak untuk esok.Aku sempat berjumpa abg di stesen minyak.Abg ingin segera pulang kerana mlm ini dia kerja.

Dan setibanya aku di rumah aku terserampak dengan jiran aku.Dia mempunyai anak yang sama penyakitnya dengan Nabila..CP..Nama dia Karina dan kini berusia 7 tahun. Sempat kali berbual dan akak itu mengatakan tentang rawatan di Gedangsa.Akak itu mengatakan dia pernah membawa Karina ke situ namun hasilnya tidak memberangsangkan.Dan akak itu 'suggestkan aku untuk membawa Nabila ke Jalan Genting Klang.Katanya di situ ada rawatan untuk 'terapi Oksigen'.Katanya berkesan.Dan aku akan cuba mencari maklumat tentang terapi tersebut di internet nanti.

Dan malam tadi, Nabila pada mulanya tidur awal.Jam7 mlm dia mahu melelapkan mata.Dan tak lama selepas itu Nabila bangun semula jam 8.30 mlm.Nabila bermain-main dan tiba-tiba nabila 'membuang' lagi.Sebenarnya kali ini dah masuk 3 kali dia membuang.Aku khuatir kerana takut dia tak sesuai dengan susu Pediasure tu.Selesai aku menyalin pampers..aku bawak Nabila ke ruang tamu.Aku panaskan bubur siang tadi dan beri Nabila makan.Dan setelah itu aku hanya berikan dia ubat multivitamin.Tiada ubat lembutkan najis.

Kemudian setelah aku cuci muka Nabila dan tukarkan pakaiannya, Nabila main di atas katil.seolah2 tak mahu di ganggu.Mak sempat berikan mainan untuk dia pegang.Nabila ketawa sendiri bila mainan tu berbunyi bila dia goncangkan.Sama ada Nabila sedar atau tidak mainan tu ada di tangan dia tau tidak,aku tak pasti.Yang aku tau Nabila sangat sensitif dengan bunyi mainan itu.

Dan jam 11.30 tadi,Mungkin keletihan,Nabila meminta susu lagi.Dan tadi sesudah minum,mata pun mengantuk,Nabila terlena dlm pelukan aku.Letih barangkali.Selesa dalam pelukan aku.




wajah keletihan..sayu bila ku pandang wajah ini.

16 April 2009

Warkah buat Nabila...(2)

Assalamualaikum buat anakanda ku..Yasmin Nabilah binti Zulhilmi.Warkah yang ibu layangkan pada Nabila ini adalah sempena mengingati kelahiranmu sayang.Dan esok merupakan hari yang paling bersejarah buat Ibu dan Ayah kerana dari detik ini pada tahun lepas, Ibu telah lahirkan seorang ahli syurga yang amat ibu sayangi.Nabila adalah harta yang paling bernilai dan tidak boleh di tukar ganti dengan apa jua benda dalam dunia ini.

Pagi itu, Ibu dah mula terasa sakit.Dan Ayah Nabila masih lagi menanti Ibu di luar.Dan ibu sempat berkenalan dengan kawan ibu berbangsa India.Katanya itu anak dia yang ketiga.Dan perutnya sangat besar dan dikhuatiri kawan ibu itu akan menjalani pembedahan.

Ibu masih lagi tidak dapat berjumpa dengan ayah Nabila.Nasib baik Ibu ada membawa handphone bersama.Dan Ibu menelefon Ayah dan menyuruhnya pulang dulu untuk mandi.Kasihan Ayah..

Dan ibu dipanggil oleh nurse beberapa kali.Untuk diperiksa.Namun hampa apabila nurse itu mengatakan yang ibu masih lagi belum boleh di tolak ke bilik bersalin. Sehingga ke petang masih tetap begitu.

Ibu sebenarnya rasa kurang selesa di situ.Ibu mahukan Ayah disisi ibu.Apakan daya ibu tidak boleh berbuat demikian.Dan pada waktu petang ibu hanya menjamah sedikit sahaja makanan.Ibu tak berselera.Ibu lihat ramai kawan-kawan ibu juga begitu.

Malam.Atuk Nabila dan Pak Su Nabila datang.Bawakan air milo yang dibancuh oleh nenek untuk Ibu.Tapi ketika itu, kesakitan yang amat sangat sehinggakan ibu tak boleh nak duduk.Ibu meminta kebenaran pada nurse untuk keluar dari bilik dan duduk di ruang menunggu pelawat.Ibu berbual-bual dengan Atuk dan Ayah Nabila.Dan tak lama selepas itu ibu menyuruh atuk pulang kerana Ibu ingin berehat.Ayah Nabila pula ingin tidur di ruang menunggu itu.Kasihan Ayah Nabila.Pendingin yang dipasang di hospital tu terlalu kuat sehingga sejuknya menikam ke tulang.

Tengah malam.Ibu masih lagi dalam bilik dan tidak boleh melelapkan mata.Sudah beberapa kali ibu ke tandas.Yang menghairankan ibu, ibu sememangnya suka duudk di tandas dari baring di atas katil.Kesakitan yang amat menyebabkan ibu cuba melelapkan mata di tandas.Lega.Cuma ibu khuatir kalau-kalau nurse memanggil ibu.Ibu cuba pula tidur di bilik yang dipenuhi majalah tu.Mulanya nampak baik.Tapi lama kelamaan keadaan ibu semakin teruk.Nama ibu dipanggil oleh nurse.Dan ibu diperiksa sekali lagi.

Degupan jantung Nabila di ambil.Ibu tak mahu baring.Sakitnya sehingga ibu memekup muka ibu dengan bantal dan menjerit.Ayah yang berada di luar mendengar jeritan ibu dan hanya mampu berdoa.Dan menjelang subuh ibu masih belum lagi boleh melelapkan mata ibu.

Pagi keesokannya jam 8 barulah ibu ditolak ke bilik bersalin.Segala-galanya bermula disitu.Badan ibu sangat-sangat letih dan nurse mengatakan yang ibu akan di jangka bersalin pada jam 2 petang.Aduhai.Ibu sangat penat sekali.Letih menunggu masa kerna tak sabar melihat wajahmu sayang.Begitu panjangnya detik masa untuk kita bersua.Namun ibu tidak menyangka ada sesuatu yang akan bakal berlaku pada kita berdua.

Dan warkah untuk esok bermulalah detik ibu menjadi seorang 'ibu' kepada Yasmin Nabilah.Akan ibu ceritakan nanti.

Salam sayang buat permata hati ibu dan ayah.

Yang benar,

(Noina bt Ali)

15 April 2009

Sebak menerpa aku semalam...

Entah kenapa..sejak kebelakangan ini aku dapat rasa yang aku mudah sangat tersentuh hati. Semalam aku bermain-main dengan Nabila.Entah macamana tiba-tiba saja aku jadi sebak.Dan air mata ini mengalir lagi. Aku lihat wajah Nabila yang putih bersih.Senyum dan ketawa pada aku.Mungkin seronok bila aku letakkan dia dipeha aku dan aku main-main tubuhnya.Mungkin Nabila letih..sakit sebab kerap terbaring.Bukan aku dan emak sengaja biarkan Nabila terbaring..sebab Nabila sendiri tak suka dipegang dan suka bebas bergerak..Itulah anak ibu..independent..sangat-sangat berdikari..dan tak suka menyusahkan orang lain..dan dia tahu juga yang menjaga dia juga adalah orang yang sakit..ya..mak aku buah pingang..kesian pada cucu..tidak menghiraukan sakitnya dek kasihan kan cucunya itu.

Dan pantas aku mengesat air mataku.

"Maafkan ibu ye nak.Ibu tak patut nangis depan kamu.Nabila lagi kuat dari ibu.Tgk Nabila tak nangis pun.Tak sedih pun".

Dan aku pangku Nabila..Aku peluk tubuhnya.Nabila diam sambil memandang tepat ke hadapan.Mgkin dia rasa selesa aku peluk tubuhnya..Aku rasakan tubuh Nabila yang semakin kurus dan panjang.Risau hati ini menjelma lagi. Aku takut tubuhnya akan semakin kurus dan akan jadi seperti rakan-rakan Nabila yang lain.Mungkin Nabila pikir elok klu dia kurus..senang untuk aku mendukungnya..Anak ibu mmg pandai memikirkan perasaan ibu dan ayah dia..klu tubuh dia berisi mungkin ibu tak berdaya untuk mendukung dia naik ke rumah nenek sehingga 4 tingkat.Begitu agaknya fikiran dia.

Tapi aku rasa kalau la Nabila sedar dengan keadaan diri dia sekarang..aku dapat rasa yang Nabila pasti sedih.Aku seakan terpukul dengan apa yang Jiey coretkan dlm blog dia.Tentang perkataan 'Malas'..Ya aku sering gunakan perkataa itu pada Nabila..sedangkan doktor yang merawat anak Jiey, Ian, mengatakan yang anak-anak istimewa ini sebenarnya tidak malas.Mereka hanya tak mampu melakukannya seperti kanak-kanak normal.Ya..aku sedar dengan keadaan itu juga,Nabila kerap kali cuba perkara-perkara yang dia nak lakukan..namun apakan daya dia tak mampu..sedihnya kerna aku sendiri tak mampu untuk membantu dia.Andai boleh di tukarkan tubuh aku dengan tubuh Nabila..aku rela..aku rela dia ambil semua yang ada padaku..terutama matanya..

Berkisar tentang mata..aku masih lagi tidak mengatahui status sebenar mata Nabila.Report pun tak dikeluarkan.Pagi tadi aku terpikir..andai diberi pilihan..buta,pekak dan bisu..aku lebih rela klu Nabila bisu..daripada matanya yang tidak nampak apa2 objek..bila aku terpandang orang buta..aku dapat bayangkan betapa payahnya orang buta berjalan dan meneruskan kehidupan tanpa mata.Tapi aku tak patut ckp begitu.seolah-olah aku tak bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah..

Ampunkan dosaku Ya Allah..Hamba mu ini perlu petunjuk agar hambamu ini mampu berdiri dan dapat melalui segala dugaanmu.

Nabila, ibu dapat rasakan yang Nabila mahu lakukan semuanya.meniarap,merangkak dan berjalan.Dan ibu tahu Nabila dah usaha sedaya upaya untuk lakukan semua itu.Terima kasih sayang, sebab Nabila mahu mencuba.Dan ibu akan terus beri sokongan pada Nabila walau apa jua yang melanda pada diri kita bertiga.

Abg,ibu mintak maaf sgt2.Ibu kesian pada abg sebab terpaksa berkorban duduk di Rawang keseorangan.Semua ni demi anak kita.Dan abg hidup dalam keadaan serba kekurangan.Sepatutnya bila balik kerja,ada isteri ada anak di rumah..tapi bila balik rumah..kosong..sayu rasa hati..tapi ini lah yang terpaksa kita lakukan demi Nabila.Dan mudah-mudahan berkat doa kita..Nabila akan cepat2 sembuh..Amin..

Warkah buat Nabila...

Assalamualaikum wahai anakku Nabila sayang..

Warkah ini ibu tujukan khas buat anak ibu..sempena hari kelahiran Nabila yang akan tiba tidak lama lagi.andainya Nabila dapat membaca warkah ini..hari ini merupakan hari yang bersejarah buat Nabila..Jam 4 pagi nanti..Nabila telah mula beri isyarat pada ibu yang Nabila akan lahir ke dunia ini..pada waktu itu..ibu keseorangan..kerana ayah Nabila kerja pada malam itu..Ibu masih ingat lagi..ibu sedang nyenyak tidur..tiba-tiba tanda darah turun..dah ibu pada waktu itu gugup..takut..gembira..dan macam-macam perasaan yang melanda dalam diri ibu ini..

Ibu telefon ayah.Dan menyuruh ayah Nabila segera pulang.Ayah yang kelam kabut dan terkejut ketika itu, terus bergegas pulang ke rumah.Risaukan ibu yang keseorangan di rumah.Dan selepas itu ibu terus bersiap-siap.Memakai baju mengandung warna biru (baju kegemaran ibu) dan tudung serta di tangan ibu,ibu menjinjit beg pakaian Nabila dan barang-barang keperluan yang lain.Ibu buka dan periksa sekali lagi kandungan di dalam beg itu sama ada mencukupi atau tidak.Hati ibu berdebar.Tapi ibu tangkis semua benda-benda itu dengan harapan dan doa agar Nabila dan Ibu selamat nanti.Dan 10 minit kemudian ayah Nabila sampai.

Ibu berpesan pada ayah,jangan kelam kabut.Sebab ibu tak rasa sakit lagi.Jadi ayah dengan tenangnya membawa kereta dan ibu dapat rasakan ayah Nabila berdebar-debar ketika ini.Begitu juga dengan ibu.Ibu tak dapat membayangkan macamana perjuangan kita nanti.

Tibanya di hospital, ibu terus ke kaunter pendaftaran.Kebetulan ada jururawat dan seorang pesakit di kaunter.Ibu menunggu pesakit itu selesaikan urusannya.Dan selepas itu, jururawat itu bertanya pada ibu.Dan ibu menceritakan padanya apa yang telah terjadi di rumah sebentar tadi.Jururawat itu menyuruh ibu masuk untuk dibuat pemeriksaan.Ibu meninggalkan ayah keseorangan di luar sementara menunggu ibu untuk diperiksa.

Pada waktu itu hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan ibu.Takutnya ibu pabila mendengar rintihan kawan-kawan ibu di atas katil mengerang kesakitan.Ketika itu ibu masih lagi belum terasa sakit.Dan ibu tertanya-tanya dalam hati, "Sakit sangat mereka?Bagaimana sakitnya?Bolehkah aku bertahan?".Dan jururawat tadi masih lagi mencari-cari katil kosong untuk ibu baring dan di buat pemeriksaan.Sebenarnya ibu pernah masuk ke ruang menunggu untuk ke bilik bersalin.Masa itu Nabila berusia5 bulan dalam rahim ibu.Sebab Nabila hampir-hampir keguguran sewaktu Nabila berusia 3 bulan.Dan pada umur Nabila 5 bulan,ibu dikehendaki datang ke Sg.Buloh untuk pemeriksaan lanjut.Melihat keadaan Nabila sama ada sihat atau tidak.

Tidak lama selepas itu, ada satu katil kosong dan jururawat itu menyuruh ibu baring di situ.berhadapan dengan ibu ada 3 orang pesakit dan yang ibu pasti ada seorang India di hadapan ibu.menjerit-jerit mengerang kesakitan yang amat.Ibu hanya mendiamkan diri kerana ibu masih lagi tidak merasa apa-apa kesakitan.Ibu diberi alat untuk mengesan degupan jantung Nabila dan dikehendaki baring dalam keadaan diam.Ibu keresahan kerana ibu ingin beritahu pada ayah Nabila yang Ibu mungkin lama lagi di dalam.Kasihan ayah Nabila.Dan ibu tak keluar-keluar dari ruang itu sehingga jam 8.00 pagi.

Ibu akan sambung lagi kisah Nabila.Dan selepas ini ibu akan ceritakan bagaimana Nabila dilahirkan..Salam sayang dari ibu buat anakku tersayang..Yasmin Nabilah..


Yang benar,

(Noina Ali)

14 April 2009

Aku yang lalai....!

Assalamualaikum..entry ni sepatutnya semalam aku buat..tapi memandangkan sejak seminggu nih Nabila asyk meragam..dan aku pun penat..sebab dah start blajar mcm2 kat opis baru..maka entry ni aku buat gak arini..dan mggu ni sepatutnya Nabila ada 2 appointment dengan Rehab Sg.Buloh..OCC pada Isnin (13/4/2009) dan Fisio pada hari esok (16/4/2009)..tapi tu lah..aku mmg lalai yang amat..tak ingat yang appointment dengan OCC hari Isnin..abg pun sama..kami berdua ingat kat OCC ari selasa..tah hapa tah yang kitaorg ingat pun kitaorg tak tau..yang pasti mmg aku kelam kabut aku balik dari opis ari selasa tu..konon2nya nak bawak Nabila gi hospital la..skali aku check balik kad appointment tuh..rupanya kelmarin..isnin..kelam kabut aku tepon abg..tapi dia tak angkat..tido lah tuh.keje mlm..penat agaknya..

Berapa kali tah aku call abg..lastnya dia jawab gak..nasib baik angkat..masa tuh tgk jam dah pukul 1.45 ptg..abg pun terkejut bila aku ckp yang appointment OCC sepatutnya isnin.agaknya terus celik kot mata dia bila dgr aku ckp..mulanya aku cdg nak pegi terus jer hospital..tapi abg ckp baik tepon dulu..dan abg pun tepon hospital..

Tak lama pas tu abg call aku balik..dia kata tak jadi buat sebenarnya mggu ni..pasalnya doc takde..jadi appointment Nabila dah ditukar pada 28/4/2008..la..napa la hospital tak bagitau awal2..mggu lepas ari jumaat mmg la dorang ada call aku..tapi mana aku dgr..aku tgh on the way nak balik keje..tgh drive..hp letak dlm beg..bila aku call..operator yang jawab..siap tanya plak aku ada urusan apa sampai aku tepon dorang..hish..geram pun ada..isnin tu aku tggu lagi dorang call ker idak..emm..tak call jugak..dan akhirnya terpaksa la aku balik semula ke opis petang tuh..pasal aku tak amik half day..aku just amik time slip jer klu aku nak gi hospital..time slip takde..balik opis balik la..huhu.penatnya..!balik opis buat muka sengih ala2 kerang busuk..tak jadik gi hospital..apa daaa....!

12 April 2009

Nabila dan Ubat...

Assalamualaikum..semalam..aku ada kat umah..tak kemana2..sebab abg keje..jadi aku cadang duduk kat umah jer..dan arini lak..aku ke Rawang..dengan ayah dan abg..nak siapkan umah baru kami..tah bila dapat pindah pun aku tak pasti..dan arini kerja aku mengecat 'grill' dan pintu pagar depan..huh..penat betul..tangan ni sampai naik kecut..asyik dok cuci ngan minyak tanah jer..melekat2 cat kat tgn nih..baju nih tak usah cerita lah..comot ya amat! Dan tadi dah selesai mengecat..ayah pun dah 'setting' kan paip..nak kasi elok lagi..dan rasanya dah boleh kot nak pindah hujung bulan nih..tapi brg2 ada yang tak kemas lagi..huhu..penatnya!

Aku sebenarnya bukan nak cerita pasal umah baru..atau aku terkena cat..mcm tajuk kat atas..ubat..emm..entry lepas aku ada cerita yang aku ke peadiatrik untuk 'check up' Nabila yang ke-4 (siap ingat brapa kali lagih)..dan doktor dah bekalkan ubat lembutkan najis dan Multivitamin untuk Nabila..dan aku dah mula bagi Nabila makan sejak 4 ari lepas..

Nak dijadikan cerita mmg mujarab betul ubat tuh..penangan dia ..perghh..tak ingat..tapi sebelum nih aku penah bagi kat Nabila ubat nih..tapi tak berkesan..Rupanya kuantiti dia tak mencukupi..bila aku bagi 5ml pada waktu mlm jer..esoknya mmg berkesan..masa mula2 aku bagi..2 ari gak dia tak 'membuang'..emm..aku mula la pikir negatif..emmm.."tak jadi la ubat nih"..bila ari Jumaat petang tuh..huh..bukan main banyak betul Nabila punya 'n***s'.. Nasib baik Nabila tak nangis..sebab semuanya dlm keadaan lembut ajer..tapi yang aku x tahan..punyalah banyak..huhu..sampai dah nak terkeluar dari pampers nyer..kira senang ati la aku..Nabila dah membuang..klu tak mak ai..seksanya..asyik dok ckp ngan perut Nabila suh kuarkan 'n***s' tuh..siap buat dialog dengan Nabila...
"Nabila..tak moh la simpan 't**k' tu sayang..sakit encik perut nih..dah beso dah perut Bila nih"Sambil2 tu aku dok usap2 la perut Nabila.huhu..sian anak aku!

Dan esoknya (ari semalam, sabtu) pagi2 Nabila dah membuang..kebetulan lak dia dah 'membuang' waktu pagi masa tgh mkn..aku tak perasan sebenarnya bila dia 'membuang'..Patutlah anak ibu tak moh mkn..rupanya pampers dan sarat dah ngan 'n***s'..sori yek nak..ibu ingat kamu kencing jer..tak sangka lak 'encik n***s' dah kuar..Apa lagi terus bawak Nabila gi mandi lah..lepas dah selesai semuanya barulah Nabila tersenyum..

Dan kes itu tak berhenti di situ saja..

Petang kat umah..aku siap amik2 gambar lagi dgn Nabila..tapi tak sempat upload..pasal abg dah bawak kamera ke Rawang..ada masa nanti aku upload..ada gambar comel yang aku nak tunjuk pada semua kengkawan!..hehe..

Malam..perut Nabila naik kembung..asyik minum air jer..dia nak minum air kosong..sampai naik kembung..aku bagi nestum tak moh lak dia mkn..rupanya dah tak sedap perut..dan mcm biasa aku bagi Nabila Multivitamin dan Ubat lembut najis..huhu..jenuh nakbagi mkn ubat si Nabila nih..penakut ubat..menjerit2 tak moh..agaknya dengan keadaan perut yang tak sedap..aku pun bagilah sekali ubat kembung..dan terus aku tidokan Nabila..ayah Nabila pun balik..tgk2 anak dah ngamuk2 nak tido.. kul 4 pagi..nabila bangun..aku ingat apa..aku bagi susu..huhu tak moh dia..minum pun sket jer..pastu tukar pampers..skali..hah..amik kau..'t**k selambak..hahaha!..aku tak bajet la Nabila akan 'membuang waktu mcm nih..tapi nak buat camner..nak kuar bukan leh tahan2..hehe..dan lepas dah tukar tu aku nak tidokan Nabila..sekali lagi Nabila buat ragam..rupanya..'t**k kuar lagi..kali ni..mmg banyak..siap ada yang ketul besar lagi....tapi semua dlm keadaan lembut..nasib baik..klu tak mampus nak teran kasi kuar gak nih..sian anak ibu..lepas tuh baru dia dapat tido dgn tenang..tapi tak nak atas katill..nak kat rocker..bila dah tido..aku angkat dia ke atas katil..bukan apa..sian dia tido kat situ..suka sgt tido kat rocker tuh..tak paham betul ibu nih dengan kerenah si Nabila nih..

Apapun..ubat tuh mmg berkesan pada Nabila..dan doktor suruh aku bagi secara berterusan..lagipun ubat tuh tak beri 'side effect' pada dia..cuma nak lembutkan jer..apapun..penyelesaian pada sistem perkumuhan Nabila nampaknya ada jalan penyelesaian..hehe..

* sori yek..pasal cerita benda2 nih kat sesapa yang baca..haha...

Award dari Ieda...





Kali ni dapat Award dari Ieda (http://yaziedafasha.blogspot.com/) ..thanks yek Ieda..hehe..



11 April 2009

Kasih nenek dan opah pada cucunya..



Assalamualaikum..entry kali ni aku tak de benda nak cerita sebenarnya..sekadar menunjukkan gambar kedua org tua aku..yang atas sekali tu gambar mak aku dan gambar kedua iala gambar mak mertua aku..dan org yang paling beruntung sekali ialah Nabila..Sebab apa? Dua2 Nenek dan Opah dia syg benar kat dia..yelah Nabila kan satu2 nya cucu dlm kedua2 keluarga aku dan abg.dan pulak Nabila dah mcm ni..kasih tu amatla berlebih2..hehe..jgn manja sgt sudah..kang tak jadik org...!

Apapun aku ingin mengucapkan terima kasih yang teramat sgt pada kedua2 insan ini..mereka sanggup berhabis-habisan menjaga Nabila..Kalau takde kedua-dua mak aku..dah tentu aku pun jadi bingung gak nak jaga Nabila..sebab pada mereka la aku jadikan sebagai perujuk..lagi2 Nabila mmg perlukan perhatian lebih..Terima kasih mak..sebab sudi menerima Nabila seadanya..dan Nabila pun dan semakin menunjukkan sifat2 yang positif.. dengan kasih sayang telah kalian berikan padanya!

09 April 2009

Gambar Nabila yang paling aku suka..

Assalamualaikum..hehe..comel tak Nabila senyum? Rasanya dlm banyak2 gambar yang aku amik nilah gambar yang paling comel aku tgk..bila Nabila senyum..manis sgt wajah anak dara aku ni..gambar ni aku amik waktu lepas pulang dari fisio..dan waktu nih aku tgh drive..kawan2 bayangkan..tgh2 drive ni tiba2 dia ketawa sorang2..terkejut la 'beta'..hehe..emm..sebelah tangan pegang handphone(standby kamera)..yang sebelah lagi pegang stereng kereta..huhu..bahaya tul ibu Nabila nih..apapun pandai betul dia senyum masa ak amik gambar tu..dan gambar2 nih abis kami satu family letak kat laptop adik aku..(yang aku tgh guna nih) dan kat hp aku dan abg..abg pun suka sgt tgk gambar nih..comel la Nabila!

Petanda mimpi aku waktu sebelum lahirkan Nabila!

Assalamualaikum..sebenarnya entry kali nih dah lama aku nak ceritakan pada bloggers yang lain..tapi memandangkan aku asyik terlupa jer..makanya tak tercatit la dlm blog Yasmin Nabilah ni..

Cerita pada bulan yang sama tahun lepas!..sebelum aku lahirkan Nabila aku penah bermimpi tentang Nabila..tak silap aku masa tuh dah nak dekat bersalin..dan ia mungkin aku anggap petanda yang aku akan di timpa kesusahan waktu nak bersalin nanti..aku ingat lagi..aku balik gombak waktu tuh..masa tu keadaan aku dlm mimpi sama dengan keadaan aku masa aku berjaga(maksudnya realiti)..keadaan perutnya..muka aku yang sembab nyer..dan waktu aku balik gombak tu aku keseorangan..abg takde masa tuh..yang aku ingat bila aku sampai jer kat umah aku terasa mcm nak bersalin..nasib baik kebetulan dlm mimpi tuh ayah aku ada..dan kami terkocoh2nya nak ke hospital..dan aku tak nak bersalin kat HKL..takut..tapi ayah mcm nak bawak gak..dan aku pujuk ayah..dan ayah setuju nak bawak aku ke Hospital Sg. Buloh. Aku, mak dan ayah jer yang ada waktu tuh dan tiba2 kami mcm TAK BERGEGAS nk ke hospital..tak sampai 5 minit dlm kereta..mcm ada halangan untuk aku ke hospital..aku tak pasti apa(tak ingat) dan yang aku ingat ayah turun dari kete..aku dah rasa gelisah..dan tiba2 aku terjaga..

Aku terus tak boleh tido lepas tu..memikirkan apa yang akan berlaku..aku cuba pejam semula mata aku..tapi tak dapat..kononnya nak sambung mimpi la..tapi takat itu jer yang aku dapat..dan esoknya aku terus cerita kat abg..dan abg kata cuma mainan tido..tapi hatiku tetap rasa tak enak..tapi malas nak pikir bukan2 jadi aku biarkan saja mimpi itu..sehinggalah aku melahirkan Nabila..dan bila perkara2 yang berlaku masa sebelum kelahiran(di katil menunggu untuk ke labour room)..dari semasa kelahiran..dan selepas kelahiran..aku langsung tak terpikir yang ITU ADALAH PETANDA YANG AKU AKAN SUSAH DLM MELAHIRKAN NABILA..KIRANYA ALLAH TELAH MEMBERI AKU 'SIGNAL' CUMA AKU SAJA YANG TAK PERASAN..betul ker? tahlah..dan itulah hakikatnya..disebabkan ayah berenti dan tak boleh antar aku ke hospital dlm mimpi maka aku susah melahirkan Nabila pada realitinya..entahlah..ni semua telah ditentukan..!KITA HANYA MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKAN SEGALA2NYA...

Dan aku rasa mcm susah lak nak lupakan mimpi tuh..Nape siap ada petanda ye?kawan2 mcmana?betul ker ini petanda?

Gambar Nabila dari Acik Ita!


Assalamualaikum..Seperti title di atas..ni lah hasil gambar yang Ita buat khas untuk Nabila..Sebenarnya dah lama dah Ita bagi gambar ni kat aku(siap frame lagi tuh)..masa kitaorg 1st time jumpa kat Sunway dulu..dan tadi Ita bagi soft copy nyer..hehe..Thanks Ita..Sudi kawan ngan Ina dan sudi kawankan Sarra dengan Nabila..Bak kata org..klu dah kembar tuh mmg tak kemana..walaupun Nabila pada zahirnya 'kurang jelas' dengan kehadiran Sarra..tapi aku yakin diorg ni akan jadi kawan yang baik..Dan Nabila tahu yang kehadiran Sarra ni adalah penguat kepada semangat dia..Sesama saling memerlukan..Dan kami ibu bapa mereka..akan pastikan mereka berdua sentiasa dlm persahabatan sehingga akhir hayat mereka..Boleh kan Ita?

Dan airmataku tumpah lagi..

Aku tak boleh nak tido..tadi Nabila bangun kejap nak susu..dan skrg Nabila dah tido balik..dan aku masih belum boleh nak lelapkan mata balik..Tah tadi aku rasa hati aku tersayat sgt bila tgk wajah Nabila..dan airmata nih mengalir lagi..tiba2 teringat Dr. Sarah..yang menyambut Nabila..bukan untuk menyalahkan dia..tapi teringat reaksi muka dia..dan aku tau dia sedih tak dapat selamatkan Nabila.

Patut ker aku tidak menyalahkan dia dlm hal ni? Kdg2 aku rasa mcm tak patut semua ni terjadi pada aku..ASTAGHFIRULLAHALAZIM..

Nabila...klu lah Nabila dapat baca semua nih..maafkan ibu yek syg..Ibu sedih anak ibu tak dapat nak hidup mcm org lain..dan ibu takut sgt klu Nabila dah besar sok..org akan tgk Nabila..Bukan pandang simpati..takut dengan pandangan jelek mereka..Ibu berharap sgt Nabila dapat lakukan seperti apa yang kanak2 normal lakukan..ye..ibu teringin sgt tengok Nabila meniarap..merangkak..dan berjalan..Bila ibu kenangkan peristiwa pagi tadi..ada sorang nenek tu dtg pada Nabila dan kata mesti Nabila nih lasak..dah meniarap..ibu rasa serba salah nak terangkan pada nenek tu..dan nenek tu puji rambut Nabila lebat sgt..dia kata cantik rambut Nabila..Ibu rasa nenek tu terkejut tgk Nabila..pasal ibu bagitau kat dia yang Nabila dah 11 bln..mungkin dia ingat umur Nabila masih lagi 4-5 bulan kot..

Dan tadi ibu nampak ada sorang bb tu..ibu agak dia sebaya Nabila..dan pandai jalan..ibu hanya tersenyum bila tengok telatah kawan Nabila tu..dan tiba2 ibu berangan2..Klulah Nabila sihat..mesti Nabila mcm nih kan..dan ibu tgk ayah..ibu rasa ayah pun pikir mcm tuh jugak..

maafkan ibu sayang..Air mata ibu nih tak henti2 mengalir..mungkin sebab ibu dah lama tak menangis..dan biarlah tangisan ibu nih pergi bersama2 perkara yang berlaku pagi tadi!

08 April 2009

Hasil dari Appointment arinih di peadiatrik!

Assalamualaikum..hari nih aku ke Peadiatrik Sg.Buloh..dan aku, abg danNabila bertolak dari umah jam 8.45 pg..padahal appointment pukul 9 nih..emm.. lambat lagi..sampai di hospital abg terus amik giliran..dan yang pastinya mesti giliran kitaorg dlm kul 11 gak..ramai gak org masa tuh..masa abg tgh tunggu giliran untuk amik kad biru tu balik..Nabila ngamuk sakan..sebab apa? huhu..nak tido..penatnya memujuk dia..serba tak kena aku di buatnya..dan akhirnya aku peluk mcm org nak dodoi bb..barulah Nabila diam..

Sampai kat klinik..tunggu giliran lagi..dan akhirnya Nabila tertido dalam pelukan aku..pastu aku letakkan dia kat dlm stroller..abg kuar gi kafe..cari apa2 benda untuk dimakan...Nabila nih tido mmg tak lama..emm..ada la dlm 20 minit dah terbangun..bila dah celik aku terus tolak Nabila ke bilik menyusu..emm..nak bagi makan..aku lupa nak bawak botol susu yang kecek tu..botol susu yang aku dah khas kan untuk Nabila makan nestum..penyudahnya..nasib baik ada bekas nasik goreng yang abg tadi..aku pakai la bekas tu untuk nestum Nabila..mulanya dia tak moh mkn..lastnya..makan gak..agaknya dah lapo kot..yelah selalu pukul 9 dah mkn dah..ni kul 11 lum mkn2 lagi..hehe..

Elok ajer aku selesai bagi Nabila mkn giliran Nabila dah sampai..aku masuk bilik no.3..aku tak ingat apa nama doc tu tapi yang pasti setiap kali ke peadiatrik mesti dapat doc yang lain..dan permulaan bicaranya tentang berat badan Nabila..tanya aku berapa kali aku bagi dia mkn..apa yang dia mkn..berapa kerap minum susu..berapa banyak kuantiti susu tuh..dan aku bagitau semuanya..tak nak berselindung..mmg Nabila tak kuat mkn..dan yang pasti MEMILIH!...nak yang sedap kat tekak dia..rasa pelik sket jer..meraung2 tak moh..

Aku cerita tentang Nabila sembelit..dan dia galakkan Nabila mkn sayur dan buah-buahan..yang tu mmg aku dah tau..dan seperti biasa aku anggukkan jer la kepala nih..dan doktor bagi ubat untuk lembutkan najis..tapi kali nih dengan kuantiti yang banyak..sebab doktor kat klinik pesan bagi 2ml jer..tapi sehari dalam 3 kali..doktor kat Sg.buloh nih..suh aku bagi ubat tuh tiap2 hari dalam kuantiti 5ml setiap malam..bagi sekali jer waktu nak tido..dan bila abis amik lagi ubat2 tuh...tak lupa gak doktor bagi supplement..hehe..pasalnya berat tak naik.kawan2 bayangkan berat Nabila 7 kg jer!emm...aku nih dah blur dah tak tau nak naikkan berat Nabila camner lagi..rasanya mcm dah bagi mkn banyak dah..bubur la..nestum la..biskut la..tapi tak naik2 gak..huhu..dan ubat tu gak..kena makan tiap2 ari..doc ckp jumpa lagi dlm masa 4 bulan mesti badan dia naik punya..emm..harap2 lah..

Dan doctor pesan kat aku suh tukar susu..Guna Pediasure..aku tanya balik kat dia.ok ker?yelah..kang tukar2 kang..budak nih dah la sembelit..pening gak aku..dia kata takpe..mmg susu tu untuk naikkan berat badan..emm..klu kawan2 yang baca entry nih nak komen susu Pediasure leh gak..pasal tak tau la keberkesanan dia..tolong yek!..

Dan lupa..doktor ada ckp..budak2 cerebral palsy nih mmg kuat sembelit..SEBAB APA..?EMM..SEBABNYA BUDAK2 CP NI KURANG BERGERAK..KLU BUDAK NORMAL..DIAORG KAN BERGERAK..MEMANJAT..BERJALAN..MERANGKAK..DAN SEBAB BUDAK2 CP TAK LEH BUAT BENDA2 CAMTUH..MAKANYA MEREKA2 NIH KERAP SEMBELIT..EMM..ENTAHLAH..DOKTOR YANG CAKAP..MUNGKIN ADA BENARNYA!

Dan akhirnya aku dapat gak tgk gambar otak Nabila..last visit kat pediatrik dulu doc tuh tak tunjuk langsung camner result MRI tuh..aku ngan abg mmg tak puas ati masa tuh..Nasib baik doktor yang ni bagitau dan siap tunjuk sekali gambar dia..dan kali ni aku mmg sedih..sedih part dlm brain dia (yang blah blakang) mmg dah rosak selnya..kedua2 belah..kiri dan kanan..masa doktor bagitau tuh aku mmg dah bersedia..tak nak nangis2..tapi hati ibu..mana aku dapat tahan sedih bila anak aku mcm nih..kerosakan otak dia nampak teruk..dah ada sedikit ruang dan ruang itu dah diisi dengan air..tapi air tu tak effect apa2..yang pastinya akibat dari kerosakan otak tuh dah effect pada mata Nabila..sebab tuh Nabila masih lagi tak nampak objek aku.dan aku sedih sgt mgkin Nabila sebenarnya tak nampak aku ngan abg..Doktor kata sebab mata dia juling bukanlah sebab 'Lazy eyes'..tapi mungkin sebab otak Nabila yang tak boleh nak control bebola mata dia..Ya Allah..aku tak tau nak ckp apa..tapi yang pasti aku dan abg tenang jer dengar penerangan doktor tuh..Ya, aku mmg dah bersedia dengan semua nih!

Doktor tuh ada kata lagi pada aku ngan abg..yang ibu bapa yang dapat anak2 mcm nih mmg kuat..kata2 tuh meluncur pada mulut doktor tuh pasalnya dia tgk aku ngan abg nampak rileks jer..yelah..takkan nak meraung2 kat bilik dia lak..dan dia SEBAGAI DOKTOR CINA pun kata.."HANYA ORG YANG MAMPU SAJA BOLEH LALUI DUGAAN NIH"..

Dan last sekali perkara yang kitaorg bincangkan ialah tentang lendir pada kerongkong Nabila..aku suh doktor tuh check kat bahagian peparu dia..mana tau ada efffect ker..dan Alhamdulillah..peparu ok..doktor kata mgkin sebab budak2 CP nih susah nak control kahak dan air liur.. tu yang buat Nabila selalu tersedak air liur atau bila tido mcm ada kahak jer dlm kerongkong dia..tapi pandai dah Nabila..bila tersedak jer cepat2 aku ajar dia buat 'ehemmmmm...' hehe..ikut lak tuh..yelah..dah besar dah anak dara aku nih..dah nak setahun dah..dia pun nak buat benda2 yang budak setahun buat..cuma daya tak daya jer nak buat..sian anak ibu..

Ramai gak doktor lain kuar masuk bilik doktor cina tuh..sebabnya aku dok bincang ngan doktor cina tuh lama sgt..dan doktor2 yang lain terpaksa amik kad pesakit lain yang sepatutnya doktor cina tuh attend..hehe..apa salahnya kan?aku dah la dapat jumpa pakar paediatrik tuh 4 bulan skali..emm..lama tuh..mcm2 nak tanya..

Dan bila aku, abg dan Nabila kuar..mcm2 perkara yang berkecamuk dlm otak aku nih..klu la aku dapat beri otak aku sikit kat Nabila..atau aku dapat gantikan otak aku dengan otak Nabila..aku sanggup!Dan masa on the way aku nak balik keje tadi..tgh2 drive tuh..aku terpikir..KLU LAH AKU DAPAT ULANG BALIK MASA DULU..MASA NABILA NAK DI LAHIRKAN..ALANGKAH BAIKNYA..DAN AKU TAKKAN SURUH DOKTOR VAKUM NABILA..DAN AKU AKAN PAKSA DOKTOR UNTUK OPERATEKAN AKU CEPAT..TANPA LALUI KELAHIRAN NORMAL!

Pastinya setiap kali aku ke peadiatrik..aku akan lihat anak2 org lain yang sihat dan normal ketawa riang..sedangkan anak aku..masih lagi terbaring di stroller..tu perkara yang paling menyedihkan dan aku tak mampu nak mengalirkan air mata ni lagi..!

07 April 2009

Nabila di Kedai Gambar!

Assalamualaikum..umm...tadi aku bawak Nabila ke kedai gambar..nak amik gambar dia ler..untuk kad OKU ..emm..payah gak..pasal si Nabila nih mmg tak dok diam..jenuh la aku ngan budak photographer tuh setting 'baik' punya.nak tak nak terpaksa la letak Nabila atas kerusi..klu aku dukung dia tak nampak la plak background biru tuh..tu pun berapa kali tah menangis..pasal tak selesa..aduhai..sian anak ibu..



Budak tu tanya gak kat aku nak buat apa gambar tuh..aku malas nak cerita..sambil senyum2 aku ckp 'adalah'...dan budak t pun tak banyak tanya lagi..terus amik gambar Nabila..dah sampai 3 shot..masih lagi tak keruan..aku plak dah naik berpeluh pasal kedai tuh air cond nyer tak kuat..Nabila lak asyik 'mengelupuh' jer..hehe..tak moh dok diam..tak nak kita dukung dia..3 shot u sket jer..tapi muka tuh asyik dok pandang tepi jer..mana nak dapat..tadi masa Nabila dah pandang depan,budak tu lak gi ke kaunter..sibuk amik apa tah..emm..tah hapa la jadik gambar anak aku!



Dan ini lah hasilnya! takpelah..tak pandang kamera pun takpe..janji amik gambar..janji nampak la muka Nabila..jgn jadik rupa bb lain sudah..hehe..tapi nampak comel gak..saje jer control air liur..padahal sebelum tuh nak menitik2 air liur nih..abis basah baju..ni lah first time nabila amik gambar pasport..and 2nd time amik gambar kat studio..slalu amik gambar sendiri jer..guna hp ibu..hehe..



*acik ita dah book sekeping gambar Nabila..hehe..nanti bila Nabila ngan sarra jumpe..kita bagi yek...

Check up dengan Peadiatric Clinic...

Assalamualaikum..esok aku akan bawak Nabila ke Sg.Buloh..bukan untuk fisio..tapi ke Peadiatric..emm..sekian kalinya..lama tul follow up ngan paeds clinic nih ..last bulan 12 arituh....dan mcm2 aku nak ckp ngan doc ttg Nabila..tentang mata dia..tentang lendir dalam kerongkong yang selalu ganggu tido dia..tentang tahap pencapaian dia sekarang..masih mcm dulu kah?atau ada perubahan..dan aku akan minta pengesahan doc untuk buat kad OKU Nabila..emm..klu ikutkan mmg tak sanggup nak buat kad itu..tapi aku harus terima hakikat..dan pastinya ni semua untuk kebaikan Nabila..ini pun semua atas nasihat kawan2 aku..Nurul dan Aida..kawan2 aku nih aku kenal masa aku start keje kat Arkib nih..kedua2nya OKU..aku akan jadikan semangat dorang sebagai pendorong aku untuk majukan Nabila..Ya..org OKU pun mampu kerja kat Jabatan Kerajaan..

Bila aku dengar kisah Aida dan Nurul ...dorang sgt2 berbeza daripada Nabila..sebab dorang dulu lahir dalam keadaan normal..kata doctor Nurul sakit riket..(betul ke idak spelling dia) pertumbuhan kaki dia tak bertumbuh ikut yang sepatutnya..jadi mcm kerdil dan kedudukan kaki dia agak senget sket..bila dia jln aku dapat rasakan sakitnya dia untuk melangkah...dan Aida pulak..dia jatuh masa kecik2 dulu.dan mak dia tak sedar akibat dari jatuh tu tapak kaki Aida dah tak sempurna..aku dapat rasa yang mak Aida mesti nangis bila mengenang nasib anak dia akibat kesalahan mak dia sendiri..

Apapun..klu nak fikir Nabila masih lagi kecil dan masih ada masa untuk aku latih dia lagi..dan aku tak nak Nabila akan salahkan aku klu aku masih lagi tak nak buat apa2 untuk selamatkan dia...!

05 April 2009

Gambar dari jiey!

Assalamualaikum..gambar yang kat atas tuh..(header)..hadiah dari Jiey Mien a.k.a mama Rayyan Ariff..comel tul..ada dua gambar dia bagi..tak tau mana satu nak pilih..hehe..nanti lah..gilir2 guna..apapun thanks yek Jiey..ina mmg dah lama nak tukar cuma takde masa nak edit2 gambar nih..hehe!

04 April 2009

Yoga Mat..

Assalamaualaikum..entry nih bukan apa..aku nak cerita pasa Nabila yang kisah semalamnya dia nampak sket dah perubahan dia..emmm...aku ada cerita pada entry bulan lepas..yang Nabila cuba nak mengesot..dan aku nampak lebih banyak gaya mengesot tu pada waktu mlm semalam..

Adik aku meniarapkan Nabila..dan tiba2 dia angkat kepala tinggi2 dan menggerakkan kaki dia..masa mula2 dulu sebelah kaki jer..ni dah buat dua2 blah kaki..emm..kitaorg yang kat dlm bilik nih (masa tuh aku , mak ngan adik aku ain yang ada) menjerit2 bagi rangsangan pada Nabila..pandai lak tuh..bila kitaorg jerit2 lagi dia hayun kaki dia laju..hehe..

tu yang buat aku semakin semangat nak beli yoga mat tuh..dan nak try esok camner..!

Nabila di Gedangsa lagi..dan kisah arini (Part 2)


Sambung dari entry lepas..aku ke Carrefour Wangsa Maju arinih..Lepas balik dari Rawang kitaorg terus gerak ke sana. Dan tujuannya nak cari Yoga Mat..atau seangkatan dengannya..janji leh pakai untuk Nabila..Dan apa untuk tujuannya? Untuk mudahkan Nabila menyarap..hehe..Selama nih aku guna tilam yang nipis untu Nabila baring dan menyarap..bila aku tgk keberkesanan Nabila baring ngan mat tuh masa buat rawatan kat Gedangsa..terus aku ingat nak beli..emmm..mulanya nak cari kat dlm Carrefour..skali tgk nipis la..sian lak kat Nabila..pastu abg cadang gi beli kat kedai alatan sukan..kedai fitness..ok la..takde la nipis sgt..beli jer Yoga Mat tuh, terus kitaorg gerak gi Mc D..mkn..lapo tul..


Bila sampai kat Mc D..abg terus order mkn..dan aku..dok layan2 Nabila..mulanya Nabila nih nak tido..tapi bila dia dgr suara2 org kat keliling dia..terus tak moh tido..dok main2 dlm stroller..pastu bila abg dah sampai bwk makanan..datang sorang pekerja Mc D nih..tegur Nabila..hehe..tanya la brapa bulan..emm..benarnya aku malas nak pikir yang bukan2 ttg budak tuh..yelah..aku dapat rasa budak tuh cam pelik bila aku ckp Nabila 11 bulan..yelah..Nabila nih awet muda..muka ngan kelakuan dia cam BB umur 5-6 bulan..hehe..takpelah nak..lantak la org nak pikir apa..janji aku tak kaco org..(tapi org jer asyik kaco aku..huhu)


Dan tu satu kes..kes lain lak..di tempat yang sama..ada la budak mintak sedekah..budak dari Sek.Agama kat Kedah..aku mmg tak leh tul budak2 mintak sedekah nih..lagi2 budak2 sek agama..sian betul..abg aku pun sama..kitaorg nih mmg murah hati..abg kuarkan la dompet..beri pada budak tu RM 12..dan budak tuh bagi minyak angin..minyak tuh harga dia RM 10 dan abg aku dermakan 2 ringgit pada budak tuh..walaupun tak seberapa..sekurang2nya aku ngan abg dah tolong budak tuh..dari ada separuh org yang buat tak layan jer..sian lak..aku mmg tak sanggup..yelah..mak ayah antar ke sek blajar..tapi kena kutip derma lak..huhu..tak leh tul.nak berair mata aku bila abg kata kebanyakan budak2 nih semua anak2 yatim..klu lah Nabila yang kena buat camtuh bila aku takde esok..Ya Allah..aku tak dapat di bayangkan mcmana..dan budak tuh masih lagi berjalan2 mencari pelanggan untuk beli ubatnya!


Balik dari Carrefour,kitorg singgah kedai Manjaku..beli Pampers..susu..Baby wipes..dan cream Johnson..huhu..shopping barang Nabila..tu pun guna gaji ayah..ibu tak gaji lagi..hehe..


* ni aku ada add sket gambar2 masa kejadian di Carrefour!



Nabila terlebih tenaga..abis terselak2 skirt dia..huhu..malulah Nabila

Ni lak kat Mc D tunggu ayah Nabila beli makanan! Tangan yang genggam blah kanan tuh tak tau la apa fungsinya..nak tumbuk org kot..hehe..!

Baru nak isi minyak..tah napa tah Nabila arinih..kurang minum susu..asyik nangis jer..sakit perut kot..!

Posing jap!

Uh..uh..tu yang Nabila ckp..tah nak apa lagi tah..dah bagi susu lagi..tapi tak moh gak..emm..puting pun tak nak..air kosong pun minum sket jer..nak tido benarnya nih!

Nabila di Gedangsa lagi..dan kisah arini (Part 1)

Assalamualaikum..Arini seperti biasa..Sabtu aku, abg dan Nabila ke Gedangsa lagi..Dan mcm biasa gak la..menunggu turn..dan kali ni aku tgk ramai org..Minggu lepas tak ramai lak...Apapun..Nabila masih lagi menangis bila di balut2..hehe..mana ada budak yang suka kena balut..klu suka gelak2 tuh..mmg ajaib la budak tuh..hehe..

Dan minggu nih Kak Raw buat rawatan untuk pinggang. Dia tarik kaki Nabila..tolak ke atas..dengan kuasa kami berempat (ada sorang abg tu tolong pegangkan Nabila) dan pinggang Nabila berjaya di urut dengan baik..Kak Raw kata klu salah pegang bleh patah kaki..kami bertiga nih cuak lah..yelah aku ngan abg mmg dah first time.. yang abg tuh tak tau la first time ke idak..tapi yang pasti sampai Kak Raw leh tau kita pegang nih berat ker idak..siap soh lapangkan fikiran lagi..jgn bagi tekanan sgt pada Nabila..hehe..dah mcm psikologi lak!..

Apapun..menangis dan menangis...tu lah Nabila..dan satu perkara dah terjadi..aku tak perasan sebenarnya..abg yang bagitau..masa tuh aku dah sampai umah Rawang ..Menjerit dia dari tingkat bawah panggil aku kat atas(masa tu aku kat bilik tingkat atas)..kata kaki Nabila dah biru..sejuk..aku cuak la..abg kata mungkin ketat kot sampai darah tak jalan..aku takut gak..dan akhirnya aku ngan abg kelam kabut bukak bandage tuh..patutla Nabila nangis tak henti dlm kete..selalunya pas urut mesti dia tido keletihan..ni mgkin tak leh nak tido..pasal dah rasa kaki kebas kot..hmmm..takut gak..pastu dah bukak semuanya..barulah Nabila diam..Aku picit2 tapak kaki dia..dia diam..mgkin dia dah lega sket..dapat kejap jer balut tuh..ada la dlm sejam..tapi tak pelah.bahaya gak klu darah tak jalan..emm..camner la aku tak perasan..sian Nabila..!

Dan petangnya, lepas lepak2 umah aku kat Rawang..aku ngan abg cadang nak singgah Carrefour Wangsa Maju..dan cerita tentang tuh..akan aku sambung pada next entry!Okes.....





*lupa nak cerita tentang gambar nih..aku amik gambar nih masa dia tido..masa on the way nak ke Gedangsa..pelik tul stail Nabila tido..leh lak landing kepala tuh kat tepi bucu car seat..tuh dah brapa kali aku betulkan kepala dia..pastu tido balik dgn stail camtuh..alahai anak ibu nih..sakit tengkuk tuh!

01 April 2009

Memory bulan April...

Assalamualaikum..pembuka bicara bulan 4 nih..entry arinih tak de apa cuma arini hari lahir atuk Nabila a.k.a ayah aku.."SELAMAT HARI LAHIR AYAH"..takde apa yang aku nak beri pada ayah kali ni..Almaklumlah..aku tak gaji lagi..nantilah..dah gaji sok..leh la beli apa2 untuk ayah!
Cuma entry kali ni aku nak kongsi memori aku pada tahun lepas..bulan yang sama..emmm...rasanya ada yang dah agak kan apa dia?..Nabila lahir bulan ni....!dan pastinya aku masih ingat lagi tahun lepas..aku dah sarat sgt2..dan rasa mcm tak berdaya nak bawak badan..dan kaki bengkak sgt2..muka naik sembab..dan pastinya aku masih lagi berulang alik ke opis dengan kereta kecek aku nih..huhu...penatnya..hanya tuhan yang tahu..jauh..!
Dan aku ingat lagi aku last keje pada 11/4/2008..aku amik cuti seminggu..standby kelahiran Nabila..yelah..takut 'terberanak' pulak kat dlm kete..hehe..dan akhirnya Nabila lahir seminggu sebelum Hari Lahir aku yang ke 25... hehe
Yang pastinya dalam umah nih ada 3 org yang celebrate besday bulan April..Ayah..Nabila..dan Aku sendiri! Dan tak lupa juga pada Pakcik EE a.k.a bapa sedara Nabila a.k.a adik ipar aku! hehe..ramai tul bulan 4 nih!..Ada rezeki sok leh la celebrate sesama!...hehe..
* nak letak gambar masa sarat..masa tuh sehari sebelum Nabila lahir..tapi segan lah..buruk nar muka nih..hehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...