30 December 2009

Sumpah..aku gembira betul!

Kelmarin kami ke hospital lagi. Appointment bersama Puan Suhana. Penutup untuk tahun 2009. Dan Nabila? Alhamdulillah..kerenahnya masih lagi dalam kawalan.

Aku kini sudah biasa tanpa abg disisi ketika Nabila jalani rawatan. Kasihan pada abg yang mengantuk dan letih tidak tidur seharian dek kerja shift malam.Tak mengapalah Abg..Ibu masih boleh lagi boleh handle Nabila. Tapi cuma kali ini jer..

Next appointment, Nabila akan belajar benda baru. Menggunakan 'treadmill'. Sebab Nabila sudah mula menunjukkan ciri-ciri suka berdiri. Dan Nabila perlu belajar untuk melangkah. Aku gembira sangat. Nabila sudah mula menunjukkan perkara-perkara positif. Tak sia-sia setiap petang aku berdirikan dia di kaki katil. Tujuannya hanya untuk belajar berdiri dengan betul dan kawalan pinggang. Sedia maklum pinggang Nabila tak kuat. Namun berkat usaha..nampak ada hasilnya. Dan nasihat Puan Suhana, teruskan usaha itu. Yeahh..aku bangga dengan Nabila.

Dan sebagai balasan, Nabila perlu diberi kasut baru. Khas untuknya. Perlu di tempah di Chow Kit. Puan Suhana telah beri alamat untuk aku buat kasut itu di sana.
Inilah rupanya kasut Nabila (lebih kurang lah kot)

Khas untuk berjalan dan membetulkan tapak kaki Nabila. Puan Suhana telah berikan ciri-ciri kasut yang perlu dibuat oleh tukang kasut itu.

Alhamdulillah, Nabila mula menunjukkan keinginan untuk menggunakan tangannya untuk merangkak. Walaupun kadang-kadang agak malas, namun aku dapat rasakan Nabila cuba untuk melakukannya. Memang sangat teruja aku melihatnya. Bersungguh menahan badan ketika merangkak. Pinggang masih belum kuat..namun perlu usaha lebih lagi. Aku faham, Nabila perlukan masa. Dan aku akan berikan masa itu buat Nabila.

Tak dapat mengambil gambar ketika Nabila melakukan rawatan bersama Puan Suhana. Mahu saja aku mengambil gambar ketika Nabila duduk sambil Puan Suhana mengira 1 sehingga 10. Namun disebabkan teruja dan sibuk memberi galakan pada Nabila, hanya mata dan hati sahaja sebagai perakamnya. Mulanya hanya bertahan sehingga kiraan 5 sahaja, namun selepas itu kami menjerit kesukaan bila Nabila sudah mencapai kiraan angka 10.

"Ya.. Nabila sudah bosan ibu. Sering terbaring sahaja. Nabila nak lakukan perkara lain pula."

"Ibu bangga Nabila. Walaupun sedikit..itu sudah cukup buat ibu gembira. "

Apapun itulah perkara yang terbaik berlaku di akhir tahun ini. Sepanjang tahun 2009, banyak suka dan duka kami sekeluarga tempuhi. 'Recap' nya , Aku sudah mula mendapat pekerjaan tetap di sektor kerajaan, membeli rumah, dan kembali pulang ke rumah sendiri setelah hampir 1 tahun aku duduk bersama mak dan ayah. Semuanya demi Nabila.

Hasrat aku tahun 2010..Mahu Nabila lebih kuat semangat dan banyak lagi yang perlu di kejar untuk tahun depan. Nabila bakal menginjak ke usia 2 tahun. Mahu banyak lagi perubahan yang untuk Nabila. Dan untuk aku, kalau boleh nak kurus sikit. Hurm..tu pun kalau boleh. Terpikir-pikir untuk mengandung lagi, tapi sudahkah aku bersedia? Rasanya masih belum lagi. Mahu menumpukan perhatian pada Nabila lagi..

Buat semua, kami ucapkan Selamat Tahun Baru. Dan bulan depan genap setahun aku berblog dalam Buat Anakku Yasmin Nabilah Zulhilmi. Banyak pengalaman ku kutip. Banyak kenalan yang aku peroleh hasil dari blog ini. Menjadikan aku lebih matang dan tabah dalam menghadapi cabaran dan rintangan yang telah aku hadapi tahun ini. Selamat Tahun Baru.. :)


26 December 2009

Nabila & new pet

Ni hobi Nabila ke? Takde makna! Nama Nabila dieksploitasi untuk konon-kononnya terapi mata lah tu..Padahal ayah dia mengidam nak beli akuarium baru. Dan aku pulak..bagai mencari hobi baru..hehe.. Apa lagi klu bukan ikan..

Ada ikan ni..nampak tenang je rumah..marah-marah tgk ikan pun boleh tenang. Ceh..kira terapi lah ni.Bukan Nabila je terapi mata..ni ibu terapi mata dan hati..hehehe..

aunty - aunty semua, ni lah ikan Nabila..sok takde lauk nanti..ibu amik kat akuarium ni jer..

Tak banyak pun ikannya..nantilah tambah..ada la 9 ekor..tapi yang sekor tu dah missing..tah mana tah..



comot..makan roti ngan coklat..huhu..


25 December 2009

Accident!

Semalam aktiviti kami di rumah hanya mengemas. Abg sibuk dengan 'wiring' dan aku pulak sebagai pembantunya. Kerja-kerja sambungan 'wiring' berlangsung sehingga jam 8 malam.

Dan sebenarnya kami memang bercadang untuk keluar kerna bekalan susu Nabila sudah habis. Dan cadangan abg adalah ke Manjaku di Wangsa Maju. Jauh..tapi terpaksa. Kata abg..nak murah. tapi rasa tak berbaloi pulak dengan jauhnya kami nak ke situ.

Dan jam 8, terus bersiap. Rumah yang agak tunggang langgang aku tinggalkan saja. Tak tau macamana nak kemas sebab kerja abg masih lagi belum siap. Dan kami menuju ke Wangsa Maju dengan keadaan hati aku yang kurang selesa.

Hati aku terdetik sesuatu akan berlaku pada kami. Namun aku mendiamkan diri dan menyuruh abg berhati-hati. Sebab malam Krismas. Kereta banyak dan semua seakan tergesa-gesa menuju destinasi masing-masing. Seperti juga kami, mengejarkan kedai yang bakal tutup jam 10 nanti. Dan sesuatu telah berlaku pada kami.

Sampai di satu trafik ligt di Rawang (berdepan dengan simpang ke Taman Tun Teja) lampu isyarat menunjukkan warna merah. Dan kami berhenti. Di hadapan kami kereta jenis Proton Waja. Tak lama selepas itu, lampu bertukar hijau dan Abg mula bergerak. Namun kereta Waja di hadapan kami sibuk melihat kedai di sebelah kirinya. Abg hon kereta itu..dan sudahnya...

Kereta dari belakang menghentam kami. Aduiii..Abg terus gerak kereta ketepi dan berhenti untuk melihat apa yang terjadi. Rupanya kereta jenis Datsun lama hentam belakang kereta. Calar sedikit..namun rasa geram pada Waja itu masih berbekas. Seorang pakcik tua bersama isteri keluar dari kereta. Dan melihatkan kereta kami calar sedikit dan abg pula malas nak panjangkan kes..kami maaafkan saja pakcik itu dan terus berlalu.

Namun dalam kereta..abg seakan berang. mahu mengejar Waja tadi. Aku kata tak de gunanya. Benda dah jadi. Dan kami meneruskan perjalanan ke Wangsa Maju dengan hati yang tersangatlah geram!


kesan-kesan pelanggaran..


Abis kereta..nampak buruk dari belakang. Sudahlah dulu pun abg penah langgar pili bomba kat rumah Kak raw dulu..


Langgar Pili bomba..

24 December 2009

Bila nak pandai pegang botol nih!

Ibu dah geram nih Nabila..! Nabila tak mau jugak pegang botol susu sendiri.. Bila lagi nak pandai ni nak ooiii..! Kalau pandai pegang sendiri mesti senang.. (eleh, senang ibu lah tuh..Ibu tak tau, Nabila saje je malas nak pegang botol sendiri..Nak manja2 ngan Ibu)

Tak boleh la camtuh sayang..kena pandai pegang sendiri..Nanti kan senang..nabila nak pegang cawan ke..nak makan sendiri kan senang..Nanti takkan sampai besar pun ibu nak suapkan Nabila. Nanti Nabila jugak yang malu ngan kawan-kawan Nabila.

ibu..tgklah..Nabila pegang sendiri.. ! (yolah tu..kejap je tu..pastu terlepas!)


p/s : Ibu Nabila dah beri green light kat ayah Nabila..nak bela ikan..hehe.. :) Tak sabar la nak tgk ikan-ikan nih.. Segar sket mata nih !

22 December 2009

Besday Opah..


Nabila dan opah potong kek sama-sama..Tak malu tul Nabila nih..tu besday opah la..bukan besday Nabila..


Sabtu lepas, Mil & Fil serta adik-adik datang ke rumah. Alang-alang mak datang, aku terus cadang pada abg untuk makan-makan di luar. Yelah..cik abg aku ni..teramat la 'bagus' sangat..! Boleh lupa besday mak sendiri..! Sampai mak telefon abg..cakap tak ingat ke besday mak..Malu betul!

Sebagi menebus kesalahan tak ingat tuh..aku dan abg bawa mak, ayah dan adik-adik makan di luar. Nak amik gambar..tapi terlupa nak bawak kamera. Sudahnya gambar kat umah jelah yang dapat diambil..Sempat juga beli kek..hehe..Nabila pulak..sempat la merasa sikit..wah..kemain lagi..cheese cake..sapa tak mau!

Sepanjang kehadiran mak dan ayah, Nabila asyik meragam je. Sampai ke tengah malam menangis. huhu..Tgk nak tumbuh gigi lagi..adoiii sakit jiwa dan raga rase..Makan tak mau..minum tak mau..pastu sakit perut..lapar lah tuh..huhu..cian Nabila..

18 December 2009

Tiada tajuk..

Hurm..updates! Huhu..tiada updates sebenarnya..Bosan sejak kebelakangan ini. AKU MAHU BERCUTI..!! Semua orang bercuti sakan bersama family masing-masing..huhu.. Nasib orang macam aku ni yang kena simpan cuti lebih sket, membuatkan aku bila nak cuti je mesti kena berfikir dua tiga kali.

Kenapa?

Sebab Nabila lebih perlukan aku..terutama ketika ke hospital. Walaupun telah diberi kemudahan 'time slip' namun..kadangkala apabila ada appointment yang memerlukan aku lebih lama di hospital, aku fikir lebih baik aku cuti sahaja. Yelah..nanti bila sampai opis..keje 2-3 jam..pastu balik. Rasa tak berbaloi saja!

Tuntutan kerja sejak kebelakangan ni melebihi had aku sebenarnya. Manakan cukup kaki dan tangan..berlari ke sana ke mari..menyelesaikan kerja-kerja yang 'urgent' bagi seksyen aku. Bukan merungut..tapi inilah aku. Tak suka menangguh kerja..! Dah nasib makan gaji..

.......................................................................................................................................................................

Sudah 2 hari sebenarnya aku tak jumpa Abg. Pagi tadi baru bersua wajah. Rindu! Minggu ini abg kerja syif malam. Balik keje saja.. dapat lihat wajah abg walau sekejap. Dan kemudian abg akan bersiap-siap ke tempat kerja. Rabu lepas, aku terpaksa pulang lewat kerna menyiapkan kerja. Dan semalam pula..pulang lewat sebab SHOPPING!.. Kata dah gaji kan..! Cadangnya nak beli baju untuk Nabila, Abg dan juga aku. Namun yang dapat hanya Nabila dan Abg. Aku pula? Hurm..orang berbadan ala-ala 'bam..bam' ni , terpaksa memilih sket dari segi pakaiannya. Kang tertonjol lemak-lemak yang berlebihan.. Ahaks!

Penat tapi puas. Berjalan bertiga pada mulanya. Namun berpisah..Masing-masing mencari apa yang perlu dibeli. Dan rasanya aku paling lama di bahagian bayi. Membelek satu persatu baju yang sesuai untuk Nabila.Sudahnya..tidak mahu membazir..hanya 3 helai saja dapat ku sambar. Dan untuk Abg, aku hanya belikan T-shirt sahaja. Ciuman terima kasih diberikan oleh Abg pagi tadi. Gembira dia..Abg memang jarang membeli untuk dirinya. Lebih kisahkan anak dan isteri berbanding dirinya. Kesian abg. Nasib baiklah Abg bukan jenis cerewet. Pakai sahaja apa yang aku belikan untuknya. Yelah..kami bukan orang berada. Bukannya kerja sebagai Pegawai atau Manager.. Hanya kuli sahaja. Takpelah..semuanya rezeki Nabila.. Alhamdulillah.. :)


p/s : Bila lah agaknya abg nak sambung belajar yek? Nak paksa-paksa pun susah gak..Sian kat abg..Nak belajar kena rela ati. Tak leh nak paksa-paksa..huhu.. Dah nasib budak NITP macam kami ni..susah betul nak dapat kerja yang diidamkan..

16 December 2009

Takutnya...!

Semalam..aku baru saja dapat email ni..dari officemate aku..Terbayang-bayangkan kandungan dalam email tu sepanjang jalan tadi. Takutnya bukan kepalang.

Aku ada forwardkan email itu pada kawan-kawan aku. Namun..aku rasa patut berjaga-jaga lepas ni. Walaupun ia berlaku di luar Malaysia..namun..keadaan sekeliling sebenarnya tidak selamat untuk anak kita..



Be careful...

This is FRIGHTNING !!! This is not excited ; He is crying ! Find out why : Read on.. Shame!!!

Aaron, just MINUTES before attack..

McDonalds, Burger king, Time Zone etc... All places with ball pits in the children's play area.
Hi. My name is Lauren Archer, a friend of mine that resides in The Hill , Johannesburg ..
took his only son to McDonald's for his 3rd birthday.

After he finished lunch, his parents allowed him to play in the ball pit.
When he started whining later on, and his mother asked him what was wrong, he pointed to the back of his pull-up and simply said 'Mommy, it hurts.' they couldn't find anything wrong with him at that time. After bathing him when they got home, they found what looked like i
nsect bites at the time.

Upon investigating, it seemed as if there was matter coming out of the wounds.
they were on there way to the hospital, but soon he started vomiting and shaking, then his eyes rolled back into his head.. Fro
m there, they went to the emergency room.
He died later that night.

He was found to have snake bites all over his legs & buttocks. When they cleaned the ball pit they found that there was a snake's nest in the ball pit.

He had suffered numerous bites from a very
poisonous snake.

This was found in the Ball Pitt!!


Ngerikan? Aku dah terbayang-bayang yang bukan-bukan..Yelah..khuatir terjadi dalam negara kita..hurm..Terutama nak bawak Nabila gi Fisio atau OCC..kat situ ada gak bola2 cam tuh!..huhu..takut nak masukkan Nabila..Seram...!

Bahaya ada di mana-mana.. :(

14 December 2009

Ada sesapa nak baby ni tak?

Huhu..Jangan!..Tak rela ibu bagi Nabila kat orang lain..! Merana Ibu, sayang.. Tak sanggup pisah ngan Nabila walau sekejap.. :(

Ibu jgn nak pandai2 yek bagi Nabila kat org lain..nanti Nabila babap ibu! (jelingan maut nih!)


Tergamaknya seorang ibu memberi anak pada orang lain.Tidak tahukah mereka..betapa letihnya melahirkan..membawa anak selama 9 bulan..dan senang-senang beri pada orang lain. Kadang-kadang aku tak faham dengan orang-orang sekeliling ni. Anak yang sihat di buang-buang. Kalau dapat anak istimewa..hai entahlah..mungkin terus campak ke longkang.

Tatkala melihat apa sahaja artikel atau berita tentang pembuangan anak..hati aku pasti akan sebak. Kalau tak nak bagi kat aku.. Biar aku bela..Biarpun aku dah ada anak. huhu...


......................................................................................................................................................................

Pagi tadi Nabila agak kurang sihat..Dan sekarang..Nabila dah kembali ceria.. :)


video

Seronok betul tengok Nabila main2 lompat dalam Jumperoo tu..Tadi pun muka bosan je..huhu..Ni dah masuk dalam tu..apalagi melompat2 la keluarkan peluh..(Abaikan suara ibu Nabila yang gediks tu!)


11 December 2009

Nasib Baekkkkkkk...

Entry ini berkisar kes nasib baik yang aku nak cerita pada semua orang. Hurm..mmg cuak..! Maaf lambat buat entry ni..memang susah betul nak curi-curi masa..huhu..kat opis tak leh nak online..terpaksa buat kat umah..Kat umah pulak Nabila pulak nak main-main ngan kita..huhu.

Rabu lepas Nabila ada appointment ngan Puan Anida.. Speech Therapy.(Swallowing yek..bukan ajar Nabila speech tau). Hurm..lama gak kami tunggu. Ayah Nabila la..Lambat sampai..geram gak.. Terpaksa tunggu ayah Nabila dulu.

Sampai je kat Klinik ENT, jam dah menunjukkan pukul 3.20 petang. Appointment pukul 3.00 petang..

Huh! masuk jelah..Dah la aituh tak gi..Takkan tak nak masuk plak. Tunggu punya tunggu..Jam 3.45 petang baru di panggil.

Bincang punya bincang..Tiba-tiba Puan Anida bertanya..kekerapan Nabila tersedak dan batuk ketika makan dan minum. Menurut aku (yang slalu bagi Nabila makan & minum) ada gaklah dalam 2-3 kali tersedak dan terbatuk. Kadang-kadang naik risau gak aku. Yelah..'sistem mengunyah' Nabila agak lemah sket..Tapi sekarang ini ada nampak sket perubahan berbanding dulu. Kalau diikutkan dulu langsung tak boleh kunyah.. Semua main telan jerk..

Apapun..berbalik pada perbincangan bersama Puan Anida tadi. Nabila DIKEHENDAKI menjalani pemeriksaan saluran makanan dan peti suara Nabila..

Cuak gak aku. Mulanya macam tak nak je..pasal bab kena jolok2 mulut ni yang buat aku bertambah risau dan seriau..takut beh..

Tapi demi kebaikan Nabila baik check..Sebab kata Puan Anida..pemeriksaan itu biasa sahaja. Dia bimbang ada baki susu atau sisa makanan yang berkumpul di area peti suara tu. Kata Puan Anida lagi..peti suara itu, selain fungsinya untuk bersuara..ia juga sebagai 'penutup' untuk makanan dari jatuh ke dalam paru-paru. Jika makanan masuk dalam paru-paru, di khuatiri menyebabkan anak terkena jangkitan paru-paru. (hurm..aku tau yang ni jelah..in details tak ingat sangat sebab istilah2 sains ni..hehe..)

Mula sahaja tiub itu di masukkan ke dalam lubang hidung Nabila..Nabila dah mula terpekik-pekik..Maunya tak..trauma tuh..takut pun iya gak..Dan kami semua melihat saluran 'dalam-dalam' badan Nabila menerusi TV yang disediakan. Hurm..3 orang sekaligus pegang Nabila. Dia punya meronta usah cakap lah.. Kuat betul tenaga nya. Dan buat pertama kalinya aku melihat secara 'live' peti suara (dulu tak amik sains..belajar elektrik je dulu). Teruja jugak lah..hehe..

Pastu nampak sisa-sisa susu Nabila di antara peti suara dan laluan makanan ke perut. Aku pun tak faham sangat butiran antara doktor dengan Puan Anida.. Dan yang pasti aku dapat lihat peti suara Nabila bergetar ikut serta dengan suara Nabila yang keluar. Sangat-sangat menakjubkan..Kuasa Allah..

Dan bila selesai semuanya..Tiub di keluarkan ..dan kami ke bilik no. 6 semula..hehe..(siap ingat no. lagi). Dan kata Puan Anida, Nabila bernasib baik sebab sisa -sisa susu itu hanya di sekitar saluran nak ke perut. Bukan di sekitar kawasan peti suara. Namun, aku tak boleh terlalu rasa lega sangat. Nabila ada potensi tersedak makanan dan susu. Dan Puan Anida berpesan agar kami berhati-hati dan beri Nabila susu dan makan dalam kedudukan yang betul.

Apapun..Memang sukar pada mulanya kerana Nabila sudah selesa dengan keadaan posisi '45 darjah' nya. Sudah mula belajar cara lain yek Nabila..

(tadi dah ckp ngan ayah Nabila..Bonus nanti kena cari High chair gak. Yang kat Toys r' us tu..wow..ayah Nabila ckp kerusi tu je yang buat dia puas hati dari segi designnyer..)

Balik je dari Speech Therapy, Nabila terus demam dan selsema..Marahkan aku sebab aku bagi dia kat doctor tu jolok mulut dia. Merajuk la konon dengan ibu tuh!

Esoknya dah bagi makan ubat demam dan selsema, Alhamdulillah..Nabila kembali sihat. Nasib baik tak demam lama-lama..Risau tul aku..

..................
...............
...........
......
....
..
.

Tadi on the way nak balik,nyaris-nyaris aku nak 'cium bontot' Viva. hurm..apa lagi..pasal depan aku (selang 3 kete dari kete aku) accident. Pompuan bawak Wira merah dan MyVi. Tak tau sebab apa leh berlanggar..Tau-tau je dua-dua pemandu keluar. Cepat-cepat pompuan tu alihkan kereta.. tapi yang Myvi tu dah tak leh gerak langsung..Dah orang-orang yang keje nak bina highway kat Kanching tu tolak Myvi tu beramai-ramai. Huhu.. Nasib baik sempat brek tadi..klu tak 2 accident la berlaku kat situ. Viva tu pun break mengejut gak. Tu yang aku terkejut tuh..huhu..Masing-masing kete dah ke kanan dan ke kiri..hurm..nasib..nasib..


p/s: Esok tak dapat nak gi Gedangsa. Ayah Nabila kena keje lagi. hurm..nak gi tumpang Incik Zali pun susah gak. Rasa cam rugi je..pegi tapi tak dapat nak mandi air kolah masjid..huhu..

06 December 2009

Mesti kena kuat lagi...

Petang tadi aku baru sahaja tiba di rumah. Penat..Sepanjang 4 hari bertungkus lumus sempena majlis perkahwinan adik mak aku yang aku panggil Mak Su.

Agak keletihan kerana segala persiapan di lakukan sendiri.Sehinggakan Mak Su aku sendiri bertungkus lumus membersihkan pinggan mangkuk dan penyediaan makanan sebelum majlis akad nikah. Aku pula sekejap di dalam, sekejap di luar. Namun tak boleh meninggalkan Nabila sendirian. Terpaksa aku mengendong Nabila ke sana ke mari..

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Segalanya baik..walaupun serba kekurangan. Memang simple sahaja majlisnya. Dan aku dapat rasakan yang Mak Su lega bila majlisnya selesai dengan baik.

Seperti biasa juga..bila bersama sedara mara..pasti akan buka cerita tentang Nabila. Aku bersyukur bila semua ahli keluarga sangat sayang pada Nabila. Walau hakikatnya Nabila sudah pun ditakrif istimewa, namun dia dilayan sama seperti anak lain. Dan masing-masing memberi kata semangat pada aku untuk teruskan rawatan untuk Nabila. Kadang-kadang sahaja hati aku di pagut sayu. Nabila punya makcik yang sebaya dengannya. Lahir selang 3 minggu dari Nabila. Alisya namanya.

Alisya bersungguh-sungguh mahu Nabila bermain dengannya. Bila Nabila baring dalam rocker..dia kan mengusik Nabila..akan buai Nabila..dan berkata.."baby..baby.."

Melihatkan Alisya, aku berfikir-fikir..andai Nabila sihat..pasti Nabila juga 'sibuk' seperti Alisya. Berlari ke sana kemari..bermain dengan riang. Apakan daya, keupayaan Nabila terhad. Aku akui, Nabila mahu bermain tatkala Alisya memegang tangannya..Dan aku dapat rasakan semangatnya berkobar-kobar. Sabar anakku.. pasti Nabila juga boleh bermain bersama dengan Alisya nanti.

(Aduhai air mata ini..sesekali mengalir..terasa hangat sekali..)

Dan seperti biasa nenek aku yang ku panggil Wan, masih lagi ingat yang Nabila adalah budak yang normal. Kami semua tidak pernah beritahu keadaan Nabila padanya. Yelah orang tua. Mana mungkin dia terima semua ini. Sesekali dia mengatakan Nabila lembik. Keluarga kami sudah biasa dengan cara kasar..berkata dengan sedap rasa. Namun aku faham. Aku tahan sahaja..dan telan segala-galanya.

Dan kata-kata peransang dari Pakcik dan Makcik ku.. Kuatkan semangat dan bukan mudah untuk menjaga anak seperti Nabila. Buat apa sahaja demi Nabila. Rezekinya pasti ada di mana-mana. Bukan semua orang boleh lalui perkara yang terjadi dalam diri aku. Kuatkan hati demi anak..Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya.Makcik aku menyarankan aku supaya memohon bantuan pada JKM. Aku pernah lakukan itu semua. Susah. Banyak prosedur dan kakitangannya seolah-olah tidak menyukai kehadiran orang-orang seperti aku.. Bagi aku, itu satu penyelesaian bagi Nabila. Jika dapat, mungkin akan ringankan beban kami. Bukanlah aku mengatakan Nabila beban, cuma perbelanjaan mungkin sedikit sebanyak membantu kami untuk sedikit bernafas..fuhhhh.. Namun layanan yang diberikan seolah aku serik untuk ke JKM. MENYAMPAH!

Aku bersyukur..semua memahami keadaan kami. Dan aku harapkan ia berterusan. Bukan simpati cuma kami mahukan semuanya mengerti dengan keadaan Nabila. Itu sahaja.

Nabila wif pakcik n makcik. Baju merah itulah Alisya.. :)

Kedua mempelai..



p/s : jumpa IbuAni di Carrefour Wangsa Maju Jumaat lepas . Sempat berbual walaupun sekejap. Itupun kak Ani yang tegur aku dulu. huhu..almaklumlah leka melihat baju..hehe..tak perasan pun sesapa..(teruk betul ibu Nabila ni). To Kak Ani..dapat gak kita berjumpe secara live:) . maaf kak..tak berapa cam aituh..huhu..betul tak perasan..Apapun..harap dapat jumpe lagi yek kak.. :) nice meeting u kak.. :)

02 December 2009

Kali akhir ini..

Hari ini Nabila ada appointment dengan Puan Sally. Seperti biasa, dia menyapa kami tatkala kaki melangkah masuk ke dalam bilik rawatan.

Nabila pula kelihatan ceria hari ini. Tiada suara tangisan kedengaran. happy sangat dan buat semua exercise dengan baik.Puan Sally dok puji2 Nabila..Kata Nabila baik..tak nangis2..hehe..Tapi mmg iya pun. Nabila klu dengan Puan Sally, dia diam..Puan Sally kan lembut orangnya.

Dan Nabila kini sudah mula menggunakan tangan kanannya untuk posisi merangkak. Cuma tangan kiri yang masih agak 'kaku' . Puan Sally mengakui semua itu. Ada juga perubahan walaupun sedikit.. :)

Berbual ngan Puan Sally dan tiba-tiba katanya, tahun depan dia tak lagi bekerja di Rehab lagi. Dan tidak lagi memegang anak2 kecil seperti Nabila. Dia akan bertukar dengan Puan Rokiah pada tahun depan. Duduk di wad katanya. Aku bertanya adakah dia suka dengan pertukaran itu? Katanya dia dah mula sayang di sini. Aduhai..sedih rasa hati. Walaupun sekejap Nabila mendapat 'sentuhan' dari dia, aku dapat rasakan Nabila dan Puan Sally serasi. Lihat sahaja sejak mula dia melakukan rawatan bersama Puan Sally. Jarang benar menangis jika di bandingkan dengan rawatan Fisioterapinya. Dan hari ini merupakan hari terakhir Nabila bersama Puan Sally.

Dia akan mula bercuti pada 10hb. Pulang ke kampung untuk menyambut Krismas di sana. Sempat juga kami bergurau dan menyanyikan lagu 'Merry Christmas' untuk dia..hehe

Buat Puan Sally..Terima kasih atas segala nasihat yang diberikan. Harap dapat lagi sentuhan Puan Sally tahun 2011 nanti.Hurm..tapi takkan Nabila asyik kat kelas yang sama kan? Nabila kena la 'grad' ke kelas yang berikutnya..Takkan sampai besar nak duduk kat situ.Sedih rasa.. Dah selesa..kena tukar orang lain pulak.. :(

Ni lah gambar-gambar terakhir Nabila bersama Puan Sally..next appointment 14 Januari..hehe..saja lambat..malas nak awal2..huhu..

Nabila budak paling baik hari ini..hehe..diam jer..buat ajer apa yang Puan Sally suruh..hehe. Bagus..bagus! Puan Sally pesan kat Nabila..nanti Nabila kena move class tau..kena gi class kat sebelah..blajar ABC pulak..Nanti klu dah pandai jalan..klu jumpe Puan Sally kenala tegur yek nak..! Terima kaceh Puan Sally..!

..............................................................................................................................................................


Dah 2 hari dah Nabila start belajar tidur di katil sendiri. Akhirnya bukak jugak katil Nabila ni. Ibu ngan ayah dah makin sempit klu tido ngan Nabila..hehe..Ibu risau je Nabila terhimpit dengan ayah..Ayah klu tido mmg tak sedar..! huhu..ruang bilik semakin sempit..puas la adjust barang2 dlm bilik nih..

simple jer katilnya..tak tau nak letak apa..hurm..mainan? nantilah..Untuk keselamatan..baik di tutup segala lubang yang ada..huhu..Nabila lasak..mau kaki termasuk kat celah-celah 'bedah' tu!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...