27 January 2010

Nanes..nanes..nanes..

Entah kenapa sejak semalam Nabila asyik menangis saja. Tangisannya seolah-olah sedih dan sayu saja. Mulanya main-main..dan tiba-tiba dia menangis. Entah..aku pun kurang mengerti..!

Pagi tadi, Nabila bangun seawal jam 4 pagi. Aku yang mengantuk, terus turun ke bawah dan membancuh susu untuknya. Beri susu sampai mataku hampir terpejam. Nabila pun sama. Lelap dan kadang-kadang terjaga. Selesai menyusu, sendawakan, dan terus baring.Dan aku pula..terus melelapkan mata. Mengandaikan Nabila akan tidur kembali ketika itu.

Sangkaan aku salah! Nabila tak mau tidur. Dan mula merengek-rengek kecil. Sudahnya jam 5 aku bangun dan terus mandi. Bersiap untuk ke tempat kerja. Dan ketika mandi itulah, Nabila menangis sekuat hati. Sudahnya..mandi ala koboi..huhu.

Terus saja aku mendapatkan Nabila..(Ayah Nabila takde pasal keje malam) . Pujuk. Namun tak berjaya.. Aku meletakkannya kembali..dan mula berkata ,

" Nabila ni kenapa..ibu kan dah nak siap ni..kejapla.." (Nada yang agak nak keras2 gitulah)

Hurm..tak makan saman..Nangis lagi..geram pun ada..Mulalah suara ni nak tinggi..tapi masalahnya..kang jiran sebelah menyebelah kata apa plak..kul 5 pagi dok marah anak.

Dengan tudungnya yang belum dipakai, aku terus mencapai beg dan terus mendukung Nabila turun ke bawah. Letak dalam rocker saja, terus buai dan tidur. Mak aii..bertuah punya anak..Dan sudahnya, bersiap awal pagi, aku buangkan masa dengan menonton TV.

Dan bila diangkat untuk diletakkan di dalam kereta, tak sedar diri tidurnya!

..........................
.....................
..........
....
.

Dan tadi, Nabila buat hal lagi. Nak gi mandi, menangis lagi. Puas pujuk, tak henti-henti pulak tangisannnya. Adui..Kenapa ni Nabila..Siap mencebik-cebik lagi pulak tu..Hurm..Tah hapa yang buat dia sedih aku pun tak pasti. Melihat saja tadi program Bersamamu, pengorbanan ibu dan ayah membesarkan 2 org anak istimewa, buat aku tersentuh hati. Dan pula , anak itu menyanyikan lagu Allahyarham Sudirman, terus aku mengalirkan air mata. Dan Nabila juga begitu bila aku menyanyi mengikut alunan muzik dalam TV tadi. Mungkin Nabila faham.

Aduhai hati..Cepat benar hati ini tersentuh. Benar..bila di jalan yang sama..pasti akan mudah merasai apa yang dilalui orang yang senasib dengan kita.Pergilah duka lara..Gantikan tawa ceria untukku dan Nabila.. Berilah berita gembira buat kami..Pergilah berita sedih..Jauh..jauh dan jauh lagi..Yang tinggal hanya harapan untuk aku dan Nabila untuk terus berjuang di bumi ini.

26 January 2010

Marahnya!

Kelmarin, aku menceritakan perihal Nabila yang terkena cerek pada neneknya. Faham sajalah orang tua..lagi-lagi dia yang menjaga Nabila.

Tatkala mendengar saja berita itu, marah betul mak pada aku. Katanya, tak pernah dia buat pada anak-anaknya begitu. Bukan yong sengaja mak! Dah nak jadik. Nak buat camner. Yong pun nangis bila Nabila kena masa tu. Tak tau nak buat camner..Buat apa yang terlintas di fikiran saja!

Adik aku, Ain, juga marah pada aku. Kerna kesiankan anak kecil ini yang tak tahu apa-apa, merana bahana angkara ibunya sendiri. yelah..den ngaku den salah! huhu..

Mak mertua aku juga terus menelefon abg bila membaca entry pada blog aku yang lepas. Terus menanyakan keadaan Nabila.Maaf mak..ina tak sengaja buat Nabila camtu!

Kesal..begitu kesal dengan apa yang terjadi. Semua bertanyakan pada aku tentang keadaan kaki Nabila. Alhamdulillah..luka makin kering. Aku rehatkan Nabila sementara dari sebarang aktiviti fisio. Meniarap juga. Takut dia terlajak perbuatan. Bukannya Nabila tahu menahan sakit bila kaki bergesel dengan permukaan tilam atau sebagainya.

Dan bahana dari kejadian itu, aku menanggung akibatnya. Demam. Entah kenapa sejak sabtu lepas, pulang saja dari rumah Kak Raw terus sakit tekak. Dan di rumah Zali pula sejuk. Panas sejuk, panas sejuk..buatkan aku bertambah sakit. Dan padahnya semalam. Kepala mula terasa berat dan badan mula terasa panas. Hidung yang selsema buat aku bertambah derita lagi. Nabila pula, tengahari semalam, sudah menunjukkan tanda-tanda demam. Tambah derita dengan kaki yang sakit, badan yang tidak selesa, buat aku menyuruh abg membawa kami ke klinik.Dan abg tidak jadi ke tempat kerja, dan menjaga kami berdua yang sakit. Aku pula, terus saja tidur awal kerana tak tahan dengan keadaan kepala yang berdenyut-denyut. Abg yang bersekang mata menjaga Nabila kerana tak boleh tidur dek kerna selsema. Kata abg..semalam dia menonton cerita P.Ramlee..sekitar jam 2-4 pagi.. Menemankan Nabila yang tak boleh tidur. Terima kasih abg..tolong jagakan Nabila untuk ibu..

Pagi tadi juga aku tak boleh bangun. Ingin ke tempat kerja..namun kepala berat. Terfikir juga bagaimana untuk memandu ke tempat kerja sedangkan kepala masih berat dan badan masih lagi demam? Sudahnya abg kata dia akan membawa aku ke klinik sekali lagi untuk mengambil MC. Dan hari ini aku MC...

Dan ketika entry ini di taip..aku dan bertambah sihat..dan esok akan memulakan tugas seperti biasa. Dan rasanya aku ada kursus esok.Harapnya selsema dan demam ini akan kebah esok..

24 January 2010

Nabila @ gedangsa & Sg. Besar..

Semalam, kami ke Gedangsa lagi. Dan pagi semalam seawal jam 4 pagi sudah bertolak dari Bukit Beruntung.

Sampai saja lihat rumah Kak Raw belum lagi dibuka pintunya. Abg ke hadapan rumah Kak Raw dan melihat buku giliran. Dan mencatat nama-nama anak-anak ini ; Nabila, Sarra, Habib, Aiman dan Idris. Dan sesudah itu, kami terus ke masjid berdekatan menanti azan subuh. Mengantuk bukan main lagi, sebab sampai di sana jam 5 pagi.

Usai solat subuh, terus ke rumah Kak Raw. Sudah ramai anak-anak yang menanti untuk dimandikan dengan air kolah masjid. Aku yang baru pertama membawa Nabila untuk mandi..agak teruja pada mulanya. Almaklumlah..abg bekerja setiap Sabtu dan sukar untuk datang pada waktu seawal ini (Selalunya sampai ke rumah Kak Raw kul 8 pagi..hehe). Kali ini berkorban masa tidur dan masa rehat demi Nabila..

Dan giliran nabila agak lewat juga kerana ramai yang mandi semalam. Tak mengapalah. Sudah bisa menunggu lama. Dan sambil-sambil menunggu, berbual dan bermain dengan anak-anak ini adalah perkara yang paling seronok dilakukan.

Giliran Nabila tiba dan seperti biasalah menangis. Tapi aku mengangak kerana tangisan Nabila ni agak lain sedikit. Menangis kerana sakit pada kakinya.


video

Nabila selepas dibalut.

Selesai urusan di Gedangsa, kami terus ke Sg. Besar. Ke rumah Zali.. Dan tidur + lepak-lepak bersama Ita dan Zura se'family' disana.. :)

22 January 2010

maafkan ibu Nabila...

Aduiiii..rasa bersalah tak habis-habis..Kenapalah bodoh sangat aku nih..! Memang aku salahkan diri aku 200%.. SANGAT-SANGAT BERSALAH...!

Apa saja ibu Nabila ni..huhu..

Semalam, pulang saja dari kerja, aku terus bawa Nabila naik untuk mandi. Dan niatku petang itu, ada aktiviti yang perlu dilakukan. Aktiviti menggunting rambut..

Tempohari aku baru saja selesai memotong rambut Nabila di bahagian dahi..dan sedikit di bahagian tengkuk..Namun ketebalannnya rambutnya tak dapat ku usik kerana aku semacam tak reti untuk potong di bahagian itu..

Dan semalam, aku memberanikan diri.Dapat juga aku potong sedikit.Dan Nabila mula merengek apabila rambutnya dipotong. Rimas barangkali.

Selesai saja, aku bawa Nabila ke bilik air. Memandangkan air agak sejuk, jadi aku masak air panas untuknya. Pada mulanya aku ingin saja meletakkan Nabila di kerusinya, Tapi risau melihat yang Nabila menangis sambil menolak badannya ke belakang, jadi aku tak berani untuk tinggalkan Nabila sendirian sementara aku meletakkan air panas di bilik air. Nak letak kat atas katil, habis pula rambut gugur dan melekat di cadar. Sudahnya, aku dukung saja Nabila sambil meletakkan air panas itu.

Entah macamana, cerek yang aku pegang tak sampai pada baldi,aku cuba menukar tangan dan tiba-tiba..aku terasa kaki Nabila sudah mencecah pada badan cerek itu..Dan apalagi..Nabila menjerit kesakitan.. Aduii...terus aku rendamkan kaki Nabila dengan air di dalam baldi yang aku tadah tadi..cuak punya pasal, aku gi pegang la kat area melecur tuh..apalagi..menjerit sakan la Nabila..

Aku terus basuhkan badannya ala kadar, dan cuba menenangkannya. namun tangisan tak henti dan aku mula lihat, jari kakinya ada yang sudah melecet dan mengelupas kulit. Sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu. Aku menangis bila melihat kakinya. Nabila menangis tak henti-henti. Terus aku menelefon ayah Nabila supaya segera pulang.

Sampai sahaja di rumah, terus ayah Nabila keluar semula. Mencari ubat untuknya. Dan aku pula..Tak habis-habis menyalahkan diri. Terasa sangat-sangat bodoh ketika itu. Kalaulah aku tak sibuk memikirkan cadar yang bakal kotor akibat rambut Nabila, sudah tentu kaki Nabila tak kena badan cerek itu. Menyesal tak sudah aku dengan kejadian itu.

Lama juga Nabila berhenti menangis. Dan setibanya abg pulang, terus dia letakkan gel untuk menyejukkan bahagian yang melecur itu. Sepatutnya gel itu diletak sebaik saja kena, tapi sudah terlambat. Gelembung besar pada ibu jari kaki kiri dan anak jari sebelahnya yang sudah mengelupas kulitnya, buat Nabila bertambah derita kesakitan lagi.

Tak lama selepas itu, Nabila tertidur. Keletihan akibat menangis tak henti-henti. Aku juga keletihan, dan sudahnya tertidur bersama Nabila. Tak makan malam pun kerana 'sudah kenyang' angkara perbuatan aku terhadap Nabila.

Maafkan ibu sayang..Ibu bersalah sangat terhadap kamu..Ibu rela ganti kaki ibu dengan kaki kamu.Kenapalah ibu careless sangat..Kamu jadi bahana akibat kecuaian ibu. Maafkan ibu sayang..


Sakitnya hanya tuhan saja yang tahu. Kita yang besar ni pun meraung klu kena..inikan pula budak kecik..Bodohnya aku! Tadi Nabila nangis lagi masa mandi..sakit barangkali. Sudahlah petir sabung menyabung kat rumah.Nabila terkejut dengar petir. Rupanya Nabila sama ngan aku masa kecil..Takut petir..Kami berpelukan tadi..Takut amat2..

20 January 2010

Hamburan air mata ini...

Semalam aku menangis lagi. Pedih hati..terasa luka berdarah kembali. Mungkin ada yang kata aku tak kuat..Ya..sememangnya aku lemah semalam. Rebah dan lemah lutut aku tatkala diperkata sedemikian rupa.

Semalam aku ke Hospital Sg. Buloh lagi. Kali ini Nabila ada appointment dengan Klinik ENT. Bersama Puan Anida untuk speech therapy. Masih lagi dengan kaedah yang sama. Bertanya tentang masalah menelan Nabila. Agak bosan sebenarnya. Asyik menyatakan perkara yang sama. Dan Puan Anida telah memperkenalkan sesuatu pada aku.

Ia seakan susu tepung dan tugasnya adalah untuk memekatkan bendalir seperti susu dan air kosong. Aku pada mulanya ingat akan namanya, tapi disebabkan satu insiden yang berlaku , buat aku lupa terus tentangnya.

Aku menceritakan tentang berat Nabila yang masih belum naik dan bercerita tentang pendapat kawan-kawan aku yang melihat Nabila yang semakin kurus. Mungkin juga sebab aku tak lihat perubahan pada Nabila. Dan Puan Anida telah mencadangkan agar Nabila di rujuk ke Jabatan Dietetik dan Sajian. Mungkin aku akan di kaunseling dan diberi nasihat tentang pemakanan Nabila. Pada mulanya agak berat juga, tapi memikirkan semuanya demi kebaikan Nabila, aku bersetuju untuk di rujuk ke situ.

Dan Puan Anida pada mulanya menelefon Jabatan itu untuk di 'set' kan appointment Nabila. Tetapi tiada sesiapa yang mengangkat telefon ketika itu. Dan terus Puan Anida menyuruh aku ke sana untuk mendapatkan tarikh temujanji itu.

Aku yang ke situ keseorangan kerana ayah Nabila ke Johor semalam atas urusan kerja. Dengan mengendong Nabila, aku mencari Jabatan itu. Jauh, agak terkebelakang sedikit bangunannya. Namun aku terus berjalan. Berapa kali juga aku sesat dan bertanya kepada orang-orang di situ. Dan akhirnya jumpa juga.

Aku terus masuk dan beberapa kakitangan disitu memandang aku sambil tersenyum. Seorang wanita bertanya atas urusan apa aku ke situ. Dan terus sahaja aku menyatakan tujuan aku. Aku dirujuk pada seorang wanita yang duduk di satu bilik. Melihatkan wanita itu ada urusan maka, aku berdiri di luar pintu. Dan wanita itu menunjukkan isyarat 'sekejap' kepada aku.

Aku hanya senyum dan menanti. Aku menunggu juga jika ada prihatin dengan aku.Mengendong Nabila sambil menyandang beg kecil. Namun tiada yang mempelawa aku duduk sementara menanti wanita itu. Tiada respon. Semuanya sibuk dengan urusan masing-masing. Dari situ aku menilai kakitangan di situ. Negatif!

Dan tak lama selepas itu, wanita itu keluar dan bertanya apa urusan aku di situ.Aku menyatakan tujuan aku dan kelihatan wanita itu agak terpinga-pinga. Seolah-olah lagaknya macam baru kerja di situ. Agak tekanan juga aku, lantas aku menyuruh dia membuka referral letter yang telah diberikan oleh Puan Anida tadi.

Wanita itu membacanya dan paling aku tak suka dia buat muka pelik. Menyampah pun ada. Macam tak tau kerja. Dan katanya, Nabila tidak boleh di rujuk ke Dietetik jika tiada surat melalui doktor Pediatrik. Aku mula tak keruan. Bengang dan muka aku dah mula merah padam menahan marah. Agaknya menampakkan saja muka aku yang nak amrah, terus dia bertanya pada rakannya.

Dan aku masih lagi menunggu..menunggu..menunggu.. dan menunggu..

Dan wanita itu keluar semula. Dan bertanya pula, kenapa dengan anak aku. Aku jawab Cerebral Palsy. Dalam hati rasa geram kerana terang-terang dalam surat itu menyatakan Nabila ada masalah. Huh! baca tak habis, sudah 'judge' macam-macam..

Dan kata wanita itu..masih lagi tak boleh set appointment dengan Dietetik. Seperti katanya mula-mula tadi..perlu surat dari doktor..bukan dari speech. Muka aku pula masa tu..merah padam..menahan marah.

"Abis tu surat ni macamana?"

Katanya " Bila puan dah dapat surat dari Pediatrik, baru puan datang sini".

Sakitnya hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Aku merenung surat itu. Hampir sahaja air mataku menitik di situ. Aku tahan jua. Dan pabila perempuan itu (dah malas nak panggil wanita dah!) melihat perubahan wajahku..terus bertanya.. " Puan o.k ke?" . Mahu saja aku jerit mengatakan TIDAK pada perempuan itu. Malas nak pandang mukanya, aku mula melangkah kaki ke pintu. Sempat juga perempuan itu membalas dengan kata-kata yang sangat memilukan hati aku..

"LAIN KALI KASILAH ANAK TU MAKAN ELOK-ELOK SIKIT..YANG BERKHASIAT.."

Bila mendengar saja kata-kata itu, aku terus berpaling padanya.

" Kalau anak saya boleh makan, dah tentu saya akan bagi apa sahaja untuk dia. Noktah.

Dan aku terus berlalu dan mahu sahaja menghempas pintu ketika itu. Aku tak pasti sama ada rakan sekerja dia melihat drama itu atau tidak. Bagi aku..Kata-katanya buat aku rebah..macam sudah tiada harga diri. Apa motifnya berkata demikian. Aku tak tahu. Jika tidak mahu aku datang lagi, tak perlu ucapkan kata-kata itu. Tak perlu nak berkias-kias..aku sendiri pun banyak benda lain nak buat selain mengadap muka dia. Dengan muka angkuhnya bila berkata sedemikian rupa..seolah-olah tak ingat Tuhan.

Pilu. Setibanya di kereta, aku menangis. Menangisi nasib Nabila yang tak sudah-sudah dilanda badai. Kekuatan aku sudah hilang. Pergi bersama tangisanku.

Aku cuba menelefon Abg. meluahkan rasa hati. Dan pada mak juga ketika sampai di rumah. Marah benar mak apabila aku menceritakan perkara itu padanya. Masakan nenek mana mahu cucunya diperkata sedemikian rupa. Dan pasti mendung pada wajahku pada petang semalam.

Dan nekadku, aku rasa tak perlulah aku meneruskan sesi terapi pertuturan untuknya. Juga ke jabatan dietetik jika pediatrik mahu aku ke sana. TIDAK SAMA SEKALI. Sakit dan pedih hati aku..buat aku perlu berhati-hati selepas ini. Tidak mahu orang lain memperlekehkan aku dan Nabila. Nabila juga manusia. Janganlah di perlaku seperti binatang atau orang asing. Walaupun Nabila tidak seperti orang lain, dia tetap insan yang terhebat yang pernah hadir dalam hidup aku.


Salah anak inikah jika dia dilahirkan begini?


p/s : maaf terlalu emosi aku sewaktu menaip entry ini. Pagi tadi, aku meluah rasa pada rakan sepejabat..tak semena-mena air mata aku mengalir lagi. Sabar..itulah kata-kata mereka..Ya, aku masih lagi ingat Allah. meluah dan menangis buat aku lega sekali..

17 January 2010

Kunjungan kawan-kawan ke teratak Nabila..

Alhamdulillah..kami berkumpul sekali semalam.. Ita, Farid, Zura, Shah, Faizal, Kak Noni, Zali dan Ida semuanya berkumpul di rumah kami sesudah balik dari Gedangsa semalam.

Seronok..meriah dan macam-macam lagi..telatah anak-anak serta gurau senda kawan-kawan buat aku terasa bahagia sekali. Seolah-olah kami kenal bertahun-tahun lamanya..

Bermula dengan aku, Ita dan Zura yang memabawa anak masing-masing ke Gedangsa. Dan Ita mengambil nombor giliran untuk kami. Tetapi Ita habis lebih awal dan terpaksa pula menunggu kami untuk rawatan Kak Raw. Sian Ita dan Farid yang agak mengantuk menunggu kami menyelesaikan urusan anak..

Habis sahaja rawatan, kami terus bergerak balik ke Bukit Beruntung. Dan aku pula terus ke dapur untuk masak makanan tengahari. Lapar betul ketika itu..

Sesudah makan, kami lepak-lepak saja di rumah sambil menunggu habis tempoh Nabila dan Habib membuka balutan. Sarra pula sudah selesai dibuka balutannya ketika sampai di rumah tadi.Kami menunggu kehadiran Zali dan Faizal sekeluarga pula. Dan tak lama selepas itu, semuanya sampai ke rumah kami dan gamat rumah seketika dengan gelak tawa hilai kami. Telatah anak-anak juga sangat menghiburkan.

Dan aku pula menyiapkan makan malam untuk semua. Top up saja makanan kerna sudah ada lauk dan nasi yang aku masak petang tadi..

Dan jam 10.30 malam keluarga Faizal mula beransur pulang. Anak Faizal, Nabila..terjatuh dalam longkang sewaktu nak masuk kereta. Adui..sian Nabila..Nasib baik tak apa2..Keluarga Ita dan Zali juga turut pulang bersama-sama..kelihatan Sarra dan Aiman juga keletihan dan tertidur dipangkuan Ummi dan Mama masing-masing. Zura pula tidur di rumah kami kerana pagi tadi nak bergerak menuju ke Cameron Highland untuk bercuti.

Untuk semua..Terima kasih sudi datang rumah Nabila..Seronok sangat semua dapat berkumpul sekali macam ni. Tak yah gi lepak-lepak kat luar..kat umah saja sudah cukup..anak-anak pun selesa jugak kan? Maaf la yek..klu ada kekurangan sepanjang semua berada di rumah kami. Maklum saja rumah yang agak kecil dan sempit..hehe...Terima kasih yek..nanti dtg lagi yek ke teratak kami..

Habib, Nabila dan Sarra..sangat-sangat istimewa..lahir selang 2 hari saja mereka-meraka nih..hurm..kena celebrate besday sama-sama nih..

Irfan tengah makan. aiman pula tak nampak sebab dok sebelah jurukemare nih..huh..ayah Nabila nih tak terror la amik gambar..

P/s : Shah & Zura..nanti upload gambar kat dalam FB yek..!

16 January 2010

Catatan Perkembangan Nabila.

Entry kali ini bukanlah aku ingin menceritakan tentang perkembangan Nabila. Hanya ingin berkongsi rasa dengan semua pembaca ruangan blog Nabila..

Sejak kebelakangan ini (naik saja tahun baru)..aku sudah merangka-rangka aktiviti untuk Nabila. Tapi tidaklah sehebat atau se gah mana. Hanya tumpu pada latihan motor kasar yang sememangnya Nabila agak ketinggalan sebenarnya.

Sedia maklum, Nabila masih juga belum dapat memusingkan badan dalam posisi menyarap. Ini sangat membimbangkan. Ya, memang dari dulu aku patut bimbang tentang perkara ini. Tetapi memandangkan Nabila adalah anak+yang+cedera+otak, jadi untuk 'milestone' nya aku mengagak Nabila ketinggalan hampir 1 tahun 4 bulan lamanya untuk mencapai apa yang perlu dia lakukan sepatutnya. Hurm..jumlah yang agak besar.. Dan rasanya aku tak boleh lagi berdiam diri. Harus lakukan sesuatu. Tapi apakah caranya?

Aku cuba untuk mencatat apa yang telah aku lakukan sepanjang hari bersama Nabila. Dan dari situ rasanya aku boleh 'detect ' apa yang aku dah buat atau belum buat. Agak rumit, tapi mungkin nanti aku akan nampak hasilnya. (Hurm..macam mengkaji pun ada nih..)

Masih merangka-rangka apa aktiviti yang perlu dimasukkan. Aku cuba mengingat kembali apa yang telah diajar oleh therapist Nabila dan cuba di tukarkan dalam bentuk penulisan. Kalaulah aku belajar ilmu physiotherapy ini, aku rasa pasti senang..!

Namun rasanya masih banyak kelemahan dalam 'laporan' aku (dah mcm kat pejabat pulak buat laporan). Rasanya harus diperbaiki lagi..

Kelakukan Nabila sejak kebelakngan ini, yang bersungguh-sunguh pabila aku meletakkan posisi merangkak buat aku sangat teruja. Dan rasanya itu adalah hasil usaha aku mengajar Nabila duduk. Setiap kali duduk..aku akan pastikan Nabila bersila, dan tangannya diletakkan dihadapan untuk menyokong badannya. Dan apabila diajar setiap hari, kini aku sudah nampak hasilnya. Walaupun masih lagi belum kuat..namun untuk 'budak+yang+cedera+otak' macam Nabila, aku nampak Nabila sudah tahu apa tindakan yang perlu dilakukan selepas duduk. Aku pada mulanya seakan tidak percaya dengan apa yang berlaku..dan pula disogok dengan cerita-cerita dari mulut orang yang tak faham apa sebenarnya anak-anak CEREBRAL PALSY. Jika diajar setiap hari, pasti otak itu juga akan disetkan tindakan-tindakan yang perlu dilakukan. Tidak bermakna lumpuh otak..lumpuh segala-galanya.

....................
................
...........
.....

Jika Nabila menangis-nangis ketika minum atau makan..pasti mak akan berkata..

" Nabila tak mau nangis-nangis..Nabila nak sekolah kan..Nak sekolah sama cam ibu yek..sek convent.."

Hehe..Bila mak berkata demikian..aku pasti akan tersenyum. Yelah..napa pulak Nabila nak Sekolah Convent.? Mungkin juga mahu sedapkan hati. Tidak mahu menyebut sekolah khas. Bagi aku..aku tak kisah.. Janji Nabila boleh berdikari dan berusaha serta punya ilmu untuk terus hidup. Nabila tak boleh lagi bergantung hidup pada aku. Aku perlu buat Nabila lebih berkeyakinan dalam menghadapi cabaran di luar sana..

Wah..besar benar cita-cita ibu Nabila..hehe

p/s : Aku ada impian yang nak aku laksanakan tahun ini. Ini bukan impian untuk aku sorang. Ini untuk nabila. Tapi aku perlu mengumpul duit yang agak banyak untuk realisasikan perkara ini. Bunyi nampak agak gila..tapi nanti saja aku ceritakan pada entry lain pula..

13 January 2010

Syahdu..

Petang tadi, aku melihat iklan di TV. Tentang rancangan Aduan Rakyat. Dan aduan kali ini..amat-amat mendalam bagi aku.

Tak sabar menunggu waktu malam..

Malam...

Bagi mereka yang tengok, aduan tentang anak istimewa sangat menyentuh jiwa. Terutama aku..yang punya nasib sama seperti ibu-ibu yang terpapar di televisyen itu. Melihat saja wajah-wajah anak itu di televisyen, sudah cukup buat aku menangis. Dan kupandang wajah Nabila. Ku katakan padanya.."tu semua kawan-kawan Nabila..!"

Nabila hanya mendiamkan diri. Mungkin juga tidak faham dengan apa yang aku katakan..

Betul kata ibu-ibu di dalam rancangan itu. Bukan mudah untuk menjaga anak-anak ini. Menjaga anak-anak ini memerlukan kesabaran yang tinggi dan pengorbanan setulus jiwa. Mereka bukan mahu pinta dilahirkan begini. Sedih, namun hidup perlu diteruskan. Anak-anak itu perlukan susu, lampin, makanan yang berkhasiat, kasih sayang dan perhatian dari semua orang. YA, SEMUA ORANG WALAUPUN ORANG ITU BUKAN AHLI KELUARGANYA.

Tanpa bantuan, agak sukar bagi anak-anak ini mendapatkan segala keperluan mereka. Bukan murah dan bukan mudah untuk mereka mendapatkan keperluan itu. Mendapatkannya saja, perlu perlbagai usaha..sehinggakan terpaksa mencari duit lebih. Aku berkata ini bukanlah untuk mengada-ngada, namun..memang benar apa yang dikatakan oleh ibu-ibu itu. Anak-anak ini bukanlah minum susu biasa. Seperti Nabila contohnya, Nabila terpaksa minum susu berjenama bagi menaikkan beratnya. Bukan murah..sebulan perlukan hampir RM500.00 untuk membeli susu sahaja. Itu tak termasuk lampin dan keperluan lain. Belum juga aku tambah dengan barang-barang untuk terapi yang aku rasakan sangat penting bagi dia. Terpaksa juga mencari alternatif lain seperti menggunakan barang-barang terpakai untuk dibuat alat fisio.Kalau Nabila ada sakit kronik dan perlukan bantuan untuk bernafas atau segalanya..pasti akan bertambah juga perbelanjaan kami.

Bukan merungut, tapi inilah hakikatnya. Semua ibu bapa yang punya anak istimewa juga mungkin sama keperluannya dengan Nabila. Perlukan macam-macam untuk mereka meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Bagi aku setiap anak istimewa wajar diberi bantuan. Walaupun aku rasakan ibu bapa itu berupaya untuk beri apa saja untuk anak mereka. SEBAB BANTUAN ITU BUKAN UNTUK IBU BAPA , TETAPI UNTUK ANAK-ANAK MEREKA. ADAKAH ANAK MEREKA PANDAI NANTI UNTUK MENCARI DUIT SENDIRI? ANDAI IBU DAN AYAH DIJEMPUT PERGI LEBIH AWAL, BAGAIMANAKAH DENGAN ANAK NANTI? ADA SIAPA-SIAPA YANG SUDI MENJAGANYA? AKU TAK RASA ADA YANG SANGGUP UNTUK MENJAGANYA!

Oleh itu, nasihat aku..jika kita tak mampu untuk membantu anak-anak ini, cukuplah sekadar memahami kehendak dan menghormati anak-anak ini sebagai insan di muka bumi ini. Mereka juga berhak untuk dilayan seperti anak-anak normal yang lain. Tiada ibu dan ayah mahukan anak mereka berkeadaan begini. Menyusahkan orang lain. Tak guna hanya berkata kasihan..jika ianya tidak keluar dari hati yang tulus.Kami tak perlukan kata kasihan..perlukan semangat untuk membantu anak-anak ini.

p/s: maaf terlalu emosi..sedih bila ada yang pertikai kenapa Nabila dan anak-anak lain perlukan bantuan!

Wajah yang tulus. Tak mengerti apa yang terjadi kepadanya..!

12 January 2010

Last day with Puan Suhana..

Seperti entry lepas, aku ada menceritakan tentang Puan Suhana yang akan bertukar ke Hospital Serdang. Minggu ini Nabila ada appointment lagi dengan unit fisioterapi.

Mulanya aku menyangkakan Puan Suhana sudah mula bekerja di Serdang. Sangkaan aku silap..bila lihat Puan Suhana masih lagi ada di mejanya..Dan katanya hari ini merupakan hari terakhir Nabila melakukan terapi bersamanya. Sebak rasa hati.. Yelah Nabila sudah lama bersama dengan Puan Suhana sejak dia berusia seminggu lagi. Masih aku ingat Puan Suhana datang ke katil kami dan memegang kaki Nabila. Pada waktu itu kaki Nabila bengkok. Akibat tidak berbendung dan terlalu lama kakinya dibiarkan terkangkang. Dan ketika itu juga aku di ajar untuk melakukan exercise pada Nabila. Terngiang-ngiang di telinga aku, Nabila menjerit kesakitan tatkala kakinya di tarik lurus oleh Puan Suhana.

Dan nasihat Puan Suhana ketika itu, menyuruh aku melakukannya setiap hari di rumah. Dan alhamdulillah..kaki Nabila tak bengkok lagi.

Dan sesudah itu, Nabila di suruh ke unit Fisioterapi ketika berusia 4 bulan. Keadaan Nabila agak teruk ketika itu. Tidak pandai meniarap..dan lehernya lembik. Dan hasil usaha Puan Suhana juga..mengajar aku di rumah untuk lakukan terapi untuk Nabila . Semua demi kebaikan Nabila.

Namun bila melakukan terapi bersama Puan Suhana..Nabila sering kali menangis. Sehinggalah Puan Suhana melahirkan anaknya baru-baru ini.. Nabila terus baik tatkala melakukan terapi bersama Puan Suhana. Puan Suhana agak terkejut pada mulanya dan memuji Nabila..yang nampak semakin baik sejak kebelakangan ini.

Dan hari ini, Nabila melakukannya dengan Puan Suhana buat kali terakhir. Dan kata Puan Suhana tempatnya bakal di ganti oleh Puan Siti. Nabila yang sangat baik hari ini..langsung tidak mengeluarkan suara tangisnya di hadapan Puan Suhana. Hehe..nasib baik..

Apapun..Saya dan Nabila mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada Puan Suhana di Serdang nanti. Khabarnya Puan Suahan di naikkan pangkat dan sebab itulah dia terpaksa berpindah ke sana. Mungkin dia akan mintak bahagian lain. Mahu bertukar angin katanya.Apapun..saya sangat berterima kasih pada Puan Suhana..sudi membantu saya dan Nabila untuk hadapi semua ini. Segala tunjuk ajar Puan Suhana akan cuba saya praktikkan. Dan doakan Nabila akan bertambah maju nanti.. :)

Nabila nangis bila dipegang Puan Suhana. Waktu ini Puan Suhana sudah mengandung.. :)

Nabila nangis lagik..

Gambar hari ini..Nabila dengan baiknyer berdiri di standing frame nih..(imej melalui cermin..Nabila asyik pandang ibu jer time nih..!)


video

07 January 2010

Projek terbengkalai..!

Lama benar aku disuruh buat benda ni..Baik Puan Suhana atau Puan Sally..berkata ada baiknya aku buat benda ni. nak beli pun mahal. Huh! dah tengok dah harga..hurm..orang bergaji kecik macam aku ni kena la kumpul duit sket untuk beli barang-barang fisio..

Apapun..Gunakan saja idea mereka ni. Rasanya semua therapist kat Malaysia ni pun suh buat perkara yang sama. Aku ni je yang lembab..huhu

Apa benda je tuh..?

Booster la yang aku maksudkan.. :)


Menggunakan tin susu..

Balut dengan Yoga Mat..Ada jugak guna Yoga Mat nih..


Balut jer ngan tuala..kasi lembut sket..

taraa..Nabila dah test dah..(ni amik gambar2 cepat2..sebab nabila dah pandai tolak kaki dia buat posisi merangkak..huhu


Gunakan apa sahaja.. janji boleh diguna pakai.. :) (Jangan hangat-hangat taik ayam sudah yek ibu Nabila..)

Aduhai hati ini..

Aduhai hati..kenapa aku rasa tak gembira?

Sejak 2-3 hari ini..aku banyak memikirkan tentang Nabila.Dapatkah aku mencapai target untuk memberikan apa yang terbaik buat Nabila. Arghh..sukarnya.. Mahu saja berhenti kerja dan menghadap Nabila setiap hari. Kurasakan tak cukup masa tatkala pulang dari pejabat dan berkejar-kejar untuk mandikan Nabila, makan dan bermain.

Sering tidur lewat..melewati 12 malam dan ke atas, barulah naik ke bilik untuk tidur. Nabila juga sama. Disuruh tidur..ada saja kerenahnya. Mahu bermain-main. Dan pabila di tutup semua lampu..barulah matanya pejam.

Terpikir-pikir juga untuk meneruskan aktiviti seperti dulu. Mencatat apa yang telah aku buat sepanjang hari bersama Nabila. Tapi macam biasa..diari hanya tinggal diari. Sifat "M' tu menguasai diri.

Bak kata Jiey..pernah dia berkata bahawa aku tak perlu memaksa diri untuk lakukan itu semua untuk Nabila. Cukup sekadar yang termampu. Namun hati ini degil. Keras kepala..!

Sian kat Nabila..

Apapun Nabila, Ibu akan buat apa sahaja demi Nabila. Akan usaha sehabis baik untuk tahun ini. Demi hidup Nabila, biar apa jua yang datang..ibu akan cuba atasinya. Ibu kagum dengan semangatmu Nabila. Cuba melakukan apa yang ibu suruh dengan sedaya upayamu.

.........
....
...
..
.

Suka benar dengan lagu ini..

Perjalanan masih jauh harus kau tempuh
Ku di sini memerhati tanpa rasa sangsi

Jangan gentar ada sabar semai di jiwa

Ku di sini mendampingi agar kau mengerti

Berlarilah kau berlari
Terbanglah dikau terbang tinggi

Bumi yang engkau jejaki
Janganlah dikau lupai


Andai kucapai si pelangi

Akan kuserah kepadamu

Agar dapat kau mewarnai

Seluruh hidup nanti


Yang hitam harus dijauhi

Jangan disimpan dalam hati

Putihkan jiwamu dengan
Kasih suci

Kuterima dirimu dengan seadanya

Dalam suka dalam duka

Kau tetap cahaya

Ku bersyukur pada Yang Esa

Punya segala-galanya

Sederhana tapi oh sempurna

Oh oh oh...


lagu dari Amy Mastura
Kasih Suci


Tadi aku ke hospital. Temujanji bersama Puan Suhana. Sampai sahaja, tengok Puan Suhana tiada. Diganti dengan orang lain. Dan therapist itu berbual dengan aku tentang Puan Suhana.

Aku dikhabarkan Puan Suhana akan bertukar ke Hospital Serdang. Dan aku bertanya, siapa yang akan menggantikan dia? Dan menurut therapist itu, mungkin akan bergilir-gilir bersama dengan therapist2 di gym sana. Aduhai..aku rasa kurang enak bila mendengar berita ini. Sebab Puan Suhana satu-satunya yang agak mahir tentang anak-anak kecil di Sg.Buloh. Yang lain tu aku kurang pasti skill mereka. Pernah juga di beri therapist lain..namun aku tidak berpuas hati. Mereka hanya buat sekadar yang boleh..dan rasa seperti mempertikaikan kebolehan Nabila. Bukanlah aku kata mereka tak pandai..cuma kurang pengalaman. Sudahlah therapist untuk OCC juga bertukar. Dan tak tahu bagaimana keadaannya nanti.

Rasa down dah menyelubungi diri. Kalaulah aku ni banyak duit..sudah tentu aku akan upah therapist khas untuk Nabila. Atau aku sendiri sambung belajar untuk ambil course physiotherapy. Terasa ingin saja buat sendiri..Tapi tak mampu dan tak daya. Ya Allah..permudahkanlah jalan untuk anakku. Berilah aku kekuatan. Berikan aku ketabahan.

Dan rasanya..Nabila pasti akan melalui terapi-terapi yang membosankan. Setiap kali datang..akan buat benda yang sama. Tiada benda baru. FED UP nyer! Asyik bertukar therapist.. Aku tak suka!

Perlukah aku bertanya pendapat kawan-kawan semua. Apa yang perlu aku lakukan? Dan terfikir juga..maybe Nabila takkan dapat naik treadmill machine nanti. Mesinnya tidak sesuai..! (tu kata therapist tadi.) Dia kata pelik kenapa Puan Suhana suruh Nabila naik mesin tuh. Dah tentu Puan Suhana tahu kemampuan Nabila. Dia hanya sehari pegang Nabila. Itu pun terapinya tak sampai 1 jam.

Akhirnya kecewa yang aku dapat. Rasa nak tukar hospital lain..tapi kat mana? Mungkin ada baik dan buruknya. Terpaksa memulakan sekali lagi jika tukar ke tempat lain. Yang ku harapkan sekarang adalah rawatan dari Kak Raw..

Nabila, maafkan ibu sayang. Kalaulah kita banyak duit atau ibu diberi kepandaian untuk ubati kamu..Ibu akan beri apa sahaja yang terbaik buat Nabila. SEGALANYA! BERSALAH YANG AMAT PADA NABILA. Maafkan ibu sayang!


p/s : Tadi aku baru sahaja ke Chow Kit. Menempah kasut untuk Nabila. Harga dalam RM 140. Ok lah tuh. Dan lepas ni nak pergi mana-mana Nabila akan menggunakan kasut itu. Tak perlu aku memikirkan kasut apa yang sesuai buat Nabila. Moganya kasut itu akan beri harapan baru untuk aku dan Nabila. Bila tengok kedai cam tak caya je dia buat kasut tuh. Kedainya kecil..namun aku percaya pada Puan Suhana..sebab dia yang suggestkan aku buat kasut di kedai itu.

06 January 2010

Style baru!

Hari ini, balik kerja saja..aku terus bawak Nabila naik ke bilik. Siapkan air panas untuk mandi..sebab cuaca agak sejuk petang tadi. Dan Nabila pula..seronok main di katil sementara menunggu aku untuk mandikannya.

Dibelek-belek rambut Nabila..sememangnya sangatlah panjang (bagi aku)..Rimas dengan keadaan rambut Nabila yang sudah 'mencucuk' mata.. aku mulakan operasi menggunting rambut Nabila.

Mulanya aku dapat rasakan agak sukar sebab aku memang sedia maklum Nabila memang pantang orang pegang kepala dia.Huh..! Ibu pedulik apa.. Yang penting mata Ibu tak sakit dan Nabila pun selesa. Memang nampak la sejak kebelakangan
ni, Nabila cuba tolak rambut menggunakan tangan..sambil-sambil menggaru hidung..(cewah..macam Nabila pandai jer tolak rambut kebelakang).

Dan aksi pun bermula. Aku letakkan Nabila dalam kerusi comelnya..dan potong di bahagian belakang. Huh..Nabila dah mula merengek dan mula melentik-lentikkan badannya.Adoiii..tercucuk pulak mata tuh dengan gunting..huhu..(heh..mana ada..aku hati-hati tau!)


Tapi aksi Nabila memang tak duduk diam. Sadis betul..lihat saja rambut Nabila..abis 'tobek-tobek' aku kerjakan dek kerna Nabila yang tak duduk diam..Dah gunting separuh..takkan nak berenti pulak. Nak tak nak terpaksa di teruskan sehingga abis. Merengek-rengek..last nya abis jugak aku guntingkan rambut itu..huhu..

Selesai je..bawak gi mandi..dan selepas itu, barulah nampak Nabila tersenyum. Huh! legalah tuh..hehe..Sori yek Nabila. Ibu bukan tak mau potong..tapi bila bawak gi kedai..dorang mesti potong pendek sangat. Dah cam lelaki dah anak ibu.. Tu yang ibu tak mau tuh..

tak nampak ketara sangat aku potong. tapi janji 'pandangan' Nabila clear..(abaikan gambar yang tak clear tuh)


Huh!Serabai..huhu..(abaikan katil yang tak berapa nak kemas)

03 January 2010

Gathering with supermom and superdad..

Salam semua.. entry pembukaan untuk tahun 2010. :)

Semalam kami sekeluarga ke Alamanda Putrajaya. Ada apa di sana? Sempena perjumpaan kami bersama supermom and superdad yang lain..cewah..sapa yang terlibat? Family Jiey, Put, Ita, Faizal, Zali dan Zura. Memang happening sangat-sangat. Kami sekeluarga mohon maaf sangat-sangat pada Put dan Zura sebab terlewat sampai..huhu

Sampai sahaja..aktiviti pertama kami ada main bowling..hehe..Best..Hilang rasa gian nak main..dah lama benar aku tinggalkan. Sejak-sejak mengandungkan Nabila.


Masuk saja set kedua..masing-masing sudah letih.. Dah mula setiap seorang anak-anak menangis nak tido.. Tapi masing-masing tak tido pulak tu..termasuklah si Nabila nih..Puaslah dodoi..huh..langsung tak mau lelap mata.. Agaknya nak tunggu potong kek kot.

Dan selesai saja main bowling, cadangnya nak berpiknik di luar. Dan lihat saja di luar..hujan.. Dan kami terus ke plan B iaitu lepak-lepak di rumah Put..


Di rumah Put, acara seterusnya adalah suprise party besday Ita. Memang happening ! Ita sendiri aku lihat sebak bila memberikan ucapan sempena hari lahirnya. Yelah..tak sangka tuh..hehe..huh! penat simpan rahsia nih, Ita.. Apapun thanks to Incik Farid..yang sebagai mastermind dalam besday party ini. Alhamdulillah..Moga Ita di murahkan rezeki dan dipanjangkan umur dan sentiasa sihat dan bahagia bersama Farid dan Sarra.. Amin.. :)

Dan acara seterusnya..Sesi potong kek bersama our superbabies! Masing-masing seronok dan teruja melihat kek ituh..memang cantik..!


Perut pun dah kenyang..borak pun dah mcm-mcm cerita dah..masanya untuk cabutan bertuah..Dan suasana di rumah Put gamat tatkala nama di sebut ketika cabutan di buat..hehe..best!



Dan pabila majlis melabuh tirainya..masing-masing pulang..kaki agak berat melangkah pergi..sebab terlalu seronok dan gembira bila dapat bersama-sama dengan mereka ini. Hati rasa ingin berjumpa lagi.. Insyaallah..ada rezeki kita buat lagi tau!. Gathering di tempat lain pulak..maybe gi bercuti kat mana-mana..best..best..best..Nabila tak henti2 senyum bila nak tido..ceria je dia dapat jumpe semua kawan-kawan dia.. :)


p/s : kredit to Incik Shah dan Puan Zura atas gambar2 ni.. Ina pinjam yek :)

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...