22 January 2010

maafkan ibu Nabila...

Aduiiii..rasa bersalah tak habis-habis..Kenapalah bodoh sangat aku nih..! Memang aku salahkan diri aku 200%.. SANGAT-SANGAT BERSALAH...!

Apa saja ibu Nabila ni..huhu..

Semalam, pulang saja dari kerja, aku terus bawa Nabila naik untuk mandi. Dan niatku petang itu, ada aktiviti yang perlu dilakukan. Aktiviti menggunting rambut..

Tempohari aku baru saja selesai memotong rambut Nabila di bahagian dahi..dan sedikit di bahagian tengkuk..Namun ketebalannnya rambutnya tak dapat ku usik kerana aku semacam tak reti untuk potong di bahagian itu..

Dan semalam, aku memberanikan diri.Dapat juga aku potong sedikit.Dan Nabila mula merengek apabila rambutnya dipotong. Rimas barangkali.

Selesai saja, aku bawa Nabila ke bilik air. Memandangkan air agak sejuk, jadi aku masak air panas untuknya. Pada mulanya aku ingin saja meletakkan Nabila di kerusinya, Tapi risau melihat yang Nabila menangis sambil menolak badannya ke belakang, jadi aku tak berani untuk tinggalkan Nabila sendirian sementara aku meletakkan air panas di bilik air. Nak letak kat atas katil, habis pula rambut gugur dan melekat di cadar. Sudahnya, aku dukung saja Nabila sambil meletakkan air panas itu.

Entah macamana, cerek yang aku pegang tak sampai pada baldi,aku cuba menukar tangan dan tiba-tiba..aku terasa kaki Nabila sudah mencecah pada badan cerek itu..Dan apalagi..Nabila menjerit kesakitan.. Aduii...terus aku rendamkan kaki Nabila dengan air di dalam baldi yang aku tadah tadi..cuak punya pasal, aku gi pegang la kat area melecur tuh..apalagi..menjerit sakan la Nabila..

Aku terus basuhkan badannya ala kadar, dan cuba menenangkannya. namun tangisan tak henti dan aku mula lihat, jari kakinya ada yang sudah melecet dan mengelupas kulit. Sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu. Aku menangis bila melihat kakinya. Nabila menangis tak henti-henti. Terus aku menelefon ayah Nabila supaya segera pulang.

Sampai sahaja di rumah, terus ayah Nabila keluar semula. Mencari ubat untuknya. Dan aku pula..Tak habis-habis menyalahkan diri. Terasa sangat-sangat bodoh ketika itu. Kalaulah aku tak sibuk memikirkan cadar yang bakal kotor akibat rambut Nabila, sudah tentu kaki Nabila tak kena badan cerek itu. Menyesal tak sudah aku dengan kejadian itu.

Lama juga Nabila berhenti menangis. Dan setibanya abg pulang, terus dia letakkan gel untuk menyejukkan bahagian yang melecur itu. Sepatutnya gel itu diletak sebaik saja kena, tapi sudah terlambat. Gelembung besar pada ibu jari kaki kiri dan anak jari sebelahnya yang sudah mengelupas kulitnya, buat Nabila bertambah derita kesakitan lagi.

Tak lama selepas itu, Nabila tertidur. Keletihan akibat menangis tak henti-henti. Aku juga keletihan, dan sudahnya tertidur bersama Nabila. Tak makan malam pun kerana 'sudah kenyang' angkara perbuatan aku terhadap Nabila.

Maafkan ibu sayang..Ibu bersalah sangat terhadap kamu..Ibu rela ganti kaki ibu dengan kaki kamu.Kenapalah ibu careless sangat..Kamu jadi bahana akibat kecuaian ibu. Maafkan ibu sayang..


Sakitnya hanya tuhan saja yang tahu. Kita yang besar ni pun meraung klu kena..inikan pula budak kecik..Bodohnya aku! Tadi Nabila nangis lagi masa mandi..sakit barangkali. Sudahlah petir sabung menyabung kat rumah.Nabila terkejut dengar petir. Rupanya Nabila sama ngan aku masa kecil..Takut petir..Kami berpelukan tadi..Takut amat2..

19 comments:

huda said...

k ina, on mase kecik dlu melecur ekzos moto..makyang buh lidah buaya, alhmdllah cepat je ok iA

sue79 said...

Dear noina,
lain kali klu takde pape ubatan, sapukan dulu putih telur atau ubat gigi.. utk kurangkan bisa.. jgn terlalu menyalahkan diri sendiri k

zh-ena said...

semoga cepat sembuh nabila

klu ena klu kena benda panas ena akan letak colgate..sejuk jea pas letak
lg 1 letakkan kicap..sejuk jgk rasanya

Intan@mama Hadif-Brunei said...

Intan pun dpt bygkn,mcmmane sakitnye kene cerek tu.kesian nabila.huhu.sori ye syg ibu nabila tak sengaja tu.tu la tanda ibu syg sgt sampai sanggup dukung nabila masa tu kn.harap2 cepat sembuh :)

A.I said...

Kau kan tak sengaja ina..jgn le smp salahkan diri kau camtu skali. bukannye kau saje nk buat camtu kat anak kau...huhuhu...

Sapu la lagi gel tu. Insyaallah, cepat la keringnya nnt..

LYaFRINA said...

olooo.. ciannyer nabila..
xpela kak.. jgn salahkn diri.. mde dah jadi.. Biasala, kdg2 kita rase kputusan kita buat dh btul,, tp nk buat mcmanakn kt hnya manusia biasa.. Apa2 pon kak byk2lah bsabar yer. smua tu ada rahmatnya

Jiey^Mien said...

Siyan Nabila..
Takpe Ina, jgn salahkan diri sdr ek..
Benda da nak jadi..
=(

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

susah nak kata, ina. semua tu tak disengajakan. jgn salahkan diri sendiri. tapi, kalau perkara yang sama berlaku pada sofie atau anak2 kak fiza yang lain, kak fiza pun akan salahkan diri kak fiza jugak. mmg kena carefull len kali. peringatan utk kak fiza juga...

sian nabila, moga kaki nabila cepat sembuh. ibu jaga nabila baik2 tau....

PuteriSatu said...

kesiannya nabila... cepat sembuh ye nak...

AiSHieY said...

ala ciannyer Nabila...klo xder sgt dah ubat bole sapu susu pekat manis tuh...xperla dah lpas kan...noina jgn salahkan drila ek...bnde dah nak jd...after this careful la...

Noina said...

Huda: huhu..tgh panik..tak tau nak wat apa..rendam dlm air sejuk je..pastu letak gel tuh..huhu

Sue79: tu ah kak..panik tak tentu hala..org kata tak elok letak ubat gigvi..lagi pedih..huhu

zh-ena: yang ina tau letak colgate ngan kicap x ok..yang ingat hanya rendam kaki kat air sejuk je..

Intan : tu ah..tak sepatutnya ina pikir pasal cadar tuh..letak je patutnya..cadar leh basuh kan..huhu..mau rasa bersalah amat2..

Kak Ai: huhu..org tgk cam kena dera je kak..

Noina said...

Lya: huhu..panik tak terkata..

Jiey: huhu..nasib baik abg tak bising sgt..dia pun ckp benda nak jadi..huwaaa!

Kak Fiza; tu ah kak..harap2 cepat2 sembuh..pedih tuh..nak mandi je Nabila nangis2..huhu

Noina said...

Puterisatu: tu ah kak..harap2 nya cepat sembuh..terpaksa rehatkan nabila dari meniarap.Kalau tak abis dia kerjakan kaki dia..

Noina said...

Aishiey: susu? ok ke? ina dah panik sgt sampai tak leh nak pikir..huhu..ingat rendam kat dlm baldi isi air je sebab masa tu dlm bilik air kan..huhu

ibu anas said...

kesian nabila.....takper jangan risau.kalu ada minyak gamat lagi ok lagi cepat baik...takper nabila kan anak yang kuat....

az1ra said...

Noina,
betul kata Huda, next time kalau kena benda panas (mintak di jauhkan) cepat2 bubuh putih telur.InsyaAllah dia tak megelembung.kalau colgate takut Nabila x tahan..Kicap plak takut hitam parut tu..ataupun standby Alano kat umah.
syukur x kena banyak..takpalah jadikan pengajaran so next time kita akan beringat..xpa nabila menangis kejap masa kita buat benda yang bahaya...jgn pikir banyak2.InsyaAllah x lama lagi elokla tu.Kulit budak selalunya cepat baik..

Wanie said...

Sian Nabila...semoga cepat sembuh yer cayang...mama tak sengaja tuh..

Rose Nieza said...

ala ciannye die..sedih Auntie Rose tgk.Takpe Ina, Nabila kan anak yang tough & kuat. :). Don't blame yourself k.

Noina said...

Ibu anas: masa mula2 kena tu ada gak letak minyak gamat..tapi sekejap je..pasal terus letak gel untuk sejukkan luka

Az1ra: tu ah..bila jadik benda2 camni..baru terpikir untuk sediakan semua tu kat rumah..hurm..patut kena ada safety first kit..huhu..kat umah ni takde..huhu

Wanie: huhu..tu ah..tak sengaja kan..ramai ckp kita sengaja..geram pun ada..huwaa!

Rose: huhu..maunya tak salahkan diri..nasib baik luka tak teruk..klu teruk mau sepanjang hidup menyesal..!

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...