27 January 2010

Nanes..nanes..nanes..

Entah kenapa sejak semalam Nabila asyik menangis saja. Tangisannya seolah-olah sedih dan sayu saja. Mulanya main-main..dan tiba-tiba dia menangis. Entah..aku pun kurang mengerti..!

Pagi tadi, Nabila bangun seawal jam 4 pagi. Aku yang mengantuk, terus turun ke bawah dan membancuh susu untuknya. Beri susu sampai mataku hampir terpejam. Nabila pun sama. Lelap dan kadang-kadang terjaga. Selesai menyusu, sendawakan, dan terus baring.Dan aku pula..terus melelapkan mata. Mengandaikan Nabila akan tidur kembali ketika itu.

Sangkaan aku salah! Nabila tak mau tidur. Dan mula merengek-rengek kecil. Sudahnya jam 5 aku bangun dan terus mandi. Bersiap untuk ke tempat kerja. Dan ketika mandi itulah, Nabila menangis sekuat hati. Sudahnya..mandi ala koboi..huhu.

Terus saja aku mendapatkan Nabila..(Ayah Nabila takde pasal keje malam) . Pujuk. Namun tak berjaya.. Aku meletakkannya kembali..dan mula berkata ,

" Nabila ni kenapa..ibu kan dah nak siap ni..kejapla.." (Nada yang agak nak keras2 gitulah)

Hurm..tak makan saman..Nangis lagi..geram pun ada..Mulalah suara ni nak tinggi..tapi masalahnya..kang jiran sebelah menyebelah kata apa plak..kul 5 pagi dok marah anak.

Dengan tudungnya yang belum dipakai, aku terus mencapai beg dan terus mendukung Nabila turun ke bawah. Letak dalam rocker saja, terus buai dan tidur. Mak aii..bertuah punya anak..Dan sudahnya, bersiap awal pagi, aku buangkan masa dengan menonton TV.

Dan bila diangkat untuk diletakkan di dalam kereta, tak sedar diri tidurnya!

..........................
.....................
..........
....
.

Dan tadi, Nabila buat hal lagi. Nak gi mandi, menangis lagi. Puas pujuk, tak henti-henti pulak tangisannnya. Adui..Kenapa ni Nabila..Siap mencebik-cebik lagi pulak tu..Hurm..Tah hapa yang buat dia sedih aku pun tak pasti. Melihat saja tadi program Bersamamu, pengorbanan ibu dan ayah membesarkan 2 org anak istimewa, buat aku tersentuh hati. Dan pula , anak itu menyanyikan lagu Allahyarham Sudirman, terus aku mengalirkan air mata. Dan Nabila juga begitu bila aku menyanyi mengikut alunan muzik dalam TV tadi. Mungkin Nabila faham.

Aduhai hati..Cepat benar hati ini tersentuh. Benar..bila di jalan yang sama..pasti akan mudah merasai apa yang dilalui orang yang senasib dengan kita.Pergilah duka lara..Gantikan tawa ceria untukku dan Nabila.. Berilah berita gembira buat kami..Pergilah berita sedih..Jauh..jauh dan jauh lagi..Yang tinggal hanya harapan untuk aku dan Nabila untuk terus berjuang di bumi ini.

3 comments:

ibu anas said...

kuatkan semangat dan banyakkan bersabar ya...saya pun kdg2 hilang gak sabar kalu anas neragam tengah2 malam buta....tapi bila lepas marah tu menyesal sepanjang hari hehehe...budak kecik kadang2 kita tak tahu mana sakitnya....kalu dia merengek ke menangis tuh mesti ada yg tak kena tuh.....ataupun dia nak perhatian kita....

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

sedih k.fiza baca entri ina yang ni...
sabarlah ina...kuatkan hati demi nabila tersayang.

Ummu Sofea said...

Sabarlah yer... Mungkin Nabila nak meningkat besar, adalah perubahan ragamnya.. Kadang2 tu cuma nak menguji kesabaran kita saja.

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...