06 January 2010

Style baru!

Hari ini, balik kerja saja..aku terus bawak Nabila naik ke bilik. Siapkan air panas untuk mandi..sebab cuaca agak sejuk petang tadi. Dan Nabila pula..seronok main di katil sementara menunggu aku untuk mandikannya.

Dibelek-belek rambut Nabila..sememangnya sangatlah panjang (bagi aku)..Rimas dengan keadaan rambut Nabila yang sudah 'mencucuk' mata.. aku mulakan operasi menggunting rambut Nabila.

Mulanya aku dapat rasakan agak sukar sebab aku memang sedia maklum Nabila memang pantang orang pegang kepala dia.Huh..! Ibu pedulik apa.. Yang penting mata Ibu tak sakit dan Nabila pun selesa. Memang nampak la sejak kebelakangan
ni, Nabila cuba tolak rambut menggunakan tangan..sambil-sambil menggaru hidung..(cewah..macam Nabila pandai jer tolak rambut kebelakang).

Dan aksi pun bermula. Aku letakkan Nabila dalam kerusi comelnya..dan potong di bahagian belakang. Huh..Nabila dah mula merengek dan mula melentik-lentikkan badannya.Adoiii..tercucuk pulak mata tuh dengan gunting..huhu..(heh..mana ada..aku hati-hati tau!)


Tapi aksi Nabila memang tak duduk diam. Sadis betul..lihat saja rambut Nabila..abis 'tobek-tobek' aku kerjakan dek kerna Nabila yang tak duduk diam..Dah gunting separuh..takkan nak berenti pulak. Nak tak nak terpaksa di teruskan sehingga abis. Merengek-rengek..last nya abis jugak aku guntingkan rambut itu..huhu..

Selesai je..bawak gi mandi..dan selepas itu, barulah nampak Nabila tersenyum. Huh! legalah tuh..hehe..Sori yek Nabila. Ibu bukan tak mau potong..tapi bila bawak gi kedai..dorang mesti potong pendek sangat. Dah cam lelaki dah anak ibu.. Tu yang ibu tak mau tuh..

tak nampak ketara sangat aku potong. tapi janji 'pandangan' Nabila clear..(abaikan gambar yang tak clear tuh)


Huh!Serabai..huhu..(abaikan katil yang tak berapa nak kemas)

4 comments:

A.I said...

biar kobek pon takpe. asalkan selesa (^_^)

amdang81 said...

Salam utk Nabila..

Jumpa link ni dari blog wife. Tahniah utk ibu dan ayah Nabila yang semangat dan penuh sabar dalam membesarkan anak seperti Nabila.

Kadang-kadang, rasa ujian yang menimpa kita sudah cukup berat, tetapi apabila memandang keliling - jauh sebenarnya kita patut bersyukur.

Kongsi kisah pasal 'rambut'. Anak saya, Balqis sudah beberapa kali rambutnya dipotong oleh Nenek Sedara merangkap pengasuh Balqis. Semuanya gara-gara 'menyebut' di depan Nenek Sedara dia pasal rambut Balqis dah panjang.

Niat menyebut begitu untuk tunjukkan dia dah besar, rambut makin banyak dan panjang, tetapi lain yang difahami.

Apabila petang nak ambil Balqis, sure terkejut tengok rambut yang dah dipotong. Huhuhuh.

Selepas 2 kali 'terkena' begitu, lepas ni dah janji dan pesan siap-siap pada wife agar tak sebut pasal rambut depan Nenek Sedara tersebut. Maklumlah budak Sindrom Down ni rambut dah la nipis, jarang dan biasanya tak panjang.

Nak je biar panjang mengurai sesekali. Lagipun masa kecik ni la nak ikat ke, nak lawa-lawa dengan rambut tu.

Oklah, salam taaruf dari Terengganu. Peluk cium untuk Nabila. ;)

Noina said...

Kak Ai..hehe.. konon2 nak comey..sudahnya tobek gak..huhu

Noina said...

Amdang81: salam perkenalan..hehe..yeke..Nabila pun sama..pantang nenek dia tgk rambut panjang..mesti potong gak..huhu..tu pun siap ckp ngan mak jgn potong..klu nak potong..biar saya sendiri yang potong..kata bb gurl..takkan nak pendk2 kan?

Betul..kita insan2 terpilih untuk mejaga anak2 ini. Moga Allah permudahkan segala urusan kita.. Amin.. :)

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...