13 January 2010

Syahdu..

Petang tadi, aku melihat iklan di TV. Tentang rancangan Aduan Rakyat. Dan aduan kali ini..amat-amat mendalam bagi aku.

Tak sabar menunggu waktu malam..

Malam...

Bagi mereka yang tengok, aduan tentang anak istimewa sangat menyentuh jiwa. Terutama aku..yang punya nasib sama seperti ibu-ibu yang terpapar di televisyen itu. Melihat saja wajah-wajah anak itu di televisyen, sudah cukup buat aku menangis. Dan kupandang wajah Nabila. Ku katakan padanya.."tu semua kawan-kawan Nabila..!"

Nabila hanya mendiamkan diri. Mungkin juga tidak faham dengan apa yang aku katakan..

Betul kata ibu-ibu di dalam rancangan itu. Bukan mudah untuk menjaga anak-anak ini. Menjaga anak-anak ini memerlukan kesabaran yang tinggi dan pengorbanan setulus jiwa. Mereka bukan mahu pinta dilahirkan begini. Sedih, namun hidup perlu diteruskan. Anak-anak itu perlukan susu, lampin, makanan yang berkhasiat, kasih sayang dan perhatian dari semua orang. YA, SEMUA ORANG WALAUPUN ORANG ITU BUKAN AHLI KELUARGANYA.

Tanpa bantuan, agak sukar bagi anak-anak ini mendapatkan segala keperluan mereka. Bukan murah dan bukan mudah untuk mereka mendapatkan keperluan itu. Mendapatkannya saja, perlu perlbagai usaha..sehinggakan terpaksa mencari duit lebih. Aku berkata ini bukanlah untuk mengada-ngada, namun..memang benar apa yang dikatakan oleh ibu-ibu itu. Anak-anak ini bukanlah minum susu biasa. Seperti Nabila contohnya, Nabila terpaksa minum susu berjenama bagi menaikkan beratnya. Bukan murah..sebulan perlukan hampir RM500.00 untuk membeli susu sahaja. Itu tak termasuk lampin dan keperluan lain. Belum juga aku tambah dengan barang-barang untuk terapi yang aku rasakan sangat penting bagi dia. Terpaksa juga mencari alternatif lain seperti menggunakan barang-barang terpakai untuk dibuat alat fisio.Kalau Nabila ada sakit kronik dan perlukan bantuan untuk bernafas atau segalanya..pasti akan bertambah juga perbelanjaan kami.

Bukan merungut, tapi inilah hakikatnya. Semua ibu bapa yang punya anak istimewa juga mungkin sama keperluannya dengan Nabila. Perlukan macam-macam untuk mereka meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Bagi aku setiap anak istimewa wajar diberi bantuan. Walaupun aku rasakan ibu bapa itu berupaya untuk beri apa saja untuk anak mereka. SEBAB BANTUAN ITU BUKAN UNTUK IBU BAPA , TETAPI UNTUK ANAK-ANAK MEREKA. ADAKAH ANAK MEREKA PANDAI NANTI UNTUK MENCARI DUIT SENDIRI? ANDAI IBU DAN AYAH DIJEMPUT PERGI LEBIH AWAL, BAGAIMANAKAH DENGAN ANAK NANTI? ADA SIAPA-SIAPA YANG SUDI MENJAGANYA? AKU TAK RASA ADA YANG SANGGUP UNTUK MENJAGANYA!

Oleh itu, nasihat aku..jika kita tak mampu untuk membantu anak-anak ini, cukuplah sekadar memahami kehendak dan menghormati anak-anak ini sebagai insan di muka bumi ini. Mereka juga berhak untuk dilayan seperti anak-anak normal yang lain. Tiada ibu dan ayah mahukan anak mereka berkeadaan begini. Menyusahkan orang lain. Tak guna hanya berkata kasihan..jika ianya tidak keluar dari hati yang tulus.Kami tak perlukan kata kasihan..perlukan semangat untuk membantu anak-anak ini.

p/s: maaf terlalu emosi..sedih bila ada yang pertikai kenapa Nabila dan anak-anak lain perlukan bantuan!

Wajah yang tulus. Tak mengerti apa yang terjadi kepadanya..!

21 comments:

Rose Nieza said...

Pagi-pagi dah bergenang air mata ku bace entry ni..Be strong dear. Remember, even in this world, people will look strangely to Nabila. But in the world ever after, Nabila will look them back with such a big smile.. :)

ita zakaria said...

kat bumi nih, semua nak cantik, semua nak baik, semua nak yang elok. yang buruk, yang sakit, yang tak elok tak de sape mahu! dan kite sebagi parents, mane ade doa nak anak macam anak kita. tapi dah Allah tentukan, kite kene terima. sebab, ini amanahNya, ini dugaan untuk kita kat bumi. Allah menyayangi hambaNya yang diuji. sebab tuh kite tak pernah 'sempit' bila jaga anak istimewa nih. Walaupun adakala keperluan anak2 tak cukup!

ina, belum pun kita mak ayah nih pergi, dah ada dah yang bertanya kat ita.
"tak ke leceh nanti nak bawak anak nih kesana sini kalau dia dah besar nanti dalam keadaaan macam ni?"
apa ina rase kalau ade mulut longkang cakap macam tuh? walaupun yg cakap tuh orang tua yang dah tggu ajal jer? sedeh na...tuh anak kita, kita bukan mintak duit die pun! tempat yang patut kite mintak pun, belum tentu dapat! bila dah ada aduan, baru nak cakap... "dalam proses, kita akan pantau!" selama 5 tahun anak2 tuh hidup, masih dalam proses ker? tet kucin jer JKM nih!!!!!
(sorry eh na, emosi berantakan sejak2 akhir nih) hanya kita yang paham sesama kita!

A.I said...

AKU PAHAM :(

makdara terdiva said...

alamak! x smpat nak tengok..
teringat kisah org JKM perak dtg survey umah mak kt kg..setiap inci umah dicek..org tu pelik kot sbb umah besar tp masih nak mintak bantuan..

tp ironinye..bantuan yg kitorang mintak bkn utk mak/abah..tp utk akim(OKU)..giler @ buta @ tuli dorang tu???? nmpk sgt kerenah birokrasi..

skrg akak dah lega ckit..sbb akim dah mula drjah 1 kat sekolah pendidikan khas tu..baru sekolah x smpai 2 mggu, dah masuk kelas muzik..pastu terpilih utk wat persembahan solo utk wakil sekolah..vavava..alhmdulilah...

insyaAllah nabila pun akan lalui fasa yg sama dgn akim..caiyok nabila caiyok..folo abg akim.. :)

Manjakusayang said...

Noina...
Membaca n3 ni pun dah cukup buat ummi tersedu... Ummi tau bukan sedikit perbelanjaan yang niona perlukan... Memang banyak...
Jika lah ummi terdiri dr orang yang kaya-raya... pasti ada bahagian untuk anak2 seperti Nabila... Kerana anak2 seperti ini memang amat perlu di bantu!

Ain said...

akak yg menonton turut menangis sama... sungguh berat dugaan yang kalian terima...

saat itu, akak teringatkan ita ngan sarra...

ya, tuhan, kau berikanlah kekuatan kepada mereka..

moga kalian semua tabah dan dipermudahkan segala urusan...

berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul sebenarnya kan...

Noina said...

Rose Nieza: huhu..luahan hati tulus dah buat org nangis..sori yek..Betul ckp Ros..'disana' nanti pasti nabila org yang paling cantik dan indah..mungkin juga boleh berjalan dan berlari.. :)

Ita : Mulut sapa la yang ckp mcm tuh..Ina mmg sakit ati..geram..Tak ingat tuhan agaknya cakap macamtu pada ahli syurga..

betul..Sarra ngan Nabila tak mintak pun lahir macam ni. Dorang pun mmg tak hingin nak susahkan org lain..lagi2 kita ni membesarkannya. Hati mereka mungkin menjerit pilu..mahu berkata pada semua org yang mereka juga berhak disayangi seperti orang lain.Tak patut dipandang pelik atau tidak dihiraukan..sedih ita..memang sedih..

Noina said...

kak Ai.. Thanks kak..sudi paham kami semua..

Noina said...

Kak Firuz: kak..kang kita ckp dorang nih tak buat keje kang susah pulak..tak pasal2 kena saman pulak saya dalam blog ni. Tapi yang di tangguh permohonan orang tu sapa suruh. anak dah besar pun masih tak dapat2 lagi..mana tak sakit ati. Bila si Karam tu masukkan cerita dlm TV baru nak gelabah..huhu..

Yes..nanti Nabila pun nak ikut cam abg akim gak..hehe..nanti abg akim ajar Nabila ABC tau!

Noina said...

Manjakusayang: kak, benar..klu ina ni kaya..dah lama dah upah therapsit..beli barang2 fisio..huhu..apakan daya..keje kerani jer..huhu..sedih kak..

Ain : kak..ina sepanjang org dlm TV tu cerita..ina nangis..huhu..sedih amat2..

zikachiCOOL said...

be strong ye kak. saya mungkin x paham apa yang akak lalui, tapi bila tgk perkembangan nabila, saya jadi happy. suka tgk nabila semakin bagus. dan saya sangat respek akak nye smgt. blog akak byk ajr saya yang baby cam nabila sbnrnya ada masa depan yang cerah. kami je yang perlu bagi sokongan. (^.^) caiyok2 tuk akak dan nabila.

Noina said...

zikachicool: thanks dik..berkat doa semua..Nabila ada perubahan berbanding dulu.. :)

LYaFRINA said...

ermmm.. xpela bg mrk y x memahami.. mmg ssah nk baca hati org2 mcm tu.. lya faham apa y kak rasakn.. sbb lya dulu pon tgolong dlm OKU... lya pon ada sejarah hitam y xmungkin padam dlm hidup lya.. hanya keyakinan diri... membawa lya k tmpat skrang.. Nabila pon pasti blh... lya percaya!!! selain tu sokongan sekeliling amat penting dlm mbantu pemulihannya...

** lya tgk iklan pasal rncngan tu.. tp x smpat nk tgk...

ibuayu said...

airmata akak mengalir apabila melihat aduan rakyat semalam..ada masanya akak bagai tak sanggup melihat anak2 itu..teringat akan insan yang akak rindui...
Terasa geram apabila jawapan yang diberi ..permohonan dalam proses..surat dah hantar tapi tak sampai.....sudahlah tu alasan lapuk ..je...

mrs_zura said...

xdan nk tgk semlm...sibuk shopping bandage...sabar ek ina...insyaallah rezeki xkan putus...n sama2 kita berdoa smg nabila bertmbh berkembang...i'll always at your side...

Noina said...

LyaFrina : Betul..sebagai ibu bapa..mmg perlu sokongan dari org luar jugak.Yelah..semua org tak mungkin ada yang belum pernah mengalami situasi menjaga anak istimewa.. lain Lya jaga anak sihat ngan anak istimewa..sangat berhati-hati..

ibuayu: tu lah akak..Ina pun salah sorang gak pemohonnya..masih lagi menunggu jawapan..Dorang pun masih belum lagi tengok Nabila secara live. Dah tengok baru bagi bantuan.huhu..Memang kesian tgk anak-anak yang sama perjuangannya dengan Nabila..

Noina said...

Zura: Amin..hurm..nak wat camner zura..sian kat akak2 dlm TV tuh..anak2 mereka mmg sangat2 perlukan bantuan. Itupun ina rasa segelintir je yang dapat cerita..ramai lagi kat luar sana yang masih menagih bantuan tu..

As said...

sedih baca citer ni...ya la...kiter slalu mau yg terbaik tuk anak2 kiter... Nabila bertuah ader mama yg begitu amik berat pasal dia....
she will be a strong kids sbb ader mama n ayah dia....
hmm kami pun sedih kalo tgk kisah budak2 ni...huhuhu

Noina said...

As: luahan hati ibu..huhu..harap2nya kan..kuat semangat untuk hidup..ina sendiri pun kagum dengan dia. Kalau ikutkan dari sejarah kelahiran..Nabila pasti dah takde dlm dunia ni. Allah mahu ina rasai hidup sebagai seorang ibu kepada Yasmin Nabila.. :)

Noriza said...

sabar & tabahkanlah hatimu Noina dlm menempuh ujian Allah ini... hanya dia yg tahu apakah ganjaran utkmu & anakmu di hari kelak....
insyallah.........Allah amat menyanyangi kamu & anakmu, sebab itu diberinya ujian sedemikian kepada kamu sekeluarga... saya doakan semoga Allah melimpahkan rezeki & dipermudahkan setiap urusan kamu sekeluarga. Amin.....

Noriza said...

Sesungguhnya Allah amat menyayangi kamu suami isteri, sebab itu diberikan ujian sedemikian, tabahkanlah hatimu dengan ujiannya itu Noina.....
ada ganjaran yg akan awak terima kelak....

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...