Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

28 February 2010

Apa yang anak kau boleh buat sekarang nih?

Heh..Kasar giler tajuknya..

Acapkali juga aku ditanya soalan begini..Nak jawab susah..tak jawab pun susah. Bukan tak mahu berkongsi..atau malu..tapi agak susah bagi aku memperkatakan tentang 'kehebatan' Nabila.

Jika Nabila membaca coretan ini nanti, ibu sememangnya mengagumi Nabila. Semangat kental untuk terus hidup, cuba melakukan sesuatu walaupun agak sukar baginya untuk melakukan apa yang disuruh.

Namun untuk bercerita tentang kehebatan anak ini di depan orang..agak sukar. Aku takut andai orang kata 'cakap tak serupa bikin' bila melihat keadaan Nabila. Hanya aku sahaja yang tahu apa yang Nabila telah capai buat setakat ini.

Entry ini bukan untuk menunjuk-nunjuk..cuma berharap agar mereka di sana memahami keadaan Nabila dan juga situasi aku untuk bercerita tentang keadaan Nabila. Bukan malu..tapi khuatiri dianggap 'poyo' oleh sesetengah pihak. Niat ingin menjaga hati semua orang..

Aku tahu bukan mudah untuk aku melatih anak 'brain injured' ini. Segala tindakannya akan memakan masa untuk Nabila melakukannya. Baginya tidak mudah. Kerosakan otak bukan boleh diganti dengan otak lain. Kalau boleh..dah lama aku buat dah.. Perangai seperti anak kecil..tak sepadan dengan usia.

Pelbagai rintangan terpaksa dihadapi untuk memajukan Nabila. Terpaksa menebal muka..bertanya pada orang-orang yang lebih berpengalaman atau yang faham tentang Cerebral Palsy. Hanya yang menjaganya saja tahu apa yang Nabila lalui sepanjang usia 1 tahun 10 bulan ini.

Mengharapkan sesuatu keajaiban pada anak ini..sememangnya impian aku sejak mula dulu lagi. Ya..sejak Nabila disahkan 'anak istimewa' . Usaha dan kekuatan ini menjadi pendorong untuk aku terus membantu Nabila. Tak mahu menjadikan Nabila sebagai beban kepada orang lain.

Namun kini..Alhamdulillah..Nabila ada menunjukkan sedikit perubahan. Walaupun tidak besar, namun berpuas hati dengan keadaannya. Jika dibandingkan dengan dahulu..keadaan Nabila amat teruk sekali. Saban hari menitis air mata ini bila mengenangkan nasib anak ini. Segala usaha yang dilakukan sudah ada yang menunjukkan hasilnya. Tak besar..tapi aku syukur sangat. Allah telah memberi aku jalan sepanjang aku membesarkan Nabila. Bergelumang bersama 'temujanji' hospital yang kerap.. bersama dengan rawatan Kak Raw..dan berkongsi rasa bersama rakan-rakan bloggers yang selama ini tak ku jangka hubungan kami akan sebegini erat..buat aku semakin bersemangat. Dan hati ini cuba ingin membantu yang lain yang masih belum menemui jalan untuk membantu anak mereka.

Mohon saja niat ini suci. Membantu dan dibantu adalah perkara yang baik. Dan sekali lagi jika ditanya keadaan Nabila sekarang..pasti aku hanya tersenyum dan menjawab perkara yang penting saja.. :)

9 comments:

nieda said...

salam,
Nabila tetap anak yang hebat. Sangat comel. Kita as a parentlah kekuatan buat nabila. Moga semuanya bertambah baik..

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

jgn mengeluh,ina.... nabila anak yg comel dan kuat. kak fiza faham apa yg ina rasakan. mungkin situasi kita berbeza, tapi kak fiza sgt2 faham. sofie pun mcm nabila. menguruskan sofie umpama menguruskan baby kecil, tangisan yg kdg kala melampau, membuatkan kak fiza hilang sabar.tapi, nak tak nak kak fiza perlu hadapi dgn sabar. selalu kak fiza istighfar bila syaitan berbisik dihati. dia anak kita. Allah sayang kita....Allah sayangkn anak kita. tabah ye,dear!

A.I said...

putih melepak!! mata penoh satu muka!! ngeeeeeeeeeee...auntie jumpa awak nnt, nk geget skit pipi gebus dia tu...

Yin Areesa said...

Anak kita, hanya kita saja yang tau setakat mana "kehebatan" dia. Usah pedulikan "kehebatan" anak orang lain sebab anak kita yang paling baik, paling hebat.

KLMari said...

Sesikit mana pun progress yang anak anak kita buat di mata orang lain, tapi di mata dan hati kita, terlalu besar...Kalau anak normal yang lain, bertepuk tangan tak perlu diajar banyak kali, tapi anak anak kita, perlu latihan dan stimulasi yang berulang ulang kali...makanya, bila ada progress (walaupun kecik), besar sangat maknanya..Nabila is a strong girl and she definitely got that from you and hubby !!! Take care !!! Muaaahhh to Nabila..:)

AMIEROZIANA said...

buat ibu nabila....
saya begitu kagum dengan ketabahan ina....jgn peduli apa yg org kata yg penting kat sini tempat kita meluahkan segala kasih sayang kita pada anak kita....saya pelik jika ada org yg sampai hati nak mengutuk seorang ibu yg ada anak macam ina....mungkin belum masa orng yg mengutuk itu melalui seperti mana yg ina rasa...
yg penting nabila sangat bertuah mempunyai ibu setabah ina......saya menitis airmata setiap kali mambaca entry ina...semoga nabila mendapat keajaiban dari Allah...semua ditanganNya.kita sebagai ibu hanya mampu berusaha......

ieda said...

uish...comel jer muka nabila tu..tembam pipi.

ibu_umairah said...

ala sweet je muka itu......geram tengokkk

salina said...

setiap 1 perkembangan nabilah, adalah kejayaan besar pd ibu ayah dia.. walaupun ia banyak atau sedikit.. cepat atau lambat.. nabilah tlh mencuba dan akan trus mencuba.. selagi ibu ayah menyokong nabilah.. insya'allah nabilah akan brjaya harunginya.. sesungguhnya setiap janji Allah itu benar belaka.. nabilah kuat krn dia mempunyai ibu&ayah yg kuat semangat..