Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

21 February 2010

Genting Highland..

Gambar aksi sepanjang berjalan di sana..huh! macam2 perangai..Gambar kabur sket pasal guna camera Hp je..kamera bawak..alih2 tgk dalam..memory kad tertinggal kat rumah..huhu


Petang tadi kami ke Genting. Agak gila jugak..Entah tiba-tiba agak bosan duduk di rumah dan terus ajak abg. Dan kata abg..OK!

Sewaktu hendak keluar..nampak langit macam gelap. Tanda nak hujan. Dan setibanya di Batang Kali..hujan turun mencurah-curah. Hampir saja mahu berpatah balik..namun sewaktu ingin membelok, aku lihat di hadapannya cuaca nampak cerah. Dan aku terus menyarankan abg untuk meneruskan perjalanan. Dan setibanya di Sky Way.. Tak hujan langsung. Nasib baik..Risau jugak naik Sky Way time ujan-ujan.. Bahaya wooo..!

Dan sewaktu membeli tiket..tak pulak kelihatan orang ramai. Naik saja untuk beratur naik cable car..MasyaAllah..Panjangnya barisan. ramai pulak tuh.. Huh! Apa saja dibuatkan di Genting ini! Ramai betul orang.

Nak tak nak beratur je lah. Nasib baik Nabila tak mengamuk. Mulanya aku dukung Nabila. Dan melihatkan matanya hampir saja kuyu..terus letakkan Nabila ke dalam stroller. Sebelum itu..ada juga mata-mata yang memerhati Nabila. Sempat juga tangan budak India mencuit pipi Nabila. Geram barangkali. Dan ada juga orang-orang Cina dan Melayu yang melihat Nabila..sambil-sambil menunjuk pada Nabila. Tak tau dorang cakap apa..pasal cakap bahasa mandarin kan..jadik aku buat derk je..mana yang senyum tu aku senyum la. Agaknya geram ngan mata Nabila kot..hehe..

Dan ketika naik cable car..Nabila nyenyak tidur di pangkuan aku. Sedar-sedar 5 minit kemudian..dia bangun. Agaknya rasa pelik. Terus celik dan senyum. Wah..kemain lagi anak dara aku nih..

Sampai je kat atas sana..terus saja berjalan. Lama benar kami menjejakkan kaki ke situ. Last pegi pun time sebelum kawin. Lepas kawin terus tak gi. Plus-plus tengah ngandung plak tuh..Huhu..malas benar. Ada jugak yang aku lihat..anak masih merah lagi dah bawak gi Genting. Tak sejuk ke? Aku nak bawak Nabila ni pegi pun pikir dua tiga kali. Tempat-tempat ni(paham2 jelah) rasanya kurang sesuai untuk anak kecil cam Nabila. Lalu hutan..tempat-tempat judi..huh..sangat tak sihat..! ( Tapi gi gak..hehe.)

Nabila nampak enjoy jugakla walaupun sekejap. Malas nak lama-lama kat situ. Jalan-jalan ada la dalam 1 1/2 jam..tgk macam dah nak pukul 7..kami terus berangkat pulang.

Dan nak balik pun ramai jugak orang. Ada pasangan cina ni..dok tegur Nabila..kata "haii..haii.." sambil melambai-lambai kat Nabila.Abg diam je tengok Nabila. Mulanya Abg pikir mesti Nabila tak respon. Sekali tengok Nabila jeling kat perempuan Cina tuh..kemudian senyum. Abg terkejut beruk la. Yang perempuan Cina tu pulak..melompat-lompat cakap kat suaminya yang Nabila respon kat dia..hehe..Kalau la dia tau Nabila tu camner..apalah respon dia agaknya?

Berjalan memang seronok. Cuma aku terfikir-fikir, bila Nabila dah besar nanti..agaknya macamana lah orang pandang kat dia kan. Hurm..klu masa baby ni mmg la comel bila tgk..tgk dah besar sok..entahlah..takut juga aku nak membayangkan. Tak payah nak tgk contoh jauh2..tadi saja sudah cukup. Kebetulan ada orang istimewa nak turun tangga. Terpaksa menggunakan mesin untuk turunkan dia dari tangga. Dan orang-orang yang sedang naik tangga pulak..sibuk tgk. Tengok macam pelik. Huh..! sibuk betul nak tengok apa benda nyer tuh..Bukan alien ke apa nak tgk orang tuh turun tangga. Abg kata dia sibuk dok tgk gelagat orang ramai yang memerhati insan istimewa tu turun..huhu..sedih..sedih..

Apapun..jalan-jalan kali ni..best jugak la..walaupun sekejap. Saja nak bagi Nabila cuci mata...hehe. Next time leh gi lagi. :)

p/s : esok ada appointment dengan pakar mata. Hurm..cam tak sanggup pun ada nak gi..sian kat Nabila..Tak tau la apa cerita esok..harap-harap benda yang baik-baik aje..

6 comments:

A.I said...

sempat lagi pepetang tu kowang naik genting. sronok le nabila. jalan sejuk2 tu. org lain kt bawah sume kepanasan ;P

ala, aku paham benar rasa kau bila org jeling2 tengok. siap tunjuk2 lagi kt anak kita. haih..payah la ngan dowang ni. bukan apa, kalau nk tgk boleh je. tp pandang jelah cam biasa kan? takyah le gi tenung / pandang 2 3 kali. huhuhu...

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

seronoknya nabila....ibu bawa gi jenjalan yer.
semoga nabila terus ceria dan sihat ye, sayang.

Rizziela said...

Biasalah tu...
Sebab Nabila comel..semua orang geram ajer tengok dia

Yasmin Nabilah.. said...

Kak Ai: hehe..takde menda nak buat kat umah.Plak tu panas..hehe..Tapi mulanya cam tak nak gi pasal ujan..tgk alih2 kat genting kering pulak..tu yang mokcik suka tuh..hehe..

Kak Fiza: hehe..Sofie pun leh ikut gak..nantilah..klu ada masa leh kita jenjalan sesama..umah kita pun bukannya jauh sgt kan kak.. :)

Rizzeila: hurm..klu kata comel takpe..ni pandang pelik.Huhu..suah gak..takleh la nak cakap apa..mata org bukan leh tutup2 kan? hehe..

Ummi Alisya said...

waaahhhh.. gi genting ye! cam best je. bila lah Sarra & ummi nak sampai sane! Abi dah lame lepasss!

Yasmin Nabilah.. said...

tu ah..dah cakap ngan zul..yang ita lum lagi gi sana..nanti kita gi nak..hehe..klu reramai mesti best..tapi kena bawak banyak sekt duit..leh main menan yang kat dalam tuh. Makan pun mahal..hehe..