02 February 2010

Kekuatan sahabat ini!


Aku kagum dengan semangat seorang sahabat ini. Namanya Nurul. Aku dan Nurul berkenalan ketika kami sama-sama melapor diri di Kementerian. Orangnya kecil molek..namun punya semangat yang kental. Tidak menghiraukan apa orang sekeliling pandang dan lihat pada dirinya.

Berjumpa dengan Nurul buat aku rasa bersemangat. Menempuh hidup bersama Yasmin Nabilah. Banyak perkara yang aku dapat kongsi bersama Nurul. Semangat dan kecekalan demi untuk mencari sesuap nasi di Kuala Lumpur. Ibu dan ayahnya berada di Temerloh. Pada mulanya mak Nurul agak keberatan untuk meninggalkannya sendirian. Hampir 3-4 bulan juga mak Nurul menemaninya di Kuala Lumpur. Dan kini, Nurul tinggal bersama salah seorang kakitangan Arkib.

Sudah beberapa kali kami keluar bersama. Ada juga mata yang memandang ke arahnya. Pernah juga aku marah pada orang yang memandang Nurul. Tak suka! Itu kata aku. Ingat pelik sangat ke? Aku paling tak suka bila mana orang memandang orang-orang istimewa berjalan di tempat awam. Aku faham perasaan itu. Aku juga mengalami nasib yang sama tatkala Nabila dibawa berjalan. Pelik sangatkah?

Aku tak pernah melihat Nurul menangis atau sedih. Ketawa ceria sentiasa berada di wajahnya. Membuatkan aku senang bila berkawan dengannya. Aku juga mahukan Nabila begitu pabila usianya menginjak dewasa. Ceria dan bersemangat. Dan paling penting adalah pelajaran buatnya. Aku tak mahu dia terus bergantung hidup pada aku. Cuma yang aku khuatir..adakah aku sudah bersedia dengan itu semua? Adakah aku mampu menjadi seperti mak Nurul yang mahukan apa sahaja yang terbaik buat anaknya?



Bila di pandang wajah ini..hati bertambah sayu. Mampukah dia terus berjuang di bumi ini? Kasih ayah dan ibu tiada penghujungnya buat anak ini. Kasih itu akan sampai ke syurga wahai anakku. Maafkan ibu dan ayah jika ada kekurangan untukmu. Akan ibu berikan segalanya hatta nyawa ibu ditukar ganti...

Kepada Nurul..terima kasih atas semangat telah diberikan. Walaupun tanpa sedar, kau punya karisma yang buat aku kagum sangat pada kau. Terus berjuang wahai sahabatku. Moga segalanya dipermudahkan buatmu..Nurul..

10 comments:

Rizziela said...

insyallah..
awak pasti boleh

A.I said...

camtu le perasaan aku bila bawak angah jenjalan. sibok mata2 tu menengok sinis. kalau sekali pandang tu takpe. ni sampai nk teleng2 leher. ish! ada pulak yg bermolot sial bleh tanye 'e'eh, kenapa dgn telinga dia?' nak aku jawab aku geget ke? huhuhu..

skang ni Angah dah besar. paling tak tahan bila dia sebut psl telinga dia. Dia tingin nk tinga besar cam mama :( . Tak boleh aku nk pikir masa dpn dia nnt. Boleh le suami & keluarga mentua terima dia seadanya? memacam yg aku pikirkan. ayoyoo

Mama Safiyyah said...

Salam,

saya dah lama ikut blog awak, tapi jarang (ke tak pernah) komen.....tapi kali ni, saya nak komen jugak.....

awak pernah tak tgk penawar syifa kat astro oasis? saya tgk and cari info pasal tu utk mak sedara saya yg kanser paru2 tahap 4...rupanya ustaz tu dah banyak rawat pesakit macam nabillah...mungkin awak boleh try?

ustaz tu cuma bagi air mineral and doa2 yg perlu diamalkan...jadi takde masalah pertembungan dengan ubat doktor...saya rasa awak patut cuba bawak nabillah jumpa dia...manalah tau...kuasa ALLAH......and dia tak tetapkan bayaran, so takde masalah kita tak mampu nak jumpa dia....

cubalah awak tgk website dia
www.syifa-alhidayah.com

saya turut doakan yang terbaik buat Nabillah...peluk cium dr saya buat si comel nabillah...

Salam,

mama safiyyah
6203 3481

ieda said...

saya pun suka perhati insan2 istimewa ni..bukan menilai kekurangan mereka tetapi melihat kelebihan & kekuatan mereka..jadi saya tidak kisah jika org memerhati nabila.

Noina said...

Rieziela: Amin :)

Kak Ai: hurm..tu ah..mulut orang..mata orang..bukan leh tutup..takpe..banyak pahala kita kak.. :)

Mam Safiyyah: salam..saya pernah dengar yang Darul Syifa tu..tapi tu lah..tak dapat lagi nak gi situ. Mak mertua saya ada gak suruh pergi..cuma masa je tak mengizinkan..tapi tak boleh juga nak salahkan masa gak kan..hurm..nanti saya cuba.. terima kasih yek mama safiyyah :)

Noina said...

ieda: betull..klu tgk je takpe..ni mulut tu herot2..dok bercakap. Bukan apa..klu rasa curiga bleh je dtg tgk anak kita..tak kisah pun..kdg2 kita ibu bapa ni yang tak selesa..takpelah..nak wat camner kan..mata org takkan nak suruh tutup pulak kan.. hehe..

Mama Safiyyah said...

noina-yg ni bukan darul syifa....darul syifa tu kat kajang, ustaz harun din.......yg ni kat sg pusu gombak......hj lokman.....cuba tgk website dia tu...and kalau nak tgk kat tv, tgk astro oasis...tp tak ingat plak hari apa tayangan and ulangannya......

cubalah, manalah tau serasi dengan nabillah.....kita hanya merancang kan.....

Noina said...

Mama Safiyyah: owh yeke..ingatkan benda yang sama..takpe..nanti ina try search dlm internet dulu.. thanks yek.. :)

hAWa said...

salam noina,
1st time masuk blog awak, saya kagum dengan awak... terharu dengan semangat dan kesungguhan awak :)
ibu2 ini idola buat diriku yang kecik ini...
salam perkenalan - hawa

Noina said...

Hawa: salam perkenalan :) demi anak.. sanggup buat apa saja.. :)

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...