13 February 2010

Sahabat ini..

Entah kenapa pagi tadi sepanjang jalan ketika aku dalam perjalanan ke rumah Kak Raw..aku teringatkan insan ini..


Norhasniza Mat Dom..yang telah meninggalkan kami buat selama-lama.Bila teringatkan nama Ita..hampir sama ngan nama sahabat aku ini..cuma Z dan T sahaja bezanya.

Ija..sahabat aku sejak kecil lagi. Kami berkawan sejak aku berumur 11 tahun lagi. Bermain bersama, berkongsi rasa sehinggalah masing-masing berkahwin. Ketika gambar ini dirakam..Ija sedang melangsung majlis pertunangan bersama insan tersayang. Dan aku pula ketika ini sedang mengandung 5 bulan.


Pun pernah menjadi pengapit aku satu ketika dulu.. :)

Kehilangannya amat besar erti pada aku. Ija adalah antara sahabat yang paling rapat dengan aku. Segala masalah dikongsi bersama..

Namun..jodoh persahabatan kami tak lama. Ija menghidap sejenis penyakit (sehingga kini aku tak pasti apa punca kematiannya). Yang aku pasti Ija sudah lama menghidap penyakit itu. Sering batuk dan muntah darah. Badannya sangat kurus. Bertambah kurus bila menjelang majlis perkahwinannya.

Pernah aku menyatakan pada Ija yang dia harus ke hospital. Namun jawapannya sangat mengecewakan. Doktor tidak pasti apa penyakitnya. Yang aku tahu..Ija berjumpa dengan seorang pakcik untuk berubat. Katanya mandi wap. Dan ketika itu aku mengharapkan agar dia lekas-lekas sembuh..

Namun..ajalnya tiba begitu cepat. Genap usia 25 tahun..Ija telah pergi mengadap Ilahi. Ija hanya sempat merasai nikmat alam perkahwinan selama 2 bulan sebelum dijemput Tuhan. Sedih..pilu ketika aku tahu berita kematiannya. Terkejut yang amat-amat.Sebab selepas majlis perkahwinannya..belum pernah ada kesempatan untuk berjumpa walaupun rumah kami hanya selang 7 buah rumah. Dan ketika itu juga..saat dia dikebumikan..air mataku mengalir laju..

Sempat juga aku melihat suami Ija ketika itu. Sedih melihatkan keadaanya agak kusut ketika itu. Mungkin saja tidak menyangka perkara ini bakal terjadi padanya.

Apapun..sudah setahun perkara itu berlalu. Dan sebagai kawan, aku sedekah Al-Fatihah buat Arwah Ija. Moga rohnya dicucuri rahmat dan berada dalam golongan orang-orang yang beriman.
Amin.

8 comments:

ijad said...

sedih ya...

Noina said...

ijad: mmg sedih..kawan baik. Slalu juga teringat2 dekat dia..Bila balik umah mak..macam terasa dia masih lalu lalang depan umah saya..

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

sedih juga....tak tahu nak kata apa dah.

LoVEaQshA said...

Ina sedihnya,ksian kwn Ina tue..Xsangka kn yg muda pn akn pegi jugak bla dah ajalnya~!!Harap suami dia tabah..
Takziah utk flmy arwah,alfatihah utk arwah~!!

Noina said...

Kak fiza; huhu..terkilan sgt x dpt jumpe dia saat2 akhir..

Zura: Tu ah..nak wat camner..terkilan tak dapat jumpe dia saat2 akhir..Pulak tu sedih sgt bila dai tak sempat pun nak rasa jadi seorang ibu..

mummyar said...

sedihnya...muda lg kan?moga dia ditmptkn di kalangan org2 yg beriman...amin...

Noina said...

mummyar: betull..moga rohnya ditempatkan dengan org2 yang beriman..Amin..

Rizziela said...

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...