14 March 2010

Gedangsa & Rambut Baru!

Semalam aku ke Gedangsa lagi. Kali ini lewat sedikit. Sebab sudah 4 minggu berturut-turut kami telah keluar rumah membelah angin sejuk untuk sesi mandi air masjid. Dan sesi itu sudahpun tamat. Dan ada niat lain yang menyebabkan kami lewat keluar untuk ke rumah Kak Raw.

Sebenarnya sudah berjanji dengan Ayu untuk menemaninya ke rumah Kak Raw semalam. Memandangkan kali pertama..kami bertemu di exit tol Behrang. Dan sampai saja Ayu, kami terus memulakan perjalanan.

Alhamdulillah..Perjalanan dengan cuaca yang baik dan tidak sukar dan tiada halangan. Nabila tidur sepanjang perjalanan. Mengantuk barangkali dek kerna tidur lewat pada hari Jumaat itu.

Sampai saja..terus Kak Raw menyapa kami. Ingatkan kami tak datang. Aku hanya tersenyum tersengih.

Aku check nombor giliran kami. Rupanya..selang sorang saja lagi..giliran Nabila. Tapi melihatkan ada 2 family ni datang lebih lama dari aku, jadi aku mengambil keputusan untuk memberikan giliran aku kepada mereka. Tak sampai hati pula..baru datang sudah tiba giliran. Tak mengapalah..tunggu sekejap.

Salah seorang dari mereka, baru sahaja memulakan rawatan dengan Kak Raw. Kisahnya sama seperti aku. Cubaan normal..kemudian vakum dan akhirnya c-sear. Dan yang samanya kami adalah anaknya lahir selang sebulan je dengan Nabila. Ramai juga ahli keluarganya datang. Tak sempat nak berbual panjang. Aku dapat lihat ahli keluarga melihat Nabila dari jauh. Dan mereka juga bertanya adakah aku baru juga seperti mereka. Aku hanya tersenyum dan mengatakan tidak. Dan juga menyatakan sudah setahun aku bersama ngan Kak Raw. Keluarga itu tinggal di Putra jaya. Ramai sungguh sekarang ni yang berasal dari Putrajaya.. :)

Dan keadaan di rumah Kak Raw aku lihat ramai orang baru petang itu. Nasib baik juga la orang tak ramai..Hanya 5 orang anak saja yang ada. Jadi keadaaan agak tenang dan selesa..

Selepas giliran yang tinggal kat putrajaya tu aku terus memberikan giliran aku kepada Ayu dahulu. Biar Kak Raw lihat Alanna dulu. Macam-macam Ayu tanyakan pada Kak Raw. Alanna nampak baik saja..Masa nak berdiri pun tak nangis. Bagus.. :)

Selesai..kami terus berpisah untuk pulang. Dan malamnya agak bosan..aku bercadang untuk menonton wayang bersama abg. Tapi entah kenapa..seperti malas pun ada. Dan terus kami menuju ke rumah mak di Gombak. Kata Abg, sudah lama dia tidak pulang ke Gombak.

................................................. :)

Sempat juga sebelum aku bergerak menuju ke Gedangsa, aku tobekkan rambut Nabila. Hish macam kejam pulak.. Tak lah.. Aku potong rambut Nabila. Tebal dan sudah panjang. Rimas pulak aku tengok. Mulanya Nabila diam..Tapi bila rambut ada yang sudah mengenai mata dan mulut..mulalah menangis si kecil tu. Dan sudahnya rambut depan aku terpotong pendek dek kerna Nabila yang tak mahu duduk diam. Huhu.. nasib kamulah Nabila oiii..

nilah dia gambar si tecit tonet nih berwajah baru..

Terpendek sgt la pulak..huhu

4 comments:

Asz said...

alalaaa ... comey jer aunty asz tenok si tecit tonet nih!! xpe ina, rambut bdk2 nih kejap je dah panjang ... tp kulit nabila mmg nmpak halus mulus ... apakah rahsianyer?? hehehe

Noina said...

Asz: bertambah bulat..hehe..kulit halus..hehe..takde rahsia..Ala asz..budak tak menyarap..tak berjalan..tak main pasir..manalah kulit tu bersih je..hehe..dulu masa ngandung ina slalu minum soya..mungkin gak la kulit dia cam gitu. Mula2 tak caya gak..bila dah keluar Nabila..baru caya..hehe..

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

ina, akak rasa macam perasan ina masa kat rumah kak raw hari tu. masa tu ina baru je lepas selesai...dah masuk kete. akak pulak baru je sampai. nak tegur, tapi kete ina dah pergi. akak pun agak lewat sampai sabtu hari tu...tak de rezeki kita nak jumpa,kan? mungkin next time....

Noina said...

Kak Fiza : yeke..la..tu ah..abg ada ckp..dia kata mcm kenal je org yang baru keluar dari kereta. Ina kata yang mana..dia tunjuk la akak..Ina mmg tak nampak. Ina ni pakai spek kak..rabun jauh. klu dr jauh mmg tak nampak..huhu..lain kali klu dpt jumpa kan best.. :)

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...