Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

22 March 2010

Sekolah oh Sekolah...

Siapa yang nak sekolah ni? Takkan aku pulak yang nak masuk sekolah balik..Hurm..klu dapat apa salahnya..Nak baiki balik result SPM aku..!

Huh..Tak de makne..!

Ni berkisar tentang Nabila.. Pada mulanya aku tak nak cerita lagi pada semua tentang perkara ini. Sebab belum tentu dapat. Tapi entry yang aku buat ini bukanlah bermakna aku sudah ada berita baik..Cuma ingin berkongsi rasa dengan kawan-kawan.

Sejak 2 bulan ini, Aku, Jiey dan Ita sedang berusaha untuk mencari sekolah untuk anak-anak kami. Aik..baru 2 tahun dah masuk sekolah? Hish.. Bukan sekolah taska tau..Ni sekolah untuk anak-anak yang 'sama' ngan Nabila, Ian dan Sarra.

Sekolah yang aku maksudkan adalah Tasputra. Bertempat di Ampang. Mungkin ada yang pernah mendengar tempat ini. Dan mungkin juga ada yang belum. Khas untuk anak-anak Cerebral Palsy dan Developmental Delay seperti Nabila.

Napa awal sangat?

Aku mahu lakukan secepat yang mungkin. Lagi awal lagi bagus untuk pertumbuhannya. Pulak sekarang ni, Nabila sudah mula menunjukkan perkara-perkara positif. Tak banyak..tapi cukup buat aku gembira.

Masalahnyer..

Dan 2 bulan kami follow up dengan pusat itu. Masih belum dapat memberi tarikh yang sesuai untuk kami berjumpa dengan Chairman nyer.. Masih lagi tertunggu-tunggu..

Sudahnya petang tadi, aku ke Tasputra. Ingin bertanyakan tentang permohonan kami. Dan malangnya masih lagi di suruh balik dan menelefon untuk menetapkan temujanji. Letih la dengan cara begini. Kalau la aku surirumah sudah tentu senang. Tak perlu nak sibuk-sibuk ambil cuti untuk ke sana.

Tapi bila di fikirkan..tak patut aku merungut. Kalau nak sesuatu..perlu usaha sehabis daya. Tak guna mengeluh. Kalau mengeluh lagi tak dapat! Huhu... Sudah ibu Nabila.!Bangkit. Tak mau susah-susah hati. Usaha itu tangga kejayaan. Cuba lagi. Cuba selagi boleh. Sampai mereka-mereka ni bosan dan hafal nama YASMIN NABILAH..hehe..

Cuma aku agak sedih sepanjang perjalanan aku ke sana. Abg telah menanyakan satu soalan yang aku rasa agak sukar untuk aku jawab pada mulanya..

Abg : Abg nak tanya, Ibu sebenarnya dah sedia ke nak hantar Nabila ke situ?

Aku : Kenapa tanya pulak. Napa? Abg tak suka ke?

Abg : Takdelah..anak tu kan kecil lagi..sian kat dia. Boleh ke orang tu jaga sama seperti mak jaga dia? Tak kesian kat dia ke?

Aku : (Diam.. air mata dah bergenang ni..)

Abg : Takdelah..Abg bukan apa..ayah tanya aritu. Dia sian kat Nabila.Awak sibuk nak antar dia kat situ..

Aku : ( Air mata ni dah menjejes kuar dah...)

Abg : Napa pulak nak nangis..Abg tanya je..

Aku : Abg ingat ibu ni kejam ke? Ibu pun tak sanggup tau nak hantar Nabila kat situ. Tapi nak wat camner.. Kalau tak hantar sampai bila dia tak pandai nak berdikari. ( meleleh2 air mata aku time tuh)

Abg : Yelah..Abg tau.. Abg pun nak dia berdikari sendiri. Yelah Abg ada cakap kat ayah. terangkan kenapa kita hantar kat situ. Abg cakap takkan la sampai bila-bila kita nak uruskan dia. Nak jugak kita tengok dia uruskan diri dia sendiri. Dia pun bukan makin kecik, makin besar.

Aku : Abis tu ayat abg tu macam tak suka je...

Abg : Cuba pikir balik apa yang abg cakap kat ayah. Abg 'backing' Ibu kan.. Abg sokong Ibu kan.. Bukan abg tak suka..Abg nak..tapi abg risau.. Ibu kenalah fikir postif negatif dia juga.

Aku : yelah..ibu memang fikir..Tahlah..ikut abg la..Klu abg rasa baik..Ibu ikut je. Kalau tak ok..kita patah balik jelah..

Abg : Buat apa nak patah balik..Gi jelah..

Aku : (huhu..)


Entahlah..Adakah aku ni terlalu emosi sangat? Adakah aku ni terlalu berkeras dengan Nabila?

Kadang-kadang aku terfikir..sejak ada Nabila..aku tak pernah meikirkan tentang diri aku. Segala perkara yang ada di otak aku adalah Nabila.

Nabila..Nabila.. Nabila..

Untuk diri sendiri jauh sekali. Dari bab makan, jaga badan..semuanya aku tolak ketepi. Kadang-kadang aku ni dah tak seperti Noina yang dahulu. Tak terurus rasanya..

Namun bukanlah aku merungut. Ya..mungkin juga aku ni terlalu mengambil berat dan menjaga setiap kebajikan Nabila. Sehingga mengabaikan diri sendiri. Dan juga kadangkala kepada Abg. Maafkan Ibu, Abg.

Bukan mudah untuk kembali menjadi Noina yang dulu. Noina kini sudah berubah. Berubah demi anak tersayang..Tak menghiraukan perkara lain. Di otaknya hanya Nabila..

Segalanya demi Nabila...




Senyuman ini saja penawar aku tadi..Release tension kat Mac D..Nasib baik Nabila bagi senyuman manis kat aku..Sejuk sket ati ni..

7 comments:

Jiey^Mien said...

Baru nak tanya Ina, camne ngan gi Tasputra..
Dah ada dah jawapan dia..
=)

Ina, kita bukan kejam. Kita cuma mahu yang terbaik. Memang takde orang yg leh jaga anak kita macam kita jaga, tapi kita bukan nak diorg jaga, kita nak diorg latih anak kita..

Ye memang kita bleh latih, tapi masa kita terhad.. Sekurang-kurangnya, ada tangan yang lebih 'arif' yang uruskan anak kita..

Jiey selalu kena ngan Alimin, konon2nya kejam. Yes, Jiey strict ngan Ian. Tapi strict utk membina. Byk masa, memang Jiey manjakan dia.. Tapi dia kena explore semua yang ada di sekeliling dia jugak..

Masa yang plg susah, is his rejection towards his hearing and to put weight on his feet, hati jiey memang sayu bila jiey paksa dia buat semua tu.. Bila dia nangis air mata menjejeh.. Tapi jiey try jd heartless. Untuk kebaikan dia..

InsyaAllah, this is the best for them. Moga tuhan permudahkan urusan kita.. Aminnn

Yasmin Nabilah.. said...

Jiey : betul..ina pun klu ajar Nabila..nampak cam garang je..huhu..(mmg garang pun )..yelah nak yang terbaik untuk anak bukan mudah.. Tu pasal la slalu sgt bertentang pendapat ngan Zul..huhu..

Moga Allah permudahkan segalanya buat kita..Amin..

LYaFRINA said...

Noina... ok jugak hantar nabila ke situ.. skurangnya.. dpt la dia explore dunia...
Insyallah semuanya OK..
Tp sememangnya... org xkn dpt jaga ank kita mcm kita..
Cuma yakinkanla hati demi masa depan Nabila..
Insyallah, Allah akan tunjukkan jaln y tbaik..
smoga Nabila selalu dilindungi Allah SWT.

ieda said...

mmg susah hati bila hantar anak ke sekolah.sepanjang nabila di sekolah akak sentiasa terfikir apalah yg dia buat kt sana...ada org buli dia tak..cgu bg mkn ke tidak..ish..
lg susah hati bila nabila mcm tak happy ke sekolah.ni dah seminggu lebih ponteng.ingat esok nak hantar semula.
bapa akak siap cakap..'takyah la antar dia sekolah lg..kecik lg.kalau dia tido lg tu takyah kejutkan.' hui..manja betoi la cucu tok wan ni.
tp mcm jiey ckp kita nak dia dilatih sb kita kerja.mmg tak sempat.balik rumah dia ajak main ja.

suka tengok nabilah gelak...cute.

Salina@IbuAqil said...

sbg ibu kte kene brani bt keputusan utk ank.. sbb naluri seorang ibu sentiasa tepat.. itulah kelebihan yg ada pd setiap ibu.. nak atau tak nak ia ttp harus dibuat.. bukan kejam.. walau hakikat bunyinya mcm kejam.. tapi kte sndiri yg dpt rasa "apa yg trbaik buat mereka".. percaya pd naluri ina.. yakin pd Allah swt.. Dia maha pelindung & sentiasa melindungi setiap hambanya.. selamat bersekolah bt Nabilah syg..

NzA said...

salam, gitulh hati n pengorbanan seorg ibu...nk yg trbaik utk anak2.

zuri3389 said...

puan Noina... manja saya hantar ke pusat pemulihan (PPDK) sejak umurnya bayi lagi...kini dah tiga tahun manja belajar disana. banyak keistimewaan sekolah anak OKU ni. sekurang-kurangnye cikgu mendidik anak2 supaya berdikari...mana munkin suatu hari nanti anak OKU boleh berjaya dalam hidup kita nanti,,, sebelum nafas kita terhenti.... anak istimewa kita mestilah diberi tempat yang terbaik.... supaya dia tidak menyesali kehidupanya.....semoga noina sekeluarga tabah...