12 April 2010

Pandangan mata itu..

Syahdu rasa hati ini. Selesai memandikan Nabila, dia melakukan sesuatu perkara yang aku tunggu selama ini.

Perubahan demi perubahan dapat aku lihat sejak dua menjak ini. Walau sedikit,namun aku coretkan di sini baut kenangan aku dan Nabila nanti.

Sewaktu memakaikan pakaian Nabila, aku membisikkan namanya di telinga kanannya.

" Sayang Nabila "..

Lantas dia menoleh. Memandang aku tepat ! Dan kemudian dia senyum..

Aduh.. Senyumannya yang menusuk kalbu ini. Aku peluk Nabila erat. Betulkah apa yang aku nampak ini?

Aku cuba sekali lagi..

" Nabila..."

Kali ini di telinga kiri.

Dan dia menoleh sebelah kiri pula. Dan senyum lagi. Dan air mata ini terus berhamburan. Aku peluk Nabila erat.

"Anak ibu pandang ibu yek..Ya Allah.. terima kasih Ya Allah.."

Aku menangis. Kali ini agak kuat. Dan sambil memeluk Nabila erat.

Kawan-kawan tahu apa Nabila buat..?

Dia ketawa... YA KETAWA DENGAN KUATNYA. Jarang dia ketawa sebegitu. Melainkan jika ada yang cuba menggelikan tubuhnya.

Ya Allah.. Indahnya bila matanya memandang ke arahku. Indahnya pandangan itu di sulami dengan kata-kata panggilan ibu.

Sabar.. Sabar.. Mungkin ini satu petanda baik. Aku perlu berusaha lagi. Terima kasih Ya Allah. Kau berikan nikmat pandangan matanya kepadaku walaupun ianya sebentar saja.. Dan ku harapkan ia akan berlaku lagi.. Terima kasih Ya Allah..

Mungkin aku terlalu mengharapkan Nabila memandang segala yang ada di sekelilingnya..

p/s: kawan-kawan.. Alanna telah pun di pindahklan dari hospital Sg. Buloh ke Hospital Kuala Lumpur. Menaiki ambulance pagi tadi. Menurut kata Ayu, Alanna akan di letakkan di dalam ICU untuk pemerhatian lanjut. Darah Alanna akan di hantar ke Australia nanti untuk pemeriksaan. Sewaktu aku menelefon petang tadi, Ayu sedang menangis. Sedih. Aku tidak menyangka perkara ini boleh menjadi semakin serius. Kawan-kawan..Ina mohon..doakan supaya Alanna kembali pulih dan sihat seperti dulu. Sungguh kami rindukan senyumannya.

6 comments:

ieda said...

agaknya itulah perasaan ibu saya sewaktu arwah adik memanggilnya 'mak' suatu waktu dulu..walaupun masa tu saya masih kecil tp saya dapat melihat keceriaan wajah ibu saya..hanya sekali itulah sahaja perkataan itu disebut..

saya mendoakan nabila ina akan mampu seceria nabila saya suatu hari nanti..amin..

ibuayu said...

ibuayu pun tumpang gembira ..sayang nabila

miemiey said...

salam...lama tak singgah sini....
tahniah dan gembira melihat perubahan nabila hari demi hari..apa yg perlu kita sabar dan allah pasti memberi dgn kebaikan...moga nabila akan sentiasa berkembang..
to keluarga alanna berbanyak berdoa agar alanna kembali sihat...amin...

A.I said...

Alahai Nabila..sweetnye buat ibu berbunga-bunga gitu. Insyaallah, mmg dia nampak la tu. Siap terkekek2 gelak ;)

Isk, smp ke sana darah alanna dihantar? kt mesia ni takde ke? kalau la terjadi apa2 dlm ms terdekat ni camne. Ya Allah, kau jauhkan la anak itu dari perkara2 yg tak diingini. Kau ringankan la kesakitan dia... :(

LYaFRINA said...

noina... pandangan itu penuh makna.. penuh kasih syg..

**semoga alanna selamat ...
sama2 kt doakan..

Puteri Satu said...

itu juga doa akak untuk nabila... semoga nabila akan lebih banyak perkembangannya selepas ini... akak sentiasa doakan...

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...