21 April 2010

Sebak tatkala mendengar tangisanmu itu..

Hari ini aku menghantar Nabila ke Tasputra lagi. Pagi yang sangat mencabar buatku sebenarnya. Untuk pertama kalinya, aku terpaksa bangun seawal yang mungkin untuk menyiapkan Nabila.

Puas tidur barangkali, Nabila sedikit pun tidak menangis. Hanya merengek kecil sahaja. Dan selesai semua barang-barang yang perlu dibawa, terus saja, kaki menekan pedal minyak membelah angin sejuk pagi.

Sampai saja di jalan Ampang Hilir, jam sudah menunjukkan angka 8. Adui.. kalau begini setiap hari sememangnya aku terpaksa memilih untuk masuk kerja jam 8.30 pagi. Mujur juga bos sangat bertimbang rasa. Membenarkan aku masuk lewat sedikit kerana menghantar Nabila.

Nyaris juga nak kemalangan pagi tadi. Kereta Proton Saga hitam..meluncur laju..nyaris aku melanggarnya. Dan pemandu itu berhenti di tepi jalan sambil memaki hamun aku di dalam keretanya. Aku hanya mengangkat tangan tanda maaf.. Dan malas membiarkan perkara itu berlanjutan. Beberapa buah kereta sudah bersusun di belakang aku. Terus saja aku berjalan..tanpa menghiraukan lelaki itu. Bahaya. Nampak garang betul lelaki itu. Tak pasal di tumbuk..mampus!

Sampai saja, aku meletakkan Nabila.. dan cuba menidurkannya. Gagal. Matanya segar dan terus merengek. Agaknya tahu dia bakal ditinggalkan nanti. Aduhai anak ini.. Nabila sudah buat air mata ku bergenang. Aku cuba menahan..namun gagal. Beberapa orang pekerja cuba mengambil hati Nabila. Tak mahu melihat adegan seterusnya, aku terus mengatakan pada pekerja Tasputra untuk ke pejabat. Dan hanya kucupan di kepala Nabila saja yang aku tinggalkan untuk dia.

Sebak.. Sayu..Tatkala mendengar tangisan Nabila nyaring hingga ke pintu pagar utama. Kuat sungguh.. Dan tak mahu berpaling lagi. Terus meninggalkan Nabila dengan hati yang berbelah bagi.

Sungguh..mungkin itu juga perasaan ibu-ibu lain yang menghantar anak ke sekolah atau Taska. Aku pernah merasai perasaan itru suatu ketika dulu ketika Nabila di hantar ke taska semasa berumur 4 bulan. Sepanjang jalan aku menangis. Tak sanggup meninggalkannya di situ. Namun perjalanan Nabila di Taska itu hanya sebulan sahaja. Melihatkan keadaannya, harus dijaga dengan rapi, mak sanggup menjaga Nabila walaupun mak pesakit buah pinggang.

Dan esok..aku akan menghantarnya lagi. Kata jiranku tadi..Nabila menangis. Tak selesa.. dan mahu ada orang sentiasa dengannya. Sian Nabila.. Mungkin juga dia tak biasa dengan keadaan di situ. Tak pe.. aku akan cuba dalam sebulan ni. Lihat bagaimana keadaannya. Jika nampak ok aku akan teruskan. Jika tidak, aku terpaksa menangguh dahulu tentang hal sekolah ini sehingga aku rasakan sesuai dan bersedia untuk Nabila ke situ lagi..

p/s : kosong je masa on the way balik Rawang tadi. Car seat Nabila empty..Sebab malam ni Nabila tido ngan neneknya. Aku terpaksa tinggalkan Nabila kat rumah mak sebab nak kemas baju-baju untuk ke induksi Jumaat ni..Cian anak ibu.. Rindulah.. terasa nak peluk Nabila pula sekarang ni..huhu..Macam terasa je dia kat sebelah aku tengah dalam buaian ni..huwaaaa!

7 comments:

rynas said...

itulah pengorbanan yg terpaksa dibuat bg ibu2 yg bekerja. kena tabah dan kuat..yer

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

sedihnya....akak terbayang waktu berpisah dgn sofie dulu. sedih sgt! akak faham apa yg ina rasakan. sabar ye, demi nabila...

Rizziela said...

Sabar yer noina...
Nabila dalam perubahan persekitaran tu..dia tengah belajar untuk menerima persekitaran baru. Sama macam kanak-kanak lain...kalau ada perubahan tempat...pasti akan menagis.....

A.I said...

:( alahai...sabar le ina..mcmni le perjalanan hidop. apa2 pon kita doakan yg terbaik utk anak2 kita ye..

Farra Rizal said...

Jom join blog kite
Ni blog baru saye…

http://terataimewangi.blogspot.com/

ade yg menarik tau…nak layout muka sendiri??trylah..

cmba said...

sabarlah ina..kite setiap minggu berperasaan mcm tu..setiap kali nak tinggalkan anak...huhuhuhu...

Pnut said...

alahai ina...sabar je..kuatkan hati sikit demi kebaikan Nabila, kerana Nabila perlu berlajar banyak benda dan berdikari.

Awal-awal memang begitu, sebab Nabila belum biasakan diri, nanti dia pandai berkawan, dia akan seronok... kuatkan semangat ye..

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...