Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

31 May 2010

Bodohkah aku?

Aku sememangnya berasa sangat bersalah pada Nabila. Aduh..kenapalah aku boleh benarkan semua itu berlaku pada Nabila..Sangat-sangat rasa bersalah..

Mungkin ada yang fikir perkara yang berlaku petang tadi tidak lah seberat yang di tanggung oleh anak lain. Tapi ia sangat berat pada Nabila. Sebab mungkin juga aku tak pernah melihat dengan mata kepala aku sendiri keadaan Nabila yang teruk tadi.

Petang tadi, aku terpaksa mengambil Nabila dari sekolah sendiri. Nabila tidak menaiki van untuk balik ke rumah nenek kerana tertinggal. Aduh..tak pasti atas kecuaian siapa yang menyebabkan Nabila ketinggalan van. Menyebabkan aku terpaksa keluar awal dari pejabat untuk mengambil Nabila di sekolah. Lantas aku mengambil keputusan untuk terus pulang sejurus mengambil Nabila nanti.

Sampai sahaja aku lihat Nabila sedang diletakkan dalam keadaan telangkup. Terus aku berlari anak mendapatkannya. Rupanya Nabila baru lepas menangis. Nampak kesan matanya yang bengkak dek menangis yang aku rasakan agak lama. Mungkin juga Nabila tak selesa.

Dan terus mengucapkan terima kasih pada mereka yang menjaga Nabila, aku terus menuju ke rumah. Sesekali aku mendengar Nabila batuk. Batuknya masih ada. Sejak Sabtu lepas dan semakin melarat sehingga semalam. Nabila menangis sepanjang masa semalam sehingga kami terpaksa membatalkan hasrat untuk keluar ketika itu. Batuk Nabila agak berlainan kali ini. Selalunya aku rasakan batuk yang bunyinya agak ringan. Tapi kali ini disertai dengan kahak dan bunyi yang agak kering di sekitar tekaknya.

Terus tangan mendail menelefon Abg, dan menyuruh Abg bersiap sedia untuk membawa Nabila ke klinik. Di sini terserlah kebodohan aku. Aku sepatutnya membawa Nabila ke klinik minggu lepas, namun aku hanya mengambil enteng perkara itu. Dan kesannya melarat hingga ke hari ini.

Memberi ubat biasa tidak cukup untuk Nabila. Harus diberi antibiotik. Dan aku harapkan doktor akan memberi ubat yang terbaik buatnya.

Sampai di klinik, Aku menyatakan Nabila batuk dan selsema serta di datangi demam semalam. Bila diperiksa dadanya, doktor terus menyuruh aku masuk ke ruang emergency. Klinik ini disertai dengan ruang emergency nya sendiri. Dan kata doktor itu, Nabila perlu diberi nabulizer.

Aduh..berat sangatkah? Sampai diberi alat itu? Bermacam-macam yang aku fikirkan. Namun melihatkan wajah Nabila yang tenang sambil tersenyum, membuatkan hati aku tenang sedikit.

Dan hampir 10 minit juga Nabila diberi gas. Mulanya meronta-ronta kerana dia menahan sendiri nafasnya. Dan akhirnya Nabila tenang.

Selesai sahaja, Dr. Aniza masuk. Dan terus mendapatkan Nabila.Dan terus memeriksa kahak di dalam dadanya. Aku di beri pilihan sama ada mahu Nabila di suction atau tidak..

Aku sememangnya kelihatan bodoh ketika itu. Menurut doktor, dia memberi pilihan kepadaku untuk membuat keputusan kerana merasakan tindakan suction itu mungkin tidak elok untuk anak-anak kecil seperti Nabila. Juga mahukan Nabila belajar untuk mengeluarkan kahaknya sendiri.Tetapi memandangkan Nabila sendiri tidak pandai mengeluarkan kahaknya, aku terus bersetuju Nabila di suction oleh Dr. Aniza. Tujuan aku hanya untuk melegakan Nabila.

Pertama kali tiub itu di masukkan ke dalam lubang hidungnya saja, Nabila sudah terpekik-pekik. Tiga pasang tangan memegang dan menenangkan Nabila. Dan pada kali pertama tidak berjaya kerana mesin itu tidak berjaya menyedut kahak Nabila. Di keluarkan kembali dan cuba memasukkannya. Kali ini agak berjaya. Dan tiub itu keluar lagi dari lubang hidung Nabila.

Aku sememangnya sudah tidak ingat apa-apa. Mataku hanya bertumpu pada hasil yang keluar dari tiub itu. Dan terkejutnya aku melihatkan darah yang keluar dari tiub itu.

Terus saja mata ini membayangkan wajah Alanna Qish. Nabila semakin kuat raungannya dan doktor melihat aku yang agak kaget dan terkejut, terus berkata ianya perkara normal jika Nabila di suction begitu.

Aduhai.. Sedikit yang keluar buat aku serba tak kena. Inikan pulak Ayu yang selalu menghadapinya tatkala melihat Alanna di suction selalu. Sungguh aku lemah ketika itu. Yang aku tahu..hanya berdoa agar perkara itu berlaku dengan pantas dan tidak menyakitkan Nabila.

Sudahnya Dr. Aniza beralih posisi. Menjolok ke dalam mulut pula. Dan dari situ, beberapa kali juga Nabila hampir muntah, namun dia berjaya menelan kembali kahak dan muntah tersebut. Aduh anakku.. lekas keluarkan kahak itu. Dan entah kali keberapa, Nabila cuba muntah sekali lagi, dan kahirnya berjaya juga. Keluar lendir bercampur darah di dalam muntahnya.

Panik juga aku dibuatnya. Dan terus sahaja Dr. menghentikan mesin. Dan terus memeriksa dada Nabila. Katanya agak berkurangan berbanding tadi. Alhamdulillah. Aku dan Abg tidak berkata apa bila melihatkan perkara itu. Aku takut Abg marah kerana aku yang bersetuju untuk memberikan kebenaran Nabila untuk di suction.

Selesai di emergency room, kami keluar dan terus menunggu untuk mengambil ubat. Tangisan Nabila sudah kembali reda. Kesan darah jelas kelihatan di dalam lubang hidungnya. Sesekali aku kesat. Aku dapat rasakan sakitnya hidung Nabila ketika itu.

Dan sesudah mengambil ubat, kami terus berjalan menuju ke kereta. Kami berdua hanya mendiamkan diri. Rupanya, Abg juga takut melihatkan keadaan Nabila ketika itu. Masing-masing tak mampu berkata-kata. Andai perkara yang seperti ini berlaku lagi..aku tak tahu apa yang akan aku lakukan selepas itu. Aku seakan trauma mendengar suction machine. Melihatkan keadaan Alanna dan juga Nabila tadi membuatkan hati aku sayu. Sedih bila anak menahan kesakitan. Mahu saja diri ini di menjadi galang ganti kepada kesakitanmu nak..

Sewaktu entry ini ditulis, Nabila sedang nyenyak tidur. Sesekali Nabila batuk dan terkejut-kejut mendengar sesuatu. Mungkin juga trauma dengan kejadian petang tadi. Mandi tadi pun menangis. Takut agaknya. Takut perkara itu terjadi kepadanya sekali lagi...

Gas diberi sampaikan aku sendiri merasakan gas itu melalui hidungku..

Tenang ketika ini, keadaan selepas di beri nabulizer..

p/s : Terasa sangat bodoh. mahu di ketuk je kepala ini. Aduh....

10 comments:

~ain said...

semoga nabila akan cepat sembuh.. gambar akhir sekali, mengapa agaknya nabila memandang ibu sebegitu? =)sangat cumel..

Salina@IbuAqil said...

sabar ina.. ina bkn ibu yg bodoh cuma kadang kala kita trpaksa buat sesuatu diluar jangkaan kita krn anak.. kita hilang kewarasan kadang2 kita jadi tak tentu arah.. semuanya kerana anak.. semoga nabila cpt sembuh..

Naura said...

Sayang nabila,cepat2 sembuh k..nak nangis baca citer nabila ni..hope nabila kuat dan sehat selalu yer..

Yasmin Nabilah.. said...

ain : Amin..terima kasih.. :) hehe..ina pun tak perasan.. dia mmg suka dok jeling tgk ibu dia gitu...

Yasmin Nabilah.. said...

Salina : huhu..entahlah..bila tgk darah yang keluar tu terasa menyesal sebab buat keputusan untuk suction kahak dia. Tapi bila dengar batuknya dia yang kuat tu..rasa bersalah juga klu tak buat suction..aduh..pening..pening..

Yasmin Nabilah.. said...

Naura: huhu..harap2nya.. Amin..terima kasih naura..

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

alahai, ina.... sian betul sinabila comel.
tak pe ina, jgn salahkan diri sendiri.
sebelum ni, nabila mmg tak pernah amik nebulizer dan buat suction ke?
ini pengalaman berharga ye, ina. jgn sesekali salahkan diri sendiri. kita selalunya hanya fikirkan ttg kesihatan anak je. bukan niat kita utk menyakitkan dia.
semoga nabila lekas sembuh yer, sayang...

ieda said...

jangan menyesal ina..kita hanya lakukan yang terbaik utk anak2 pada masa tersebut.
ini pendapat peribadi akak okay..akak mmg tak suka sedut2 kahak ni esp bg kanak2 sb dia akan fight back & akhirnya akan cederakan saluran pernafasan anak itu..pada akak it does more harm then good..akak lebih suka bagi nebuliser & ubat.

A.I said...

ina..takde la bodoh pon tindakan kau tu. aku pon penah soh doc buat suction kat angah dulu sbb dia tak reti nk kuarkan kahak. mmg budak tu sakit skit masa kene jolok tu. tp lepas tu dada dowang akan rasa reda, rasa lapang skit. :)

nabilah cepat2 sihat ye sayang. takmo batok2 dah. riso mak kau tu..kau lak pesan le ngan pengasuh kt skolah tu jgn terlangkopkan dia. takot dia tak selesa..

yunz_02 said...

semoga nabila cpt sembuh..