12 May 2010

Check up gigi...

Semalam..mahu saja menaip entry ini. Namun entah kenapa letih sangat barangkali..tertidur aku di ruang tamu. Nabila sudah ' lebuh' bersama buaiannya. Letih di Tasputra barangkali.

Begitu juga hari ini. Penat dengan aktiviti seharian..Nabila sudah 'melabuh tirainya' jam 8.30 tadi. Sejak ke sekolah, Nabila kerap tidur awal. Dan kadangkala saja bangun tengah malam untuk menyusu. Sian Nabila..

Semalam sebenarnya Nabila punya temujanji dengan speech therapy nya. Agak lama juga tidak ke HSB. Dek kerna sibuk dengan kursus dan kemasukan Nabila ke sekolah membuatkan hasrat untuk ke hospital terbantut. Sudahnya tadi terpaksa menelefon ketiga-tiga therapist untuk menetapkan semua temujanji.

Apa yang saya kesalkan layanan panggilan telefon oleh segelintir kakitangan. Hurm..klu nak cerita panjang pun tak guna..sebab memang dah sedia maklum 'perangai' mika-mika ni mmg cam gituh.. Layan kan ajelah..pekakkan telinga dan buat tak reti je ngan dorang nih.

Arghh..persetankan tentang perkara itu.. Yang mahu diceritakan adalah pemeriksaan gigi semalam. Sekolah Nabila memang menyediakan khidmat pemeriksaan gigi percuma kepada semua anak-anak di situ. Dan semalam giliran Nabila. Aku dikehendaki menemani Nabila sekali. Dan bukan pergi sendiri..dengan menaiki kenderaan Tasputra.

Tak jauh mana pun.. Pemeriksaan hanya dilakukan di HKL di bahagian padiatrik. Aduh..teringat pula aku kepada Alanna. Saat-saat berjumpa Ayu di ICU..saat ternampak Nadim bersama daddy nyer..dan juga saat air mata ini jatuh apabila melihat keadaan Alanna. Sedih.. Dan semua itu hanya tinggal kenangan. Alanna masih berjuang tetapi dengan cara yang lain pula.

Berbalik pada Nabila. Aku yang sangat teruja melihat Nabila bakal diperiksa giginya buat kali pertama. Risau bersarang di hati..andai Nabila tidak memberi kerjasama yang sepatutnya kepada doktor. Dan sesudah hampir 1/2 jam menunggu, akhirnya giliran Nabila tiba. Hati ini berdebar seperti aku pula yang mahu diperiksa giginya. Adui..harap Nabila ok..

Dan aku di suruh membaringkan Nabila di atas dadaku. Dan seperti biasa jugaklah..Nabila sememangnya pantang bila ada orang yang mengusik mukanya. Seorang nurse memegang kepala, dan aku pula bertindak dengan memegang kedua tangannya. Nabila meronta dan menangis. Tapi mujur juga Nabila menangis. Mudah untuk melihat semua giginya.

" cantik gigi dia.. "

Semua dok memuji Nabila. Dan bertanya cara penjagaan gigi Nabila.

" Tak buat apa pun. Hanya gosok gigi setiap hari. Tapi kadang-kadang skip jugak.."

Itu lah perkara yang aku katakan pada doktor semalam. Mungkin juga amalan meminum air kosong sesudah minum susu yang aku amalkan selama ini memberi kesan pada gigi Nabila.. Mungkin juga...

Dan Nabila agak meragam ketika di klinik gigi. Mahu tidur..namun..bila di dodoi..tak mahu pejam mata pula. Ni lah gelagatnya ketika di dalam van dan juga di klinik..

Dan yang pastinya next check up 6 bulan kemudian.. :)

p/s : membeli 'sesuatu' untuk Nabila minggu lepas. Terpikat pada pandangan pertama. Boleh digunakan sehingga Nabila mempunyai berat sehingga 30kg.. Wow..best..memang best.. Apa dia tuh..tgk la sini..

Doomoo Chair..sangat lembut..Selesa untuk duduk dan baring.. :)

2 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

ina, utk apa doomoo chair tu? bagaiman ia berfungsi?

Noina said...

Kak Fiza: dia macam kerusi gak..dalam dia mcm kabus yang berbiji. Mmg lembut la untuk anak-anak duduk dan berehat. Cuma pastikan dia tak lasak sgt la..dia semua kain kan..yang sorak2 tu plastik lembut..mcm kerusi rehat.. Ina belikan untuk nabila sebab sian kat dia..asyik baring kat abwah je..rocker pulak dah tak muat..tu yang ina beli gak tuh..hehe..

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...