08 May 2010

Mother's Day..

Bila mengenangkan Hari Ibu..sudah pasti yang terlintas dek fikiran ini adalah pengorbanan seorang ibu..

Sesungguhnya aku sangat bertuah.. Telah menjadi ibu kepada insan istimewa ini..

(credit pic to Mama Put.. :) )

Bukan mudah sebenarnya menjadi seorang ibu. Lebih-lebih lagi untuk anak seperti Nabila. Harus lebih memahami anak ini dari anak yang normal.

Segala pengorbanan yang telah di lakukan sememangnya tidak mahu balasan dari anak ini. Hanya doa yang mengiringi setiap langkah anak ini. Moga hidupnya sentiasa ceria dan terus maju kehadapan.

Dan ucapan Hari Ibu juga pada kedua untuk kedua ibu ini..

Puan Sa'adiah dan Puan Atun..Sungguh aku sangat bertuah dapat kedua-dua mak ini. Sangat-sangat memahami kami sekeluarga dan sangat-sangat supportive dalam hal Nabila. Terima kasih mak..Mak adalah tulang belakang kami..

Ucapan Hari Ibu juga pada semua Increadible Mother.. Sungguh teruja bila bersama kalian.. Semangat berkobar-kobar demi anak tercinta..

Dan tak lupa juga pada semua ibu-ibu dalam bloglist Yasmin Nabilah..atau yang selalu mengikuti perkembangan Nabila. Anda juga ibu yang hebat di mata saya!

* Sememangnya kasih ibu memang sampai ke syurga.. :) Baru ku sedar penangan kasih ibu dalam diri ini..

7 comments:

zikachiCOOL said...

Selamat Hari Ibu kak. \(=^.^=)/

nieda said...

selamat hari ibu..moga kita dapat jd ibu terbaik untuk anak2 kita

rynas said...

selamat hari ibu mg hari2 dapat dilalui dengan penuh tabah.

Anonymous said...

slamat hari ibu ina... nabila bertuah mempunyai ibu seperti anda :)


-zaahirah

yunz_02 said...

happy mothers day! u're very strong mom! may Allah bless u and your family :)

Wife Mr.Em ~ Ibu Mr.Aqil said...

Selamat Hari Ibu buat Ina.. Semoga kita semoga akan jadi ibu yg cemerlang utk anak kita.. Insya'allah!! Merekalah saham kita dunia & akhirat..

Noina said...

Terima kasih semua.. :)

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...