Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

25 May 2010

Tak Nak Gi Sekolah..!

Hurm.. pagi tadi aku menerima panggilan telefon dari Tasputra. Di hujung suara kedengaran suara Kak Zakiah menyebut nama aku..

Kak Zakiah : Ina, akak nak cakap ni.. Yasmin dari tadi asyik nangis je. Akak pun dah tak tau nak buat apa dah.. selalu ok je..

Aku : Yeke ke kak.. Kenapa pulak tuh?

Kak Zakiah : Entahlah.. Akak bagi susu tadi..tapi menangis-nangis. Takut tersedak pulak. Akak siap masuk buai lagi.. Tak nak tido pun dia..

Aku : Dia tak sihat kot kak.. Sebab kan selsema lagi tuh.. Abis tu akak nak ina amik dia balik ke?

Kak Zakiah : Tak delah..akak risau je tengok dia..Tengok..dengar tak suara dia menangis..?

Aku : ( Tak berapa jelas sgt suara Nabila..) Takpelah kak.. Saya bawak balik.. Tak sedap badan kot.. Jap lagi saya sampai yek kak..

Kak Zakiah : ok..

Sampai saja di Tasputra, aku lihat Nabila sedang dipegang oleh kakitangan di situ. Masih memujuk Nabila berhenti menangis. Dan aku lihat matanya bengkak sekali.

"Aduii..napa ni sayang..Tak nak gi sekolah ke?"

Nabila menangis lagi. Dan terus aku menukarkan pakaiannya kerana kakitangan di situ tersalah pakai baju. Mungkin juga kelam kabut mereka tak perasan yang mereka dah tersalah ambil beg rupanya..hehe..

Aku dukung Nabila dan terus mengucapkan terima kasih kepada mereka yang cuba memujuk Nabila. Hampir semua staff menegur si anak kecil ini. Kenapa?

Nabila diam rupanya bila dalam dukungan aku. Amboi..takkan la ibu nak duduk kat situ pulak. Tengok tak menangis bila diletakkan di dalam kereta. Staf di situ hanya menggelengkan kepala melihat telatah si kecil ni. Sangat pandai bermain dengan perasaan orang lain..!

Dan sudahnya aku menelefon mak, meninggalkan Nabila pada mak. Sampai di rumah.. Nabila senyum..! Aduh..nakal sungguh anak ini !

"oooo..dah pandai ponteng sekolah ye..." kata neneknya.

Aku hanya menggelengkan kepala melihat kerenah Nabila hari ini. Tak tahu nak cakap apa bila mengenangkan kejadian pagi tadi.. ! adusss....!

4 comments:

ieda said...

nabila cakap ..'duduk kat rumah lg best la ibu..'hehe
sama la dgn kakak nabila ni..bila kita cakap 'nabila,esok bangun awal..g sekolah..'dia mesti geleng2 kepala..cakap..'maa..maa..'(tak mau).

Yasmin Nabilah.. said...

hehe.. tu ah kak..klu leh cakap mau dia kata tak mau punya..geram lak aii..huhu..

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

dia dah mula bosan ke kat sekolah tu,ina?
siannyer nabila...

Yasmin Nabilah.. said...

kak fiza : huhu..tak tau la kak..jgn ler bosan..banyak lagi yang belum belajar..huhu.. dia tak sihat kot kak..huhu..