22 June 2010

Kesal, keluh , resah..semuanya bercampur baur..!

Berat benar rasa hari ini. Entah kenapa sejak dari pagi..seperti tiada mood. Kebetulan juga Nabila punya temujanji dengan pediatrik hari ini. Aku dan Abg tidaklah tergesa-gesa seperti selalu. Bermalas-malasan sebenarnya. Sebab tahu pastinya ramai membuat temujanji hari ini.

Betul sangkaan aku. Sewaktu di kaunter pendaftaran begitu sesak dengan orang yang sedang menunggu giliran masing-masing. Sudahnya kami hanya menunggu di luar. Abg mengajak aku ke kedai makan dulu sementara menanti giliran dipanggil.

Selesai saja sarapan pagi, rupanya giliran masih lagi belum dipanggil. Aduh..lambat benar mereka nih.. Sebelum sampai di kaunter, Abg mencari kad temujanji. Seluk punya seluk..rupanya aku tinggalkan kad itu di dalam beg tangan aku. Aku sememangnya jika mahu keluar kemana-mana , tidak akan membawa beg tangan aku. Leceh..! Senang lagi memasukkan semua barang di dalam beg Nabila.. :)

Sedikit gusar apabila tertinggal kad temujanji. Pernah juga terjadi perkara sedemikian ketika Nabila punya temujanji bersama physiotherapy. Tapi alangkah senangnya hati apabila kerani di kaunter itu hanya meminta nombor pendaftaran Nabila saja. Mudah..! Dan terus saja masuk ke dlam gym untuk memulakan sesi terapi. Namun situasi kali ini agak berbeza. Tiba giliran kami dipanggil. Terdengar suara abg menyatakan bahawa kami tertinggal kad di kaunter itu. Namun dari jauh aku dapat melihat situasi yang agak tegang di situ. Kebetulan juga aku tidak membawa kad OKU Nabila bersama. Kerani itu seperti marah tatkala kami menyatakan kami ketinggalan kad itu juga. Sudahnya , aku menyatakan untuk melihat GL aku melalui sistem HRMIS. Nasib baik juga aku sentiasa mengemaskini maklumat data ahli keluarga di dalam HRMIS. Yeah..katapun aku yang menjaga sistem aplikasi itu untuk seluruh jabatan aku. Mujur juga boleh bukak. Dan aku lihat kerani itu cuba memcetak data di dalam aplikasi itu.

Apa yang aku kesalkan, kerani itu sepertinya tidak percaya yang Nabila punya kad OKU. Apa gunanya aku menipu dalam hal-hal begini? Kalaulah rawatan itu aku tak mampu nak bayar, lain jugak la. Ini tidak. Kalau setakat tak tunjuk Kad OKU, tak dapat nak baca sistem Aplikasi HRMIS, dia sudah mula menunjukkan belangnya. Apa..! Kamu ingat kamu bagus duduk di dalam itu! Geram rasa hati..tanpa sedikit senyuman dan ucapan terima kasih pun aku tinggalkan untuk WANITA yang duduk di KAUNTER 3 itu. Dalam hati..mahu saja aku membuat aduan.. Namun akal ini menghalang. Malas nak fikir panjang tentang perempuan yang reti budi bahasa itu.!

Masuk sahaja di klinik pead, mulutku tak henti-henti mengomel tentang tindakan perempuan tadi. Begitu juga dengan abg. Geram rasnya dengan tindakan perempuan itu. Dan tiba di kaunter klinik peadiatrik, nurse di situ bertanyakan kad Nabila juga. Dan Abg memberikan jawapan yang sama kepadanya.. Tertinggal..! Dan terus sahaja nurse disitu mencari maklumat di dalam sistem. Katanya nama Nabila tak keluar di dalam sistem. Dan nurse itu bertanya adakah benar Nabila punya temujanji hari ini.

Tak puas hati dengan jawapan aku, nurse itu cuba mencari maklumat di dalam komputer di salah satu bilik di situ. Dan tak lama selepas itu, ternampak dia memegang sehelai kertas. Dan tanpa soal jawab terus dia memberikan kertas nombor giliran kepada Abg. Pada mulanya aku rasa 'panas ati' juga dengan tindakan mereka. Namun Abg memujuk aku agar tidak melanjutkan lagi amarah ini. Aku hanya mendiamkan diri sahaja. Untuk menghilangkan rasa tegang, kami berbual dengan seorang bapa yang membawa anak yang obesiti untuk berjumpa dengan doktor.

Tak lama selepas itu, giliran kami dipanggil. Bersama Dr. Maryam, aku rasa belum pernah melihat wajah doktor ini. Barangkali doktor baru. Sempat dia berbual dengan seorang doktor pakar sewaktu kami sedang masuk ke dalam biliknya. Di situ aku terdengar, mereka sedang mencari sepasang suami isteri yang anaknya dipercayai sakit jaundis dan berusia 2 bulan. Menurut kata Dr. Maryam, kondisi anak itu agak teruk kerana kemungkinan akan berlaku 'liver transplant' kepadanya andai lewat diberi rawatan.. Aduh..kasihannya. Pihak hospital cuba memujuk keluarga tersebut menjalani rawatan di hospital. Namun kedegilan bapa bayi itu mungkin juga bakal mengundang maut kepada bayi itu.

Aku hanya mendengar butiran kedua doktor itu. Sedikit kesal di wajah mereka. Aku hanya mampu berdoa di dalam hati agar ayah kepada bayi itu berubah fikiran. Dan kemudian, doktor beralih kepada kami. Bertanya pelbagai soalan yang aku rasa agak sama seperti temujanji yang lepas. Bercerita tentang cara pemakanan Nabila dan doktor telah mencadangkan sesuatu yang aku rasakan tak pernah terlintas dek akal fikiran ini untuk melakukannya. GASTROSTOMY TUBE ! Dr. Maryam bertanya aku, adakah aku mahu melakukan itu kepada Nabila. Terus sahaja kepala ini teringatkan Ammar, bayi kepada Asz . Katanya, Nabila perlu makanan yang banyak untuk meningkatkan tumbesarannya. Dengan corak pemakanan Nabila sekarang ini sememangnya tidak cukup untuknya untuk terus membesar.

Aduh..berat benar keputusan itu. Aku sendiri tahu betapa seksanya Ammar dengan tiub itu. Betapa sukarnya dia bergerak aktif. Aku hanya menggelengkan kepala dan menyatakan ketidaksetujuan aku untuk melakukan itu semua. Aku tidak kuat..! Abg juga sependapat dengan aku.

Aku menyatakan yang aku masih akan mencuba untuk merangsang cara pemakanan Nabila. Cuba merangsang bahagian muka. Kali ini seperti aku rasakan aku patut berkorban demi Nabila. Aku sudah memikirkan cara..namun masih buntu sama ada mahu melakukannya atau tidak.Masih meminta pendapat dan pandangan yang lebih berpengalaman tentang hal itu.

Doktor Maryan cuba menyejukkan hati aku. Dengan memberi kata-kata semangat agar tidak 'jatuh' dengan segala yang aku lalui selepas ini. Aku faham maksudnya. Akan ku cuba sedaya upaya demi Nabila.

Selesai dengan urusan Nabila bersama Dr. maryam, kaki ini melangkah keluar. Tidak mahu berfikir lanjut tentang apa yang dibualkan sebentar tadi. Dan kemudian ternampak Dr. Sarah. Doktor yang menyambut kelahiran Nabila dahulu. Dia berada di pediatrik? Apa pula yang dia buat di sini?

Rupanya Dr. Sarah baru sahaja melahirkan bayi. Dan anaknya jaundis. Mungkin juga berjumpa dengan doktor di klinik. Dan kami bertegur sapa. Aku tidak pasti sama ada dia ingat atau tidak akan kami. Dan dia bertanyakan keadaan Nabila. Mungkin ada yang fikir kami masih lagi menyalahkan dia dalam soal menyambut kelahiran Nabila. Bagi aku memang dia salah tapi itu dulu. Sekarang aku faham situasi dia ketika itu. Aku dapat rasakan dia telah cuba sedaya upaya menyelamatkan Nabila. Entahlah..segalanya sudah tersurat. Tiada apa yang aku sesalkan. Hanya perlu teruskan perjalanan ini demi Nabila.

Sangat letih hari ini. Aku sendiri hampir demam ketika ini. Mungkin juga telah berjangkit dengan Nabila. Aduh..sudahlah khamis nanti aku akan mula berkursus. Boleh ke? Harapnya boleh la..huhu..

p/s : membeli sesuatu untuk Nabila..tapi menangis apabila dia menggunakannya. Adui..terasa sangat rugi..namun tak cepat mengalah. Akan aku cuba lagi sehingga Nabila mahu main dengan 'benda itu. Nanti sajalah aku coretkan tentang 'benda' itu ok.. :)

12 comments:

MeMoRi Di HaTi said...

mmg berat bila kena membuat keputusan, pohonlah pada Allah sesungguhnya Dia yang lebih tahu.. Nabila juga anuagerah dariNYA..muahhhhhhhhhh untuk nabila..mama mia pun arini ada appointment dgn specialist..mama mia nak adik so kenala jumpa doc..nabila dgn mama doakan sama yer..nanti bila mamamia ada baby lagi..

Noina said...

Mama Mia: yeke..hehe..Ina dan Nabila doakan Mama Mia lekas2 dapat anak..Amin :) seronoknyer..Ina kena tunggu lagi la ..sebab tempoh 'pantang' masih ada lagi setahun..hehe.. :)

ieda said...

ina..nabila makan jg kan walaupun sikit.asalkan dia boleh menelan takpelah.akak rasa takyah ler pakai tube tu..kesian nabila.lainla kalau dia tak pandai nak telan..yg tu boleh la psg tube.
berat nabila sekarang berapa kg?

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

tak pe,ina...buat solat istikharah, minta petunjuk adakah nabila perlukan GASTROSTOMY TUBE tu atau tak. kalau akak jadi ina, akak pun buntu. dulu doktor Nik pernah sarankan sofie gunakan tu jugak. tapi akak berkeras.... minta pendapat dietician, tu yg dorg syorkan sofie mct oil dan caborie utk peningkatan berat badan. mungkin situasi sofie dgn nabila lain....yg penting, jgn putus harap....

ina, sistem HRMIS tu apa yer?

ibu addin dan nasa said...

Salam perkenalan dan salam ukhwah,

Saya doakan Allah memberi kalian kekuatan membesarkan Nabila. Semoga rahmat Allah dan kasih sayangNya tidak putus untuk kalian. Amin.

Noina said...

Kak ieda: benda yangs ama ina fikirkan juga kak.. dia mmg boleh menelan tapi lambat sket..huhu.. Bila dah ada dlm mulut dia kunyah..cuma masa nak masuk makanan ke dalam mulut tu dia nangis2..tak suka..huhu..berat dia baru 8.2 kg je kak..

Noina said...

kak fiza: tulah..ina mmg tak nak pun..sian kat Nabila. Rasanya dia masih belum memerlukan tiub tu untuk makan. cuma kena rajin sket nak stimulate la..huhu..tah lah kak..pening..pening..

Noina said...

ibu addin dan nasa: terima kasih.. :) Amin.. :) Salam perkenalan dari saya.. :)

Kerikil Kehidupan said...

mmm..sama dgn berat iman..tapi iman makan banyak...cuma dia terlalu aktif, kalau tak perhati bilik air pun dia masuk dan kerap semput..tu yg badan dia tak naik...kalau akak jadi ina..akak tak sanggup...cuba guna polycose..iman hari tu naik gak skt lepas tambahkan polycose dalam susu dan bubur dia..tapi bila kerap semput berat badan dia turun balik...

Mamapinkie said...

Assalamualaikum Ina, akak faham perasaan Ina tak nak gastrostomy tube tu...akak dulu pun masa paed suruh buat, ternganga akak and terkedu...tapi Ridhwan case dia lain, memang susah nak minum susu, tapi makan boleh, pelik tul masa tu ...tapi fikirkan susu intake yang sangat lah sikit and sawan dia masih ada dan history ridhwan dulu dapat sawan cause kurang gula-hypoglycemia, akak and hubbu decided buat jugak..cause satu lagi akak sungguh tak sanggup nak letak rhyles tube dalam idung dia and tukar every 2 weeks, sungguh lagi menakutkan...alhamdulillah we made the best decision so far cause after buat tube tu susu ridhwan memang dicukupkan and sawan ridhwan ilang maybe cause dapat ubat yang sesuai juga...one advantage yang akak nampak oh having tube tu bila ridhwan diwarded dulu untuk sawan yang teruk cause masa tu selera takda langsung so dengan ada tube tu at least akak tak risau intake dia tak cukup..also ubat sume masuk ikut tube dah tak masuk melalui mulut...and ridhwan memang banyak ubat kena makan..sigh...anyway, nabila maybe lain case dia and doa banyak2x and solat istikharah kalau ina nak jugak buat yea...the day ridhwan masuk OT buat tube tu memang akak breakdown and cried tapi for now it has helped him a lot..especially when suddenly now dia tak nak makan alik...okay, take care yea Ina!

Noina said...

Kak Nanie: tu lah..ina aituh mmg nak cari MCT oil..tapi tak jumpe2 gak..tapi ina takdelah kisah sgt berat Nabila tuh..janji dia mau makan..doc je buat kecoh2..huhu..

Noina said...

Kak Reenaz: yeke..wow..ridhwan dah mengalami macam2 fasa dah kan kak..Ina baru sikit dah gelabah..huhuhu.. tu lah kak.. ina fikir klu Nabila sangat memerlukan baru ina buat. Selagi nabila boleh makan melalui mulut..ina akan guna fungsi yang satu ni. Sebab ina takut ina tak dapat nak jaga tiub tuh..risau..huhu..Apapun thanks kak atas info2 yang diberi..sangat2 berguna buat ina.. :)

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...