03 June 2010

Malangnya nasib..

Entah kenapa sejak kebelakngan ini dirundung malang. Malang yang menimpa tak sudah-sudah. Mungkin Allah mahu aku lebih memperingati-Nya.

Dengan dari Nabila yang sedang sakit, kehendaki menjalani kursus Biro Tatanegara dan Induksi Khusus..ditambah dengan berita yang sedih dari Alanna,dan juga beg duit aku yang hilang tadi..buat segalanya menjadi serba tak kena dalam seminggu dua ini. Aduhai... apakah yang telah aku lakukan sehingga dapat segalanya serentak begini? Tak tertanggung rasa jiwa ini mengenangkan semua itu.

Ya Allah..ampunkan hambamu yang lemah ini. Andai hambamu ini kurang mengingati-Mu.Aku bermohon pada-Mu , berikanlah aku kekuatan untuk menjalani kehidupan pada hari-hari seterusnya. Kuatkan semangatku Ya Allah..Tetapkan imanku. Teguhkan pendirianku. Engkaulah Maha Pengasih dan Maha Penyayang..Amin Ya rabbal alamin...

p/s : Tolonglah pulangkan semula Kad Pengenalan, kad Nikah dan Lesen saya. Hilang ketika sibuk menghantar Nabila ke Aniza Medical Centre. Kali terakhir nampak beg duit itu di hadapan kaunter ubat..Tolonglah..!

7 comments:

Ummu Sofea said...

Assalamualaikum. Sabar yer. Semua yang berlaku pasti ada hikmahNya. Sabar byk2. Selawat dan zikir selalu yer..

Rizziela said...

betultu..setiap yg berlaku pasti ada hikmah..

Semoga orang yg jumpa wallet noina tu tergerak hati memulangkan segala yg penting2 dalam tu...

ieda said...

hai...sapa plkla yg panjang tgn ngambik dompet org nie...ina dah report kt balai polis ke belum?

Noina said...

Ummu Sofea: Alhamdulillah..beg duit tu dah dijumpai.. Agaknya masa kalut2 nak abwak nabila amsuk ke dalam emergency room untuk suction..Alhamdulillah..

Noina said...

Rizziela: alhamdulillah..berkat doa semua dah jumpe balik beg duit tu..syukur sangat2.. :)

Noina said...

kak ieda: hurm..tercicir kak..huhu..ina dah report baru jumpe.hurm..nasib baik tak ilang. Tak kisah org nak amik duit..tapi dokumen penting dlm tu kena la bagi..huhu..

Wanie said...

Sabar yer noina...dugaan semua tuh...Allah menguji kerana dia sayang kan kita...

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...