21 June 2010

Pulang ke kampung.

Sudah lama juga tidak pulang ke kampung. Kebetulan sepupu Abg bertunang Sabtu lepas, kami terus bergegas pulang selepas abang pulang dari kerja. Namun tak sempat bertemu dengan rombongan pihak lelaki. Kami tiba jam 2 petang. Majlis sudahpun selesai dan aku lihat jiran-jiran sedang membungkus lauk untuk di bawa pulang.

Meriah suasana. Menurut mak mertua aku, hampir 15 buah kereta dari pihak rombongan lelaki yang datang ke majlis ini. Teringat pula ketika zaman aku dahulu. Meriah walaupun ketika itu baru bertunang. Almaklum sajalah sedara mara ramai.. Jiran tetangga lagi sibuk membantu mak dan ayah. Yelah..kalau tiada mereka, mau pengsan mak dan ayah aku melayan tetamu.. :)

Namun kegembiraan tak mana. Nabila tak sihat dek kerna cuaca agak panas ketika itu. Entah berapa kali Nabila bersin dan sudahnya keluar cecair di hidungnya. Dan aku dapat rasakan Nabila mula tak keruan. Merengek dek kerna selsema itu.

Selesai majlis kami ke rumah ibu saudara abg. Hatiku sayu melihat Wah (Ibu saudara Abg) terlantar sakit di katilnya. Air mataku jatuh..namun ku tahan. Aku letakkan tangan Nabila pada Wah. Sedih memikirkan dirinya tidak seperti dulu. Seorang yang ceria kini sedang bertarung kesakitan. Seorang yang tidak lokek dengan senyuman. Redup hati ini melihat wajahnya. Jauh di sudut ingin benar dia sembuh. Mahu dia seperti dulu.

Kemudian kami terus bergerak pulang ke Ipoh. Dan aku singgah sebentar ke klinik. Mengambil ubat untuk Nabila. Dan malamnya, Nabila mula sukar untuk tidur. Kebetulan pula ayahnya tak bawak pulak buai. Berjaga malam aku dibuatnya dek kerna Nabila yang tak henti-henti merengek. Sudahnya opahnya terjaga kerana terdengar suara tangisan Nabila. Menjelang pagi, aku bawanya keluar di ruang depan. Cadang mahu menidurkan dia..namun gagal. Dan aku letakkan Nabila di ruang tamu. Opah Nabila tolong dodoikan Nabila. Aku pula entah tidak sedar terlelap di hadapan Nabila dan opahnya.

Dan tengahari, kami singgah sebentar ke Sg. Chepor. Mandi-manda di situ. Nabila menangis. Takut dengan air sejuk. Puas juga kami memujuknya. Sudahnya..tak lama di situ, kami terus bersiap-siap untuk pulang. Dan Abg terus menyiapkan barang-barang untuk pulang ke Rawang kerana takutkan jalan sesak sepanjang Ipoh ke Rawang. Sampai sahaja di highway..sudah nampak banyak kereta yang berjalan menuju ke Kuala Lumpur. Pada mulanya aku mahu tidur.Mengantuk dek tak cukup tidur malam sabtu itu. Tapi melihatkan Abg yang mula mengantuk, tak jadi aku nak tidur. Temankan Abg. Berbual sehinggakan kami membincangkan satu perkara yang serius tentang Nabila. Tentang masa depannya. Nanti sajalah aku coretkan di entry yang lain. :)



P/s Nabila masih lagi tidak sihat sehingga saat enry ini ditulis. Sukar benar untuk dia melelapkan mata sehinggakan aku menyuruh Abg membentangkan saja tilam di ruang tamu kerana Nabila mahu tidur di buai sepanjang malam tadi. Aduh..anakku. Lekas sihat yek. Ibu pun tak senang hati nak tinggalkan kamu nanti..

6 comments:

MeMoRi Di HaTi said...

cuaca panas dua tiga hari ni mama nabila, kiter yang dah dewasa ni pun tak tahan, tambahan lagi budak2..alaaaa sayu nya tengok naibla nangis...cepat sihat yer nabila..teringin mama mia tengok nabila, tapi tegarkan mama..

Noina said...

betul..mmg panas..ala, boleh je mama mia nak jumpe..nanti kita set la nak jumpe nkat memana..nanti ilang sket rindu kat mia kan.. :)

ibuayu said...

semoga nabila cepat sembuh...musim demam gak sekarang ni ina..faiz siap selsema ,demam and batuk...

ieda said...

mmg musim demam sekarang ni...moga nabila cepat sembuh.

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

kalau dah terbiasa dgn buaian, kdg2 ada budak tak selesa...dan nak buai je. mcm sofie dulu, alhamdulillah, sekarang dah senang. tak yah nak angkut buaian. sofie pun dah biasa tido tanpa buai.

Min said...

assalamualaikum...

salam singgah. terima kasih singgah di blog kak min. kak min rasa macam penah baca blog noina sebelum ni. anyway, semoga kita saling mendoakan ye... moga nabila cepat sembuh... keep in touch!

kak min, UK

Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...