Featured Post

Kronologi Kisah Yasmin Nabilah..

Assalamualaikum.. Lama betul nak menaip satu-satu entry.. Maaf la yek.. memang tak berkesempatan. Sekarang memang tengah busy nak final...

30 July 2010

Andai ku faham apa katanya...



Andai ku fahami setiap butirannya..

Sudah lama aku tunaikan hasratnya...

Andai ku tahu isi hatinya...

Akan ku laksanakan impiannya..

Nabila...

Akhirnya dapat juga aku merakam saat Nabila mengeluarkan suaranya. Bukan mudah untuk anak seperti Nabila untuk melakukannya. Untuk ayat yang di katakan Nabila..bagai petik jari untuk anak yang sihat mengungkapkannya. Bagi aku..syukur dilafazkan. Bukan sudah berpuas hati, namun sekurang-kurangnya ada perubahan yang dilakukan.

Hati ibu..manakan tidak suka mendengar anaknya berceloteh. Saban hari aku menunggu untuk mendengar Nabila memanggil aku.. IBUUUUUUU. Tapi cuma yang ku dengar hanyalah.. "uuuuuuuuu" . Mungkin juga dia cuba meniru apa yang ku selalu bisikkan di telinganya. Tidak jemu mengajar memanggil Ibu dan Ayah. Dapat yang hujung pun..aku sudah cukup bahagia.

Mungkin ada di luar sana boleh mengatakan ini perkara biasa bagi anak mereka. Tapi tidak pada aku. Sesuatu yang luar biasa jika anak-anak seperti Nabila pandai berkata-kata. Dan bila melihat hasil anak kita berkata-kata..akan kukatakan kepada ibunya yang dia telah berusaha keras mengajar anaknya memanggil ibu. Sangat berbangga andai ada ibu yang berjaya melatih anaknya bercakap. Sangat mengkagumkan.

Andai yang bertanya..teruk benarkah keadaan Nabila sehinggakan bila Nabila menyebut sesuatu, aku sudah begitu terharu. Ya..! kondisi Nabila sangat-sangat teruk sewaktu dilahirkan. Dan doktor tidak memberi sebarang harapan kepada ku untuk Nabila terus pulih. Ibarat sayur . Sedih..tapi apapun..hidup mesti diteruskan. Nabila ibarat amanah yang telah diturunkan. Dan aku harus menjaga dan mendidiknya sama seperti anak yang sihat..walaupun aku masih belum punya pengalaman mempunyai anak yang sihat.

Aku rasa semua ibu yang punya anak seperti aku..akan berfikir demikian. Semua mahu yang terbaik buat anak. Dan pabila anak mencapai sesuatu yang telah kita usahakan selama ini..terasa penat lelah ini berbayar.. WALAUPUN SEDIKIT PENCAPAIANNYA...! Syukur!

12 comments:

Jiey^Mien said...

Kadang2 terasa 'penat' yang amat..
Tapi kita tak punya pilihan selain daripada untuk terus melangkah..
InsyaAllah kita kuat!!
=)

produk ococ said...

terharu ....aisyah pun begitu, dia baru dapat cakap 'ayah...aaaa'..umi..belum lagi.. baru nak pegi speach terapi sept ni..tahniah buat

ibuayu said...

seronoknya...layan dia bercakap lagi ina...

Yasmin Nabilah.. said...

jiey: yup..betul..bila anak dah pandai terasa kepenatan kita berbayar..betul tak?

Yasmin Nabilah.. said...

JMY: huhu..mmg terharu. dulu langsung tak keluar bunyi..mulut saja yang bergerak.. :)

Yasmin Nabilah.. said...

ibuayu: tulah memang seronok..slalu dlm kereta dia bising..mcm gitulah bunyinya..tak tau dia tgk apa..agaknya dia tgk kereta banyak kot..hehe

Mamanurin said...

mama nabila,

insyallah, nabila anak yang cerdik..insyallah selagi ibu dia tak putus asa, dia pasti berjaya. caiyok!!!

Yasmin Nabilah.. said...

Mamanurin : yeah..chaiyok! InsyaAllah..berkat doa mamanurin juga :)

munna said...

alhamdulillah byk dah perkembangan nabila... bila tgk video ni... naluri seorang ibu buat munna mengalirkan airmata...

secara tak sengaja jumpa blog ni... masa search psl microcephaly baby...sebab hari tu masa preggy anak kedua munna punya anak kecik jadi doirg ingat dpt risk itu

ieda said...

ina...moga satu hari nabila mampu menyatakan..'nabila sayang ibu..'

witri said...

ina...setiap perkembangan anak pasti menghiburkan hati ibubapanya...tidak kira anak itu istimewa atau tidak...mereka adalah suatu anu gerah yg tidak ternilai...kehidupan mereka di mata kita amat indah...moga nabila dapat bertutur dan memanggil "ibu" dan "ayah"...amin

Aisya said...

Salam..anak saya juga masih blm blh berckp.sept ni insyaallah akan mengikuti sesi terapi pertuturan.tu xtermasuk terapi carakerja, fisioterapi, ENT, IJN dan appoinment2 lain.penat mmg penat tp hati akan terasa bahagia dan puas bila dia dapat melakukan sesuatu yg baru.Semoga kita sama-sama akan trs kuat